Showing posts with label JKT n E. Show all posts
Showing posts with label JKT n E. Show all posts

Sunday, June 27, 2010

Recommended - Kisah Kakak Tiri nya Cinderella

Salam..
Entri nih semata-mata mengenai 1 drama Korea.. Aku sengaja translate tajuk drama sebab tak nak mislead orang yang nak cari info pasal drama ni.. hehe.. Haruslah nama drama ni dikenali worldwide ng
an nama BI nya.. uols translate lah sendiri, OK.

Biasanya rumusan pasal drama korea, jepun atau taiwan mesti dalam BI, jadi aku nak lah buat rumusannya dalam BM kali ni.

Aku ceritakan serba ringkas;
Eun Jo, sorang budak
perempuan yang dibela oleh ibunya. Hidup Eun Jo & ibunya kelam kabut dek kerana kerap berpindah randah. Ibunya, Kang sook seringkali bertukar teman lelaki dan bukan sekali dua menjadi mangsa penderaan teman-teman lelakinya. Hinggalah pada 1 hari, mereka berdua sekali lagi melarikan diri & takdir menemukan mereka dengan seorang lelaki kaya raya yang mempunyai perusahaan membuat arak beras (rice wain a.k.a mokgulli). Kang Sook yang sememangnya berpengalaman dalam bab-bab memikat lelaki berjaya memikat hati Dae Sung, si duda pemilik 'Dae Sung Cham Do Ga', kilang arak beras tersebut. Dae Sung mempunyai seorang anak perempuan yang muda beberapa tahun dari Eun Jo, iaitu Hyo Sun. Dae Sung & Kang Sook akhirnya berkahwin, menjadikan Eun Jo & Hyo Sun kini adalah adik beradik tiri.

Dua gadis yang mempuny
ai personaliti bak langit dan bumi ini cuba untuk menyesuaikan diri,,, dengan sangat susah payah OK...

Hyo Sun seorang yang manja, berfikiran
positif dan periang (tapi mata aku nampak minah ni sangat annoying dan mengada2..) cuba berbaik-baik dengan kakak tirinya, Eun Jo, seorang yang 'dingin', pesimistik, bijak, keras hati & berdikari (dia ni pulak terlampau pesimistik).

(Serious aku penat berfikir guna ayat BM formal macam nih! huhu)

Nak tau apa jadi seterusnya? uols bolehlah tengok sendiri drama ni, okeh? Aku baru je habis tengok.. sebab tu berkobar-kobar menulis entr
i ni. Drama ni dah hampir habis ditayangkan di Astro (KBS 303). Semuanya ada 20 episod. Ye, memang banyak dan panjang. Tapi berbaloi lah untuk di donlot dan di tonton.. Banyak pengajaran yang boleh diambil, bukan saja2 tengok drama aje, OK.. Memandangkan drama ni drama yang fofulerr, maka tak susah nak cari link nya. Hampir semua (tapi bukan semua!) link bawah tajuk 'The Gold Mines' ada link untuk mendonlot drama ni. Kalau nak yang hard sub, masuk je link SD Asian Drama. Dari situ dah tak susah nak cari.. semua link ada, complete episodes.

Meh nak kenalkan pelakonnya:
===========================
Main cast, si kakak yang dingin

Go Eun Jo (Moon Geun Yong - popular dengan gelaran 'Nation Little Sister' kat Korea. Siapa ingat the tear jerker drama, Autumn In My Heart tahun 2002 dulu? Kan minah ni jadik si adik masa kecik.. Skang dah besoo.. dah masuk U, dah jadi heroin & watak ada kissu2 gitu.. Huhu!)

Main cast, si adik yang mengada (opss~~)

Go Hye Su (Seo Woo - aku tak pernah tengok dia berlakon sebelum ni .. Tapi lakonan memang umphh la.. hehe.. first tengok dia berlakon adalah dalam drama ni.. Tapi the make up team did a very wonderful job. Memang dia ni nampak macam budak sekolah/remaja yang mudas remajas bergetahs gitu.

Main cast, si lelaki yang menjadi rebutan adik beradik tiri itu

Hong Ki Hoon (Chun Jung Myung - pelakon yang baru balik dari army service..terus berlakon drama ni. Walaupun jadi army 2 tahun muka maintain muda.. tak paham aku, hehe).. He did a good job here...

Main cast, si lelaki yang menyimpan hati pada si kakak..Tapi cintanya tidak berbalas..uhuk3

Jung Woo (Taecyon - a member of Korean boyband, 2P.M. Nih drama first mamat nih. Lakonan not bad. & dia ni, together2 ngan kump dia sangat fofuler OKEY di Korea)

Okeh.. if it happens that u read my entri & teragak2 nak tgk - tak nak tgk.. Sila lah tgk, ianya memang berbaloi. Episod pertama je dah cukup membuatk
an aku terpikat..hehe.. Great acting, especially Moon Geun Yong!!

MGY dulu & sekarang;
MGY in school uniform


Saya dah dewasa yer!!!



Hehe muka ni tak susah nak going back and forth jadi remaja & wanita matang, hehe..



Lihatlah keremajaanku... kagum kannn,, hehe

Pictures credit as tagged