Monday, February 25, 2013

Catatan Perjalanan ke Korea Hari Pertama

Nama program: Uuri Hanguk Tour 2012 (muahaha ni suka-suka je letak dalam itinerary kami)
Peserta: 2 orang yang kenal lebih 6 tahun melalui alam maya, Didi dari Johor dan Daff dari T'ganu. 
Tiket pergi: Air Asia X pada hari Rabu, 14 Nov 2012 jam 08.50 pagi
Tiket balik: Air Asia X pada hari Khamis, 29 Nov 2012 jam 09.35 pagi
Memasang impian nak pergi dari tahun 2004..zaman-zaman bergiat dalam Forum Mesra (www.mesra.net)
Perancangan secara serius: November 2011
Tempoh study pasal Hanguk Tour kami: lebih kurang setahun
Pembelian tiket: May 2012 
Lama di Korea: 16 hari
General itinerary: Seoul - Jeju - Busan - Seoul

OK.. aku sambung dari cerita LCCT Premium Lounge. Sebab masa ni dah boleh dikira Day 1.

Tengah malam tu, lepas bersembang dengan receptionist kat situ, kami pun bincang semula. Sebab harga sebenar untuk 1 malam lebih mahal dari apa yang aku fikir. Akhirnya, kami decide untuk ON, sebab:
  • Premium lounge ni sebelah je dengan International Departure Hall
  • Ada makanan dan minuman disediakan
  • Ada plug disediakan
  • Ada toilet & shower room
  • Ada komputer dan internet (wifi)

Dengan bayaran RM158 per pax untuk lepak-lepak selama 6 hinga 10 jam.




Masa ni dah lebih pukul 12.. Staff dah kemas-kemas tray makanan ni.. Nanti masa sarapan baru diorang akan letak makanan semula.. Tapi kalau nak air panas macam kopi, teh memang sentiasa ada..


Tak ada katil.. Setting dalam tu macam ala-ala restoran. Ada sofa-sofa besar dan sofa-sofa tu dibahagikan dengan dinding separas pinggang orang dewasa. Kami pilih kawasan paling hujung. Bukak kasut. Bentang tuala yang staf Premium Lounge bagi (boleh request tuala ye) & baring atas karpet. Huhu. Jadikan telekung sebagai bantal. Bila baring tu memang tersorok la dari pandangan orang yang duduk di sofa sebelah.
Tak kira lah orang nak kata darat ke kampung ke, sebab kalau nak tidur sambil duduk memang tak selesa.

Beg-beg kami yang bersepah.. Daff dah landing masa ni.

Aku tidur-tidur ayam malam tu. Standard la.. Excited nak jalan jauh katanya.
Lagi satu, air-cond dalam tu sejuk banget. Sampai tersumbat hidung aku, payah nak bernafas.
Kejap-kejap bangun dan tengok keadaan sekeliling. Check henfon yang kami cas ada lagi ke tidak.. Kot la dicopet orang ke. Plug tu macam berjarak 1.5 meter dari tempat kami baring.


Atas sofa yang penuh barang kami (gambar bawah ni) ada tingkap yang menghadap ke kaunter untuk check in luggage.  

  
 Daff yang dah selamat tidur.. dan selamat aku foto kan..hehe



Bangun awal pagi. Mandi dan bersiap nak solat. Shower room ok, yang fail toilet. Tak ada paip air mahupun gayung mahupun baldi. Apakah.. huhu.. Aku nak buang air besar kena gi ke toilet awam di luar.
Kami solat di surau LCCT.

Lepas berkemas-kemas pagi tu baru aku perasan aku punya tripod hilang. Beberapa hari sebelum tu bersungguh-sungguh aku beli tripod nak bawa ke Korea.. Sebab taknak la karang aku amik gambar daff, daff amik gambar aku je kan..
Nak nangis rasanya.... Jenuh berfikir & mencari.. tak jumpa juga.
Akhirnya aku buat keputusan nak beli tripod baru, di LCCT juga! huhu
Memang aku beli tripod baru pagi tu.. Harganya double dari harga tripod yang hilang tu.. Sebab tripod yang hilang tu aku beli dengan harga promosi.
Takpelah.. mungkin bukan rezeki aku..

Lepas tu, check in luggage.Lebih kurang 07.45 am, kami masuk ke Departure Hall. Berdebar-debar masa nak tunggu turn nak kena 'raba' dengan kastam. Padahal bukan ada bawa barang terlarang pun.. Huhu. Alhamdulillah, tak ada apa-apa yang pelik berlaku & kami duduk menunggu sementara nak tunggu pintu gate dibuka.

*Abaikan tarikh gambar.. Masa ni tak tukar setting tarikh lagi.
 My travel partner, Daff


Blog owner ^^

Dalam pukul 08.15 a.m. , pengumuman dibuat untuk penumpang pesawat ke Incheon supaya masuk ke dalam pesawat. Yeay!  

Air Asia kan, jadi mari exercise sebelum masuk dalam kapal terbang ye..


Tak sangka rupanya tempat duduk kami adalah Hot Seat..

Tempat duduk kami depan sekali dari pintu masuk.. Depan kami ada ruang yang agak besar untuk letak barang (tapi tak boleh letak pun.. lepas airplane stabil atas awan boleh la kalau nak letak handbag)

Dalam kapal, kebanyakan penumpang adalah Melayu.. huhu..

Perjalanan ke Seoul, Korea mengambil masa lebih kurang 6 jam.. duduk selama 6 jam diwaktu siang dalam kapal terbang, tak banyak aktiviti yang boleh dillakukan selain dari borak, camwhore, makan, tidur & termenung. Nak main game pada henpon dan gajet, sayang bateri pulak, huhu.
Pertama kali ke luar negara (saya)
Kalau dilihat dari waktu yang tertera pada foto, masa ni dah nampak daratan Korea. Ni bergambar ala-ala excited terlebih sebab dah nak jejakkan kaki ke Korea..   

Masa yang dinantikan, masa makan! Dalam pukul 12.00 tengah hari lampu dalam pesawat dibuka. Pengumuman pasal makanan yang akan dihidangkan berkumandang..
Lama jugak nak sampai turn kami dapat makanan. Awal-awal tu, dapat bau je dulu, huhu..
Daff's - Chicken Lasagna (ini beli atas flight)

Mine - Pertama kali merasa menu yang begitu glemer di kalangan penumpang AA (pre-booked)

 
Masa atas flight aku topup jus oren.. Harganya jauh lebih mahal dari kat kedai.. biasalah kan..huhu
 (abaikan tarikh yang tak betul itu.. huhu)

Oh ye. Ini kira tips la ek, untuk yang naik kapal terbang Air Asia. Walaupun makanan dalam kapal terbang agak mahal.. Tapi kalau boleh order lah makanan..Buatlah pre- book, sebab murah sikit dari beli cash dalam kapal. Especially untuk perjalanan yang makan masa berjam-jam. Takkan masa orang sebelah makan kita nak purak-purak tidur dan ambil bau je kan.. Huhu.. sangat sedih ok keadaan itu. Melainkan ko memang tengah berpuasa atau memang takde selera langsung nak makan.

Dah kenyang.. Tak tau nak buat apa.. Sempat kami keluarkan semula kertas-kertas yang penuh sarat dan berselirat dengan travel info.. Bincang-bincang apa yang patut..

Sampai waktu solat, kami solat secara duduk. Mak aku ajar, itu solat menghormati waktu. Karang dah mendarat dan jumpa tempat yang selesa plus dah bersihkan diri kena solat sekali lagi.
Sebab kami duduk row depan, agak senang nak bergerak dan nak solat. Aku just pakai telekung dan stokin. Kain aku tak pakai.
Ada juga orang Melayu yang duduk dekat-dekat dengan kami yang turut solat sama.

Aku yang duduk tepi tingkap sibuk snap gambar awan.. Subhanallah sangat cantik rupa awan dari cermin tingkap.. Layankan aje lah ye gambar awan yang banyak ni. Saja aku nak abadikan di blog sendiri... Entah dapat pergi lagi entah tidak.. Entah dapat naik kapal tebang lagi dan menyaksikan pemandangan secantik ini, entah tidak,, kan! Huhu (**tetiba emo**)





Dah mula nampak daratan. Korea!

Dalam jam 3.00 p.m. (waktu Malaysia) pesawat selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

Keluar dari kapal terbang, selesaikan urusan imigresen, dan kena naik train untuk ke terminal utama.
Masa ni dah tak berapa nak snap gambar sebab dah mula sibuk.. Nak bersesak-sesak dalam lautan manusia..

Dalam pukul 04.45 p.m (waktu Korea), dah selamat segala urusan dalam airport & ambil luggage. Sekarang nak tunggu bas ke guesthouse.

Muka riang ria. Pertama kali menyedut angin sejuk Korea di musim luruh.

Awal-awal tu boleh tahan lagi.. Lepas 15 minit rasa sejuk makin menyengat. Kelam kabut selongkar beg cari baju tebal.

Lama jugak menunggu bas airport ni. Sempat masuk semula ke dalam airport untuk beli T-Money.
Kemudian keluar menunggu lagi.

Jadual perjalanan bas. Arah tuju kami ialah perhentian Sungkyungkwan University. Kalau ikut jadual ni bas akan sampai jam 05.05 p.m. Nampaknya kami dah terlepas bas jam 04.35 p.m.

Masa ni, aku baru menyedari beberapa perkara yang penting. Beware, folks!
#Kita berjalan di tempat orang, dengan barang yang banyak. So, kena sentiasa alert dengan barang-barang kita.
#Sentiasa alert di mana kita menyimpan sesuatu, lebih-lebih lagi kalau korang jenis cepat menggelabah macam aku! Sebab masa ni aku kelam kabut mencari sesuatu. Tak ingat cari kupon diskaun bas ke.. cari peta nak ke guesthouse.. Padahal benda tu ada je.. Tapi mencari dalam kelam kabut, biasalah kan! Karang menggelabah mencari barang yang disangkakan hilang, tiba-tiba bas yang ditunggu datang.. Kan ke lagi kelam kelibut dibuatnya.. So, kena hati-hati sangat kat sini ye..

Lepas naik bas, aku dah tak berani nak gedik-gedik tangkap gambo huhuhu.. Takut tercicir apa-apa..
Lain ceritanya tercicir barang di tempat sendiri dengan tempat orang, kan!

So dah takde gambar.. Meh nak cerita je..

Masa naik bas, sekitar jam 05.30 p.m, Korea dah mula gelap! Oh, aku tak tau rupanya pada musim luruh waktu malam agak cepat. Kul 6.00 p.m. memang dah gelap macam pukul 07.30 p.m. kita. Sejuk toksah cakap la..

Sebelum naik bas, driver akan turun dan ambil luggage kita (yang besar-besar je), dia letakkan tag, dan simpankan dalam compartment bawah bas. Lepas tu dia bagi kita 1 lagi kertas yang tertulis nombor luggage kita. Luggage aku dan Daff dicampurkan. Means, dapat 1 nombor aje la.

Lagi 1, orang Korea ni jenis buat sesuatu kerja laju-laju.
Pertama kali merasa pengalaman ni, masa nak naik airport bus ni. Driver tu turun bas dengan cepat & jerit-jerit sesuatu dalam bahasa Korea. Kita yang beratur ni sorang-sorang hulur beg pada dia untuk disimpan. Dengan cepat driver akan ambil beg dan simpan. Memang takde aksi lemah gemalai sopan santun perlahan-lahan ye. Aku bajet dorang ni nak mengejar waktu kot. Mungkin syarikat diorang dah tetapkan, waktu sekian-sekian, mesti sampai sini.. Dan bertolak dari sana.. Agaknya lah..

Kami duduk di seat depan-depan.. Senang nak tengok pemandangan depan (luar bas). Memang dalam bas ada pengumuman tempat bas nak berhenti. Tapi, dikhuatiri kurang faham dengan sebutan diorang. Takpun, takut terleka..

Beg yang tak berapa nak besar, boleh bawa naik bas & letak kan di depan, dekat pintu masuk. kat situ ada tempat berpalang untuk letak beg-beg penumpang.

(Apapun, kalau bawak barang yang banyak memang agak leceh.. huhu)

Bila dah duduk depan, kalau rasa tak yakin boleh je bercakap dengan driver, bagitau kat mana kita nak berhenti.

Lama jugak nak masuk bandar Seoul. Kiranya, jauh jugalah jarak Incheon - Seoul. Apapun, Incheon dan Seoul adalah dua daerah yang berbeza ye. Campur dengan kesesakan lalu lintas lagi. Masa tu peak hour, waktu orang balik kerja.

Pemandu bas di Korea kebiasaannya suka untuk bagi kita experience naik bas macam naik roller coaster. (Aku perli ni).. Tak kira lah bas biasa atau bas airport yang kami naik ni. Masa membelok tu memang terhayun-hayun penumpang dalam bas (lagi-lagi kami yang tak biasa ni). 

Oh ye. Dalam bas dorang ada sediakan seat-belt dan KENA PAKAI. Abang driver tu siap pakaikan seat belt untuk Daff, sebab Daff duduk betul-betul belakang dia. Aku duduk belakang Daff. Kami masing-masing duduk dengan local. Sebab waktu naik bas diorang dah ada dalam bas. Aku malas nak pakai seat belt, tapi berlakon macam pakai, huhuhu. Aku just letak seal belt tu atas riba aku.

Dalam bas, ada wifi ok! Tak menahan huhu. Tapi tak menahan juga sebab masa tu baru sedar kami tak leh access. Ceh.. baru nak update status kat FB..
Simpan fon, tengok permandangan yang tak berapa nak nampak kat luar je la (dah gelap)
Perjalanan yang agak panjang. Nak snap gambar dah tak berani (lesson learnt! very well!)

Akhirnya kami sampai ke perhentian Sungkyungkwan Univ. Ohmy.. Sejuk tak hingat. Dalam bas tadi rasa suam-suam kuku je sebab ada heater. 
Kami turun di bus stop di tengah-tengah jalan. Ko tengok kiri ada jalan raya. Ko tengok kanan pun sama, ada jalan raya. Kat Malaysia, aku rasa takde keadaan macam ni!

Dalam kesejukan kami berjalan ikut peta (Peta yang disyaki hilang sebelumnya, aku dah jumpa  masa dalam bas huhu)
Tak berapa nak susah mencari guesthouse, sebab peta yang diberi jelas.

Sejuknya cuaca malam di sana sampai aku rasa sesak nafas.. Entah berapa suhunya.
Berlari-lari aku, bila dah nampak tanda (sebuah kedai BBQ) nak ke guesthouse.. 
Bukan sebab excited nak masuk guesthouse tapi sebab nak cepat sampai dan sedut udara panas.. Sempat jeling kiri kanan, ramai awek korea yang pakai skirt, dan seluar pendek. Umang aihh dorang ni kulit cap apa ye. Dah la free hair, sah-sah bahagian kepala sampai leher pun sejuk.

Akhirnya, selamat sampai di guesthouse kami, INSIDE Backpackers Guesthouse.

*Panjang gila entri ni.. Next entry would be something about our guesthouse.

8 comments:

  1. chinggu yaa! awesome job! *thumbsup*

    p/s: syok yer mengekplotasi ke'yeppeo'an den! haha

    ReplyDelete
  2. saye ada plan na g Korea..mana lagi best ambil tour sendiri ke or ejen???

    ReplyDelete
  3. saye ada plan na g Korea..mana lagi best ambil tour sendiri ke or ejen???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua2 pun ok.. kalau budget x besar, plan semuanya sendiri.. cuma kena rajin study la kalau jalan sendiri ni.. tapi x mustahil... kena rajin sikit la. Kalau amik ejen pun ok, tak payah pening2 kepala.. baru la betul kena dgn konsep bercuti..ringan je kepala tinggal bawa badan je..dan bawa duit hehehe.. saya pernah rasa dua2.. both ways pun ada pro and cons.. tepuk dada tanya selera.

      Murah tapi perlu berpenat lelah sikit.
      dan
      Mahal tapi boleh bersenang lenang.

      Delete
  4. Salam,

    Nak tanya makanan untuk cabin luggager apa je yang lepas masuk kt airasia. saya akan ke korea bulan March ni tapi masih blur makanan ape je yg lepas untuk cabin luggage 7kg airasia since saya xde planning nak ambil luggage bag.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pn kurang pasti.. tp kalau makanan kering tu rasanya ok je. kalau awak beritahu makanan apa yg awak nak bawa mungkin mebih senang saya nak tolong carikan jawapan..

      Delete
  5. ala comel je blog owner tu hehe korea klu time sejok mmg sejok benor ahha mse sy p tgh musim HUJAN!! HAHAHHA adoi la stress nye nk travel wktu2 hujan ni basah lencun pun kna jln jugakkk syg kn xkn nk tdo kat hostel plak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun pernah ada di korea masa summer, baru nak masuk summer peralihan dari spring..jd mmg banyak hujan...terpaksa redah sbb tu laaa. x kan nak tido kat bilik dah dtg jauh2 hihi..

      Delete