Pilihan cerita ialah Lucy.
Tak nak lah aku story kan kat sini, karang jadi spoiler. Tapi pendapat aku cerita ni not bad. Aku kasi 4.5 dari 5 bintang. Sebab penuh aksi dan aku tak tertidur. Menonton filem ni jugak memberi pengetahuan am. Kiranya, kenalah dengan taste aku & berbaloi spend doblas hinggit. (Salah 1 sebab aku malas tengok movie ialah kerana feeling gamble with the money; kalau best ok la. kalau tak best, arghh... serik!) Tapi.. aku ada jugak terbaca komen beberapa blogger dan individu yang kata filem ni membosankan..trailer je macam gempak.. hmmm apa yang boleh aku kata ialah taste manusia lain-lain.. bagi aku cerita tu best. Mungkin sebab aku terlalu banyak tengok drama korea dan jepun, amat amat amat amat jarang tengok english movie so aku rasa ianya lain dan menarik. Ataupun mungkin aksi dalam filem tu dah cukup dasyat untuk aku.. drana korea dan jepun yang aku tengok takde la aksi aksi dan tembak tembak sangat. Erk.. terpulang la pada masing-masing ye! Pendapat orang lain tak semestinya sama dengan kita. So kalau nak tengok Lucy, tengok aje.
Point entri aku ni sebenarnya, aku nak highlight ayat my colleague masa tengah tengok wayang,
"Kak Didi, jangan jadi macam Lucy tau. Hati-hati bila berjalan ke luar negara nanti,.."
Sabar je lah tau dengan budak ni. Aku ada sedikit cuak juga sebenarnya. Tapi marilah berfikiran positif Didi. Berhati-hati tu, bukan kat kuar negara je kan. Di mana-mana pun kita kena berwaspada dan berhati-hati..
Lagi satu, bila tengok trailer cerita "The Maze Runner", ada rasa macam nak pegi tengok wayang lagi la, hehehe.
No comments:
Post a Comment