Entri sebelumnya : Naksan Park
Assalamualaikum.
Gigih mengapdet walaupun dengan kelajuan ... err... tak tau nak bagi perbandingan apa. Siput pun rasanya dah lama potong aku kot huhu.
Aku ni nak cerita pasal summer vacay tapi nya kat tempat tu dah winter dah pun, huahuahua. Belum lagi entri Korea 2012. Oh sebenarnya yang itu lagi banyak benda nak cerita sebab pegi banyak tempat. Tapi.. entahlah huhu. Hadap je la ye. Lagipun ini kenangan untuk diri sendiri. Again, lot of pictures here.
Awal-awal terus letak gambar ni hehe |
Lepas dari Naksan Park, kami patah balik ke Hyehwa Station tadi. Destinasi ialah Garden BCJ ataupun nama lainnya Byeokchoji. Info pasal BCJ Garden boleh baca kat page kto di sini.
Seperti biasa tempat ni kami aim sebab tengok drama. Antara drama yang pernah buat penggambaran di sini ialah 49 Days, Rooftop Prince, Heartstring,City Hunter, Prime Minister and I, Fated to Love You, Boys Over Flower. Tu je yang aku ingat..
Cara nak ke sini:
Wherever you are, pegi Geumchon Station (Seoul Subway Line Gyeongui, kaler hijau pastel), Exit 8.
Keluar stesen, nampak intersection, lintas jalan besar kat depan tu.
Jalan tegak menyusuri tepi jalan raya, sampai bus stop kat bawah ni:
Kedai henfon tepi bus stop tu |
Tunggu bas nombor 15 atau 67. Kami naik bas nombor 15. Bas mini.
Ketua rombongan duduk depan, senang nak memantau |
Deng, BCJ Garden kat seberang jalan je..
Masa menunggu bas tu, memang rasa tak berapa yakin. Maklumat kat bus stop tu tak mesra pengunjung luar. Semua in hanguk mal. Siap ada skrin tv bagai, bagitau info the next bas yang akan approach bus stop tu. Lagi berapa minit bas nak sampai. Memang canggih. Tapi itulah. Tak paham. Tanya orang tempatan pasal Garden BCJ , dorang pun tak tau. Mungkin nasib kami tak berapa baik, tak jumpa dengan orang yang boleh membantu.
Masalahnya lagi, baca carta jadual perjalanan bas kat situ, tak paham yang mana satu ialah stop untuk Domasan Elementary School Bus Stop.Kami bajet nak la mengira berapa kali bas berhenti nanti. Dalam ketidakpastian tu, bas nombor 15 pun datang. Kami naik, dan bitau driver kami nak ke Garden BCJ . Dia cuma angguk-angguk je. Eh, still, rasa tak yakin.
On the way tu bas melalui kawasan kampung-kampung, berbukit bukau. Siap ada sawah padi bagai. Dalam hati memang rasa dekat in the middle of nowhere.
Solution untuk aku kot-kot nak pegi lagi (rasa macam dah tak nak huhu) & juga korang yang lain:
Bawak dari M'sia, kertas dah siap bertaip Domasan Elementary School Bus Stop dan Botanical Garden BCJ (Byeokchoji) dalam bahasa korea, kan senang. Tunjuk je kat orang. InsyaAllah dorang leh bantu. Hati pun lega, iye dok?
*Google sendiri ye nama dalam hanguk*
Ohye. boleh je naik teksi dari bus stop / Geumchon Station kalau nak.Tepuk dada tanya poket ok.
Leh tahan lama kami tunggu. Sampai bus stop dalam 1.45 pm. Dalam 2.30 pm baru naik bas. Dalam 15 minit perjalanan kami sampai. Elok je driver ahjusshi turunkan kami depan BCJ Garden tu pun sebenarnya, hehehe.
Beli tiket. 7000 krw weekdays. 8000 krw on weekends (adults)
Beautiful gardens behind the wall |
Bangunan besau kat belakang tu ialah cafe dan ofis (kot). Aku jengah bahagian cafe je. |
Langit mula gelap. Bahaya tu. Sebab dah rasa cemana hujan berpanjangan di korea, kami agak risau dan agak rush lepas tu. Dah la ini plan tertunggak. Jauh pulak tu nak datang. Kang hujan, #aptb.
Sebelum aku share gambar yang super banyak, ini sedikit info pasal taman bunga yang super cantik ni.
- Bekeluasan lebih kurang 120,000 kaki meter persegi
- Dalam taman ni ada Korean Traditional Garden & Europian Style Garden
- Macam-macam jenis bunga ditanam ikut musim, dengan pelbagai sculptures & art pieces
- Pelbagai festivals sepanjang tahun (Apr-May ~ Tulip Festival || June - Aug ~ Lily & Bulbs Festival || Oct - Nov ~ Mums Festivals || Dec - Feb ~ Festival of Lights
- Sangat luas, tapi aku rasa macam luas lagi Garden of Morning Calm dekat Gyeonggi sana
- Cantik, sebab tu jadi sasaran banyak drama dan CF kot
- Ada cafe, restoran & gift shop kat dalam. Tapi aku kecewa coz takde souvenir macam keychain or fridge magnet kat sini. Yang banyak jual produk home made macam sabun, lilin, etc.
Dan memang tak berapa nampak foreigners di sini.
So, bertabah la tengok gambar-gambar yang syok sendiri ni ye hehehe.
Queen's Garden. Scene dalam Drama 49 Days. |
Pic credit to http://ruffeecola.blogspot.com |
Kemudian kami gerak ke Europe Style Garden. Or might as well called as Sculpture Garden.
Ossoseyo~ hehe... This is called Castle Gate |
Scene dalam drama You're Beautiful (Minami Shinaeyo),somewhere dekat sini.. Masa Minam mabuk & mimpi turun dari langit. |
Central Fountain |
Zeus Garden. Pun dalam You're Beautiful. |
Dah balik tu baru kami sedar, tak ada satu pun gambar sculpture ni yang kami snap betul-betul.
Kami memang kejar masa, takut hujan, lalu tak sempat explore satu taman. Ye! Cita-cita nak cover satu taman ok. Bukan senang nak sampai kennn.
Water Drop Garden |
Chess Garden |
Spin Stone Fountain |
Antara kawasan yang payah nak lengang. Ada je orang, especially kanak-kanak.
Greenhouse. |
Hehe kat english garden ni penggambaran drama 49 days.
Pix credit to: http://ruffeecola.blogspot.com |
Ok. Kuar dari English Garden ni, kami gerak ke Arisol Garden. Betul-betul depan Castle Gate tadi. Tapi memang tak banyak gambar aku amik sebab aku tengok macam belukar biasa je hehe. Mungkin di musim lain nampak menarik kot. Dalam musim panas cenggini, aku terbayang belukar di Msia lols.
Penggambaran scene Ji hoo sunbae main violin ni dekat Arisol Garden ni. Tapi, tak pasti kat celah mana huhu. Aku tak nampak kerusi tu. Agaknya dah kena alih. Boys Over Flower ni tahun 2009 kan huhu.. 5 tahun yang lalu.
Pix credit to http://ruffeecola.blogspot.com |
Pix credit to https://emeraldsconfessions.wordpress.com |
On the right is Superintendent's House |
Minah bunga sangat nih |
Then sampai lah kami ke sini.
Subhanallah. A very breathtaking view.
Finally I'm here!!
That arch wooden bridge is known as Musim Bridge |
Byeokchoji (Field of Green) |
Aku suka gambar ni. Sebab fefeeling macam autumn tengok daun kaler oren tu. Mesti ohsem sangat pemandangan di sini waktu autumn huhu.
Oh ye. Nampak tak kat tengah tu ada pavillion. Namanya Paryeon Gazebo. Tapi aku tak menyinggah pun sebab ada ramai orang melepak kat situ. Stok melepak yang tanak blah-blah.. Jjajingna cheongmal!
Dan ya, kena lalu pathway ni untuk ke tengah tasik.
City Hunter ~~~!
Paryeon Gazebo from Water Lily Trail |
Kerana ini heee.
Pix credit to http://ruffeecola.blogspot.com |
Laluan kurang berliku yang perlu ditempuhi nak pegi ke tengah tasik;
Danpunggil (Maple Trail) |
Duduk melepaskan lelah barang siminit dua, huhu
Suyeongil, kajaaa!
Suyeongil (Water Lily Trail) |
Yeonhwa Garden |
Laluan pangkin kayu ni namanya Suyeongi (Water Lily Trail). Probability untuk kosong/lengang is almost zero. Ada je orang. (Dah kau nak taman yang kosong sekosongnya ada kat maneww)
Sayang seribu kali sayang, masa aku pegi ni, kerusi yang Lee Min Ho & Park Min Young duduk tu (eh nak jugak sebut!) tu dah kena alih. Ke dah reput ke eh. Drama tu tahun 2011.
Gigih pakai tripod tengah-tengah alam ok hihi
Ok jom gerak pegi tempat lain,
Ok let's move on. Kawasan tasik kami tinggalkan, lalu ke tempat lain pula.
Jangsu Jumok Tunnel |
Jangsu Jumok Tunnel ni macam laluan dengan pokok kering yang mengapit kiri dan kanan. Cantik dan unik.
Kat sini juga,
Pix credit to: https://emeraldsconfessions.wordpress.com |
B1A4's MV - Tried To Walk
Aku tak pernah tengok pun MV ni hehe. Tapi dah aku jumpa info ni dekat blog somebody ni, might as well sharing it here.
Then keluar dari tunnel tadi, jumpa tempat ni.
House in the woods
Kat sini adalah scene dalam k drama Fated To Love You.
House in the woods |
Sekadar bergambar di luar rumah. Tak nampak ada yang masuk ke dalam.
Kaki semakin penat. Bersabar dulu, ada lagi yang di cari ni hehehe.
Pix credit to : karafull.blogspot.com |
Another filming location from City Hunter!
Nun jauh di sana |
Haha penat la weih |
Daongil |
Strolling kat laluan berbunga ni hilang sikit penat. Sikit je la pun, huhu.. This path is called Daongil.
Seret la kaki tu pelan pelan huhu.
And finally we reached Heaven's Gate. Amboi nama taknak kalah kan hehehe lantokkan di situ..
Yang penting mission accomplished!
Ok. Dah nak tamat dah misi dalam Garden BCJ ni.
Masa ni dah dekat pukul 5 petang. Just nice la.. Lebih kurang 2 jam explore taman ni.
Ni kat belakang main entrance. Memang aim nak bergambar kat sini before balik.
Actually masa nak snap gambar ni, ada orang duduk kat kerusi tu. Mamat ni wat selamba badak dia je walaupun nampak aku dok mengejas kamera atas tripod kat depan tu, ngahahaha. Mementang kawasan ko kan. Takpelah duduklah ko kat situ. Biar acik yang beso ni kaver dari depan.Tapi nampak gak kaki mamat tu kat tepi tu haa. grrr. Yang budak kecik tu takpelah dimaafkan sebab belum mumaiyiz huhu.
Ohye. Belah kanan aku tu ada kedai souvenir. Tapi macam aku cakap, benda like fm and keychain memang tadek. Frust. Cheapskate macam aku biasalah memang nak souvenir murah je kalau boleh hehe. Last-last membeli jugak, buat kenangan kan. Pen, fridge magnet pokok orked (yang takde tertulis Garden BCJ pun), room/car perfume. Eh banyak pulak membeli tu dalam frust frust katanya, miahaha. Nasib aku tak beli sabun. Berapa kali dah ambil letak ambil letak. (Macam kan Msia takde sabun, pfttt)
Herb and Life (the souvenir shop) |
^_____^ keutttt! |
Balik tu, kami mintak tolong gadis kaunter tiket untuk call teksi.
Tambang berapa aku dah tak ingat, tapi share berdua ok la lagi..Nak naik bas pun boleh, tunggu kat tepi jalan tu. Tapi aku tak pasti nak tunggu kat side mana (but jalan raya tu kecik je, 2 lanes). Cer tanya orang kat situ.
Ok, tamat sudah cerita pasal Garden BCJ / Byeokchoji Garden, seterusnya tamatlah kisah hari ketiga. Semoga ianya bermanfaat. I've made it easier for you guys if you ever want to visit this garden too. Sesungguhnya aku gembira sangat masa melawat tempat ni, dan perasaan masa menaip entri ni pun turut sama berbunga-bunga..walaupun berjam-jam baru siap, mehehehe.
Jauh tapi berbaloi.
Thanks for stopping by & reading. Wassalam.
Next entry: Day 4-Namsan & Apgujeong Story