Saturday, 30 August 2014

Kisah penyakit gatal-gatal / Eczema

Aku tak ingat sejak bila,.. Tapi once in a while aku akan kena penyakit gatal-gatal di badan.
(Ni bukan gatal yang dizahirkan melalui perbuatan tu ye)


Mana-mana tempat pun, logiknya memang akan sentiasa berhabuk kan. Kadang tu perasan ada habuk tapi aku main kibas-kibas je dengan kain dan lepas tu terus baring / tidur atas katil. Kemudian muncul lah bintat pada anggota badan. Bintat tu besar la sikit dari kesan gigitan nyamuk. Gatal dan merenyam. Kalau diusik/digaru ianya boleh membesar dan berair. Seriously, menakutkan.
Pengajaran untuk aku, pastikan cadar dan sarung bantal ditukar secara berkala..
dan, jaga kebersihan. hee.

Biasanya aku takdelah memberi perhatian sangat, sebab aku dah tau apa ubatnya. Bila kena je, aku sapu dengan salap gelenggang ni.
Memang berkesan untuk aku, dengan izin Allah. Lagi cepat di sapu lagi cepat baik. Salap tu aku akan pastikan sentiasa ada stok dengan aku.

Ada sekali tu kena dekat bahagian bawah bibir. Sabo je la kan. Oh ye itu terjadi tahun lepas (2013). Asalnya bintat kecil, tapi sebab aku usik-usik dengan tangan, akibatnya, ianya merebak dan makin besar. Biasalah dekat bibir, kadang-kadang tak sedar aku macam usik dengan gigi (ketap bibir).
Memang horror la. Dalam kerisauan dan takut-takut, aku sapu salap gelenggang tu. Makin teruk.. Tskk.
Nasib baik masa tu dah nak hujung minggu. Sempat la recuperate over weekend. By the time pegi sekolah tak berapa bengkak lagi. Tapi yang itu kata doktor, kayap.
Imagine, kena kayap, dekat muka, bahagian bibir. Terasa diri ini pengotor huhu. Doktor bagi ubat makan dan sapu dan alhamdulillah sihat.
Pengajaran penting buat aku masa tu ialah salap tu mungkin berkesan tapi mungkin juga tak sesuai digunakan pada bahagian muka. Dan jangan lupa, jaga kebersihan.

Dua kali dah ulang ayat jaga kebersihan ni. Aku ni bukan lah pengotor sangat (haha ayat bela diri!) tapi bukan juga spesis clean freak. Cuma bila dah tau aku ni mudah alah pada habuk makanya  perlu lah lebih berhati-hati.

Minggu lepas, sekali lagi aku dikunjungi penyakit gatal ni.. Huahua. Yang merunsingkan aku ialah salap gelenggang tu dah tinggal sikit. Lepas tu aku tak tau kat  mana nak cari dan beli. Kadang-kadang bila aku singgah farmasi dan teringat, bertanya juga. Tapi memang tak ada jual. Sampai aku cari info online. Ada jugak yang jual, tapi macam tak sanggup nak beli, mahal sangat. Harga sebekas tu kalau tak silap aku paling mahal pun dalam RM5 atau RM6. Yang kecil biasanya RM3 hingga RM4. Tapi harga bila dijual online, untuk satu set sabun dan krim dah jadi sampai RM30. omg...
(Aku tau kewujudan sabun gelenggang tu, dan harganya pun cuma dalam RM6 - 7 je. Kegunaannya pun sama, untuk merawat penyakit gatal-gatal/panau)


Ye, sabun tu pun aku beli. Risau punya pasal.. Tapi bau dia, masyaAllah..
Bukan wangi ya. Paham-paham la sendiri. Tapi aku tau ianya berkhasiat. Bak kata sales assistant kat kedai jamu aku aku pegi tu, sabun ni ada daun gelenggang yang berfungsi merawat masalah gatal-gatal dan ada juga gamat yang berfungsi merawat luka.

Oh ye, sabun ni mudah lembik. Rasanya semua pun tau sabun kalau berendam dengan air memang lah akan lembik/kembang. Tapi sabun ni, letak dalam bekas tak berapa berair pun boleh jadi lembik. (The pharmacist warned me before, pasal sabun ni)

Tips:Pastikan simpan dalam bekas bertutup supaya baunya tak memenuhi 1 bilik air. Kalau ikut hidung aku, baunya tu dah ala-ala bau orang melabur pastu tak flush, huhu. Ye, ye,, busuk yang berkhasiat..
Dan jangan lupa pastikan bekas tu sentiasa kering, sebab ianya mudah lembik.

Sebab aku terlalu  risau, masa aku masih dalam pencarian salap gelenggang dan tak berjumpa tu, aku beli krim ni dari farmasi. Namanya 60 cream. Untuk merawat fungus. Pharmacist tu la yang recommend. Aku pakai, tapi macam tak berapa nak berkesan je.

Then, aku berusaha cari lagi di kedai jamu lain, yang jauh sikit. Kebetulan masa tu kena berkursus di bandar so terus plan nak cari kedai  jamu di area bandar sana. Alhamdulillah berjumpa. Walaupun tak sama macam yang aku ada, tapi as long as namanya salap gelenggang, boleh la....

So kat sini nak share, kalau ada sesiapa yang mengalami sakit gatal-gatal macam aku dan berasa risau/runsing, cubalah pakai salap gelenggang ni. Boleh cuba cari di kedai-kedai yang jual jamu ataupun orang yang jual ubat/jamu di pasar malam. Dekat farmasi jarang jumpa. Untuk panau pun insyaAllah berkesan, sebab daun gelenggang memang boleh menghilangkan panau. Kira dah mudahlah kan, tak perlu bersusah payah cari daun gelenggang untuk ditonyoh. Dengan krim/salap ni, tinggal sapu je. Aku ingat masa kecik-kecik dulu adik aku berpanau mukanya, so nenek dan parents sibuk carikan daun gelenggang ni. Masa tu orang tak terfikir lagi kot nak jadikan krim.

Tapi kalau rasa nak adventure sikit pun boleh, tonyoh dengan daun sebenar, hehehe.
Ini lah rupa daun tu.
Sumber gambar dari maswafi.blogspot.com
Kalau nak menebas / membersihkan belukar tu tengok-tengok dan belek-belek lah sikit, jangan lah ditebas sama pokok berkhasiat ni ye.

Sekian terima kasih ^^

Friday, 29 August 2014

Jangan jadi macam LUCY

Gi tengok wayang dengan 1 of my colleague semalam (Khamis). Normally aku jenis malas masuk panggung. Reason, aku pun tak pasti. I just don't feel like watching movie. Tapi memikirkan dah lama tak hang out bersama, maka layankan ajelah. Pulak tu kalau diajak keluar di hujung minggu aku memang biasanya tolak. Aku malas nak bersiap, boleh? Bahaha. So, sementara masih berpakaian cantik (lepas sekolah) marilah merayau.

Pilihan cerita ialah Lucy.

Tak nak lah aku story kan kat sini, karang jadi spoiler. Tapi pendapat aku cerita ni not bad. Aku kasi 4.5 dari 5 bintang.  Sebab penuh aksi dan aku tak tertidur. Menonton filem ni jugak memberi pengetahuan am. Kiranya, kenalah dengan taste aku & berbaloi spend doblas hinggit. (Salah 1 sebab aku malas tengok movie ialah kerana feeling gamble with the money; kalau best ok la. kalau tak best, arghh... serik!) Tapi.. aku ada jugak terbaca komen beberapa blogger dan individu yang kata filem ni membosankan..trailer je macam gempak.. hmmm apa yang boleh aku kata ialah taste manusia lain-lain.. bagi aku cerita tu best. Mungkin sebab aku terlalu banyak tengok drama korea dan jepun, amat amat amat amat jarang tengok english movie so aku rasa ianya lain dan menarik. Ataupun mungkin aksi dalam filem tu dah cukup dasyat untuk aku.. drana korea dan jepun yang aku tengok takde la aksi aksi dan tembak tembak sangat. Erk.. terpulang la pada masing-masing ye! Pendapat orang lain tak semestinya sama dengan kita. So kalau nak tengok Lucy, tengok aje.

Point entri aku ni sebenarnya, aku nak highlight ayat my colleague masa tengah tengok wayang,
"Kak Didi, jangan jadi macam Lucy tau. Hati-hati bila berjalan ke luar negara nanti,.."

Sabar je lah tau dengan budak ni. Aku ada sedikit cuak juga sebenarnya. Tapi marilah berfikiran positif Didi. Berhati-hati tu, bukan kat kuar negara je kan. Di mana-mana pun kita kena berwaspada dan berhati-hati..

Lagi satu, bila tengok trailer cerita "The Maze Runner", ada rasa macam nak pegi tengok wayang lagi la, hehehe. 

Thursday, 28 August 2014

Ingatan & Motivasi : Kita Ibarat Memiliki Kain Sesentung

Maksud?

"Tarik menutup kepala, kaki terbuka, tarik tutup kaki, kepala terbuka"

Kita tak mungkin sempurna semuanya. Anak yang dianugerah tuhan takkan semua memenuhi impian kita. Kelapa setandan, bukan semua berisi. Pisang setandan, bukan semua sama besar. Jari ditangan, bukan semua sama panjang. Oleh itu, redhalah pada kekurangan, bersyukurlah kepada penganugerahan tuhan. Yang terkurang itu, ujian Allah, peluang untuk bersabar dan berusaha.

Suami isteri nampak perfect, sempurna segalanya, masa belum berkahwin. Bila dah duduk serumah nampaklah kudis sana sini, cacat cela sana sini. Itulah hakikat kekurangan untuk kita redha, bersyukur dan bersabar.

Tidak semua rakan dan pekerja kita sempurna. Terimalah kekurangan mereka  dengan berlapang dada, membetul apa yang tidak kena, menambah apa yang terkurang. Jika anda seorang guru, ingatlah murid anda ibarat jari tangan yang tidak sama panjang. Pencapaian, kebolehan dan perangai adalah berbeza.  Bersabarlah, bertekunlah untuk membaiki padamkan percikan api kemarahan,kerana mereka semua juga ciptaan tuhan.

Kita ibarat kain sesentung, tutup kepala kaki terbuka. Tutup kaki, kepala terbuka. Bersabarlah, berlapang dadalah. Jika anda memarahi anak orang lain, ibubapanya pasti terasa. Jika anda menyatakan kekurangan seseorang, ibubapanya akan terasa. Apakah anda tidak takut jika nada menyatakan kekurangan seseorang , anda akan dimarahi oleh tuhan yang mencipta mereka? Inilah hakikat mengapa kita kena mengawal kemarahan, apalagi kepada manusia. Berpada-pada dan berhati-hatilah. Marah mungkin pada perlakuan, jangan marah pada sifatnya.

==========================================================
Aku terbaca dari FB. Random people. Terkesan di hati.Lalu nak share di sini.

Walapun hakikatnya pada aku bukan senang nak mengamalkan.. Tapi,..

Sunday, 24 August 2014

Tambah Nilai Prepaid Celcom Untuk Setahun

Ye..
Telah ku praktiskan selama beberapa tahun, sebab senang. No more hassle keje nak kena topup sebab kredit dah tamat tempoh. Duit ada, tapi tak leh nak call out sebab dah expired katanya..

Orang tua, beginilah. Kalau remaja-remaja tu haruslah memanjang kredit tak cukup, iye dok.

Apa pun, entri ini bertujuan memberi peringatan kepada diri ini sendiri.
Tiap tahun bila nak renew asyik la nak kena google.

Cara:
Taip EXP1, hantar ke 28882.
Dapat reply, minta kita taip EXP yes kalau setuju, EXP no kalau tak setuju. Hantar ke 28882 ok.
Pastikan dalam fon ada kredit sekurang-kurangnya RM30, sebab nilai itu akan terus ditolak nanti,
Dalam masa 6 bulan tak payah topup apa-apa pun tak apa. Tapi nak masuk bulan ke 7 kena topup sekurang-kurangnya RM10 (kalau tak silap)

Jikalau ingin tempoh sah kredit selama 2 tahun, gunakan step yang sama. Cuma tukar EXP1 kepada EXP2.
Jumlah kredit yang ditolak ialah RM60.

Gitu..

Tapi, kalau dalam tempoh setahun kredit tu habis digunakan, sila lah topup ye. Jangan pulak ingat dah aktifkan on selama setahun tu maknanya kredit dah habis pun still boleh buat panggilan/hantar sms.
Itu merepek dan too good to be true namanya!

P/s - Masa search info pasal ni tadi, terkejut aku. Entri macam ni pun boleh jadi mangsa kopipes ye? Maksud aku, entri orang lain la. Aku terbukak 2 blog, dan kedua-duanya mempunyai text yang sama. Sejibik sejibon kot. Tak tau siapa yang tiru siapa.
Awassss! Jangan meniru sesuka hati ok? Karang je la sendiri. Blog yang agak susah ni boleh diwujudkan, boleh create isi borang itu ini bagai,, takkan taip entri se simple ini pun tak boleh kan... Apakah?

Saturday, 16 August 2014

Sambutan Hari Raya Aidilfitri SKYP 2014

Nothing much to say though. Sambutannya lebih kurang je setiap tahun. Ada acara yang tahun lepas ada, tahun ni tak ada. Begitu juga sebaliknya. Marhaban, jamuan, persembahan lagu raya dari murid & pertandingan anggun dan kacak bergaya (murid,,,, bukan cikgu)

Pagi tu ada P dan P macam biasa. Budak-budak memang dah menggelitis la dari pagi. Masing-masing dah datang sekolah berpakaian raya lengkap dengan kasut. Sambutan dijalankan bermula kira-kira 15 minit sebelum waktu rehat, sampai waktu balik.

Tahun ni ada sesi bergambar beramai-ramai pada awal pagi. Katanya nak letak dekat bunting Hari Kemerdekaan.

Layankan gambar aje lah. Kenangan ni, kenangan.. Beza antara dua tahun aku merasa sambutan di sekolah ni ialah ada muka yang berubah. Biasalah kan, guru-guru ni datang dan pergi.

Gambar cikgu cikgi:
 di edit oleh guru ICT, Fenddy. Cantik gambarnya dan kemas editan nya =)


Gambar ni dari kamera rakan guru, Kak Ain, nampak lain sebab di ambil dari tepi. Kreatif =)


 Another shot. Macam rombongan nak pegi beraya hehhe


 Geng nak pegi marhaban


Freestyle

Kemudian snap gambar budak-budak pulak (my camera)
Anak murid aku dari 4 Pintar. Tudung purple tu class monitor.

Anak murid tahun lepas, sekarang dalam darjah 2. Kelas budak-budak sekarang.. Raya-raya pakai dress jubah.. Cikgu dah tua-tua baru merasa ok.


Marhaban


The kids enjoying their meals



Semasa menonton persembahan lagu raya. Budak-budak ni sekali aku ajak terus bersedia semuanya.. Kerjasama yang baik, hehe.

Acara selingan masa persembahan ni ialah pertandingan anggun dan kacak bergaya..

Seterusnya, bila semua cikgu lain dah balik kecuali kami, aktiviti selfie diteruskan.. Hari-hari biasa jangan harap dapat ber selfie. Masing-masing sibuk dengan haluan masing-masing. Kadang tu bercakap pun tidak. Hai hai bye bye aje.



Diakhiri dengan gambar ini,
Caption dia, Guru Besar dan PAR yang melayan karenah cikgu berselfie.. hehe.

Daa, semoga ketemu lagi yaa.

Friday, 15 August 2014

Hiasan kelas sempena bulan kemerdekaan

Assalamualaikum

Memandangkan sekarang ni bulan kemerdekaan dah pun tiba, aku percaya ada cikgu-cikgu yang mulai sibuk nak menghias kelas kan. Biasanya, kebanyakan sekolah akan lancarkan pertandingan kelas tercantik / pertandingan hiasan kelas sempena bulan kemerdekaan.

Bagi sekolah menengah aku rasa tak ada masalah sebab budak-budaknya dah besar dan boleh berfikir / beri cadangan bernas macam mana nak cantikkan kelas mengikut tema. Tapi untuk sekolah rendah, hmmm.

Di sekolah rendah, yang besar-besar macam tahun 6, biasanya di bulan 8 ni memang bertungkus lumus lah. Almaklumlah bulan depan je pun nak menghadapi periksa besar. Kiranya, memang budaknya mahupun cikgu nya sibuk dengan persiapan menghadapi UPSR. Memang tak terlayan nak hias-hias ni. Yang kecik-kecik tu, hmmm.

Silalah paham maksud hmmm aku tu ye, hihi.
Ye, saya paham sebab dah melaluinya. Cuma tahun ni je dikecualikan dari pegang kelas.
Mana nak mengajar, mana nak tanda buku, buat persediaan, buat soalan (kan sekarang dah nak masuk masa untuk ujian bulanan), tanda kertas, dan tiba-tiba nak kena menghias kelas pulak.

Kat sini aku nak kongsi beberapa idea dan bahan untuk cikgu-cikgu yang kena turun padang untuk menghias kelas. Idea aku ni takdelah gempak dan bombastik mana. Tapi kira ok lah dari tiada kan!

Gambar - Print warna, laminate dan tampal di pintu / papan kenyataan kelas.
1 Bendera M'sia & gambar Tunku Abd Rahman ~dalam format microsoft word
2 Gambar bunga raya  ~dlm format jpeg (gambar)
3 Logo 1 Malaysia  ~ dlm format jpeg (gambar)
4 Nombor  57 yang ada corak bendera M'sia di dalamnya ~dlm format jpeg (gambar)


Poster menarik untuk pelajar warnakan.  Boleh dijadikan bahan untuk pertandingan merwarna sempena pertandingan.Dan boleh juga dijadikan bahan hiasan kelas. Minta murid warnakan, kemudian boleh pilih, mana yang tercantik bolehlah ditampal.
Poster ni aku ambil dari Facebook Galeri Cikgu Rajin2 dan BBM Stuff & Keceriaan  Sekolah. Kredit kepada admin yang berkongsi. Aku panjang-panjangkan di sini, khas untuk cikgu yang tak ber facebook. Serious, posternya comel-comel! Ada yang aku dah pernah tengok tahun lepas, dan ada juga yang baru.
Semua file di bawah adalah dalam format gambar. Cikgu-cikgu boleh download, kemudian insert dalam Microsoft Word dan bolehlah  print.

1
 

2



3


4

5

6


Selamat men download! Klik pada nombor tu ya untuk mendownload.

Sama-sama =)

p/s - entri ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Harap ianya membantu ^^

Thursday, 14 August 2014

Ikhlaskan hati

Salam.

Ikhlaskan hati, peringatan untuk diri sendiri tu, hehe.

Khamis lepas tiba-tiba aku dapat arahan kena pegi satu bengkel ni, pada hari Sabtu. Sebenarnya kalau boleh tak nak pegi, sebab hujung bulan ni kena pegi kursus KSSR. Tapi apa nak buat saya yang menurut perintah kan. Bengkel di hujung minggu sangatlah dot dot dot ok. Pulak tu masih lagi dalam Syawal. Walaupun hakikatnya aku takde plan nak ke mana-mana pun. Jemputan open house pun tiada hehe.

So dalam pada tak rela tu pack la jugak buku-buku yang dipesan. Sampai hari kejadian tu bersiaplah seadanya. Itu pun bertolak dari rumah agak lambat dari kebiasaannya. Bila sampai, tengok peserta lain pun  baru datang. So I joint the crowd, beratur untuk pendaftaran. Bila tengok peserta lain, timbul rasa insaf juga. Sebab some of them jauh lebih tua dari aku. Membebel juga. Tapi masih pegi jugak kan. So bukan aku sorang la yang ada rasa malas dan tak bersemangat macam tu..

Bila dah berkumpul kat dewan tu, dah masuk dalam kumpulan kecil masing-masing, baru sedar yang aku 1 group dengan sorang cikgu dari zon yang sama. Alhamdulillah, ada la jugak teman nak bersembang rancak, huhu.

Dan rupa-rupanya sesi yang sebelum tu aku rasa macam, "malasnyaaaa la weih sabtu-sabtu ni kena kerja," rupanya jadi 1 sesi yang menyeronokkan untuk aku. Kenapa? Baru ku tahu kawan tu tadi pun backpackers macam aku, hihi. Maka rancak lah sangat kami bersembang. Ops objektif berkursus tu adalah nak bina modul. Kami pun cepat-cepat lah siapkan tugasan lepas tu sambung cerita pasal travel. Kebetulan gambar-gambar trip korea ada dalam laptop yang aku bawak, maka bertambah excited lah kami bercerita.

Senang bekerja dengan orang yang faham apa yang dia kena buat. Bersyukur jugalah dalam laptop aku dah sedia ada bahan, jadi tinggal edit lepas berbincang apa yang patut. Kawan tu pulak memang ada pengalaman mengajar tahun 6, so yeah, semuanya dipermudahkan.

Aku rasa kalau masa bengkel tu aku duduk dengan orang lain, mungkin aku lebih banyak membisu dan  membatu kot. Syukur sangat-sangat jumpa orang yang dikenali. Lepas tu boleh ngam dan bonus lagi, berkongsi minat yang sama.

Kesimpulan cerita aku ni, sentiasalah ikhlaskan hati ye. Mana la aku nak tau benda yang aku rasa liat nak buat rupanya jadi 1 benda yang menarik. At least aku tau sesuatu fakta menarik tentang kawan tu, hehe.

Ok da.. till we meet again later ^^