Saturday, December 06, 2008

Smart Tag

Ngee.. rasa cam nak jawab tag ni walaupun x de sesape yg menge tag aku..

Name: Didi Kartika

Sisters: 5 adik perempuan
Brothers: 2 adik lelaki
Shoe size: 7 / 7
Height: 161 cm
Where do you live: Endau, Jhr
Have you ever been on a plane: yes
Swam in the ocean: sekadar di tepiann hehe aku penakut kat laut..
Fallen asleep at school: yezzzz
Broken someone’s heart: pernah.
Fell off your chair: mcm pernah..masa kecik2..
Sat by the phone all night waiting for someone to call: nope.. tinga aku cepat panas kalau bergayut lelama
Saved e-mails: yes
What is your room like: sedap2 mataku memandang.. mata aku la kan..
What’s right beside you: sofa
What is the last thing you ate: pisang goreng n popiah
Chicken pox: yup..masa form 1 kalau x silap.jangkit dr adik.. uduh sepang wase muka masa tu.
Sore throat: kengkadang..
Stitches: xde
Broken nose: no
Do you believe in love at first sight: tidak!
Like picnics: suka jugak
Who was/were…The last person you danced with: er..poco2 dikira tarian ke? Kalau ye, pernah la zaman kat maktab dulu.. Every Wed evening at 5p.m SHARP (kalo x kena jerit dgn En. Napi, arghh kenangan..)
Last made you smile: tadik masa nengok Hanazakarino Kimitachi SP.. hehe lawakss berterusan la bebudak OHSAKA GAKUEN tuh...
You last yelled at: adik lelaki aku.. petang tadi hehe suruh mandi x mandi2..

Today did you…
Talked to someone you like: nope.. isk isk
Kissed anyone: ish takdela
Get sick: sakit... ati, bleh?
Talk to an ex: never!
Miss someone: yes.. yes.. yes
Who do you really hate: x pe lah aku simpan dlm hati.. malas nak menzahirkan menjadi perkataan..
Do you like your hand-writing: sukeeee..
Are your toe nails painted: tidak!
Whose bed other than yours would you rather sleep in: ermmm..entah
What color shirt are you wearing now: red
Are you a friendly person: it depends on the situation n surrounding..
Do you have any pets: xde
Do you sleep with the TV on: always
What are you doing right now: surf internet, main game sambil menjawab tag nih
Can you handle the truth: tengokla..depends
Are you closer to your mother or father: dgn ibu
Do you eat healthy: nope hehe
Do you still have pictures of you & your ex: x de x de. sume dh shred. kihkih
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to: tuuutt
Are you loud or quiet most of the time: quiet
Are you confident: tidak sangat

5 things I was doing 10 years ago:
1-study..
2-living in hostels
3-baran.. kot! eheh
4-haa.. peminat SRK n Hindi movies... skang idok daahh
5-pemalu.. hehe

5 things I would do if I were a billionaire:
bayar hutang ptptn
menunaikan fardu haji.. bawak my family sekali.
beli keta idaman
beli umah idaman
bykla sebenarnya..5 je x cukup!

5 of my bad habits:
eating disorder
addicted dgn internet..esp kalo connection laju
addicted dgn CC Fine Integrated Solution kt Pt. Raja, hehe.. sekali aku dtg aamaat payah utk me restrain diriku dr tidak membeli sebarang DVD.. arghh aku gile.. byk lg yg x ditengok.. tp aku asyik beli..beli.. dan beli..

5 places I’ve lived/living:
Kluang
Kajang
Batu Pahat
Kuala terengganu
PJ
Gombak
Perlis
Endau
(dah terlebih lah.. argh x kira peduli apa..blog aku hehe)

Monday, December 01, 2008

Orang Kampung - No Fits, No Fights, No Feuds

wajah-wajah 2008.. After almost 3 years leaving the university..
puan, puan, cik; cik, cik, cik
ngee =)

***pending entry, the pixs are just the mukadimah..need long contemplation to do it, hehe***

Sunday, November 30, 2008

Home Sweet Home

Bila dah lebih seminggu cuti ni, tetiba aku teringatkan rumah aku yg 1 lagi.. Rumah yg aku n housemate aku gelarkan 'Rumah Transit'.. Rumah yg aku dah duduk lebih kurang 4 bulan sejak aku posting @ SKLE. Rumah yg kebanyakan masa waktu aku ada kat sana aku rasa sungguh sibuk.. Tapi makin lama aku rasa makin best n selesa tinggal kat rumah tu..

Inilah rumahnya...

'Keta Couple' kak b hehe

----------------------------------------------------------



Pandangan sisi dr assembly court..


Yang ini pulak my family's house.. err yang ini pun kira rumah transit jugak pada aku.. Tp kat sinilah aku tinggal sejak umur aku 10 tahun.

Erm nanti aku wat le tour de my house plak..

Friday, November 14, 2008

Close Book

Lamanya aku dah tak mengapdet blog ni.. banyak benda nak kena sapu²..Sampai berhabuk² dan bersawang.. Memang dah lama gila aku x update.. sejak² aku posting.. dan kunun² nya dah jadik cikgu separa betul.. (separa betul, sbb aku still pegang title GST).

Saturday, July 12, 2008

Kembara Baru Bermula..

Ujian Akhir Kursus (UAK) Induksi kami tutup dengan satu majlis yang sederhana meriahnya.. dari segi juadah mahupun acaranya. Akhirnya berjaya juga kami sudahkan kursus wajib kepada semua bakal guru ataupun guru terlatih di M’sia, walaupun pelbagai rasa sarat di dada dan kepala lepas menjawab soalan UAK yang super duper mencabar tahap susahnya.
Upacara penutup yang serba ringkas dlm dewan kuliah A disempurnakan oleh Tuan Pengarah IPG Kampus Perlis, Tn. Hj. Md. Rusli. Yang pasti, pemilihan Abg. Sabri sbg wakil pelajar utk memberikan ucapan akhir aku kira sgt tepat sbb beliau rupanya sgt berbakat dlm menyampaikan ucapan. Hadirin dalam dewan memberi 101% tumpuan. Mungkin salah satu penyebabnya itulah detik2 terakhir kami untuk sama2 duduk dengan title sbg pelajar maktab. Isk3 sedih jugak sebenarnya.
Beberapa jam kemudian selepas jamuan aku sungguh bz mengemas apa yg patut.. mlm nanti aku dgn kak Has akan menghantar barang2 kami pulang dulu ke kampung, melalui bas ekspess kangar-bp. Sungguh serabut dan aku tak menang tangan mengemas. Padan dengan muka ku yang tak mahu mengemas awal2.. dah siap mengemas kena angkat ke bawah pula. Sekurang2nya ‘lemak’ yang terkumpul di badan aku gunakan dgn sebaiknya dgn 1 sesi ‘exercise’ mengangkat barang. Bersyukurlah aku tinggal di paras 2 bukannya paras 3 atau 4….



12 Jun 2008
Aku benci packing!! Itu 1 kelemahan aku yg aku cukup sedar dr dulu.. buktinya aku masih x siap2 mengemas beg utk ke BTN, even I got ample time to do it. Ulang-alik ulang-alik tapi tak siap2 jgk.. kesian jugak kat Sareen yang dah 3-4 kali menjengah muka pintu bilik aku. Hehehe bila dengar bunyi enjin bas bergema barulah aku kelam kabut capai beg2 dan turun mengejar Sareen. Sampai bawah memang 2 biji bas dan sebuah van dah tunggu.. rasanya cun2 dah tu..kami terus letak bagasi dan naik bas.. Well we’re among the earliest yg naik bas.. aku pun tak paham kenapa ada yang tak mau naik lagi dan akhirnya tak dapat tempat duduk. Tengok rupa masing2 buat aku tersenyum sendiri.. tak ubah macam budak sekolah. Yang perempuan dengan baju kurung putih dan kain hitam, serta tudung putih/hitam; OK lagi.. Yang lelaki dengan baju lengan pendek putih dan seluar hitam. Ada yang nampak macam budak sekolah betul2..ada jugak yang nampak mcm wakil rakyat, yang tak bleh tahan ada gak yang nampak mcm driver taxi hehehehe.. (sepanjang 12 minggu praktikum dulu aku n partner aku naik teksi n kami cukup hafal warna uniform pakcik2 teksi tu)

Perjalanan ke kem BTN Wang Kelian dari maktab tak selama mana…lebih kurang 30 minit. Cuaca muram dan tak lama lepas bas gerak awan gelap yang tadinya berarak sekali lagi menurunkan rintik2 yang sederhana lebat, tepat macam yang pakcik driver bas bagitau kami sebelum bas bergerak tadi. Sebenarnya apa yang pakcik tu lebih nak sampaikan ialah ‘penyambut tetamu’ yang bakal menyambut kami kat kem tu nanti – P.A.C.A.T…

Hujan masih renyai2 waktu kami sampai di pintu Gua Kelam. Kenapa Gua Kelam? Bagi yang ke kem menaiki bas, memang laluan masuknya melalui pintu gua kelam.. adalah tidak logik untuk memasuki gua menaiki bas..so kami kenalah berjalan.. Nasib baik disediakan perkhidmatan lori untuk mengangkut beg2 kami.. bawak badan je lah menyusuri laluan sempit dalam gua dan laluan ke BTN. Jauh jugak rupanya.. sempat lah berpeluh2. Lepas lebih kurang 20 minit berjalan akhirnya kami sampai di pintu belakang Kem BTN Wang Kelian. Rupanya2 kawasan kem ni di bina di lembah yang dikelilingi oleh bukit2. Di tengah2nya ada 1 tasik yang dikatakan bekas lombong bijih. Kami dibahagi2kan kepada beberapa kumpulan untuk pembahagian dorm sepanjang 5 hari kami tinggal di kem. Aku boleh dikatakan bernasib baik coz se dorm dengan most of my classmates. Yang takde cuma si Nalini & Shalani aje. Lokasi katil pun memuaskan hati, aku dapat ‘mengecop’ katil bawah di kedudukan tgh..hehehe aku ni sebenarnya penakut juga kalau dapat katil tepi.

Acara pendaftaran berjalan dengan lancar. Tak aku nafikan, rasa semacam aje. Tak tau macam mana bentuk xtvt yang akan kami jalani sepanjang 5 hari di sini. Mcm budak2 PLKN ke? Ataupun, ala2 ketenteraan ke? Rasa berat untuk menunggu 5 hari ni berjalan. Apapun aku cuba berfikiran positif dan anggap macam hari2 biasa sebagai pelajar maktab. Aku habiskan masa dengan Sareen untuk ke program2/rutin di sini kecuali yang melibatkan tanggungjawab agama, mcm kat maktab juga.. cuma tak sangka, pada malam nya pihak pengurusan dah menetapkan sesuatu yang ‘best’ – reshuffle kpd group2 yang mereka dah tetapkan. Aku sendiri tercampak dalam LDK 8.. nasib baik ada geng-Kak Ida yang sekelas dgn aku. Owh ada lagi sorang, Hassan. Yang lain ialah Jep(KH), Abg. Wan(Pemulihan C), Mazani(Pemulihan A), Syed(Pemulihan B), Zainies(PJ), Kak Hajar(Pemulihan B), Ina(Pemulihan A), Kak Hasny, Na(KS), Lim&Shakirah(cikgu luar). Arahan yang diberikan, we have to stick to our given group through all the xtvts n routine, commencing on that night. Termasuklah waktu makan.. mesti semeja.

***To be continue,

Friday, May 23, 2008

Its a Long B-R-E-A-K

Jumaat 23 Mei 2008
-------------------------------------------------------------------------------
Lamanya aku x mengapdet blog.. Sampai ada org tu kata dah beratus2 kali dia singgah masih tgk posts yang sama.. well, iye ke beratus ratus kali Cik Afie? hehehe

Well its not that i dont want to update it my dear, BUT (notice the big but there,) i've some reasons..
1- Internet disruption
Aku pun nngak ngerti mengapa..tp lama jgk la berlaku gangguan wireless conn kat cni. Bkn
public AP je tapi AP dari rumah warden pun x functioning.

2- Kebizian yang tak dapat dielakkan
Sejak awal Mei ni hidup aku agak huru hara sbb Seminar Kajian Tindakan && Inovasi,
Pedagogi serta Pameran Bahan Bantu Mngajar pada 7-8 Mei yang diwajibkan kepada
kami untuk menghadirinya. Kalau setakat 'hadir' tu mmg x pe la.. Bawak diri je attend
seminar tu.. Masalahnya aku kena present untuk dedua hari tu.. miserable sungguh..

Memula tu masa aku tau aku kena present teori n inovasi, i made noise (huhuhu), then my classmates tuka org.. mana aci, org yg sama kena present byk kali. After that ada lagi yg x pueh ati n mintak our lecturer yang pilih, sapa yg patut peresent..aku mmg dah terasa2 yang aku still akan kena..mmg pun,tp at least cuma present 1 je..
Tetiba dapat plak berita yang aku kena present jugak Kajian Tindakan.. err yg ni mmg x leh argue la sbb mmg dr awal the power to decide is given to our dear Dr Faridah..
sudahnya,, selama 2 hari seminar berlangsung aku kena present..
Aku tau, mungkin ada yang terdetik dalam hati, "alah,apa benda yang nak kecoh2, present je la, kan cikgu mmg keje nya buat presentation".. yess, betul, itu 1 fakta tp situasinya mmg la sgt x sama.. in class its between me and the pupils. BUTT in this seminar, i'll be speaking in front of the reps from BPG, few Ketua Unit Praktikum from all teaching colleges in M'sia, lecturers, and the teacher trainees..

Aku malas nak ingat sangat detik2 keserabutan tu, tp yg pasti sumanya dah berlalu.. n yg paling x sangka i'm the 2nd runner up utk pembentangan kajian tindakan.. erm apa2 aje lah sbb aku rasa semuanya dilakukan secara terpaksa.. cuma prinsip aku walau mcm mana terpaksa pun, at least i'll put some effort on it.

p/s-sebenarnya bila dah lama sgt tinggal, rasa malas gila nak apdet.. idea pun x berapa nak dtg, mcm hujan yg dah lama x menjengah bumi perlis yg kering kontang ini..

Monday, April 21, 2008

Monday Blues edisi 21April08

~Monday 21st April 08~

Another Monday.. with another assembly.. but today's occasion is a little bit unsual whereby all IPGM Kampus Perlis trainees are here.. gather for the very first time in this semester. If i'm not mistaken during last sem we once have this kind of assembly where all the KPLI's trainees (Jan 07 and July 07)were gathered.

and today, the mass gathering happen..which might be the one and only for this semester. but this time we are as the seniors.. because of such unsual assembly it happens that so many people want to give speech today.. Ish! we were standing for about 1 hour.. on a cramped-site, under the warm sunlight ....but its too much 4 the VITAMIN D.


Banyak Orang Banyak Ragam

-------------------------------------------------------------------------

Ramainya manusia hari ni..muka2 yg unfamiliar..n bila dah ramai2 tu, memacam la ragamnya.. Ada yg dah siap bersila aku tgk. One thing that I'm sure, nobody in our batch dare to sit during assembly. Erm, no further comment except one word.. brave. (but courageous enough I think)

We knew that children have short attention span. They get bored very quickly. Based on my experience during praktikum I noticed that the longest duration that they could bear on listening to me is 10 minutes..that's went to the smart ones.. what about the slower group.. whether it's in the class, assembly or any event.

n what about the adults? We can pretend like we are listening..sitting or standing there quietly, act like we are very attentive to the speaker but actually our mind are travelling somewhere.. hehe that's what usually happen to me..(hopefully none of my students are reading my blog)

err..dalam pada aku 'bz' mengapdet blog nih tiba2 terdengar satu suara..yang melontarkan ayat begini;

"Wah concentrate nampak, buat apa tu, kajian tindakan ke?",

sapa rumet ku... hehehehe terasa I.. nak buat keje Dr Faridah punya la malas tapi tang benda2 x berkaitan dengan pelajaran cukup mau.. betul tu.. baiklah, nampaknya sampai di sini saja coretan merepek untuk hari ini.. khas untuk tatapan Cik Fida..aku mau buat assignment plak huhuhu terpaksa memaksa diri nampaknya..

Friday, April 18, 2008

A Quote A Day (might) Keeps The Indolences Away

Found this motivational quote while i'm 'lurking' in a folder.. seswai lah..nk kena wat revision utk pedagogy nih..


A TEACHER
TAKES A HAND
OPENS A MIND
TOUCHES A HEART
SHAPES THE FUTURE.

Science class - year 2 Angsana.. SK Felda Mata Air, Padang Besar Utara, Perlis

Praktikum Jan-April 2008

Wednesday, April 16, 2008

Small Gesture but Great Pleasure =)

~Wednesday 16th April 08~

Nothing special occur today.. v got 2 classes in the morning. Well at least its worth to wake up early & wear new clothes. x de la gi kelas n balik saja, with no input at all.

Therefore today's entry got nothing to do with my daily routine.. Its about my x-students. Something that they gave as farewell gifts which touch my heart. Tada... I paste it here..,


this is from Nuha



This is from Farah

These are the best drawing that I received. Still appreciating the rests, but most were from my year 2 students (err lukisan bebudak darjah dua pun cantiks2 cuma nilai keseniannya kurang lah hihih)

Gifts from them s token of appreciation..

Tuesday, April 15, 2008

Kini Didi Pelajar Semula

~Isnin & Selasa~ 14 & 15 April 2008~

___________________________________________
Lambat
Pagi Isnin pertama selepas kembali menjadi pelajar..aku bangkit sayup..Tu dia! Speaking perlis sket..but pardon me if I make grammatical error here and there heheh..aku belajar bahasa utara melalui auditorial, so x brape nak pasti betul ke x ejaan..aku cuma dpt tangkap pronounciation nya aja..

Sambung kisah bangun lambat.. x de la lambat giler,tp lambat la sampai aku rasa cemuih nak tunggu turn mandi coz shower room penuh..sepanjang aku praktikum aku antara yg terawal sampai kat toilet, so i dont remember waiting/queing just to take bath. Moral of the story Cik Didi.., jgn bangun lambat lagi kalo x nak merasa beratur nak mandi..


Beria
Pagi ni kami bebudak KPLI Ambilan Julai 07 adalah golongan paling beria sbb dah sampai kat tapak perhimpunan seawal 7.15am.. Rupa2nya start lambat.. Hmm kalo x silap aku sem lepas bkn Encik Rizal Pegawai HEP tu sgt strict ke pasal ketepatan sampai ke Tpk Perhimpunan untuk hari Isnin? Ntah la..sekali air bah sekali pantai berubah kot.

Lepas assembly kami berhimpun kat Dewan Kuliah A untuk sesi refleksi bersama encik Yusuf panjang..lama gak dok dalam tu.. dgr dia bercakap2..kadang best kadang kureng tp layan je.. pastu kami dapat jadual kelas memasing.. aik?Banyak nya kelas..i tot sem ni dah abes kelas..hmm tp rasanya jadual cuma berkuat kuasa atas kertas kot.. Kami balik kelas awal hari ni..dlm kul 11am+ dah balik hostel.. cam bahagia je lelebih lagi ble dengar Encik Yusuf kata Kajian Tindakan anto lepas 2 minggu..pastu folio x yah antar.. ngeh3 best2..serta merta aku stop buat apa2 yg berkaitan dengan folio gedabak itu..

Selasa..
Mcm semalam, hari ni pn gi kelas saja2 coz pensyarah ramai yg x masuk.. masa kelas muzik x sangka la pensyarah baru tu begitu sporting.. dia bermain piano n kami menyanyi..memula syok gak tp lelama aku rasa boring coz bdk2 lelaki request lagu lama.. mmg pun, dah dorang lahir beberapa tahun awal dari aku.. hai..layan je la..

Hari Berjalan-Jalan

~Sabtu 12 April 2008~
______________________________________________________________

Pagi yg indah.. hari pertama bebas.. hehe bunyik cam baru kuar penjara je.. bukan bebas apa, bebas dr praktikum.. n bkn la bermaksud praktikum tu sesuatu keadaan yg sgt teruk mcm dipenjarakan..cuma rasa cemuih dgn memacam kehendak unit praktikum yg terpaksa kami comply.. kot x kang x pass plak kan..

Rajin
Rajin ke? Smlm dah officially tamat tapi this morning still want 2 go to SKFMA(SK Felda Mata Ayak).. arini ada gotong royong anjuran PIBG sekolah.. initially i don't want 2 join tp terpikir ada skiit je lagi brg aku yg blum habis aku kemaskan kat dlm bilik guru tu maka aku merajinkan diri untuk join Zu gi ke Sekolah.. Pagi ni Kak Shidah amik kami kat maktab.. Sampai sekolah sejam kemudian, memandangkan kami singgah beberapa tempat untuk Kak Shida settle kan urusan peribadinya.. sampai2 sekolah pn, cikgu yang ada cuma Cikgu Chek Azis, Kak Aifa, Cikgu Chot n Cikgu Abdul.. yg lain x nampak btg idung. oo a'ah arini ada Hari Pendidikan Islam kat SK Padang Besar. Mesti la ustaz n ustazah serta cikgu muzik dah gerak ke sana..

Sampai2 je sekolah aku terus tuju ke tahun 4..sbb utama aku menjejakkan kaki ke sini ialah utk update english board dlm kelas sebenarnya..tgk2 ada 4-5 org bdk perempuan tgh menyapu2..rajin tul depa di saat bdk lain masih layan tido n bermain2
di ujung minggu..



Sib baik jugak ada depa ni leh tulun2 aku mana yg patut..sambil2 layan bersembang.. selama ni jarang bersembang dgn depa..depa yg dok bersembang kat blkg masa aku mngajar..chaiss..ingat aku x prasan ka... erm..mereka ni termasuk dlm golongan yg memerlukan lebih perhatian masa P&P..

Acara selingan2 masa xtvt ni ialah makan.. walaupun aku sbnrnya rush nak siapkan keje aku tp beberapa kali di ajak makan oleh cikgu2.. layan je la.. lgpun pasni x tau bila leh bersua muka.. Gi kantin, tgk2 team soccer tgh berlatih kat padang dgn cikgu rahim. erm ada dia ni sahih kena usik, jd aku mengatur strategi utk menyuruk n kuar bila Zu ada..ngeh3 berpadu dgn Zu leh gak menepis2.. Tetiba nampak beberapa jejaka2 muda,rupanya2 bdk2 sbe berempat tu pun menjoin kan diri mereka hari ni.. bagus2 rajin tul..


Melencong
Dekat2 pukul 11.30 Kak Shida ajak balik dah, tp dia ajak melencong dulu ke Padang Besar..ngeh3 best gak tu, dh lama x gi.. Nama je 12 minggu dok ulang alik dr Kangar ke Padang Besar tp baru ni nak sampai ke sana.. al maklum lah kami ber2 insan2 yg x punya kereta.. walapun banyak kali dorang offer2, tp selalu je pelawaan x kena dgn masanya.. sebelum gerak tu, aku n Zu bergambar dgn guru2 pembimbing kami yg penuh dedikasi, Kak Aifa (Guru Pembimbing Major) & Kak Shida (Guru Pembimbing Minor)... sesungguhnya aku amat bersyukur dan berterima kasih pada depa yg berkaliber n sporting ni.. Terima Kasih Cikgus...

Zu, Kak Shida, Kak Aifa & Dd

Dah berjalan ke PB mesti nak gak bli2 something kan.. Aku tgk Kak Shida dok ralit kat 1 gerai jual brooch n jewelleries. Aku n Zu memasing berpecah.. Sbg tanda kenang kenangan aku pernah duduk kat Kawasan Padang Besar Utara yg berposkod 02100 ni, aku bli seutas gelang tangan dr batu..err batu apa ntah.. Saja la.. tgk gelang tu nanti ada gak memori nye..isk3.. Kalau ada fulus lebih byk lagi yg aku teringin nak bli, tapi x leh la kan..kna gak beringat utk zon bahaya bila dah posting x lama lagi.. Lepas tu Kak Shida bawak kami makan kan Restoran Tok Mek dekat depan Timah Tasoh tu.. merasa gak makan kat kedai yg pernah dilawati Maria Tunku Sabri satu ketika dulu..heheheh

Tetiba ptg nya, Ain ajak aku temankan dia makan kat luar. Ingat x mo makan malam dah tapi aku gagal melawan nafsu makan hehehe lelebih lagi bila Ain umpan nak ajak makan kat Pokok Tui.. Nak gak rasa apa yg special sgt dgn kdai makan Pokok Tui ni, slalu je dngar org dok sebut2..erm..biasa2 je tp luar biasa la skit compare dgn cafe2 kat dlm maktab ni..

Kesimpulannya satu hari ni aku berjalan.... tanpa membuat kerja rumah yg menimbun itu..





Monday, April 14, 2008

Penutup 12 minggu..

~Jumaat 11 April 2008~

Akhirnya.. hari ni muncul jua..penutup kepada 12 minggu yang penuh.... err.. kegembiraan, keterharuan, keseronokan, kesedihan, keserabutan, kekacauan minda, jiwa dan emosi dan memacam lagi kisah suka duka insan2 yang baru nak bertatih dalam profession perguruan..

Tahniah aku ucapkan kepada diri aku sendiri kerana dengan izin Allah, aku berjaya jugak menyudahkan satu fasa yang paaaling penting dlm KPLI.. malam tadi aku payah nak tido.. salah satu sbb nya aku dok menyiapkan report tuisyen yg perlu ku hantar pada Kak Milah.. dan sbb lain, entah.. ada 1001 rasa.. dr malam tu sampai ke saat aku nak capai beg dan meninggalkan bilik untuk gi ke sekolah , rasa memacam n terbayang2 je hari pertama aku gi sekolah utk praktikum.. perasaan tu x sama.. dulu penuh dgn rasa ragu2 dan garu2.. takut2 bercampur excited(sket je excited nya!)

Hari ni Zu pakai baju baru...ewah2... aku pakai baju lama je..tp baju yg aku suka la.. ramai kawan2 yg pakai baju kebaya hari last ni...tp aku segan la..dan rimas juga.. cukup la aku pakai masa Final Observation 27hbMac aritu..

Seharian aku sibuk mengemas2 barang...pulang kan buku2 bdk n worksheet dorang, n memacam buku2 sekolah yg aku pinjam dari pelbagai tempat..Bilik SAL,BOSS,dr Kak Aifa..

Kelas terakhir aku dgn bebudak darjah 4 Mawar hari Jumaat pukul 10.35am - 11.35am.. rasa sedih gak tapi perasaan nak semua ni cepat berlalu rasanya lebih kuat lagi. Dari pagi lagi dah rasa sedih bila ada yg dtg jumpa aku kat Bilik Guru menyuakan hadiah.. isk depa ni mcm aku dah x masuk kelas je.. tp lepas aku pk2, agaknya mmg naluri bdk x tahan menyimpan surprise..
Pagi sblm rehat tu jgk sorang bdk 4 mawar dah dapat cenderamata kenangan dr aku n zu, sbb ingat dia nak balik awal coz demam.. Dia lah Lukman, student kesayangan, hehehe bias aku nih..

Masa sejam dlm kelas terakhir ni aku guna utk distribute special bookmark yg aku buat utk dorang, sekali dgn coklat bulat2 & badge pucca... dalam aku menahan sebak masa berpesan2 dgn bdk2 ni ada pulak sorang yg tetiba nangis...rozaini... alahai... cikgu dah penat menangis pasal korang..

Ada rasa kepuasan bila tgk depa suka dgn bookmark yg aku buat..special tuh..ada muka dorang n muka aku skali huhuhuhu.. tak tau nak bg apa..tp rasanya dah jadi mcm tradisi plak cikgu praktikal hadiahkan bookmark pada students masa nak berpisah..


Dalam kelas








kat tepi Danau Sejahtera






dengan prefects 4M + Manisah Thn 5




Mereka murid-murid pertama saya dalam kisah saya menjadi cikgu sekolah rendah......





Wednesday, April 09, 2008

Mr / Miss SKFMA

~Wednesday 9th April 2008~

Aku menjadi semakin tidak bermotivasi menjelang hari2 terakhir menjadi Cikgu & Teacher praktikal.. Kelas PSV utk 4 Mawar hari ni berjalan tanpa ada lesson plan secara hitam putih. Semuanya ku visualkan dan di plan dlm kepala. Memandangkan ini kelas PSV kami yang terakhir,aku terpikir nak wat something different yet enjoyable,for me and especially for them.. Aku planned nak suh bebudak tu buat group work. Task yg aku bagi: Pilih seorang wakil kumpulan..Hiaskan ahli kumpulan anda itu dengan menggunakan perhiasan yang dibuat menggunakan bahan2 terbuang,spt surat khabar lama, dedaun dan bunga kering... Untuk tak menyekat kebebasan mereka ni berkreativiti,aku sengaja x bagi apa2 restriction..mcm apa2 theme or syarat.. ni first time dorang buat aktiviti seumpama ini, so aku takut gak kalo objektif x tercapai..

Itu pun..masih lagi berlaku the unexpected ..mcm bdk2 ni bergaduh sesama group..hadoooi laa x kuasa betul aku rasa. Bukan la bergaduh bertumbuk tu..tapi memasing dok menuduh group lain meniru ciptaan dan rekaan dorang.. padahal biasa je aku tgk.. itu girls group.. yg boys lain cerita plak.. dok berkejaran ke sana ke sini.. sib baik aku pilih tempat strategik, yg tersuruk skit dr pandangan org..kot tak mau pengsan GB tgk bebudak tu berlari-larian..

Lepas tu, group Syafiqah plak buat hal.. Durrah yg bengang sbb bebudak lelaki dok menyakat dorang telah mengoyakkan baju suat kabar yg dah dipakai cantik oleh model dorang, Nuha.. Si Nuha plak merajuk dan tak mau jadi model untuk group tu. Bukan merajuk je,menangis sekali. Si Durrah pulak dah lari menyorok ke mana.. hai... L.E.T.I.H.....
Belum lagi masuk kisah group Shahrul. Yang ni kalau x buat hal mmg x sah. Aku kecik ati betul dgn perangai Shahrul ni.. bukan kali ni je tp dah byk kali..aku nak kata jgk, dia ni mmg b****p.. jgn la aku berjumpa dgn anak murid mcm ni bila dah posting nanti..


Biar penat.. biar letih.. tapi at the end of the lesson bila aku sedar at least 1 of the learning outcomes yang aku planned tercapai.. rasa puas sgt.. hilang rasa marah berbuku2 tadi.. hilang rasa penat berkejar-kejar dgn depa tadi.. hilang rasa kering tekak sbb menjerit2 panggil dorang td.. sbb aku tau dorang enjoy.. aku tau dorang dah blajar sesuatu dalam sesi P&P dengan aku..
mana lah tau.. one day kalau dorang akan bertemu lagi dengan aktiviti seumpama ini, dorang akan ada idea on what they should do.. selain tu, aku leh nampak sikap kerjasama n tolong menolong yg susaaaaaaahh sgt aku nak tgk kalu aku bg group work dlm kelas B.Inggeris..

*Aku mengajar kelas yang sama untuk 2 subjek; English & PSV whereby most of them act differently in these 2 subjects.. mereka sgt bersemangat untuk kelas PSV tp agak kurrrrenng dlm English Class..mungkin cikgu dorang ni kot yg x reti..



Dari kiri: Izaz, Lukman, Nuha, Zulaika, Azira & Sabrina... dorang sendiri yang request nak 'memperagakan' hasil keje dorang dalam dewan... aku layan kan aje..lagipun bukan ada org guna dewan pun.. ****aku agak bias masa menolong bebudak ni tadi.. habis, antara org yg b'sungguh2 nak buat dgn org yg buat endah x endah dgn tugas yg diberikan...mestilah aku pilih org yg menunjukkan kesungguhan tu.. antara bdk yg menghormati aku sbg cikgu dgn bdk yg bercakap dgn aku mcm b'ckap dgn....




Tuesday, April 08, 2008

Fruit Punch

Hari kedua dalam minggu terakhir... ~ Selasa 8/4/8~
Hari ni aku bercadang nak menjalankan lesson plan yg akan bersangkut paut dengan Inovasi Pedagogi & Kajian Tindakan. Chewah bunyi mcm boguss je padahal x de apa pun, besa2 je..
For my English class, I planned to teach them on how to elaborate process of making or preparing something, which stress on the sequence connectors.. ala penggunaan first, second, then, after that, next, finally and last tu la.. aku dah pernah ajar dulu tp penggunaan BBM tu x berapa nak best la.. cakap2 n terang2 sambil wat action lelebih kurang je.
Bila Sareen bercerita yang dia buat demonstration wat fruit punch on her final observation, aku pun terpikir nak wat benda yang sama..assume mcm simple farewell party la kot, huhuhu.. lagipun aku x pernah belanja bebudak tu apa2 sebelum ni..
































Monday, April 07, 2008

Finally... The Last 12th Week!!



~Isnin 7 April 2008~
Pejam celik pejam celik.. we're @ the end of the praktikum now. Rasa mcm x percaya je pagi tadi masa berdiri kat tapak perhimpunan sekolah. Rasa mcm baru semalam je mendaftarkan diri sebagai guru pelatih di sekolah tu..cheewah! padahal dulu kemain dok menghitung hari..bila la nak abis..bila la nak abis..


Seperti biasa aku berdiri tepi bebudak darjah 4.. mcm dah jadi port aku setiap kali assembly untuk berdiri tepi line darjah 4 tu.. Sebenarnya niat utama aku dulu nak cover aku yang selalu berangan2 masa assembly.. badan memang kat c2 tp fikiran aku dah jauh menerawang ke mana-mana..kekadang ke JB kekadang ke KL kekadang ke Parit Raja n setidak tidak nya pun balik ke maktab..hehehe
Ni lah muka bebudak darjah 4 Mawar yg tengah beratur nak masuk makmal Sains lepas perhimpunan pagi Isnin. Bebudak yg selalu mencabar kesabaran aku dalam kelas BI dan PSV.. Budak2 bertuah..

Selain tu, aku dapat tgk memacam gelagat bebudak kalau berdiri kat celah2 dorang. Bleh gak praktis wat muka 'cenge' depan memacam pesalah2 laku.. sambil2 fokus pada ucapan guru2 bertugas dan ucapan GB/PK.. Saje je kumpul idea melalui observation.. Nanti2 bila aku dah posting conform2 aku pun akan ada giliran berucap kat depan bebudak masa assembly..

Hari ni jugak SKFMA menerima 8 org budak IPG Perlis yang nak wat SBE... teringat memori lama masa aku SBE kat SK Paya dulu.. terkeseng keseng masa nak join assembly..malu la konon..Bebudak tu conquer kosi2 cikgu2 menyebabkan bilangan cikgu yang berdiri agak ramai ari ni..aku x amik pot pun coz mmg agenda aku tetiap kali assembly; berdiri sambil berangan..muahahaha... aku ingat 2 kali je aku pernah duduk kat kosi tu..sekali masa 1st time join assembly..pastu masa aku sakit perut kena angin kus kus..yang pasti masa tu aku mmg lemah n tak bermaya..sampai terpaksa order air halia dari Mak Lang kat kantin sekolah..tak pernah aku sakit perut seumpama itu...




Sunday, April 06, 2008

Memujuk Hati Yang Lara

Adopted from http://haziefa.wordpress.com/

sekiranya hati pernah menginginkan sesuatu, tetapi tidak pernah kesampaian.. pasrahlah, serahkan padaNya, kerana dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita..

Sungguh menyakitkan menyintai seseorang yg tidak mencintai kita...tetapi adalah lebih menyakitkan jika mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan rasa cinta itu...

Kisah Si Pokok, Daun dan Angin

DAUN terbang karena ANGIN bertiup atau karena POHON tidak memintanya untuk tinggal…..???…..

POHON

Rakan memanggilku “pokok” aku suka menjadikan pokok sebagai trademark ku. Aku sudah bercinta sebanyak 5kali.

Ada seorang gadis yang sangat AKU cintai..tapi AKU tidak punya keberanian untuk mengatakannya… Dia tidak cantik..tidak memiliki tubuh yang sexy.. Dia sangat peduli dengan orang lain..religius tapi..dia hanya wanita biasa saja. AKU menyukainya..sangat menyukainya.. Gayanya yang innocent dan apa adanya.. Alasan AKU tidak menjadikannya kekasihku kerana… AKU merasa dia sangat biasa dan tidak serasi untukku… AKU takut…jika kami bersama semua perasaan yang indah ini akan hilang… AKU takut kalau gosip2 yang ada akan menyakitinya… AKU merasa dia adalah “sahabatku”… AKU akan memilikinya tiada batasnya…tidak harus memberikan semuanya hanya untuk dia…

Alasan yang terakhir..membuat dia menemaniku selama 3 tahun ini… Dia tau AKU mengejar gadis2 lain dan AKU telah membuatnya menangis selama 3 tahun…

kekasihku yang ke-4 tidak menyukainya…
Pernah sekali mereka berdua perang dingin, AKU tau bukan sifatnya untuk memulakan perang dingin… Tapi AKU masih tetap bersama kekasihku… AKU marah padanya dan matanya penuh dengan air mata sedih dan kecewa… AKU tidak memikirkan perasaannya dan pergi meninggalkannya bersama kekasihku… Esoknya dia masih tertawa dan bergurau denganku seperti tidak ada yang terjadi sebelumnya… AKU tau dia sangat sedih dan kecewa tapi dia tidak tau bahwa sakit hatiku sama buruknya dengan dia… AKU juga sedih…

Ketika AKU putus dengan kekasihku yang ke 5, AKU mengajaknya pergi… AKU mengatakan bahwa ada sesuatu yang ingin kukatakan padanya… Dia mengatakan bahwa kebetulan sekali bahwa dia juga ingin mengatakan sesuatu padaku… AKU cerita tentang putusnya AKU dengan kekasihku… Dia berkata bahwa dia sedang memulai suatu hubungan dengan seseorang… AKU tau lelaki itu…dia sering mengejarnya selama ini…lelaki yang baik, penuh energi dan menarik…

AKU tak bisa memperlihatkan betapa sakit hatiku, AKU hanya tersenyum dan mengucapkan selamat padanya… Ketika sampai di rumah, sakit hatiku bertambah kuat dan AKU tidak dapat menahannya… Seperti ada batu yang sangat berat didadaku…AKU tak bisa bernafas dan ingin menjerit namun apa daya…

Air mataku mengalir tak terasa aku menangis karananya…
Sudah sering AKU melihatnya menangis untuk lelaki yang mengacuhkan kehadirannya… Handphoneku bergetar…ternyata ada SMS masuk…SMS itu dikirim 10 hari yang lalu ketika aku sedih dan menangis…

SMS itu berbunyi,”DAUN terbang karena ANGIN bertiup atau karena POHON tidak memintanya untuk tinggal?”

DAUN

AKU suka mengumpul daun-daun, kenapa?

Selama 3 thn AKU dekat dengan seorang lelaki, bukan sebagai kekasih tapi “Sahabat” . Tapi ketika dia mempunyai kekasih untuk pertama kalinya… AKU mempelajari sebuah perasaan yang belum pernah aku pelajari sebelumnya - CEMBURU… Perasaan di hati ini tidak bisa digambarkan dengan menggunakan Lemon. Hal itu seperti 100 butir lemon busuk. Mereka hanya bersama selama 2 bulan… Ketika mereka putus, AKU menyembunyikan perasaan yang luar biasa gembiranya. Tapi sebulan kemudian dia bersama seorang gadis lagi…

AKU menyukainya dan AKU tau bahwa dia juga menyukaiku, tapi mengapa dia tidak mau mengatakannya? Jika dia mencintaiku, mengapa dia tidak memulainya dahulu untuk melangkah? Ketika dia punya kekasih baru lagi, hatiku sedih… Waktu berjalan dan berjalan, hatiku sedih dan kecewa…

AKU mulai mengira bahwa ini adalah cinta yang bertepuk sebelah tangan… Tapi..mengapa dia memperlakukanku lebih dari sekadar seorang teman?

Menyukai seseorang sangat menyusahkan hati…AKU tahu kesukaannya…kebiasaannya… Tapi perasaannya kepadaku tidak pernah bisa diketahui… Kau tidak mengharapkan AKU seorang wanita untuk mengatakannya bukan ? Diluar itu, AKU mau tetap disampingnya…memberinya perhatian…menemani…dan mencintainya… Berharap suatu hari nanti dia akan datang dan mencintaiku… Hal itu seperti menunggu telephonenya tiap malam…mengharapkan mengirimku SMS… AKU tau sesibuk apapun dia, pasti meluangkan waktunya untuk ku… Kerana itu, AKU menunggunya… 3 tahun cukup berat untuk kulalui dan AKU mau menyerah…Kadang AKU berfikir untuk tetap menunggu… Dilema yang menemaniku selama 3 tahun ini…

Akhir tahun ke-3, seorang lelaki mengejarku…setiap hari dia mengejarku tanpa lelah… Segala daya upaya telah dilakukan walau seringkali ada penolakan dariku… AKU berfikir…apakah aku ingin memberikan ruang kecil di hatiku untuknya ?!..

Dia seperti angin yang hangat dan lembut, mencoba meniup daun untuk terbang dari pohon… Akhirnya, AKU sedar bahwa AKU tidak ingin memberikan Angin ini ruang yang kecil di hatiku…

AKU tau Angin akan membawa pergi Daun yang lusuh jauh dan ketempat yang lebih baik… Akhirnya AKU meninggalkan Pokok…tapi Pokok hanya tersenyum dan tidak memintaku untuk tinggal… AKU sangat sedih memandangnya tersenyum ke arahku…

“DAUN terbang karena ANGIN bertiup atau karena POHON tidak memintanya untuk tinggal?”

ANGIN

AKU menyukai seorang gadis bernama Daun…
kerana dia sangat bergantung pada Pokok..jadi aku harus menjadi ANGIN yang kuat…

Angin akan meniup Daun terbang jauh…
Pertama kalinya..AKU melihat seseorang memperhatikan kami… Ketika itu, dia selalu duduk disana sendirian atau dengan teman2nya memerhatikan Pokok… Ketika Pokok berbicara dengan gadis2, ada cemburu di matanya… Ketika Pokok melihat ke arah Daun, ada senyum di matanya… Memperhatikannya menjadi kebiasaanku…seperti daun yang suka melihat Pokok. Satu hari saja tak kulihat dia…AKU merasa sangat kehilangan…

Di sudut ruang itu, ku lihat pokok sedang memperhatikan daun… Air mengalir di mata daun ketika Pokok pergi… Esoknya…Ku lihat Daun di tempatnya yang biasa, sedang memperhatikan Pokok… AKU melangkah dan tersenyum padanya…Kuambil secarik kertas..kutulis dan kuberikan padanya… Dia sangat terkejut…

Dia melihat ke arahku, tersenyum dan menerima kertas dariku… Esoknya…dia datang…menghampiriku dan memberikan kembali kertas itu… Hati Daun sangat kuat dan Angin tidak bisa meniupnya pergi, hal itu kerana Daun tidak mau meninggalkan Pokok. AKU melihat kearahnya…kuhampiri dengan kata2 itu… Sangat pelan…dia mulai membuka dirinya dan menerima kehadiranku dan telponku…

AKU tau orang yang dia cintai bukan AKU…tapi AKU akan berusaha agar suatu hari dia menyukaiku… Selama 4 bln, AKU telah mengucapkan kata Cinta tidak kurang dari 20x kepadanya… Hampir tiap kali dia mengalihkan pembicaraan…tapi AKU tidak menyerah… Keputusanku bulat….AKU ingin memilikinya…dan berharap dia akan setuju menjadi kekasihku….

Aku bertanya,” apa yang kau lakukan? Kenapa kau tidak pernah membalas? Mengapa kau selalu membisu?” Dia berkata, “AKU menengadahkan kepalaku”…

“Ah?” Aku tidak percaya dengan apa yang kudengar…
“Aku menengadahkan kepalaku” dia berteriak…

Kuletakkan telepon……melompat….berlari seribu langkah…ke rumahnya… Dia membuka pintu bagiku…Ku peluk erat-erat tubuhnya…

“DAUN terbang karena tiupan ANGIN atau karena POHON tidak memintanya untuk tinggal?”

Sumber: Ediyanto

Tuesday, April 01, 2008

Hip Hip HuuRayyy

This week is an examination week for all primary school in Perlis..we got '4 days discount' for not doing the lesson plans..what a relief!

Monday, March 31, 2008

Marah Marah Cikgu


I got only 2 weeks b4 officially finish my praktikum.. there's sooooooooo much that i've learned within this period. One of them is now i'm able to perceive the meaning of term 'Marah-marah cikgu'..
Yes..i'm classifying myself as a short-temper one. I learned something from these young boys and girls.. There were days when I yelled, scolded about anything, grumbled, and nagged but then they'll always come to me and ask "Teacher, kita nak buat apa hari ni?"