Monday, August 31, 2015

2015 May Japan Summer Trip - the students

Assalamualaikum,

Lama kebenor nak menyambung cerita  huhu.
Entah apa benda aje yang aku sibukkan huhu. Ohye aritu ada ujian bulanan. Seminggu pulun buat soalan. Kemudian, 2-3 minggu jugaklah nak settle kan menanda. Dalam masa yang sama ada macam-macam event mcm sambutan raya & program sambutan bulan kemerdekaan. Nak tak nak ko jadi guru kelas kena la jugak relakan hati latih budak untuk masuk pertandingan itu ini walaupun cikgunya tak berapa nak kreatif huhu.

Ok sambung cerita.

Dalam trip aritu,  aku perasan Kyoto dipenuhi dengan budak-budak sekolah menengah yang pegi rombongan. Memang bersepah sepah dengan budak sekolah saja.Seronok aku tengok baju uniform sekolah diorang yang pelbagai rupa. Sebab kat Malaysia takde situasi tu kan. Ni pendapat peribadi aku la; budak sekolah kat Korea nampak lebih bergaya & fashionable. Kalau student perempuan kat Korea, bajunya ala-ala fit fit je dengan badan, skirt pun ala-ala singkat hehe. Yang lelaki pulak biasanya ada segelintir tu rambut berfesyen fesyen.

Berbeza dengan budak sekolah kat Jepun, aku perasan walaupun uniform diorang pelbagai rupa tapi skirt maintain labuh bawah lutut ok. Top yang dorang pakai pun nampak longgar dan sangat sopan. Yang uniform jenis pinafore pun nampak labuh. Memang takde nak pakai sampai nampak bentuk body. Kalau yang lelaki pulak semua pakai long sleeve. Fesyen rambut memang totally berbeza.. Memang nampak la itu rambut student, hehe.

Apapun, ini pendapat peribadi aku la. Mungkin ada je yang lain dari apa yang perhatikan.

Kami sempat bergambar dengan sekumpulan student masa nak balik dari Fushimi Inari. Tengah sama-sama tunggu train, kami ajak diorang bergambar.



Aku try jugaklah nak bersembang dengan budak-budak ni, tapi memang macam ayam dengan itik la huhu. Mungkin diorang menggelabah sebab tetiba ada foreigner terlebih peramah bertanya-tanya, jadi soalan macam "How old are you?" pun budak-budak ni dah kelu lidah. Baiklah dik kalau ko tak leh jawab meh akak pulak nak cuba cakap jepun, "Nansai desuka?" Haha barulah tau diorang ni 14 tahun. Nak tanya bebanyak hakak pun hafal 2 3  ayat tu je. Dah tu, takkan nak tanya nama setiap sorang pulak kan.

Rupanya kami naik tren yang sama.. Tiba-tiba dalam tren budak-budak ni datang approach kami pulak, dan suakan 1 surat dalam BI. Mula-mula kami blur jugak, sebab budak-budak ni sengih-sengih & kami tak paham apa diorang cakap. Rupanya itu surat dari cikgu BI dorang, mintak tolong foreigner yang budak-budak ni approach, untuk bantu diorang ni settle kan 1 assigment. Tujuan assignment tu nak bagi budak-budak ni berkeyakinan speaking dengan foreigner.. Masalahnya, budak-budak tu lambat sangat nak approach kami dan masa tu lagi satu dua stesen je nak sampai destinasi.. huhu. Selain surat tu, ada jugak diorang tunjukkan senarai soalan.


Memang tak settle la jawabnya. Sempat tanya satu dua soalan je. Aku pun confuse lagi masa ni, siapa yang nak kena tanya, kami ke diorang. Kitorang bedal aje lah tanya-tanya 2, 3 soalan. Hehe, soalan "How old are you?" diorang tak faham tapi bila aku soal "Do you have boyfriend?" paham aje budak-budak ni ye.. ewahh.

Ralat betul kitorang rasa. Kalaulah budak-budak tu dari awal lagi (masa tengah tunggu tren) bertanya, mungkin dah settle. Sampai ke hostel Cikgu Jula & Cikgu Didi membebel-bebel pasal budak-budak tu, huhu. (Nature cikgu yang suka membebel dibawa ke mana-mana, walaupun pegi bercuti dengan niat asal nak lupakan sekejap kehidupan aku sorang cikgu, huhu)

Nampaknya, jodoh kitorang dengan budak-budak ni panjang bila esoknya, waktu kami pegi Nijo Castle boleh terserempak lagi dengan budak tiga orang ni, haha. Masa tu kami sedang elok bergambar depan 1 bangunan dalam Nijo-Jo. Dah jumpa tu, terus kami ke tepi & diorang pun macam paham-paham terus je memasing ready keluarkan apa-apa yang patut. Masing-masing ada prepare 1 nota, dan diorang siap bacakan nota tu kat kami. Kiranya itu macam self introduction la.

Yang approach aku namanya Riko (yang lagi dua orang memasing bacakan untuk Daff & Zura) & lepas tu terus diorang sama-sama interview kami bertiga. Barulah aku paham... Diorang yang kena bertanya rupanya..

Antara soalan yang diorang tanya (memasing bergilir, take turn nak soal ok.. comel sangat)
Where are you going to go after this?, What is your favourite food in Japan? (kami cakap takoyaki padahal masa tu belum ada merasa takoyaki pun haha, belasah je, tak ingat nama lain) Do you like Japan? (opkos.. kalau tidak tak sampai dik, hehe) & Where are you from?

Sebagai bukti budak-budak tu kena jugak amik gambar dengan kami.

Masa tengah posing depan istana. 
Bila aku belek gambar ni aku perasan yang budak tiga orang tu ada kat belakang tu.

Selepas sesi interview ringkas.
Riko yang berdiri sebelah kanan aku.

Ni pulak bergambar dengan student lain;
Yang ini masa kat Odaiba. Aku tak pasti diorang ni ikut rombongan sekolah jugak atau ponteng sekolah & pegi jalan-jalan lepas sekolah.


Odw to Kinkaku-Ji.
Kumpulan ni dari jauh dah menarik perhatian kami sebab ada yang bertudung.

Budak ni pun macam paham-paham pandangan kitorang, hehe. Dah dekat-dekat dengan kami, dia siap bagi salam. Orang Pakistan. Dari dialah kami dapat tau memang budak-budak sekolah seluruh Jepun tengah ada program lawatan. Macam ala-ala kerja kursus diorang la..
Tak dapat nak sembang lama-lama sebab dia pun tengah dalam program kan.

Aku perasan kebanyakan kumpulan tu bercampur lelaki dan perempuan. Elok pulak tu aku tengok takde nak gaduh-gaduh ke apa..
Aku tak leh bayangkan kalau anak murid aku sendiri kena buat program macam ni. Suruh duduk dalam kumpulan berbincang buat kerja pun asyik nak bercekau. Kalau tak bercekau, terpesong sama-sama main. Tak pun memasing blur tak reti berbincang. Hadoiii.


Ni dalam kawasan Kinkaju-Ji.
Masa ni kami dapat tau yang diorang ni pegi rombongan, ditemani pakcik driver teksi ok. Bukan cikgu. Aku pun tak paham cemana perjalanannya. Menarik tu. Cikgu tak yah iring, pemandu teksi yang bertanggungjawab bawak budak pergi melawat.
Info ni pun aku dapat dari pakcik driver tu sendiri.. Leh tahan english pakcik tu, siap leh keluarkan perkataan excursion lagi, hehe.

Lagi gambar pelajar:
Ni sekolah rendah kot..

 Haha pitam.. Bebudak saja.







Gitu.
Dah macam berjalan dekat pasar malam aku rasa dia punya sesak...

Sebab payah benor nak bergambar dengan background ala-ala aku sorang je pengunjung kat situ, maka marilah snap gambar manusia bersimpang siur di belakangnya ye hehe.

Apapun, kenangan dengan bebudak sekolah ni antara kisah yang membuatkan trip kami ke Jepun ni menarik..

8 comments:

  1. Seronoknya..kalau dah mmg cikgu kena jadi 'cikgu' jgk la di negara org.hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani: hahaha itulah. Siap rasa ralat masa tak dapat settle kan interview diorang masa 1st time jumpa tu.

      Delete
  2. Budak2 sekolah dkt jepun ni sporting jer kan...x ada nak sombong ker apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah.. diorang ok je kalau kita approach. Tp utk diorang mulakan perbualan mmg payah sikit kot.. sama dgn org awam yg lain..kalau kami tegur dulu dan bertanya, sebolehnya diorang cuba jawab dan bantu.. agaknya x nak ganggu privasi kita pelancong kot. Tp kesungguhan nak membantu tu mmg terbaik..

      Tp bagi saya, Kalau compare dgn korea,,ahjumma ahjusshi korea lg peramah & selamba tegur pelancong kot, hehe..

      Delete
  3. Ooh ini ke kejadian yang Didi cakap dalam entry sebelum ni. Kalau dah cikgu, kat mana-mana pon cikgu kan :D Memang jodoh korang jumpa student tu 2 hari berturut-turut kan.

    Sekolah kat Jepun memang ada buat excursion mcm ni untuk student diorang (sekolah rendah pon ada OK! banyak budget kementerian pendidikan/sekolah diorang ni). Saya rasa student yang Didi jumpa dekat Odaiba tu pon tengah excursion.
    Pasal pemandu teksi tu, kalau saya tak silap syarikat taxi dekat Kyoto dan beberapa tempat lain ada offer charter service macam ni cthnya und Kyoto 6 jam harga JPY10,000 per person. Satu taxi tu satu group dan selalunya students ni ada misson/homework yg diorang kena siapkan sepanjang excursion ni.

    Btw, ramainya orang dekat Kinkakuji tu *_* Penuh dengan kanak-kanak sekolah je!

    ReplyDelete
  4. Kay!
    A'ah kira mcm happy la ending dgn budak2 3 org tu kan hehehe.

    Kalau masa dekat Tokyo tak berapa nak terserempak, kecuali masa kat Odaiba. Mungkin ada, tapi tempat yang dituju tu kami tak pegi kot.. Masa kat area Kawaguchiko mmg takada nampak geng rombongan langsung. Tapi hampir semua tempat dekat Kyoto mmg penuh dgn students.
    Ohh, patutlah.. jd senang la diorang tak yah dah nak kena naik bas sekolah mcm kat Msia ni..Ada jugak yg naik bas awam saing2 kami. Elok je memasing menjaga antara memasing, especially time dah nak turun dari bas (tanpa pengawasan org dewasa).. Kagum saya tengok.

    Ohye sebenarnya hari yg sama lepas jumpa kat nijojo tu jumpa lagi dgn bdk2 ni dekat NIshiki Market, hehehe.

    Mmg.. dah la kinkakuji tu kawasan berjalan terhad.. mmg mcm param! kalau tempat lain yang luas tak berapa ketara kepadatannya dgn budak2~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe dah jadi macam jejak kasih pulak kat sana kan!

      Saya rasa Kawaguchiko tu lebih famous dengan foreigner sebab tu jarang budak sekolah buat trip ke situ.
      Dekat Kinkakuji tu dapat tak ambil gambar dengan golden pavillion tu? Ke kena tunggu next entry? :D

      Delete
    2. Hehehe jejak kasihan nippon.

      Hee ada. Tp itulah...kena next next next entry hadoii.. rajin ke mari kauuu

      ;D

      Delete