Saturday, 10 December 2011

KPOP dan taksub

Assalamualaikum pembuka bicara.

Lamanya tak update. Kata cuti sekolah, hehe.

Lepas hampir 2 minggu bercuti di kampung, sekarang aku kembali ke Endau untuk bertugas dalam cuti di sekolah & kelas tuisyen selama 2 hari.. Esok (Ahad) insya Allah pulang semula ke BP.

Dah duduk sini waktu senggang di rumah memang takde lain la kot. Online. Tetiba terjumpa 1 isu hangat dan hangit di internet sekarang.

Aku tulis kronologi nya la ye.

Seseorang mewujudkan blog menggunakan nama dan gambar orang lain, dengan entri mengutuk kpop
(KPOP = kumpulan penyanyi & lagu² POP Korea...)

Link blog disebarkan   ---> klik sini kalau teringin nak tengok

Peminat KPOP seluruh negara naik angin lalu mengomen. Bukan sikit-sikit yang menulis komen ganas, lucah & berbuar ugutan! Dan kebanyakan dari diorang ialah underage. Jumlah komen juga hampir mencecah 2000. Peh.

Pakcik kepada mangsa (remaja yang nama dan gambarnya disalahguna) yang juga merupakan seorang blogger, bertindak ambil screen capture & keluarga mangsa membuat laporan polis. Screen capture pengomen juga diserahkan kepada polis (komen yang melampau)

Begitu ye.

Katanya orang yang mewujudkan blog dah dapat dikenalpasti. Tapi masih belum didedahkan, siapa.
Yang pasti di alam maya ni sibuklah orang mengomen sana sini. Biasalah, yang menyokong ada, yang membantah pun mestilah ada. Yang mengambil kesempatan menulis entri baru mengenai isu yang tengah hot ni, macam aku sendiri. eh.......?

Tapi tak salah kot, nak menulis entri. Sebab itu buah fikiran dan pandangan masing-masing.

Yang salah kalau melanggar etika berblog, macam menulis dengan bahasa yang kasar & lucah. Telek dari segi dan sudut mana pun, kalau bagi pandangan yang ada unsur ganas, peras ugut mahupun lucah, tetap salah. Walaupun yang menaip tu underage, pun tetap salah.

Di sebalik kejadian ni, tempias-tempias nya pun kena jugak kat aku.. Rasa-rasa, kawan-kawan yang kenal aku dari zaman U mungkin tau kot ke obsesan aku dengan drama korea dan jepun. Lebih dari itu, aku pun sebenarnya dengar jugak lagu-lagu korea dan jepun yang piawaian telinga aku 'luluskan'. Tapi bila dah jadi macam ni, melihat sendiri dan membaca komen-komen peminat kpop buat aku terfikir.. Macam ni jugak ke aku di mata kawan-kawan lain?

Harap-harap tidak la ye.. huhuh.
Minat memang minat, tapi aku pun menghadkan diri jugak. Aku menghargai suara & muzik diorang yang berkualiti. Yang hampeh pun ada; muka cantik/kacak tapi tak boleh menyanyi. Tapi, mana-mana yang tak boleh menyanyi tu biasanya diorang ada kelebihan lain, macam berlakon, atau jadi MC

Selain tu, di mata masyarakat sekarang, kpop menjadi punca remaja-remaja ni bertindak menggunakan bahasa tak senonoh begitu. Memang betul, cara budak-budak tu melontarkan komen ganas tu, macam bahasa harian diorang memang dah bergelumang dengan bahasa tak baik.
Logiknya, individu yang sentiasa menahan diri dari menggunakan bahasa macam tu takkan sewenang-wenangnya menulis begitu.
Macam kita kecik-kecik dulu, bila kena warning jangan cakap perkataan 'bodoh', nanti muluit kena cili. Biasanya, kita sebagai budak tak kan berani-berani nak menyebut.

Dalam kes ni,
Dan juga disebalik keributan ini, aku mengesahkan satu perkara.
Ye, aku tak gemar kot membaca dan melihat ejaan yang salah dan macam sesuka hati. Terutamanya bahasa kependekkan macam bahasa sms. Lebih-lebih lagi ejaan salah yang memang ketara sengaja disalahkan.

Sakit mata rasanya.

Jadi, malas macam mana pun, aku kena juga la gagahkan diri menaip dengan penuh.

OK bai =)