Monday, June 29, 2015

7 Tahun

Salam ramadan.

Aku nak memesongkan diri kejap dari update pasal travel hehe. Ni namanya bunga bunga kemalasan dah semakin berkembang. Nak update blog tapi malas nak on pc, cemana tu huhu. So update la pakai fon sambil baring baring dengan harapan tertidur lepas ni. Plus, aku dah tau penyakit aku. Bila on je pc karang merepek meraban; kejap nak main game, kejap nak dengar lagu, nak tengok drama, download drama, teringat nak search itu ini, cuit la sikit buat report atau apa apa keje yang berkaitan dengan sekolah dan sudahnya. InsyaAllah aku akan tidur lewat nanti. So tak payah la on pc huhu.

Tengok,,, mukadimah pun dah meleret huhu.

Diam tak diam rupanya dah nak masuk tahun ke tujuh aku jadi cikgu. Aku baru perasan hari ni, sebab ada colleague yang tanya tanya; kes nak kena apply untuk naik pangkat dari 41 je 44. Jenuh aku dok bertekak dan mengira dengan diorang masa assembly pagi tadi. Ada lagi setahun daa. Bulan depan iaitu Julai, baru nak masuk tahun ke tujuh mengajar..

Rasa macam cepat je masa berlalu, huhu. Aku posting pada pada hari Jumaat, 1 Ogos 2008, sebulan  lepas habis course di Maktab Perguruan Perlis. Masa tu, aku tercampak ke daerah Mersing. Memang mintak untuk bertugas dalam Johor, sebab dah memang orang Johor kan. Actually memang dah terasa rasa akan ditugaskan di daerah yang aku tak familiar, macam Kota Tinggi, Mersing, Pasir Gudang.. sekali memang betul pun. On top of that di hujung Mersing pulak tu. Nun di Endau, sempadan Johor-Pahang sana. Seumur hidup tak pernah sampai. Terima kasih Kementerian Pelajaran Msia kerana beri peluang. Hehehehe. Masih bersyukur sebab sekurang kurangnya Endau masih dalam Johor. Walaupun, masa yang diambil dari BP nak ke Endau kalau menaiki bas boleh mencecah sampai 6 hingga 7 jam (kes naik bas bersambung sambung), tapi itu semua jadi kenangan kot untuk aku. Kalau drive sendiri naik kereta adalah dalam 3 hingga 3.5 jam. Sebut pasal perjalanan dari BP ke Endau Mersing ni, macam macam kot kenangan aku. Yang naik bas berjam jam tu satu (masa tu tak ada kereta lagi, sobs). Tunggu bas ting tong tak sampai sampai lalu gamble terima pelawaan strangers untuk tumpang kereta ke Mersing. Naik teksi kena caj RM50 dari Mersing ke Endau. Drive sorang diri melalui hutan dan felda dikala maghrib dan malam (ni kes malas nak bersiap dan malas nak balik.tu yg jadi lewat). Tapi yang paling win ialah tersekat dalam banjir on the way nak balik BP lalu terpaksa bermalam di tepi jalan. Na honja! Tapi ada ramai lagi la mangsa banjir yang sama sama terperangkap. Wah macam boleh buat modal tulis novel je, huhu. (Melalut lagi..tsk)

5 tahun aku mengajar di Endau, akhirnya pada 2013 aku berjaya berpindah balik ke Batu Pahat.

So far, pengalaman di Endau banyak bantu aku untuk jadi seorang guru. Sangat berterima kasih pada pensyarah pensyarah di maktab perguruan dulu. Pesan mereka, bila sampai di sekolah nanti jangan sesekali menolak bila diberi sebarang tugas. Terima dengan rela. Buat dengan sepenuh hati. Sebab... awak semua perlu sedar diri.. tak semua orang suka guru KPLI (ye, aku produk KPLI). Tunjukkan dan buktikan yang awak semua guru berkualiti. Bukan guru terdesak yang pilih untuk jadi cikgu sebab tak dapat cari kerja lain.

Hehe menusuk kan? Aku la, yang tertusuk di hatinya.

So atas pesanan keramat tu, aku memang langsung tak tolak semua tugas yang aku dapat. Tak tau, belajar. Tak reti, cuba juga. Tak puas hati, bebel lah dalam hati lepas tu simpan kemas kemas, dalam hati juga. Buang yang negatif. Serap yang positif. Jangan merajuk. Melawan! Hehehe tapi melawan dengan cara yang sopan lah.

Walaupun aku rasa penat gilaaaaaa. Especially tahun pertama dan kedua. Akhirnya sikit sikit aku kumpul ilmu kot. Dari cikgu yang tak tau apa apa pasal mengajar tahun 6, zero knowledge in handling the panel as a head of panel  (baru datang terus dilantik jadi ketua panitia huhu) dan bermacam macam lagi lah tugas (sebab aku punya moto terimaaaa saja, jgn bantah, kan?) Akhirnya aku jadi sorang cikgu seperti aku hari ini hehe.

Rasa pelik pulak nak describe diri ini seorang yang bagaimana. Aku bukan lah bagus sangat. Tapi aku pun ada pegangan dan aku tau apa yang perlu dibuat. Lebih daripada tu, aku rasa terhutang budi pada interviewers yang luluskan aku dalam temuduga dan ujian untuk jadi cikgu, hampir 10 tahun yang lalu.

Memang, guru bukanlah cita cita aku dari zaman kanak kanak. Jujurnya, aku tak terfikir langsung untuk jadi cikgu sebelum aku mohon KPLI dulu. Sekadar mencuba nasib. Tapi moto aku, kalau buat sesuatu pekerjaan, biarlah bersungguh sungguh dan cuba sebaik mungkin. I don't really have the passion in teaching but I try my best in whatever I should do.

With that, I end my speech now. Hahaha. Awkward je ending. Apapun, selamat ulang tahun mengajar yang ketujuh , Didi.  Buat kerja lillahita'ala..

Tuesday, June 23, 2015

2015 May Japan Summer Trip - Part 3

Sambungan dari part 2

Hai bersambung lagi. Sementara ada kerajinan dan kesempatan ni.

Bangun di hari ketiga (Ahad, 31 Mei 2015) dengan bersemangat sebab dapat tidur dengan baik walaupun masih belum cover hutang tidur dari hari-hari sebelumnya. Ini memang betul namanya excited.

Awal aku bersiap hari ni. Plan kami hari ni ke Yamanashi Prefecture untuk tengok Fuji-san. Seriously ini adalah highlight trip ni untuk aku, hehe. Mood aku berada di paras 12 per 10 ok. Sakit tekak pun makin hilang lepas telan beberapa bijik lozenges sejak semalam. Walapun semalamnya aku berjalan dah ala-ala penguin tapi ajaibnya pagi ni kembali menjadi normal. Cuma kulit pada satu jari kaki yang menggelembung sebab melecet je masih di situ. Ahh sabarlah di situ ye jari kaki. Masih jauh perjalanan kita kat bumi jepun ni hehehe.

Pagi tu sarapan lebih kurang je, sebab roti yang aku bawak dah berkulat (bukan brand yg biasa dibeli, beli dari bakery). Banyak jugak yang aku buang. Mana yang masih ok aku buat toast. Sebab beranggapan kalau dibakar mungkin kurang berbahaya. Hahahaha sila jangan tiru perangai kedekut sebegini ye. Dapat la sorang sandwich 2 keping sebab ada bawak tuna 1 tin. Siap bawak bekal lagi huhu.

Sebab tren kosong maka bolehlah berperangai sebegini hehe


Aku dah siap-siap book tiket bas ekspress dari Shinjuku ke Kawaguchiko Station dua minggu sebelum tu, trip pukul 8.10 am. Jadi pagi tu lepas bersarapan, dalam pukul 6.15 am kami dah menapak keluar. Singgah juga kat Family Mart untuk beli onigiri sebagai tambahan bekalan makanan.

Kami naik Toei Asakusa Line sampai Kuramae, lepas tu tukar Oedo Line ke Shinjuku. Sampai Shinjuku dalam pukul 7.15 a.m. Agak berpusing mencari exit yang dekat dengan Terminal Bas huhu sebab Shunjuku Eki sangat besarrr. Mengagau gagau jugak kami. Mula cuak sebab jam menghampiri 7.30 am. Nak tanya orang, semorang pun berjalan laju. Ye lah, paham. Semua rushing nak pegi keje. Akhirnya beranikan diri approach sorang laki ni. Bagi tau dia nak ke Shinjuku Bus Terminal, so ke mana arahnya, exit mana nak amik. Aku siap print gambar luar ofis terminal bas tu dari blog Azra. Memang sangat membantu, sebab lelaki tu terus buat gaya - follow me. Memang ke mana-mana je arah dia bawak, dah tak sama dengan apa yang Azra bagi (maybe dari awal kami dah sesat). Boleh tahan jauh. Keluar gate IC lepas tu lalu dalam underground shopping mall. Laju kebenor encik tu jalan hehe. Sampai pun akhirnya, alhamdulillah. Sangat lahh berterima kasih atas budi baik stranger yang baik hati seperti beliau. Sempat beliau tanya, "Fujiyama?"
Hait, Fujiyama.. Hontou ni arigatou gozaimasss. Itu je lah pun skrip yang dihafal.
Hehehe.
Hmm. paparazi ada di mana2. hahaha

Dah dapat tiket dan settle kan bayaran di kaunter, kami pun menunggu. Sempat lagi berpusing cari mart untuk beli mineral water.

Ohye. Asalnya aku book untuk 3 orang. Kemudian masa claim tiket ni kena beritahulah yang 1 seat dah cancelled. Masa ni, jumpa dengan sorang Chinese dari M'sia. Dia dan keluarganya tengah menunggu untuk dapat tiket bas ke Kawaguchiko juga (dorang dalam waiting list sebab nak beli tix on the spot). So to secure ur seat please make the booking earlier! Book tak kena bayar.

Tepat jam 8.10 pagi bas pun gerak.

Perjalanan lebih kurang 2 jam.
Seronok layan pemandangan bila dah keluar dari Tokyo.

Macam Azra juga, aku sangat excited bila nampak;

Aku siap berpindah tempat duduk, haha.. Punyalah jakun sibuk nak amik gambar. Nasib baik juga seat depan sekali dah kosong, sebab ada penumpang yang dah turun.
Tapi kan, terima kasih di atas kejakunan itu, sebab dapat jugalah gambar puncak Fuji.. Bila dah sampai area Kawaguchiko, puncak Fuji-san makin menghilang dan terus menghilang..

Kami selamat sampai Kawaguchiko Station pukul 10 pagi.
Antara gambar kesayangan.. Biarpun tak jelas mana.. So boleh bayangkan tak betapa hauk nya gambar yang lain? Huhuhu.

Sampai je terus cari bus stop nombor 7 sebab nak pegi ke Shibazakura Festival.
Hari aku ke sini ialah hari terakhir festival ni.
Walaupun dah tau hakikat kalau ke sini pemandangannya memang dah lain bebenor dengan waktu kemuncak bunga-bunga tu kembang mekar, tapi tetappp nak jugak meneruskan misi.

 Entrance fee pun dah turun harga ye, huhu.. Sebab bunga dah makin menyusut.
Blend well. Hahahaha. Shawl tak bergosok. T__T

Dalam setengah jam naik bas nak ke situ. Trip pukul 10.10 pagi. Just nice.

Sesampainya.. Sampai hati kau menyorok Fuji;
Ini jelah pemandangan Fuji-san yang  paling 'jelas' di festival shibazakura ni ye.
Apapun kami teruskan ajelah penjelajahan tempat ni.
Memang tempat ni tak besar mana. Plus cuaca yang dah mula panas terik membuatkan kami terus cut mana-mana area yang tak berapa nak cantik.

Basically hampir semua area adalah togel-togel sebegini. Terbantut aku nak share gambar, hahaha.. Jadi, untuk memupuk rasa kagum dengan ciptaan Tuhan lalu berazam untuk ke sini juga di lain tahun, silalah kunjungi blog Azra dan tengok gambar gambar yang dia post ye.
Aku memang tak boleh buat apa lah, sebab cuti sekolah sentiasa tak berjodoh dengan musim bunga di Korea dan Jepun. *pasrah*

Pusing-pusing tengok souvenir shop kat situ. Sempat grab sebijik fm.
Kemudian kami terus gerak ke point untuk tunggu bas. Duduk situ makan bekal sandwich & onigiri tadi. Eh baru terasa lapar.

Pukul 12.30 tengah hari kami dah sampai semula di Kawaguchiko Station. Beli tiket untuk Kawaguchiko Lake Tour pulak.

Kat sini aku terkilan juga.. sebenarnya, ada 2 jenis tiket bas..
1 untuk 1-day-tour = Red Line.(harga 1030 yen)
2 untuk 2-days-tour=Green Line (harga 1200 yen)

Ikutkan hati aku, dari awal, memang nak sangat amik yang green line. Sebab ada 1 tempat yang aku teringin sangat nak pegi, iaitu Healing Village. Yang ni  bukan area Tasik Kawaguchiko tapi Tasik Saiko. Tapi memandangkan kami cuma peruntukkan sehari je nak ke kawasan ni, lepas tu berkongsi hari pulak dengan shibazakura festival, maka dari awal aku kena lupakan ajelah Healing Village tu ye. Nak ke Saiko Lake tu boleh tahan jauh.

Tup tup kan bila sampai sini, tiket Red Line tu sold out. Tinggal yang Green Line je.
Maknanya, aku dah ada access nak ke situ (Healing Village, Saiko Lake) tapi tetaplah tak boleh pegi sebab kekangan dari segi masa.. huhu reda dalam pasrah tu namanya ok. Tiket kami nak balik ke Shinjuku adalah pada pukul 4.40 pm ye.. Sedangkan masa tu dah nak pukul 1 petang.
Sabarrr je lah.
Tskk.. (Kay! Sebab tu saya nak kena repeat!)

Kami dah piilh kat mana nak turun.
Mula-mula sekali ke last stop. Number 22. Natural Living Centre.
  Fujisan yang menyorok

Tengah syok bergambar tiba-tiba diorang ni tegur. Layan-layan bersembang dan amik gambar. Siap bagi origami sebagai souvenir. Hujung-hujung tu dioraang bagitau diorang ni orang gereja & bagi kad nama pada kami; aku ingat lagi ayat dia , "If you open this website you can find anything you want to know about Christian". 
 Tanaman herba mereka. Yang purple tu lavender kan?

Kedai di situ. Aku tak beli apa-apa huhu.

Tak lama kami di sini. Dalam setengah jam je gitu. Tunggu the next bus dekat bus stop tepi kedai ni.
Ok, let's go to the next stop. Ikke!

Melalui sebuah sekolah.. Kalau banyak masa nak juga amik gambar elok-elok.



Asalnya, tak plan pun nak ke sini. Tapi dalam perjalanan tadi tengok tempat ni macam best. Moh lah tengok apa yang ada ye.

Ler. Kat sini ke.
Aku pernah terbaca pasal 8 views of Mt. Fuji ni, tapi tak sangka kena turun kat sini.
You ignorant lady; study tak habis~

Apapun, indahnya pemandangan kalau betul-betul dapat menyaksikan Fuji Hakkei ni kan.
Adapun pemandangan yang disajikan untuk kami hanyalah begini;

Ok, nexttttttttt!

Kawaguchiko Music Forest Museum ni memang aku dah aim dari awal.

Ternyata tempat ni membuatkan kami tak berenti nak amik gambar, hehe.
Di kebanyakan tempat kat taman ni, baunya wangi je. Sebab pokok bunga ros di kiri kanan kan.

Sampai kat sini, baru perasan.
Laaaaaa. Yang kami dok excited dari tadi ni rupanya teaser je. Itu cuma outer garden.

The real Kawaguchiko Music Forest is actually inside, and you have to pay 1500 yen per entry.
From this point we can actually hear the orchestra like music.

And guest what. Aku dengan Daff yang agak frust sebab tak sangka kena bayor, kami decide untuk tidak masuk. Masa tu, aku tak rasa menyesal pun. Sebab aku lagi risau kalau tak cukup duit huhu.

Tapi sikalang ada sikit menyesal ooo. Sebab akhirnya duit belanja aku bawak berlebih hehe.
Untuk memujuk hati, aku fikir mungkin ini petanda aku kena datang lagi. Wuuhuu Saiko Iyashino Sato Nenba, wait for me!!!

So, sayonara Music Forest.

Sawah padi di belakang bus stop.
Aku memang jakun dengan sawah padi, sebab kat tempat tinggal aku cuma ada pokok getah dengan sawit je, huhu.

Sampai di Kawaguchiko Station dalam pukul 4.00 petang. Sedang elok pada aku, sebab bas kami pukul 4.40 nanti.

Jangan kan tidak, alang-alang dah sampai, mari snap snap apa yang patut dekat stesen ni.
Kadang-kadang aku rasa, kalau lah bukan sebab mata aku yang saksikan sendiri pagi tadi, rasa macam tipu je boleh nampak puncak gunung fuji di belakang stesen ni.
Lain sungguh pemandangan pagi dengan petang ok?

So, moral of the story, datang ke sini seawal pagi yang mungkin (opkos bila dah mula cerah la) untuk tengok pemandangan fujiyama yang superb.

Ada yang kata kalau pegi petang pun ok. Petang sebelum senja gitu. Masa tu pun boleh nampak gunung fuji dengan jelas juga.

Now, aku sendiri consider untuk bermalam kat area ni untuk kepuasan diri. Kalau diizinkan untuk ke sini lagi lah.

Ohye. Bas kami yang katanya pukul 4.40 pm tu kan, delay rupanya. Dekat pukul 5 petang baru bas sampai, dan elok pukul 5 terus jalan. Cuak juga mula-mula.
Dannnnn. Kerana hari itu hari Ahad agaknya, jalan kat highway jammed teruk. Kami sampai kat terminal bas Shinjuku pukul 8.15 p.m.
Kalau semalam, jam 8.30 malam dah tak jumpa kedai makan muslim friendly yang masih dibuka.. Apalah nasib hari ni agaknya huhu. Aku dah terbayang kebab semalam. Takpun beli nasik then makan dengan tuna.

Alhamdulillah kami jumpa Ippin Restaurant. Rupanya dekat gilaaa dengan hostel kami. Dalam 50 meter je. Bernasib baik juga sebab masa tu restoran belum ditutup. Kami sampai situ pukul 9.15 pm macam tu. Cuma, makanan yang available terhad la, sebab dah lewat kan. Aku order grilled chicken. Sekali sampai, hanya grilled chicken beberapa ketul dengan hirisan kobis dan sehiris lemon. Baru aku tau nak nasik kena order lain hehehe. Memang makanan sihat betul ni hehehehe.
  Grilled Chicken + rice. 690 yen per set.


Sekian saja cerita hari ketiga.
Bersambung di cerita hari ke empat yang super duper penat sebab kami cover Sumida Park, Odaiba, Harajuku (Takeshita Dori), Shibuya & Ameyoko Dori. Hahahaha memang penat.. effect dia sampai sekarang aku tak habis penat lagi ni.. over tak, hehehe.

Selamat berpuasa ya..

Thursday, June 18, 2015

2015 May Japan Summer Trip - Part 2

Assalamualaikum..

Sambungan dari Part 1.

Dari Haneda Airport, kami gerak ke area Asakusa sebab dah booked kat 1 hostel di situ, Khaosan World Asakusa Ryokan & Hostel. Rate untuk 1 malam ialah 2600 yen untuk 8 beds female dorm. Untuk memudahkan kami berangkut dengan beg-beg yang bukanlah ringan pun, kami pilih untuk guna route yang paling tak banyak nak kena berjalan dan mencari-cari, walaupun harganya agak mahal.

Haneda to Hamamatsucho via Tokyo Monorail Local.
Hamamatsucho to Akihabara via Yamanote Line.
Akihabara to Asakusa Tsukuba via Tsukuba Express Local. (TX)

Dari exit terakhir tu berjalan ke hostel dalam 1- 2 minit je.
Memang betul-betul dekatlah dengan hostel. Cuma yang tak sanggup duitnya aje hahaha sebab bila tukar-tukar line jadi mahal kan. Lepas tu Line TX tu tak berapa nak cover tempat-tempat yang kami nak pegi.

Aku ni kan dok risau sangat sebelum pegi sana, memikirkan alahai sampai 3 lines nak kena naik ke. Tapi akhirnya ok je. Untuk yang agak blur blur macam aku ni, kena baca perlahan-lahan lah. Lepas tu kami memang takde plan untuk sewa sebarang portable wifi, maka semua directions/guidelines memang kena siapkan awal-awal dari Malaysia.

Sampai hostel dalam pukul 6.30 am. Lebih kurang sejam perjalanan dari airport. Tengok-tengok hostel berkunci ye. Dang! Ada tulis kat depan tu business start at 8 am. Yang uruskan booking ialah Zura yang masih tertinggal di Malaysia tu ye, haha. Inilah padahnya bila malas nak amik tau. Aku ni ingatkan semua hostel adalah sama macam Backpackers Inside yang dekat Korea tu.. Kalau sampai awal masih boleh masuk ke dalam & duduk berehat-rehat di sofa, sementara menunggu staff datang. Realitinya masa tu kami memang tak boleh masuk langsung, nak tinggalkan beg-beg besar tu pun tak tau mana nak letak. Karang hilang tak memasal pulak.

Taknak membuang masa, kami decide untuk pergi jalan-jalan area Asakusa Kannon Temple dengan membawa bersama luggage. Hahhahaha. Aku boleh senyum aje lah sekarang bila ingat balik. 
Berangkut lah aku dengan Daff. Daff dengan beg tarik dia, aku dengan backpack gedabak kat bahu. Boleh tahan jauh jugak lah sebab hostel kami ni dekat dengan Ippin Restaurant. Siapa yang pernah pegi makan kat situ boleh bayangkan macam mana kami bergerak hari-hari dari situ ke area Asakusa Toei / Metro Ginza.


Maka rezeki kami sepanjang kat sana untuk tengok pemandangan lengang macam ni hari-hari. (Main gate a.k.a Kaminarimon ni)

Baliknya pula di malam hari, pun kawasan ni dah lengang. Dalam pukul 8.30 malam macam tu kami lalu depan ni, memang semua kedai kat Jalan Nakamise dah tutup.


Pada aku, Kanyon Temple ni memang popular sebab biasanya pelancong tak kira apa bangsa dan agama akan melawat ke sini. Itu yang membuatkan aku pun nak jugak singgah dan bergambar kat sini. Tapi honestly aku tak rasa terkagum-kagum macam aku melawat Gyeongbokgung huhu. Motip aku nak compare dengan Gyeongbok?  Entahlah. Aku suka jugaklah tengok senibina bangunan kat tempat orang tapi ada rasa kurang senang nak berlama-lama sebab ini tempat dorang beribadah kan. Kat Kaminarimon ni juga aku kena tegur dengan sorang local. Opkos aku tak paham apa dia cakap, tapi dari body language dia, macam suruh aku buat gaya macam dorang sembahyang tu. Tekapkan dua-dua tangan dan tunduk sambil pandang ke depan. Aku cuma mampu cakap wakarimasen je.

Lepas puas hati dengan gambar-gambar di situ, sekali lagi kami berangkut dengan luggage ke hostel. Staff dah datang, boleh lah kami menumpang simpan barang. Tak boleh check in lagi sebab waktu check in pukul 3 pm. Lepas simpan barang kami breakfast kat kitchen. Kemudian touch up sikit lebih kurang dan keluar semula.

Destinasi seterusnya ialah View Deck kat bangunan tourism. Yang ini aku baca dari blog Azradiza, hehe. Thanks Azra =).

Sekejap je kami kat situ.
Kemudian kami decide untuk pegi Tokyo Skytree. Ikut plan asalnya sepatutnya Tokyo Skytree ni pegi waktu balik petang/malam nanti. Tapi rasa macam alang kepalang pulak. Dah nampak dari jauh kan, so marilah. Daff ajak aku berjalan kaki ke sana. Tapi mendapat bantahan dari aku, kakakaka. Banyak lagi tempat nak kena berjalan ni Daff, mari kita save tenaga dulu.

Dari sini kami amik Asakusa Toei ke Oshiage. 1 stesen je.
OK juga turun kat Oshiage ni, sebab subway station dalam mall. Biarpun kena berjalan nak ke Skytree tapi berjalan dalam shopping mall memang tak terasa kan.
Masa ni dalam pukul 11 lebih tapi matahari memang dah memancar-macar. Panas dan silau, hoi. Ate, dekat sini memanglah asyik nak tengok atas je kan. So tak berapa nak banyak gambar di sini. Panas-panas cenggini, memang mengundang pening kepala lah untuk aku.. Dengan tak cukup tidurnya, penatnya. Panasnya, kesesakkan sebab orang ramai lagi.

Memang kami takde plan nak naik atas, sebab dah setuju nak naik Tokyo Tower. Tengok-tengok dari bawah je.

Dari sini kami gerak ke Akihabara pula.
Part nak ke Akihabara ni memang mencabar banyak.
Sebab matahari dah terik. Lepas tu kesesatan pulak tu hehe.
Apapun sampai jugalah ke sini.
  
Berwarna warni sungguh bangunan kat Akihabara ni kan.
Yang study part Akihabara ni ialah Daff. Aku memang mengikut je hehe. Tengok-tengok kawasan sekeliling. Nama nak membeli memang tidak la.

Nampak tak ada bangunan LAOX kat seberang jalan tu? Daff ajak aku masuk sebab ada prayer room kat dalam tu. LAOX ni macam shopping complex, ada 4 ke 5 tingkat macam tu. Aku tengok pelancong terutamanya dari Tanah Besar sibuk pilih-pilih dan beli barangan elektronik dari sini. Memasing memborong ok. Memang berwang sungguh. Kat sini jugak berjumpa budak Melayu yang tengah sambung master dan keje part time as sales assistant. Dia lah yang baik hati bawak kami naik turun bangunan, tunjukkan surau, tunjukkan tempat spesifik untuk barangan tertentu yang kami cari (Daff, bukan aku hehe). Oh ye aku tak sempat dan tak lalu nak amik apa apa gambar dah masa ni. Maaf ye. Surau tu campur untuk perempuan dan lelaki so kena bergilirlah kalau bertembung. Tempat berwuduk pula ialah tandas, yang agak kecik lah pada aku. Ada 1 je jambannya dengan 1 sinki kat luar. Memang lah pintu toilet kena ketuk masa aku dalam tandas sebab lama sangat dok dalam tu kan.. Tak boleh buat apa lah,, sebab aku pun memang kena amik masa nak bersuci kan. Lepas tu masa berwuduk kat sinki tu pun ada sorang tengah menunggu turn nak masuk tandas, dia perati je aku.. Hahaha agaknya apalah dia fikir tengok aku siap angkat kaki basuh dalam sinki bagai.
Lantokkk. Kita dah takkan berjumpa lepas ni k? hehehe.

Lepas solat rasa segar sikit. Teruskan lagi perjalanan ke Tokyo Station.
Asalnya ke sini sebab nak ke Imperial Palace. Lepas tu nak tengok the station itself.
Memang cantik..

Kami ada kat sini dalam pukul 1.00 - 1.30 petang.

Aku sampai ajak Daff duduk kat tepi tangga kat stesen ni. Cari cari bangku tak jumpa.. Tapi lepas jumpa tangga rasa tak tergamak pulak nak duduk, sebab takde orang buat hahaha. Rasa macam menjadi pencemaran pulak kalau duduk melepak saja-saja kat situ, dengan orang ramai lalu lalangnya. Akhirnya jumpa jugak port kat tepi bangunan. Duduk la sekejap minum air. Oh masa ni makin kerap aku bersin lepas tu rasa perit kat tekak.. Adoiila. Dah la tak bawa lozenge / ubat sakit tekak.

Masa kat sini, kami buat keputusan untuk let go aje lah plan ke Imperial Palace sebab aku betul-betul rasa tak larat nak jalan panas-panas. Walaupun sebenarnya masa tu awal lagi. So bila dah let go Imperial Palace, kami ganti dengan plan nak ke Tokyo Tower yang sepatutnya kami pergi hari keesokannya. Dah setuju, nak ada kat Tokyo Tower waktu siang dan malam.

Sebab masa panjang lagi, Daff ajak aku berjalan kaki ke Tokyo Tower dari Tokyo Station. Masa ni baru sedar kesilapan tak beli 1 day pass, sebab dah 3000 yen jugak kami topup kad suica. Bincang punya bincang akhirnya aku layankan ajelah berjalan kaki ke sana. Jauh memang jauh hehe tapi jalan je lah slow-slow weyh. Sempat aku berhenti singgah convenient store untuk beli lozenges.Jenuh aku cari Strepsils tapi memang tak ada la ye. Semua brand dari sana.

Dalam 1 jam berjalan akhirnya sampai ke Tokyo Tower. Lepak kat bawah tu, amik gambar, beli tiket untuk naik atas (999 Yen), lepak bawah lagi pastu baru naik atas. Agak lama juga kami duduk kat atas tu. Lamanya lah hai menunggu sunset. Aku memang keje duduk aje la masa tu. Sampai Daff isytiharkan hari tu sebagai "Hari Duduk Untuk Dd". Kahkahkah satu badan especially kaki terperanjat ok. Lepas makan ubat siap terlelap sekejap aku kat atas tu. Kau hado pegi Tokyo Tower lepas tu tido? Hahahaha.
Daff yang cergas dah siap turun pegi meronda kat level bawah tu. Sebab dia nak ke tandas pun ye jugak.

 


Sunset.

Finally. We've come to see this because of Yano Shiho & Chu Sarang.
Ni kes tengok The Return of Superman.
Pemandangan jalan raya yang seakan-akan Tokyo Tower.
Cantik!
Tinggal lagi gambar yang aku amik je tak berapa nak cantik. Camera tak berapa nak power atau tangan parkinson heheh. Penatnya menunggu saat pemandangan ni muncul. Aku memang dah siap bersila kat tepi cermin tu, elok-elok menghadap area ni, hahahaha. Takde orang buat, aku je kot. Tak larat dah nak berdiri.

Selesai snap gambar kat atas ni, kami turun semula ke bawah. Lebih kurang 3 jam lebih juga duduk kat atas tu huhu.

Sekitar bahagian bawah;

Malam pun cantik...
Nak membolehkan tokyo tower ni betul-betul hilang dari pandangan, punyalah... Toleh belakang, snap gambar, jalan.. Toleh belakang, amik gambar lagi, hahahaha.

Balik tu entah kami pusing ke mana aku pun dah tak ingat nama stesen. Scary jugak sebab lalu jalan-jalan yang agak sunyi. Nasib baik berdua.

Kami sampai are Asakusa dalam pukul 8.30 malam. Last kami makan adalah masa sarapan tu je. Dah tu, cari-cari kedai makan halal tu tak jumpa-jumpa huhuhu. Kebanyakan kedai memang dah tutup masa tu.

Akhirnya jumpa Saraya Kebab. Pun boleh...
Makan pun dah takde perasaan sebab penat & dah terlepas beberapa kali waktu makan kan.
Dekat pukul 10 malam baru kami check in.

Malam tu, nak juga online tapi nampaknya line tak ok. Aku memang dah tak larat, so tidur dulu.. Then bangun solat jamak Maghrib Isyak & terus tunggu untuk solat subuh. Kemudian kemas-kemas barang sikit dan sambung tidur. Barulah merasa nikmat tidur ok selepas beberapa hari sleep deprivation.

Rupanya, malam tu la berlaku gempa bumi kat sana tu tapi aku tak tau kat area mana.. Mungkin juga sebab tu malam tu internet tak ok.

Sekian saja cerita hari kedua yang panjang. Hehe.
Entri seterusnya ialah misi mendekati Fuji.

Daaaaa.
Selamat menyambut awal ramadhan dan selamat berpuasa ye kepada anda yang membaca blog ni.
Terima kasih..