Sunday, 3 November 2019

2019 Kembara Bumi Ambiya Didi_Part 2

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Jika nak baca dari mula , boleh baca dari sini, Part 0..
Ini adalah sambungan dari Part 1

Alhamdulillah syukur, Allah beri kesempatan masa, idea, dan tenaga untuk sambung kisah perjalanan ke Palestin.

Gua Ashabul Kahfi, kisah benar manusia yang merentasi masa.

Sambung cerita hari Selasa, 28 Mei 2019 bersamaan 22 Ramadan 1440. Kami selamat mendarat di Queen Alia International Airport.

Turun dari flight, lebih kurang pukul 12:50 p.m. waktu Jordan. Ada staff ALCC dari Jordan yang dah tunggu kami. Pukul 2.05 petang, dengan sebuah bas yang selesa, kami dibawa menziarah tapak Ashabul Kahfi.

Nama tempat terletaknya gua Ashabul Kahfi itu ialah Abu Alanda, juga dikenali dengan Ar-Raqim. Tak jauh dari bandar Amman. Tapak ni ada di kawasan berbukit. Bersebelahan dengan gua, ada sebuah masjid. Tinggi masjidnya (ada anak tangga kena naik)

Tiada bayaran dikenakan. Tapi, pintu gua memang sentiasa berkunci. Kehadiran kami memang ditunggu, jadi sampai masa penjaga kunci pun datang dan bukakan pintu gua untuk kami.

Yang pasti, waktu kami di sana cuacanya memang panas lit litttt, hehehe. Tambahan pula kami berpuasa masa tu.

Cerita Ashabul Kahfi, rasanya tidak asing lagi untuk kita semua, kan? Sebenarnya, ada khilaf tentang di mana terletaknya lokasi gua Ashabul Kahfi ni. Ada pendapat yang kata gua itu ada di Jordan, Turki, Syria, dan Iraq. Katanya di China pun ada.

Menurut ahli sejarah dan pengkaji, gua yang terdapat di Jordan inilah yang paling menepati penceritaan dalam Al Qur'an, berdasarkan ayat ke 17 dalam surah ni.

Tapi, seperti yang dinyatakan dalam Al Qur'an, lokasi gua tu tak penting. Yang penting pengajaran yang boleh diambil daripada kisah pemuda-pemuda beriman yang melarikan diri dari raja yang zolim, iaitu Raja Decius. Pemuda-pemuda ini Allah tidurkan di dalam gua tersebut selama 309 tahun.
Nak ikutkan, bilangan sebenar pemuda dalm kumpulan ni pun, tiada bukti bilangan tertentu.

Cerita ni macam cerita time traveller kan? Tapi ianya bukan satu fiksyen. Ia kisah benar, yang Allah rakam kan dalam Al Qur'an. Apa sekali pun, kita sebagai orang Islam yang beriman pada Allah dan rasul nya, percaya bahawa kisah Ashabul Kahfi ni adalah salah satu dari tanda kekuasaan Allah Al Aziz, Al Jabbar, Al Mutakabbir.

So ini antara gambar di dalam dan di luar gua.


Pintu depan gua, dan di kiri kanan tu ialah pohon zaitun

Tour guide berbangsa Jordan dan memakai kad staff ALCC 




Kemudian, kami dibawa masuk ke dalam masjid untuk solat jamak zuhur dan asar.

Masa  di sini, aku dapat tau aku datang uzur.

Agak tergesa gesa juga kami bergambar di sini hehe. Berapa kali tour guide tu panggil kami suruh cepat. 3.36 petang, kami naik bas semula.

Ini lah gambar yang kami ambil dalam keadaan tergesa-gesa. Nak ikut kan tour guide tadi, memang dia tak singgah dkt batu bertulisan ni. Kebetulan kami dua tiga orang ni nampak, so memang ber das das la shooting di sini hehehe. Bagi sesetengah orang, bergambar di papan tanda pun jadi satu kemestian tau. 

Kemudiannya, kami dibawa ke sebuah pusat membeli belah produk produk Jordan. Macam shopping complex la, tapi setingkat je. Namanya Dead Sea Products. Masa ni dah puku 4.30 petang. Antara barang-barang yang ada ialah kosmetik yang dibuat dari mineral garam laut mati, dan standard souvenir lain macam t-shirt, keychain, fridge magnet, dan banyak lagi. Untuk pertama kalinya, aku tak ada rasa nak beli keychain dan fridge magnet bila pegi negara orang. Selalunya, itu adalah antara benda wajib aku beli. Entah lah ek. Hehe. Dekat sini juga, ada toilet yang selesa untuk digunakan.

Aku tak ada snap gambar di dalam kedai. Aku pun tak tau kenapa, hahaha. 

Ohye, di sini aku cuma beli krim sunblock yang ada unsur mineral laut mati, hehe. Beli kongsi dengan roomate, Kak Haizum. Sebab beli 2 dapat diskaun. Kenapa sunblock? Sebab sunblock memang insha Allah akan digunakan.


Semoga habis digunakan dan bermanfaat. Haha. Aku ni gedik juga suka membeli lepas tu tak pakai.. Tapi pemakaian sunscreen is very important ya sebenar nya.. 

Okay, entri ni aku tamatkan di sini, inshaAllah next entri tentang kami merentas border Jordan-Palestin.

Boleh tekan sini , untuk kisah seterusnya iaitu Part 3 (belum settle kan gambar, cerita dah taip, hehe)

Daaa. Assalamualaikum. Aku tutup dengan gambar berangan ni.. Thanks for reading ya.





No comments:

Post a Comment