Monday, 20 February 2012

Sentap

Bila ayah saya yang jarang-jarang sekali request sesuatu pada saya, hati saya kata saya mesti tunaikan permintaan ni.
Korang pula, macam mana?

Cuti Thaipusam dan Maulud Nabi hari tu, ayah saya jatuh dari tangga waktu mengecat.
Sebab takut tangga tu tumbang dan hempap dia /  jatuh dalam longkang, maka ayah saya terjun dari tangga.
Dengan ketinggian yang boleh tahan la tingginya.

Akibatnya, tulang pada tumit kaki kiri sedikit retak. Itu yang dalaman.
Yang luaran nampak lebih teruk. Kaki kiri lebam-lebam. Kaki kanan luka.
Kami bawa ayah berurut dan ambil gambar x-ray.

Lepas 2 minggu, ayah saya sms minta tolong saya hantarkan ke Sri Medan, untuk diurut oleh seorang pak imam ni.
Hari Jumaat, saya dah janji dengan bengkel kereta nak servis alignment tayar.
Hari Sabtu, ada aktiviti koko.
Memikirkan sepanjang 4 tahun ni saya TAK PERNAH skip koko, (walaupun kadang-kadang datang tapi datang saja dan tak handle budak sebab kawan-kawan yang handle) maka saya buat keputusan untuk ponteng koko hari tu. Lepas subuh hari Sabtu saya gerak meninggalkan Endau. Perjalanan ke BP ada la dalam 2 setengah -3 jam.

Gedebak gedebuk gedebak gedebuk selesai 2 hari di kampung.

Hari Isnin sekolah macam biasa.
Pagi ada perhimpunan.
Lepas perhimpunan ada short meeting.

Tiba-tiba, ada sorang insan ni yang suarakan terusss pada GB depan-depan semua cikgu,, nak kata yang masa hari Sabtu aktiviti koko tu tak meriah sebab ramai cikgu yang tak de. Dalam 5 orang guru pergi belajar (program pensiswazahan guru). Point hamba Allah ni tadi, nak kasi tahu ada yang ponteng koko.
Lain kali, diharap semua orang dapat datang dan memeriahkan hari Sabtu koko.

Ye, saya la tu yang ponteng.

Tapi, nak ponteng tu pun saya dah berkira-kira.
Kalau saya tak datang, ada tak cikgu-cikgu lain yang tinggal, yang boleh jaga budak.

Memang hari tu sah-sah 5 orang cikgu baru mesti ada. Campur cikgu lama ada dalam 9 orang untuk handle budak dalam 50 orang. Kira ok la tu.

Yang saya sangat-sangat terkilan, tanpa menyelidik dan menyiasat kenapa saya ponteng koko, terus zasss suarakan pada GB.

Lagi sentap, bila ada yang bagitahu, hari Sabtu tu lepas dengar saya balik kampung hamba Allah ni siap boleh keluarkan statement "Kalau ayah sakit pun, macam tak boleh balik kampung hari lain!"

Benci mana pun saya pada seseorang kan, kalau sebut pasal ahli keluarga sakit ke, hati saya terus jadi mellow. Sebab saya memikir macam mana la kalau saya ada kat tempat dia.

Tapi, memang kurang bijak la saya  ni  kan, sebab fikir orang lain pun akan fikir macam tu. TIDAK rupanya. Ada juga manusia yang berhati macam ni.

Saya kan, bukan la dalam kategori anak yang memang rajinnn sangat balik kampung. Maksud saya, saya balik kampung, tapi bukan lah sekerap mana. Lagi-lagi kalau ada banyak kerja. Takpun, memang saya saja-saja nak duduk berehat di rumah sewa sendiri ni. Saya jenis yang begitu.

Tapi, sesekali saya balik, BERSEBAB, dan diperlakukan macam ni saya memang sangat sentap ok.

Hamba Allah itu sendiri pun, pernah je tak pergi koko dengan MAAACAM-MAAACAM alasan.
Hantar bini
Hantar anak
Interview ntah apa-apa lah (pernah dulu pergi interview PTD, walaupun dah jadi cikgu)

Elok je kami kat sekolah ni cover.
Bising memang bising. Tapi aktiviti tetap berjalan seperti biasa.
Uruskan aje laa budak-budak tu.
Lepas tu takde pulak sampai nak mengadu bagai dengan GB.
------------------------------------------------------------------------------
Kisah di atas adalah kisah benar.
Cikgu itu seorang cikgu lelaki.

Thursday, 16 February 2012

Si Cilik Yang Tak Reti Diam

Dah lama aku tak kena ajar budak-budak tahun 1. First and last time, tahun 2010.
Masa tu, aku sendiri yang request nak ajar year 1, dengan niat nak 'ikut' budak.
Maksudnya, aku nak terusss ajar diorang selama yang boleh.
Sebab, bila kita dah kenal betul-betul pelajar kita, senang sikit kot nak handle dan tackle masalah pembelajaran diorang.

Dan...
Aku ada niat, sampai 1 masa nanti aku mungkin dah tak payah la ajar budak tahun 6, biar cikgu lain pulak yang ganti (dengan ikut sistem 'ikut budak' ni la..)
Tapi harapan la kan... T______T        -malas nak cerita kenapa

Baru-baru ni, aku kena relieve kelas tahun 1.
Sebagai seorang yang dah lama tak ajar budak-budak kecik ni maka masa tu aku agak nervous kot.
Maksud aku, tak sure nak ajar apa. Kalau budak tahap 2 memang dah sah-sah aku kasi je latihan ala-ala dan ke arah UPSR, buat ayat. Ajar grammar ke. Spelling ke.

Tapi budak-budak kecik ni lain sikit.
Nak kontrol diorang 1 hal lagi..

Maka, dalam keadaan pasti tak pasti tu, masuk jugak la aku dalam kelas tahun 1.
Mula-mula OK lagi, sebab cikgu BM dia ada lagi dalam kelas & budak-budak kena siapkan keje BM.
Patut masa aku relieve tu diorang kena siapkan jugak latihan tu.
Keluar je cikgu ni, OK...

Mula la sorang, dua melilau...
Aku suruh duduk, duduk la kejap.. Lepas doploh saat kang eh bangun lagi.

Dah la aku memang tak kenal nama diorang. Dok terpanggil-panggil dengan panggilan "adik xxxx", "adik yyy" je (sebab aku ajar kakak-kakak dan abang-abang dorang)

Belum lagi dengan karenah dorang yang tiba-tiba je datang depan dan bercerita. Cerita yang tak ada permulaan dan hujung pangkal pulak tu.
Budak-"Cikgu, ayah kita kan, dia kan, dah balik dari kerja dah ni.."
Aku-....  ye lah.

Paling tak boleh blah,

Aku-Siapa yang bawa jadual kelas terkini, saya nak tau lepas ni masa subjek apa. Jadual kat depan ni jadual yang lama.
Budak A-Masa.....................Masa........................ Masa.......................... Masa........................ Masa.................... (Aku dah jenuh dah ni)....... Masa........ Cikgu mak kita dah kemas kan beg kita tapi dia tak bagitau kita lepas ni masa apa..........

Aku-..............

Pencinta Seni - Corak Jidar

Hari Rabu... Hari memakai pakaian beruniform.. Hari ada subjek PSV..

Minggu ni tajuknya Corak Jidar, menggunakan teknik tekapan/capan..
Mari melihat gambar;


Ini hasil kerja cikgunya...
Haruslah buat dulu untuk jadi contoh..
 dari corak

kepada,,


frame (jidar)


Dan giliran mereka pula berkreatif  ;)






depan PSV corner.. pemilik-pemilik lukisan bertuah ^^

Monday, 13 February 2012

Sayur campur masak lemak & tempe-tahu-goreng

Masih lagi dalam mode makan makanan berwaspada.. Sampai alahan ni betul-betul baik.

Ini lauk semalam (hari Ahad). Bakal juga jadi lauk hari ni.
Memang standard aku la kot sekali masak 1 lauk boleh makan 2 hari..
Kadang-kadang sampai 3 hari...
Lebih sadis kalau jejak 4-5 hari... Biasa aku buang dah kot lepas tu. Wat ngabeskan gas je panaskan lauk tapi tak makan..

Lauk 1-Sayur campur masak lemak cili padi
[Mula-mula plan nak buat sayur cendawan masak lemak cili padi. Sekali masa kelebet-kelebet isi dalam peti ais. Eh, ada ini. Eh yang itu pulak bila nak masak. Tssskk, yang ni mana tahan lama selalu kan lepas 2-3 hari je dah rosak.. So pilih-pilih-pilih, end up lauk ni jadi sayur campur masak lemak cili padi.]

Bahan-bahan
1 paket cendawan
Sedikit kobis & kobis bunga
1 keping tahu
Sedikit tauge
2-3 biji cili padi, seulas bawang putih & merah, sedikit kunyit hidup &  sedikit ikan bilis (ditumbuk bersama) 
1 paket santan segera. Kalau guna santan sebenar lagi baik. Tak pun, santan kotak pun boleh saja (santan paket kena bancuh sikit dengan air)


Cara-cara memasak:
Masukkan santan dan bahan tumbuk ke dalam periuk. 
Tenggekkan atas api.
Kacau sentiasa sampai mendidih. 
Perasakan dengan garam. 
Bila dah mendidih masukkan sayur yang keras-keras dulu, macam karot & kobis bunga.
Lepas 2-3 minit masukkan pula sayur-sayur lain.
Tutup api bila nampak sayur layu sikit. Sikit je. Sayur layu-layu karang khasiat kurang.


Lauk 2-Tahu dan Tempe goreng KFC
[Dapat nama KFC sebab pakai tepung goreng ayam KFC tu je, hehehe. Padahal takde cap KFC pun tapi dah biasa sebut nama tepung tu cenggitu]

Bahan-bahan:
Tempe (potong saiz segi empat sama comel-comel muat masuk mulut)
Tahu (aku potong 2 je)
Tepung goreng ayam KFC,, agak-agak la dengan banyak mana tahu & tempe (dibancuh dengan sedikit air, biar pekat-pekat)
Sedikit ketumbar, jinta halus dan kasar (ditumbuk, lumat atau tidak tak pe, janji tumbuk)


Cara-cara memasak:
Ambil tempe & tahu yang dah siap dipotong itu, celup dalam bancuhan tepung tadi.
Deep fry sampai masak kekuningan.


Lastly, 













Sebiji tomato yang dihiris.... Muka lepas kena alergi ni memang agak sedehh. Dah la memang tak berapa nak licin kan maka kena lah makan suplemen semulajadi macam tomato..

Sunday, 12 February 2012

Kuch Kuch Hota Hai

Semalam tayangan citer ni kat TV kan.
Masa tengok gazet beberapa hari sebelum tu,, aku macam,,
elehh, nak tengok lagi ke.

Sebab dulu memang tengok banyak kali OK citer berhantu ni huhu.

Semalam lepas balik sekolah sambil rehat-rehat terbukak la tv3. Biasalah, aku kalau on tv on pc sekali. Melainkan siaran tv tu terlalu membosankan barulah aku off tv dan concentrate on9 saja.
Akhirnya, memang end up aku tgk balik KKHT. Siap sedih-sedih bagai. Apakah... T____T

I have to admit la kot, KKHH is the best Hindi Movie I've ever watched. Sekarang aku memang tak layan dah kot cerita dari India.
Sangat-sangat-sangattttttttt jarang. Kalau tengok sesekali pun, tak de la beriya. Takat tengok citer yg tv hidang je. Memang takkan sampai tahap macam tengok KKHT lebih kurang 10 tahun dulu.
Nama nak beli CD/DVD jauh sekali.
Eh lagipun sekarang kan era mendonlot..

Tapi masa tu?
  • Hafal HAMPIR SEMUA LIRIK lagu dalam KKHH ok. So semalam masa tayangan tu, bila sampai part lagu je, aku agak amaze jugak dengan diri sendiri sebab aku boleh menyanyi sekali. Huhu. Gedikkan.

  • Hafal beberapa dialog. Yang ni lagi gila kot hehe. Tapi dialog simple-simple la. Nampak sangat masa tu mata aku dikelabui oleh SRK dan Kajol.     Masa tengok dari 1 babak ke 1 babak tu, aku macam boleh predict lepas ni dialog sekian-sekian dan sekian-sekian.


Dan yang pasti, semalam ramai yang mengimbas pelbagai kenangan lama sendiri masa / lepas tengok KKHH.. (dapatan dari newsfeed FB)

OK. Nak sambung wat keje sekolah..

p/s-citer R.A One (SRK) da lama aku download tapi tak tengok-tengok lagi..

p/s/s- terjumpa info pasal pelakon kanak-kanak perempuan yang jadi Anjali ni.. Besar dah kot sekarang. Kelass kau dik, kecik-kecik dah glamour.. 

The cute little daughter of SRK in the movie Kuch Kuch Hota Hai, Sana Saeed knocks on the door of television with her role in Sony's Babul Ka Aangann Chootey Na..

Baca berita penuh SINI

All pictures credit to the uploaders.

Saturday, 11 February 2012

Tofu Telur & Salad Cincai


Lauk orang allergik.


Aku dah lebih seminggu kena alahan makanan, efek pada bahagian atas dan bawah bibir. Sampai sekarang, tak tau apa punca sebenar. Aku saspek asalnya sebab makan mi bandung. Yang perencah segera tu. Aku tinggal bancuh je dan campak segala yang berkaitan dalam periuk. Sedap memang sedap T______T tapi...
 
Mungkin jugak sebab sotong. Aku ada beli sotong sikit masa tu. Nak kata segar memang tak lah. Nak kata busuk pun tak. Sedang-sedang je.



So, kat sekolah pun aku takut nak makan kat kantin. Takut ada bahan yang digunakan boleh trigger atau membuatkan alahan ni lebih teruk. Dah la tak baik-baik.. Huuhuhu. Dah 2 klinik aku gi. Masih lagi begitu. Lepas mandi/cuci muka aku rasa ok. Tapi masa kat sekolah, atau keluar jalan-jalan ke aku rasa merenyam. Kadang tu lepas makan terus rasa merenyam. Agaknya tu efek habuk kot. Dan efek serta merta bahan dalam makanan.

Masuk kelas mengajar pun, budak-budak pelik semacam tengok aku. (Awal-awal tu la).. Yang berani tanya, tanya la. Yang tak berapa nak berani tu, dok jeling-jeling pandang-pandang je.. huhu padahal nak tau (aku tau!)..

So ini antara lauk minggu ni. Tak pasal-pasal berasap selalu dapur aku sekarang ye,, 


 Salad cincai (potong, susun & curah)
Well ini memang tak membuat kan dapur berasap ok,, huuhuu

Tofu Telur Ala-Cina
Seploh minit siapppppppp

Bahan-bahan:
Tofu telur (dipotong silinder)
2 Ulas bawang putih (dicincang halus)
Sedikit halia (dicincang halus)
2 biji cili padi (dihiris halus)
2 Sudu tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Sedikit daun bawang (dipotong untuk tabur)
Sedikit lada sulah / perasa
Sedikit sos tiram


Cara memasak:
Deep fry dulu tofu telur sampai kekuningan.
Angkat, ketepikan. Susun siap-siap dalam piring/mangkuk.
Dengan sedikit minyak, tumis bahan dicincang sampai naik bau.
Masukkan sos tiram sikit.
Lepas tu masukkan bancuhan tepung jagung tadi, cepat-cepat kacau. Mula-mula memang berketul.
Perasakan dengan sedikit lada sulah atau garam.
Kemudian masukkan cili padi tadi.
Kacau-kacau, boleh tambah air untuk adjust kuah. Agak-agak kuah tu nampak likat dan rasa pun dah ok, sila tutup api.
Curah kuah ke atas tofu telur yang dah bersusun tadi.
Hiaskan dengan sedikit daun bawang.

Nom nom nom..

Wednesday, 8 February 2012

Hafalan Shalat Delisa

Filem Indon tahun 2011. Hiburan bermesej.


Best kottt.. Cerita pasal tsunami yang melanda Acheh. Nanti lepas habis tengok aku try taip review versi aku.

Enggak payah di beli, download saja sih, =)

Aku donlot dari sini.
Saiz pun sedang-sedang, 350MB gitu. Tak de la lama sangat kot menunggu. Tak makan space komputer/hard disk, dan kualitinya pun ok, tak menyakit kan mata sangat bile menonton.

Updated: Review Hafalan Shalat Delisa
Delisa, seorang kanak-kanak ceria dan lincah tinggal di perkampungan Lok Ngha, Acheh bersama ibu dan 3 orang kakaknya. Delisa ni sukar dikejutkan untuk bangun subuh & agak payah menghafal bacaan solat. Pada hari amali solat, Acheh dilanda gempa bumi dan tsunami. Waktu tsunami tiba tu Delisa tengah buat amali solat. Keadaan kat luar kelas dan hiruk-pikuk tapi Delisa ni terlalu fokusss pada amali solatnya sampai tak sedar keadaan sekeliling. So, lepas tsunami, Delisa terdampat kat kawasan pantai. Salah 1 kaki dia kena hempap batu & rosak/busuk. Dia diselamatkan oleh tentera US. Kaki Delisa terpaksa dipotong. Kesemua kakak-kakak dan ibu delisa maut dalam tsunami. Ayah Delisa yang bekerja di pelantar minyak di luar begara bergegas pulang ke Acheh & akhirnya dapat berjumpa Delisa.
The rest of the story adalah macam mana Delisa dan bapanya cope dengan hidup baru lepas tsunami..

Rating-3.5 /5 star
Komen-OK kot. Jalan cerita straightforward. Effect khas pasal tsunami kureng. Tapi tiada dialog/gaya lakonan yang membuatkan aku meluat masa menontonnya. Suka lagu tradisional Acheh yang jadi bunyi latarbelakang dalam cerita ni. Tahap sedih sedang-sedang.. Tapi, masih menginsafkan.

Monday, 6 February 2012

Mahal Kita

Aku baru tau, apa maksud "mahal kita" - Aku dok dengar lagu dalam drama filipina pagi-pagi kat tv3 tu, asyik-asyik sebut


mahal kita
mahal kita
mahal kita

apebende nyer yang mahal weihh



Aku tak tengok pun drama tu. Cuma masa kat kampung, sambil aku menjahit telinga aku dok mendengar bunyi-bunyi dari tv. Ruang menonton tv adalah membelakangkan tempat aku guna mesin jahit.. Oh yee,, aku kalau kat kampung jarang sekali tengok tv ye. Tak feel gitu tengok tv ramai-ramai.. Huu mengada kan. #adaakukisah


Baiklah, maksud "Mahal Kita" adalah i love you. Mahal Kita tu bahasa tagalog, bahasa rasmi orang Filipina..

Lojik la dak? Drama-drama tangkap leleh cenggitu, so lagu pun dok ulang-ulanggg I love you I lap yu.

Apa-apa ajee..

p/s-Aku tak berapa nak IN dengan citer Filipina kot. Pada aku, sebutan dorang (bahasa tagalog) ada cam sebutan BM sikit-sikit. Sebutan je lah. Maksud sebutan tu aku tak tau la sama ke tidak. So, bila mendengar tu, bajet macam, eh, cakap BM? eh, bukan.. eh macam paham,,, tapi jap , tak paham rupanya..



Lagi sekali. apa-apa ajee la dd..

Saturday, 4 February 2012

and the anxiety is worsening.. =(

Next episode of Naruto Shippuuden (EP248);

Scheduled on 9/2, "The Secret of Naruto's Birth" / "The Fourth Hokage Death Match"
(Macam ada 2 tajuk. Adakah double episod?)

Nampaknya sekarang tengah dalam jalan cerita yang penting & sangat menarik.

Aku sampai cari manga ok  (www.narutobase.net/manga)

T___________T

Persamaan manga dan anime,
~manga ep501 = anime ep248

Tadaaaaaa..
Boleh teka tak siapa mereka? hehehe. Mata dan muka masih sama kot ;)

Comel sangat rasanya.
Ni ada kang aku print and jadikan kertas mewarna untuk budak-budak.. hehehe


Spoiler
=-=-=-= -=-=

Anime episod 247 special highlight:

~Mak Naruto (Uzumaki Kushina) cerita pada Naruto tentang diri dia & sejarah Naruto jadi Jinchuuriki (kyubi's vessel)

~Kushina adalah Jinchuuriki yang kedua untuk Nine-tailed-fox . Jinchuuriki ketiga ialah anak dia & Minato (Fourth Hokage), Uzumaki Naruto.

~Masa bersalinkan Naruto, the Kyuubi's seal is weakening. Tambah pula dengan ada yang memanipulasikan waktu genting tu & tetiba the nine-tailed-fox released..

Ingat tak, dalam episod 1duluuuuuuu2 tu ada cakap pasal nine tailed fox yang menyerang konoha.

Gila jauh nak sampai pada episod ni.

P/s - awkward pulak rasa sebab buat entri macam ni. Tapi lantak le, memang aku tengah sangat  into Naruto sekarang.

p/s/s - tskkk. sedih gila ok baca kisah macam mana makpak naruto mati & the last moment b4 dorang mati.. akhirnya faham sudah apa yang sebenarnya berlaku...

So, mari hilangkan sedih dengan tengok ilustrasi di bawah;

Friday, 3 February 2012

Pencinta Seni

lah sangattt..

hehe..

Aku agak teruja sebab tahun ni akhirnya dapat mengajar matapelajaran Pendidikan Seni Visual.(Kemudian-kemudian dalam entri ini akan dirujuk sebagai PSV saja..)

Kenapa?
Dalam surat beranak salasilah diploma pendidikan aku, memang aku adalah ditauliahkan (ceh!) untuk mengajar subjek Sains dan PSV.

Tapiii sejak posting aku memang kena ajar Bahasa Inggeris SAHAJA.
Ada tak ada pun, kena mengajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sekali.
(Subjek paling kurang digemari dari zaman kanak-kanak. Maaf,,)

Rasanya aku boleh teka kenapa aku dapat subjek PJK.
Tak semua cikgu suka mengajar PJK. Satu, memang tak minat kot (macam aku juga). Kedua, leceh nak kena mengangkut pakaian rasmi sekali ke sekolah. Lepas PJ, nak kena salin baju.
Jadi, semua cikgu-cikgu lama/senior kalau boleh memang mengelak untuk ajar subjek PJK, kecuali cikgu tu memang betul-betul minat (memang ada cikgu yang request nak ajar PJK).
Dapat pulak cikgu baru psoting so memang pok bagi kat cikgu baru terus la.. Aku boleh nampak 'pattern' itu bila masa berganti masa & aku makin hilang title cikgu freshie nya..kah3..

(Sekarang, guru PJ dah tak payah salin baju rasmi dah kalau hari tu dia ada subjek PJ. Boleh pakai baju PJ sampai balik.. Cisss.. Masa zaman aku dulu gigih tau salin baju kat toilet, datang sekolah pagi-pagi tak cukup tangan, hanger dengan baju dah ber iron, beg sekolah, handbag, botol air, kasut bagai..)

Tiba-tiba tahun ni akhirnya dapat mengajar subjek lain selain BI, so memang rasa gembira. Mula-mula, memang aku volunteer nak ajar Muzik. Lantak laaa suara tak sedap pun, yang penting tau apa nak diajar. Lagipun muzik bukan lah berkaitan dengan menyanyi semata kan..

Dan tiba-tiba juga, aku dapat ajar subjek PSV. Jadi sangat suka ok.
Perasaannya macam hari-hari kau makan pizza tiba-tiba 1 hari dapat makan nasi + sambal belacan + kerabu mangga.. Wahhhhh over kan contoh.




Ini dalam kelas hari Rabu 1 Februari.
Aktiviti hari tu ialah anyaman.
Puteri Iqlima

Hafiz & Ahnaf

Best kot... Sebab budak-budak pun asyik menyiapkan kerja. Sampai nak makan cepat-cepat waktu rehat & masuk kelas siapkan artwork. Stok-stok muka ganas pun gigih menganyam sampai senget badan.. Bukan senang nak bagi budak engaged dalam kerja secara suka rela, especially kalau subjek BI..

Maksud aku, bilangan yang betul-betul bersungguh nak belajar/menyiapkan kerja masih sangat kecil nak dibandingkan dengan pelajar yang belajar/siapkan kerja sebab kena paksa..
(Siapa yang paksa? Muahaha u guess it,,)

Ini hasil kerja cikgunya.. hehehe
Kelarai mata bilis (nama anyaman macam ni)


Tak sempat lagi nak snap hasil kerja pelajar. Nanti aku update.

15/02 updated:
Budak2 tahun5 depan PSV corver.. Diorang ni yang hasil kerja seninya aku ambil & tampal di belakang sebagai contoh:

Thursday, 2 February 2012

Tutorial: Winrar Repair

Salam..

Pernah tak korang menghadapi masalah bila dah download sesuatu file dalam format winrar, tetiba bila nak extract keluar message macam ni,

Kalau aku kena macam ni, memang tension je rasa.. Lagi-lagi kalau file tu saiznya besar. Dah la besar, kau nak download pun sikit punya payah sebab line slow. Kalau pun line OK, still, kita dah menunggu kan. Dah membuang masa menunggu untuk siap di donlot, tetiba file tu rosak pulak, Memang choiiiii.

Tapi sekarang, dengan adanya aplikasi  "RAR repair Tool" ni, ada kemungkinan file yang corrupt tadi boleh kita repair semula.

Caranya, download dulu aplikasi ni, install macam biasa.
Boleh download dari SINI

Lepas tu jalankan aplikasi, buka file rar yang mahu dibaiki:
(File>Open)

Kemudian, bila skrin pada aplikasi tu dah jadi macam ni (Kita nampak nama file tu kat kolum belah kiri tu),
tekan saja Repair>Repair Currect RAR

Tunggu. Nanti akan keluar 1 pop up message mintak kita specify the target output folder. Tentukan lah macam biasa, kat mana kita nak output tu nanti..

Tunggu lagi.. Kalau fail kecil tak lama sangat. Kalau saiz gedabak insyaAllah lama. Tapi takpe tunggu je sambil gi dapur amik buah limau, bawak depan PC, kupas dan makan.. eh,, hehe

Bila dah siap, kat row bawah tu, yang ada mention "Repair log' tu akan keluar la report. Biasanya insyaAllah akan OK.

Lagi 1, bear in mind yang output tu nanti aplikasi ni akan proses & extract kan terus.
So, masa jenguk destination folder tu, jangan pulak cari file yang dalam format RAR tu. Cari outputnya terus..
Contoh, kalau file rar tu mengandungi file berformat video, cari la file video (.avi/.mpg/.mp4/etc)
Memang aplikasi ni dah extract kan siap-siap..

Sekian tutorial saya pada hari ini. Selamat mencuba, semoga berjaya =)

Wednesday, 1 February 2012

Pernah?

Ini adalah kopipes dari FB,,
Rasa mcm semua perkara di bawah pernah buat masa kecil.. kecuali no. 4 tu.

1. Buka kipas angin, cakap depan kipas nak dengar suara bertukar. Takpun mneyanyi.
2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.
3. Naik basikal,boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
4. Masa sekolah, ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi.
5. Lukis burung guna huruf 'v'. Lepas tu bawah V tu lukis garisan pendek.
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --> ♥
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.

Betul tak? hehe
Kalau aku, ada lagi kot:
9. Tutup peti ais, tapi sengaja sepit 1-2 jari. Nak tau sakit ke tak. T______T
10. Main bawah mesin jahit konon-konon drive kereta (bayangkan roda mesin jahit yang besar tu adalah stereng...... kreatip x...)
11. Kalau ada lagu yang digemari dari radio, cepat-cepat berdiri depan radio sambil cuba ikut menyanyi sekali.. (ni style mulut meraban-raban hentam je sebut apa-apa)

Kenangan masa kecik =)