Monday, 6 April 2015

Frust

Hai.

Lamanya tak update blog. Kerja datang menimbun nimbun. Settle satu datang tiga. Gitu kekdahnya.

Tak berniat nak update apa apa tapi log in sebab aku frust... frust dengan perangai seorang online seller. Last 2 years I wrote a review on an aloe vera gel. Rasa curious dan suka dengan gel ni bukan aku sorang yang rasa kot sebab sampai hari ni entri tu jadi entri kedua popular dalam blog ni. Sampai lah hari ni, bila aku dok browse kat dalam instagram pasal aloe vera gel (huhu dlm kes aku, sampai sekarang masih berminat dgn aloe vera based product ye) aku terbaca sesuatu yang sangat familiar. Huhu rupanya memang penulisan aku ok. Cik adik ni begitu gembira kopipes.. edit sana edit sini lepas tu post mcm tu je. Huhu. Sah sah penulisan aku tentang produk brand lain, dia ni jual product brand lain. Tapi boleh eh amik lepas tu promote macam tu je?

Macam ni rupanya perasaannya bila hasil penulisan sendiri kena ciplak ye huhu. Memang macam tak ada apa sangat tapi aku tetap lah tak suka.

Aku rasa, kalau seseorang tu tulis sesuatu dari dalam hati atau kepala sendiri, tak mustahil dia sendiri boleh ingat kan penulisan dia.. Tujuan asal aku berblog adalah kerana supaya aku sendiri tak terlupa perkara perkara penting yang pernah aku lalui dan alami sepanjang hidup ni. Dan semestinya semua entri tu adalah tulen