Saturday, 27 February 2010

Money Spender

Dd, you sure know how to spend money!! huhuhu

Pagi Sabtu yang indah, as usual aku kuar ke pasar pekan Endau. Rasanya 2-3 hari kepala aku dah mencongak2 yang aku tak nak memasak, coz this coming week will be very busy for me.. the students will sit for monthly test starting Tuesday.

Tapi, balik2 pasar I end up carrying more than 3 full plastic bags. Gile banyak.. Banyak la utk orang bujang yang memang memasak untuk seorang. Sebenarnya, weekend ni nak memasak pun sebab nak pulangkan mangkuk2 jiran tetangga yang rajin hantar makanan. Huhuhu pathetic tak aku? Masak sebab nak pulangkan pinggan mangkuk jiran..Bukan kali ni je berlaku, dah banyak kali.. Serious kadang2 rasa pressure bila mendengar ada ketukan di pintu.

Aku bukan benci memasak.. No, I enjoy it. But only and only if I crave for something. Dan juga kalau masa nya mengizinkan. Namanya pun bujangkan.. So jangan la susah2 diri. Kadang2 apa yang aku masak waktu pagi boleh lagi aku telan waktu malam.

So, apa menu nak pulang pinggan mangkuk weekend ni? Aku berkira2 nak masak bihun goreng je..Tapi pagi tadi lepas subuh mata aku nak tido lagi huhuhuhu. So cancel la. Kalau petang ni aku rajin 'menggentel' maka mangkuk makcik ni aku isi ngan kuih Ondeh2 Buah Melaka. Kalau malas, aku stick pada plan semalam, bihun goreng. Esok pagi.

P/S - Ondeh2 tu sebenarnya aku yang teringin.. I crave for that kuih since last week...



Thursday, 25 February 2010

Terikat?

Petang semalam aku dikejutkan dengan 1 sms from my colleague. Hehe bukan kedatangan SMS ataupun bunyi message tone yang membuat aku tergezut, tapi soalan yang ditanyakan,
"Dd akak dengar ko dah bertunang masa cuti raya cina aritu, betul ke? Benda baik tak baik sorok2 tau.."

What to say? Macam mana orang lain yang boleh begitu lebih arif tentang hal 'peribodi' aku ye..huhuh.. Kagum aku dengan insan bertuah yang memulakan gosip sebegitu. Aku mengingatkan my colleague tu, supaya lebih berhati2.. dari mana dia dapat berita tu.

Y? Given my personality, aku tak mungkin senang2 bercerita hal peribadi ni di public. Ye..aku tidak sembarang2 berkongsi cerita pasal hati dan perasaan ni. Kalau tiada kepercayaan, maka tak mungkin mulut ini akan membuka cerita. Dan untuk memberi kepercayaan itu , penilaiannya aku buat bukan dalam masa sehari dua.

Lagipun sekarang ni OK je kot kalau bab2 mcm ni tidak kita expose kan sangat.. Rasanya ramai yang berfikiran macam tu.

Hmm.. Last2, aku tak clarify pun isu tu.. Buat tak tahu saja hehe.. Meh sini aku nak jawab kat sini. Ye, aku dah bertunang. Tahun 2007 dengan laptop cap HP ni. On Janu
ary 2010 bebaru ni pulak I engaged with my Streamyx Broadband. Boleh???? Hehe aku nak 'layan'kan imaginasi si gossip starter tu.. U want to do a drama script? Novel script? Yes, let me see you do it your way... hehehehehe..


P/S - Aku ingat artis je kena gossip. dan merasa jugak aku menjawab style artis, walaupun artis dengan aku ni jauh betul panggangnya dari api..
"err.. no comment"


Sunday, 7 February 2010

FO - really made/make my days!

Minggu ni agak menensionkan. Sekolah straight 7 hari.. Semalam, ari Sabtu sekolah ganti. Arini, Ahad ada program motivasi.

Penat dgn tugasan, tu OK lagi. Aku x berapa nak pikir sgt, so x la terasa mana. Tapi, disebabkan mulut seseorang yang aku x berapa nak berkenan, mood aku ari ni rasa cam tumble down sikit la. Tambah plak dgn 1 insiden yg er.. aku x nak papar di sini coz ia terlalu privacy. Sungguh penat.. sungguh penat bila kita senyum secara terpaksa nih..huhu.

Aku kan..jarang3 sangaat nak cakap soal hati dan perasaan ni. Sbb aku x biasa meluah. I've problem trusting people whom I can share my personal stories. Ada tidak, aku bercerita pada diri aku sendiri. Cerita dalam hati. Sebab tu lah.. sebab tu lah aku begitu obsess pada Korean Entertainment. Pada aku, hilang tension2 aku nih bila aku layan certain2 program..mcm Family Outing. Family Outing x pernah gagal buat aku yg RIGID ni dari ketawa or paling tidak pun.. menyengih.

Entri ni, meant 4 me utk kenang2 balik 1 fine day nanti.. 1,2,3,5 atau 10 tahun lagi.. Adakah aku masih mcm sekarang. Aku cukup berhati2 agar aku x mudah ditimpa perasaan. Aku malas melayan.. Kalau ditimpa perasaan suka tu mmg la indah. Boleh senyum sampai ke telinga. Kalau yg sebaliknya tu yang aku ngeri. Aku benci diri aku masa aku dalam emosi x betul tu.. Serious. I can't afford to be like that now. Skang aku sorang cikgu yang dah dilantik secara rasmi. Aku mesti jalankan tugas dgn baik. Aku cukup2 sedar yang aku takkan boleh buat keje dgn betul kalau aku sekali lagi ditimpa perasaan mengong mcm tu.

So, teruslah mendonlot FO.. Kalau FO boleh buat ko lupakan perkara2 yg x best tu.
Sekian.

Friday, 5 February 2010

Tak suka bukak tingkap?

Salam..

Dalam kawasan kejiranan aku yang ada 4 buah rumah ni, rumah sewa aku ni dikenali dengan rumah-yang-tingkapnya-asyik-bertutup. hehe

Aku pernah dengar dari mulut jiran merangkap rakan sekerja aku yang mempersoalkan kewujudan aku di rumah.

Ada kat rumah ke tidak?
Tingkap bertutup rapat.
Bunyi tv pun tak dengar.
Gelap pun gelap. Lampu tak bukak.

Baiklah. Mula-mula sekali persoalan, kenapa aku tak suka bukak tingkap?
Hehe, sapa kata? Aku bukak apa. Tingkap bilik aku. Sebab mengadap kebun.
Selain dari tingkap bilik, memang aku tak gemar nak bukak tingkap-tingkap lain. Sebab jiran-jiran aku agak rajin berjalan-jalan di sekeliling rumah. Rumah yang aku bayar sewa tiap-tiap bulan ni pun termasuk dalam territori dorang jugak. Tak terkecuali. Tak kisah la. Halaman orang kan. Aku cuma menumpang...

Bayangkan kalau kau tengah baring-baring tengok tv kat ruang tamu, tiba-tiba toleh belakang nampak ada orang lalu-lalu kat tepi tingkap. (Rumah ni tak besar mana. Dari tingkap dapur, boleh nampak dengan jelas ruang tamu.. Dah tu aku memang saja susun sofa dekat-dekat dengan dapur, jadi senang aku nak ke depan ke belakang tengok tv) Memanglah bukan mengintai, tapi lalu-lalu tu memandang juga kan? Aku dalam rumah harussslah free hair.

Bukan lah aku boleh pastikan, OK, yang lalu kat tingkap tepi dapur tu semuanya adalah perempuan.

Kadang-kadang tengah-tengah aku dalam keadaan baru keluar bilik air nak masuk bilik tetiba ada orang lalu tepi tingkap yang jelas terbuka. Keadaan baru keluar toilet, boleh bayangkan? (Bayangkan sikit-sikit je, jangan lebih-lebih. Takkan bertelekung bagai,,, lepas mandi, kan?)
Kan ke menyusahkan aku tu.

Tv senyap tak berbunyi?
Senang je. Aku tidur, tak pun on9. Dengan headphone menutup telinga. Dah tu kenapa nak bukak tv lagi. (Walaupun kadang-kadang aku buat jugak. Tapi bila kesedaran mengenangkan bil eletrik yang mungkin mencanak-canak, maka cepat-cepat la aku off tv kalau takde rasa nak tengok)

Gelap tak buka lampu?
Tak kan la tak buka. Tak kan sorang-sorang nak duduk dalam gelap. Terbuka lambat sikittt aje. Maybe sebab aku terlajak tidur.. (buruk perangai tidur lewat-lewat petang)

Aku nak buka tingkap tengok situasi juga huhu. Walau macam mana pun, aku bersyukur juga dapat jiran-jiran yang prihatin begini.. =)

Sekian.