Showing posts with label backpack to japan. Show all posts
Showing posts with label backpack to japan. Show all posts

Monday, August 31, 2015

2015 May Japan Summer Trip - the students

Assalamualaikum,

Lama kebenor nak menyambung cerita  huhu.
Entah apa benda aje yang aku sibukkan huhu. Ohye aritu ada ujian bulanan. Seminggu pulun buat soalan. Kemudian, 2-3 minggu jugaklah nak settle kan menanda. Dalam masa yang sama ada macam-macam event mcm sambutan raya & program sambutan bulan kemerdekaan. Nak tak nak ko jadi guru kelas kena la jugak relakan hati latih budak untuk masuk pertandingan itu ini walaupun cikgunya tak berapa nak kreatif huhu.

Ok sambung cerita.

Dalam trip aritu,  aku perasan Kyoto dipenuhi dengan budak-budak sekolah menengah yang pegi rombongan. Memang bersepah sepah dengan budak sekolah saja.Seronok aku tengok baju uniform sekolah diorang yang pelbagai rupa. Sebab kat Malaysia takde situasi tu kan. Ni pendapat peribadi aku la; budak sekolah kat Korea nampak lebih bergaya & fashionable. Kalau student perempuan kat Korea, bajunya ala-ala fit fit je dengan badan, skirt pun ala-ala singkat hehe. Yang lelaki pulak biasanya ada segelintir tu rambut berfesyen fesyen.

Berbeza dengan budak sekolah kat Jepun, aku perasan walaupun uniform diorang pelbagai rupa tapi skirt maintain labuh bawah lutut ok. Top yang dorang pakai pun nampak longgar dan sangat sopan. Yang uniform jenis pinafore pun nampak labuh. Memang takde nak pakai sampai nampak bentuk body. Kalau yang lelaki pulak semua pakai long sleeve. Fesyen rambut memang totally berbeza.. Memang nampak la itu rambut student, hehe.

Apapun, ini pendapat peribadi aku la. Mungkin ada je yang lain dari apa yang perhatikan.

Kami sempat bergambar dengan sekumpulan student masa nak balik dari Fushimi Inari. Tengah sama-sama tunggu train, kami ajak diorang bergambar.



Aku try jugaklah nak bersembang dengan budak-budak ni, tapi memang macam ayam dengan itik la huhu. Mungkin diorang menggelabah sebab tetiba ada foreigner terlebih peramah bertanya-tanya, jadi soalan macam "How old are you?" pun budak-budak ni dah kelu lidah. Baiklah dik kalau ko tak leh jawab meh akak pulak nak cuba cakap jepun, "Nansai desuka?" Haha barulah tau diorang ni 14 tahun. Nak tanya bebanyak hakak pun hafal 2 3  ayat tu je. Dah tu, takkan nak tanya nama setiap sorang pulak kan.

Rupanya kami naik tren yang sama.. Tiba-tiba dalam tren budak-budak ni datang approach kami pulak, dan suakan 1 surat dalam BI. Mula-mula kami blur jugak, sebab budak-budak ni sengih-sengih & kami tak paham apa diorang cakap. Rupanya itu surat dari cikgu BI dorang, mintak tolong foreigner yang budak-budak ni approach, untuk bantu diorang ni settle kan 1 assigment. Tujuan assignment tu nak bagi budak-budak ni berkeyakinan speaking dengan foreigner.. Masalahnya, budak-budak tu lambat sangat nak approach kami dan masa tu lagi satu dua stesen je nak sampai destinasi.. huhu. Selain surat tu, ada jugak diorang tunjukkan senarai soalan.


Memang tak settle la jawabnya. Sempat tanya satu dua soalan je. Aku pun confuse lagi masa ni, siapa yang nak kena tanya, kami ke diorang. Kitorang bedal aje lah tanya-tanya 2, 3 soalan. Hehe, soalan "How old are you?" diorang tak faham tapi bila aku soal "Do you have boyfriend?" paham aje budak-budak ni ye.. ewahh.

Ralat betul kitorang rasa. Kalaulah budak-budak tu dari awal lagi (masa tengah tunggu tren) bertanya, mungkin dah settle. Sampai ke hostel Cikgu Jula & Cikgu Didi membebel-bebel pasal budak-budak tu, huhu. (Nature cikgu yang suka membebel dibawa ke mana-mana, walaupun pegi bercuti dengan niat asal nak lupakan sekejap kehidupan aku sorang cikgu, huhu)

Nampaknya, jodoh kitorang dengan budak-budak ni panjang bila esoknya, waktu kami pegi Nijo Castle boleh terserempak lagi dengan budak tiga orang ni, haha. Masa tu kami sedang elok bergambar depan 1 bangunan dalam Nijo-Jo. Dah jumpa tu, terus kami ke tepi & diorang pun macam paham-paham terus je memasing ready keluarkan apa-apa yang patut. Masing-masing ada prepare 1 nota, dan diorang siap bacakan nota tu kat kami. Kiranya itu macam self introduction la.

Yang approach aku namanya Riko (yang lagi dua orang memasing bacakan untuk Daff & Zura) & lepas tu terus diorang sama-sama interview kami bertiga. Barulah aku paham... Diorang yang kena bertanya rupanya..

Antara soalan yang diorang tanya (memasing bergilir, take turn nak soal ok.. comel sangat)
Where are you going to go after this?, What is your favourite food in Japan? (kami cakap takoyaki padahal masa tu belum ada merasa takoyaki pun haha, belasah je, tak ingat nama lain) Do you like Japan? (opkos.. kalau tidak tak sampai dik, hehe) & Where are you from?

Sebagai bukti budak-budak tu kena jugak amik gambar dengan kami.

Masa tengah posing depan istana. 
Bila aku belek gambar ni aku perasan yang budak tiga orang tu ada kat belakang tu.

Selepas sesi interview ringkas.
Riko yang berdiri sebelah kanan aku.

Ni pulak bergambar dengan student lain;
Yang ini masa kat Odaiba. Aku tak pasti diorang ni ikut rombongan sekolah jugak atau ponteng sekolah & pegi jalan-jalan lepas sekolah.


Odw to Kinkaku-Ji.
Kumpulan ni dari jauh dah menarik perhatian kami sebab ada yang bertudung.

Budak ni pun macam paham-paham pandangan kitorang, hehe. Dah dekat-dekat dengan kami, dia siap bagi salam. Orang Pakistan. Dari dialah kami dapat tau memang budak-budak sekolah seluruh Jepun tengah ada program lawatan. Macam ala-ala kerja kursus diorang la..
Tak dapat nak sembang lama-lama sebab dia pun tengah dalam program kan.

Aku perasan kebanyakan kumpulan tu bercampur lelaki dan perempuan. Elok pulak tu aku tengok takde nak gaduh-gaduh ke apa..
Aku tak leh bayangkan kalau anak murid aku sendiri kena buat program macam ni. Suruh duduk dalam kumpulan berbincang buat kerja pun asyik nak bercekau. Kalau tak bercekau, terpesong sama-sama main. Tak pun memasing blur tak reti berbincang. Hadoiii.


Ni dalam kawasan Kinkaju-Ji.
Masa ni kami dapat tau yang diorang ni pegi rombongan, ditemani pakcik driver teksi ok. Bukan cikgu. Aku pun tak paham cemana perjalanannya. Menarik tu. Cikgu tak yah iring, pemandu teksi yang bertanggungjawab bawak budak pergi melawat.
Info ni pun aku dapat dari pakcik driver tu sendiri.. Leh tahan english pakcik tu, siap leh keluarkan perkataan excursion lagi, hehe.

Lagi gambar pelajar:
Ni sekolah rendah kot..

 Haha pitam.. Bebudak saja.







Gitu.
Dah macam berjalan dekat pasar malam aku rasa dia punya sesak...

Sebab payah benor nak bergambar dengan background ala-ala aku sorang je pengunjung kat situ, maka marilah snap gambar manusia bersimpang siur di belakangnya ye hehe.

Apapun, kenangan dengan bebudak sekolah ni antara kisah yang membuatkan trip kami ke Jepun ni menarik..

Saturday, August 01, 2015

2015 May Japan Summer Trip - Part 4.3 (Shibuya, Harajuku, Ameyoko Street, Ippin Restaurant & Willer Bus Terminal)

Baca entri sebelum:

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4.1
Part 4.2

Dari Odaiba Island tadi, kami ke Shibuya pula.
Ke mana lagi kalau bukan Shibuya Crossing.

Hachiko Statue

Seperti yang dijangka tempat ni memang sesak. Nak bergambar kat sini aje kena take turn. Dan yang paling tak boleh elak ialah backdrop di belakang tu, hehe. Pasrah aje lah. Tempat diorang kan.

Tren lama yang dijadikan Tourist Information Centre
Ada officer bertugas dalam tu. Dan pelbagai brosur juga.

Nexttt,
Mari melintas jalan.
Aku tak ingat berapa kali kami dok lintas jalan kat sini, demi mendapatkan shot terbaik.
Siap berbahagi turn.. Gigih nau.
Spot gd's scandal there, hehe.

Kesimpulannya, aku memang tak boleh bertenang amik gambar dalam suasana macam ni, hehe. Sebab tak ada gambar aku kat sini yang ok, marilah letak gambar Zura. =)

Orang kata, the best spot untuk tengok suasana dan kesibukan manusia melintas jalan kat sini ialah dari Starbuck tu.
Kami memang takde plan nak naik ke situ sebab nak kejar masa kan.

Memang ternyata ramai manusia yang sibuk nak melintas jalan sepanjang masa.
Tapi kan, pada aku, tempat yang lagi sibuk ialah Namba Station dekat Osaka nun. Serious, kena berdiri balik tiang kalau nak berhenti. Kot tak, mungkin dilanggar orang yang lalu lalang. Ataupun, nampak sangat macam mengganggu orang yang nak berjalan.


Pelbagai fesyen.
Memang tak banyak gambar kat sini.

Next is Harajuku. Tujuan ialah nak ke Takeshita Street.
Kami berjalan kaki je dari Shibuya ni ke Harajuku.

Perjalanan yang boleh tahan jauh.  Untuk distract fikiran aku, marilah snap beberapa gambar.
Masa ni aku terfikir Robocar Poly. Daehan, Minguk & Manse.


Students.
Suka tengok uniform diorang yang pelbagai.

Sepanjang jalan tu beberapa kali juga berhenti tanya orang. Sebab rasa macam apsal la tak sampai-sampai ni..

Dalam perjalanan tu, perasan lalu depan Meiji Shrine/Meiji Jinggu.
Tak berapa jauh dah dari Harajuku Station. Boleh kot kalau nak jalan kaki dari Harajuku Station. Tapi kalau berjalan kaki dari  Shibuya ke Harajuku / Meiji Shrine ni memang aku tak galakkan langsung la ye. Sebab pada aku memang jauh gila. You better spend some money and save that energy.

Ohye kami lalu je, tak singgah pun Meiji Shrine.
Kalau baca blog Azra, dia ada cerita pasal kemungkinan nampak Japanese Traditional Wedding kat situ. Menarik tu. Tapi kami dah tak boleh nak selit-selit dah masa tu.

Akhirnya,
Takeshita Street.
Ke sini untuk cari souvenir (akhirnya aku tak beli apa-apa pun);
dan cari Harajuku Creep. Nasib tak jauh mana, dalam 5 meter je dari pintu gerbang ni.
Tapi memang tempat ni antara tempat yang disarankan untuk mencari dan membeli souvenir dengan harga yang lebih murah dari di Asakusa.
Aku sebab dah beli fm dari Tokyo Tower & Shibazakura Fest, jadi dah malas nak beli fm lagi.

Kemudian, naik train, nak ke Ameyoko Street pula.
Sebelum tu, mari bergambar kat depan Harajuku Station yang unik ni.

Masa ni, antara ayat jepun yang aku rasa yakin nak sebut ialah, Sumimasen, _____ doko desuka?
Sebab dah berapa hari ni, kalau tersesat, itulah modal nya ye.
Hehe.

Ohye, kat sini juga berjaya 'tangkap' sorang remaja yang berkostum.

Dari

Bincang-bincang, kami sepakat tak nak masuk dalam-dalam sangat. Cari apa yang perlu, tengok dan terus beli. Masa ni dah pukul berapa kan. Rasanya dah nak dekat pukul 5. Memasing pun jalan dah seret-seret kaki.

Daff beli t-shirt kat sini.
Aku, again, tak beli apa-apa, hehehe.

Adoiila.
Aku punya penyakit kan, kalau dah start membeli, memang terus rasa nak membeliii je. Nampak benda comel semua nak.
Sebaliknya macam tu jugak. Kalau dah mulakan tahan diri supaya jangan beli, maka aku jadi payah & very calculative nak membeli.

Dan trip Jepun ni adalah trip yang paling aku tak membeli. Eh tunggang langgang kot ayat hahaha.
Balik tu duit aku berlebih dalam RM800++ (kalau ikut nilai masa tukar RM to Yen dulu, dekat RM900 jugak, tapi biasalah bila tukar dari Yen ke RM kan)

Dari sini, kami balik semula ke Asakusa.
Akhirnya. Dapat juga tengok Nakamise Street di waktu siang dan ada orang.

Amik beg dekat coin locker.
Pegi Ippin Restaurant.
Dah la restoran tu agak sempit.. Nasib baik diorang ok je bila kami tanya pasal luggage kami yang besar gedabak tu. Bawak la naik atas.

Tumpang solat jamak Zuhur-Asar & Maghrib Isyak terus.

Tak ada bilik khas ye nak solat kat sini. Ni betul betul tepi meja makan kami. Dekat tingkat atas ni ada 1 toilet, boleh berwuduk kat situ.
Then diorang ada sediakan sejadah ni dan penunjuk arah kiblat.
Dah ok sangat-sangat la kan. Ada juga tempat sesuai untuk solat.

Apa yang aku order. Rasanya Zura pun order ni jugak;
Rice with chicken curry.
Teringin nak rasa kari jepun.
Kuantiti nasi tu kan, kalau ikut standard perut aku memang sikit nau tu.
Tapi sebab sejak di Jepun ni aku dah terbiasa dengan kelaparan / makan lewat, jadi nasi sikit pun rasa memadai/kenyang.
Rasa? Takde la sedap sangat, dan takde la teruk sangat. Manakan sama dengan kari orang kita masak. Apatah lagi kari mamak, hehe. Rasa unik, kari jepun. Yang pasti takde rasa daun kari.
Masa makan ni, aku terbayang drama-drama jepun / anime yang selalu tunjuk pelakon/character tu makan nasi dengan kari.

Apa yang Daff order;
Aku dah tak ingat nama set ni.

Lepas makan, kami gerak ke Willer Bus Terminal.
Seterusnya, kami akan naik bas jam 10.30 malam dari Tokyo ke Kyoto.

Bye-bye Tokyo.

Laluan aku & Daff selama 3 hari duduk di Asakusa...

Ada rasa sedih sikit masa lalu sini. Entah bila nak ke sini lagi.
Dalam hati, kalau berpeluang ke Jepun lagi, aku dah tak nak ke Tokyo lagi rasanya.. Sebab aku lagi suka suasana yang tenang-tenang & more to nature.

Ok. Berangan je tu. Tapi berangan tu free kan. Lagipun, dari angan-angan la biasanya sesuatu tu akan jadi kenyataan.

Kami sampai kat Willer Bus Terminal dalam pukul 8.45 malam. Memang sengaja nak pergi awal. Sebab takut sesat. Lagipun dah gelap kan.
Boleh tahan lama jugak menunggu. Dah macam-macam aksi menunggu dah aku masa ni. Kejap bersila kejap berlunjur. Tampal koyok lah, urut kakilah, hahaha. Sabar je lah agaknya Daff & Zura tengok aku.

Akhirnya, selamat naik bas. Gambar memang tak berapa ada la masa ni.. Henfon aku kehabisan bateri & lepas tu buat perangai tak boleh nak di cas. Padahal dalam bas tu siap ada bekalan elektrik & soket lagi. Power bank pun ada je.

Selain tu, memang dah penat yang melampau dah masa ni hehe. Tak sabar nak naik bas & tidur zzzz.


Gambar pun parkinson semua masa atas bas ni. Bukti dah terlalu penat.
Ye la dah tau gegar tapi tak ada hati nak snap semula, hehehe.

Kami dapat seat belakang sekali. Pasrah ajelah dilambung-lambung.
Yang pasti memang tak sedar apa-apa once dah terlelap.
Mesti kuat aku berdengkur masa ni huhu.

Lenanya tidur sebab penat. Aku tak terbangun langsung, dan akhirnya terjaga dalam pukul 4.15 am. Hari dah mula cerah.
Tengok kaki, bengkak dua-dua belah huhu. Masa ni aku di awal period. Dah lama kot tak kena sindrom kaki bengkak ni.
Mungkin bercampur-campur  dengan penggunaan kaki yang terlalu ekstrem, hari semalam.
Sepatutnya bila tidur, tinggikan kaki dari badan kan. Tapi dah tidur dalam bas, nak naikkan kaki celah mana huhu. Takkan tetiba kaki aku terjulur atas kepala orang depan kan. Akrobatik dan kongajo sangat tu.

4.45 am.
Berhenti di sebuah RnR (kalau dalam bahasa kitalah kan)

Dalam mamai-mamai kami turun bas, nak ke toilet.


Snap gambar depan bas. Takut tak jumpa cari nanti.


Masuk-masuk je tandas, mak aihh
 Berkilat.

Lama aku termenung depan benda ni. Dalam mamai-mamai berjalan masuk tandas tu, aku ingatkan ini music sheet, sebab dari jauh nampak macam simbol krochet. Sekali, petunjuk tandas yang available & occupied rupanya.

Jauh sangat tu tandas dengan music sheet ok.

Bersihkan diri & freshen up, naik semula bas.
Ohye tadi kata kaki bengkak kan. Masih boleh berjalan, alhamdulillah.  Walaupun awal awal tu aku macam takut-takut jugak nak melangkah.

Bas teruskan perjalanan. Kami sampai bandar Kyoto dan diturunkan kat satu perhentian dalam pukul 5.20 pagi. Cerah secerah cerahnya.

Turun je bas, aku rasa jatuh cinta dengan Kyoto.
Ceaa. Dan, dan. Padahal belum jalan-jalan lagi kan hehe.
Ada beberapa orang je turun. Ramai yang nak ke Osaka.


Pemandangan-pemandangan yang buat aku jatuh hati pandang pertama...


 
 Rupa tempat kami diturunkan dari bas.

Sayonara!
Otsukaresama-deshita~



Kami nak mencari guesthouse lepas ni.
Kalau ikut signboard tu, jalan terus dan kemudian belok kiri. Ke arah Shijokawaramachi.

Betul betul dekat simpang sebelum belok kiri dan lalu atas jambatan ni, ada subway station bawah tanah. Kami tak naik train sebab kata Zura dekat je nak ke Khaosan Kyoto. So, marilah menapak.

Bila tengok pemandangan macam ni, oh, berjalan pun tak apa.. Dengan angin pagi yang sepoi-sepoi bahasa. Almaklumlah dah berapa hari kot kat Tokyo merasa aktiviti skin tanning je.. Panas-panas berjalan dok tadah kulit hihi.


Kyoto City yang masih lengang dan belum sepenuhnya beroperasi.

Overall, hari keempat ni semua tempat yang kami senaraikan berjaya kami pergi.
*Clap clap clap*
Mission accomplished,, walaupun...

seriously I was dead tired. Dalam trip Jepun ni, hari ke empat ni laa yang paling jauh jarak berjalan kaki. Keduanya, hari pertama sampai tu.

Ok, seterusnya lepas ni entri hari kelima.
Kami ke Arashiyama Bamboo Forest, naik Sagano Romantic Train, Fushimi Inari, Nishiki Market & Kyoto Station.

Semoga ditabahkan hati dan rajin untuk sambung stori, hehe. Azam aku ialah nak habis kan juga cerita jepang ni.

Daaaa.