Wednesday, February 27, 2013

[Product Review] Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel

Hai. Kembali lagi dengan entri review produk.

Kali ni tentang produk keluaran Nature Republic. Namanya  Aloe Vera 92% Soothing Gel.

Again, aku review setelah lebih kurang 3 bulan aku pakai.
Produk ni dikatakan best seller dalam kedai kosmetik Nature republic.

Aku tak tau pun pasal tu.. Tapi yang aku perasan hampir semua cawangan Nature Republic yang aku singgah / lalu kat sana pamerkan produk ni di bahagian depan kedai.. Biasa kalau best seller / produk glemer kan memang orang letak kat bahagian depan!

By the way, aku tertarik dengan produk ni masa kat Jeju. Kami sebilik dengan sekumpulan cikgu dari Malaysia. Dan aku  nampak bekas ni atas katil dia.. Kami pun share cerita pasal penyakit gatal-gatal / kulit kering / kulit kedut akibat cuaca sejuk di Korea.. 1 of the teachers kata dia beli produk ni & sejak aku cium bau produk ni & cuba sapu sikit kat tangan, masa tu aku memang terus berazam..
Balik Seoul kang mesti beli!

Apa yang menarik pasal aloe gel ni, ianya tak mengandungi paraben, mineral oil mahupun sebarang pewarna.
Korang boleh google pasal paraben ye. Paraben ni macam bahan pengawet la senang cerita. Digunakan dalam kebanyakan kosmetik dan kebanyakan ubat-ubatan macam  minyak2 sapu. Korang pakai Felinna Inchloss? Aku pun pakai.. walaupun aku tau dalam tu ada paraben..huhuhu.. Kadang tak leh nak elak.. macam shampu.. kebanyakan pun ada paraben.. Abis takkan tak pakai shampu langsung kan..
Kesimpulannya, dalam kehidupan seharian kita memang payah nak cari produk yang paraben free!

Tapi dah alang-alang jumpa 1 ni, maka marilah mendapatkannya, ya..hehe

 Bahagian belakang produk. Maklumat dalam 2 bahasa, korean and english language.

Saiz sebenar dibandingkan dengan handphone Nokia aku. Agak besar jugalah sebenarnya.


 Harga di Malaysia aku tak pasti.
Harga masa aku beli di Nature Republic Korea ialah KRW 4400 (Kalau convert guna android application, lebih kurang RM12.60.. Tapi mujurlah kot nak dapat harga tu.. biasanya dah datang Malaysia harga jadi jauh lebih mahal)
**update.. baru jumpa info pasal harga di Nature Republic outlet dalam Malaysia. Sebekas harganya RM39.90
(Mahal ye.. huhu tapi berkhasiat tahu!)
 Isi kandungan dalam bekas ialah 300 ml.
Takde sudu atau penyedok disediakan ye.

Cara pakai:
Ambil dalam kuantiti sedikit, sapukan pada bahagian yang ingin ko sapukan.. As easy as ABC..
Sebab tak disediakan sudu / penyedok maka pepandailah korang mencuit isinya. Nak guna tangan boleh, nak pakai sudu boleh.. Aku pun, ikut dan je.. Tapi masa nak transfer ke dalam botol berpam ni aku guna lah sudu
Aku beli bekas with pump dari Guardian Pharmacy.. Lebih senang, mobil & praktikal..

Tadaaa.. Gitu.. dah siap letak dalam bekas dengan pump. Aku bawa ke sekolah hari-hari. (masa awal-awal aku letak dalam pump.. tapi lepas tu aku dah tak kuasa nak bawak.. Hoiii jadi cikgu di sekolah baru ni ko ingat sempat nak mekap-mekap. Tak payah la bawak ke sekolah. Tak sempat nak menggunakannya pun..huhu.)


Antara kegunaan gel ni, menurut sumber yang aku jumpa dari internet.. memang multi-tasking! daebak! hebat! marvellous!

Setakat ni aku sendiri pernah guna untuk no 2, 4, dan 7. Kat bawah ni pengalaman aku guna aloe gel ni..

Make-up base:
Aku campurkan dengan BB cream dengan ratio 2:1. BB Cream 2, aloe gel 1. Campuran tu nampak lebih cair & 'creamy'.. Lebih senang meresap ke kulit muka lepas di sapu.. Tapi jangan salah ratio.. Nanti nampak tak balance.

**update-aku pernah je mix dalam ratio yang salah.. yelah kan, bersiap di awal pagi dan nak cepat..Biasanya aku picit BB cream dulu lepas tu baru picit aloe gel..dalam tergesa-gesa pernah je jadi ratio 1:1.. tapi sebab nak cepat, haku malas nak add semula BB cream (masa di waktu pagi sangat berharga wooo).. aku blend & sapu je kat muka.. Dan hasilnyaaa... lepas aku mula berpeluh, nampak la BB cream tu macam bergumpal di kawasan-kawasan macam tepi hidung..& tepi mata. (which is quite terrible to see huhu!).. So, berusahalah mencampurkan dengan ratio yang betul ye.



Hair treatment
Pada diri aku, lebih kepada scalp treatment. Kulit kepala aku memang dari zaman remaja lagi bermasalah. Banyak kelemumur. Kelemumur sampai tahap berkeping-keping. Tapi tak la penuh satu kepala. Kat bahagian tertentu je.. Dah banyak shampu aku cuba. Yang murah. Yang mahal. Yang berubat. Yang berangin. Yang ada mention anti kelemumur, anti dandruff, anti ketombe bagaiiii.. tapi...tak jalan jugak.
Pasrah sudah. Tinggal tak cuba pergi Yunnam hair care je. Tapi memang tak la kot nak pegi Yunnam.
Banyak lagi kegunaan duit dari buat pegi sana, macam melancong ke Yunan... OK tak kelaka.. huhu

Dapat aloe gel ni, aku pakai sebagai gel rambut.. rasa sejukk je lepas sapu dan kena kulit kepala.. Alhamdulillah kepingan kelemumur tu makin kurang.. (ini disahkan oleh akak yang menggunting rambut aku kat 1 salon ye.. Dia kata kelemumur aku yang berkeping tu ada kat bahagian depan, kiri kepala je).. Dulu kan, ada di kiri dan kanan sebenarnya. Jadi, mari teruskan memakai aloe gel yang best ini.

Body care:
Aku sapu pada muka biasanya.. lepas meresap tu rasa kulit muka sejuk dan wangi.. I like the smell.
Kadang-kadang aku sapu pada bahagian pada kaki yang kasar.

Ni nak cerita pasal bau aloe gel ni. Nak kata wangi sangat pun tidak. Nak kata macam bau aloe vera yang ko patahkan direct dari pokok pun tak.. Its just.. pleasant smell..

Ni ada beberapa produk dari farmasi di Malaysia yang aku try bau..

Bukan lah dari bau terus boleh judge produk ni bagus atau tidak.. Pada aku, setiap produk pun ada kelebihan tersendiri.. Kalau tak, takkan boleh dikeluarkan dan dijual, kan.

Tapi setakat ni dari segi bau, aloe gel dari Nature Republic ni menang la kot. (pada aku la!) Selain tu, Nature Republic Aloe Gel ni dah diterangkan mengenai penggunaannya yang meluas..

Consider to buy again: Definitely. Tapi macam susah sikit sebab kat Batu Pahat takde Nature Republic outlet. Tony Moly ada la. Aku perasan kat Tony Moly pun ada aloe vera soothing gel  ^^
Aku tau ada yang jual online.. Tapi tengok la dulu cemana,,huhu..
Mungkin kalau boleh memesan pada yang melancong ke sana, aku akan beli lagi. Tak pun, kalau aku sekali lagi ke Korea, aku akan beli produk ni terus dari sana!

UPDATE (19/05/2013):
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Ramai kot yang berminat dengan produk ni, sebab ini entri paling popular dalam blog ni. Aku sebagai pengguna pun memang terus suka lepas pertama kali guna.. Again, friendly reminder siapa yang memang ada plan nak ke Korea boleh lah masukkan dalam a-must-buy-list.. Sebab memang murah kat sana.

Tapi, yang macam aku, yang tak tau nak beli kat mana.. (sampai sebekas yang ada pun guna sikit-sikit, jimat-jimat), ini ada berita baik!
Boleh beli dari dorang ni ---> EPieceKR  
Takde la mahal sangat macam beli kat Nature Republic outlet dalam Malaysia (which is tak semua tempat ada pulak tu,,). Dorang ni dari Kuching Sarawak so of course there should be some postage fee..but still, worth it. Aku cadangkan kongsi dengan kawan-kawan atau beli banyak sikit untuk jimatkan belanja pos.

Sebenarnya, aku dah lama jugak belek-belek produk ni melalui web Qoo10.. (Sebab yang aku punya dah nak habis) Siapa yang rajin online shopping tau lah kot. Kita order barang dari Korea, dan tak payah pening-pening pasal pertukaran mata wang sebab semuanya dah automatically dikira dalam Ringgit Malaysia. Tapi pada aku, masih mahal, sebab melibatkan kos pos dari sana. Lagi-lagi kalau setakat nak beli 1-2 bekas. Then, there goes the issue of missing and broken item. Risau jugak kan, beli dengan penuh pengharapan tetiba barang hilang, tak sampai, atau rosak/pecah..

Jadi, mari membeli Aloe Gera Gel yang wangi dan best ini!!!!

31 comments:

  1. hurm...for me, still beli kat G-market...produk ni slalu je offer, and price klau amik registered mail (yg blh tracking) still around rm 21/item (4/ 2 bekas, same postage price je)...beli dgn dealer yang banyak good point..setakat skarang, dh 5 kali beli, less than 10 days dh sampai depan pintu...

    ReplyDelete
  2. Anon:
    Oh saya x pernah lagi shopping through G Market.. Bolehlah cuba lepas ni ^^

    Cuma yg best kalau beli dengan seller dalam M'sia ni, sehari dua sah sampai kan. Kalau ada apa2 masalah senang nak contact dorang dan reply dari dorang pun sangat pantas.

    ReplyDelete
  3. kak, aloe vera ni sapu direct kt muka boleh ke eh ? ke nk kena lapik pkai mask ? saye sapu direct kt muka. pastu bia smpai kering xberbasuh. hoho. xtaw sgt cane cara pkai die. belasah je :DD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syera: akak pun pakai je kt muka mcm lotion.. x de bilas2.

      Delete
  4. Syera: Ya.. akak pun pakai dengan cara macam tu.. biarkan saja di muka/rambut

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Muketeers: Ada alkohol ek? Saya pun tak perasan.. Kalau ada pun sedikit sahaja rasanya.. Kalau rasa was-was, jangan digunakan sebelum solat..

      Delete
  6. Pakai kat rambut tu maksudnya jadikan sebagai shampu la ye?

    ReplyDelete
  7. Macmana nk bli produk ni online ? Kt mlysia pn da de jual kwn gel ni.. Tringin Sgt tpi xde mse nk gi jauh2 .. Nk bli online x rti plak.. Sy dok kt srdg .. Kt mine yg dkt at bleh bli produk ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon: cuba google search cari kat mana nature Republic dlm malaysia. Saya mmg x tau & ddk pula di bt pahat..so i opted for online shopping. To online shop you need to have active maybank2u ac, or credit card or know how to transfer through the machine... tak reti boleh belajar kan hehe. N lagi 1 kat salah 1 komen kat atas ni siap ada yg ckp dia ada jual produk ni...
      DAN.... DALAM HUJUNG2 ENTRI AKK KAT ATAS AKK ADA SHARE JUGA BOLEH BELI DI E PIECE KR..ko baca tak habis dik... please read between the lines ye dik.. penting skill baca betul2 ni huhuhu..

      Delete
    2. beli kat hermo.com.my. murah. skg rm15 jer

      Delete
  8. dekat hermo.com pon ada jual....

    ReplyDelete
  9. macam best jer aloe vera gel ni

    ReplyDelete
  10. apa beza aloe vera 98% dan 92%...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin pada kuantiti aloe vera yang digunakan.. agaknya lah.. saya teka je ni sebab saya bukan yang menjual produk ni pun.. saya kongsi pengalaman pakai je

      Delete
    2. Yang 98% tu fake..boleh tgok kat fb hq nature republic..yg ori cuma 92%

      Delete
  11. Apa beza eh 92 dan 98? Tengok kat website rasmi nature republic takde yg 98, tp sy beli dari IG ada 98 siap bekas design sama dgn tuan blogger ni iaitu dr nature republic..fake ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wanita Bertudung Hitam: untuk nature republic diorg hanya ade 92% sahaja.. kalau yg lebih dari tu mksudnya die fake ^^ and please hati2 kalau nak beli kat tmpt lain sbb kebnyakannya fake

      Delete
  12. Sy dah 2,3 kali pegi nature republic outlet. Diorg kata produk diorg cuma ada 2 reseller je yg bdaftar kat malaysia. Lbh baik beli dekat outlet sbb takut yg kat luar tu fake. Sy pernah beli online dekat lazada. Ori dan murah. Sebekas rm18 je.

    ReplyDelete
  13. Saya beli kat lazada 3 bekas hanya rm39.90 je, murah sangat hehee
    Baru je parcel sampai rumah tadi, terus pakai. Rasa soft kulit muka ni. Nanti nak try kat rambut la.

    ReplyDelete
  14. Kat Quill Mall City ad jual, kt Jln Sultan Ismail KL.. Sat lgi nk g beli, muka sy jenis bnyk jerawat.. Skrg nie pkai krim aloe vera brand Safi, now nk try yg mcm dlm gmbr tu.. Agak2 recommended x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. recommended sangat! baru je guna muka jadi lembut, cuma nak reduce acne scars kat kulit ni je. i bought it kat ioi city mall, outlet nature republic ada promotion 4 for rm100 je.

      Delete
  15. Kalau nak tahu different yang ori and fake, tengok belakang dia, ada perkataan 'ALOR VERA' instead of ALOE VERA. kalau ori yes ejaan dia betul which is ALOE VERA. one more, ada url website nature republic, dia jarak naturerepublic .com it means fake jugak. so watch out and beware guys, check dulu before beli :)

    ReplyDelete
  16. kak ada masalah kelumumur lagi ke?
    saya da cuba macam2 syampoo
    mesti ada kelumumur jugak..tapi sekarang saya da jumpa yg elok
    mmg takde kelumumur lgsg
    tapi rambut gugur saya tak pasti
    sbb rambut saya pendek
    akak pegi guardian atau watson
    cari syampoo sense blue
    ade pelbagai warna
    setakat ini semue warna masalah kelumumur hilang
    mahal sikit
    tp akak bancuh dgn air
    sbb syampo tu pekat
    mmg boleh tahan sebulan dua
    selamat mencuba kak

    ReplyDelete
  17. awas..... pihak nature republic menyatakan bahawa hanya produk yg dijual di outlet nature republic adalah ori, selain drpd itu ianya adalah tiruan termasuk yg dijual hermo.com, lazada & lain2

    ReplyDelete
  18. Tapi dari yg sy tgok dan belajar produk ori dan x ori psl gel tu.. Gel yg kmu beli tu fake.. Sbb warna kulitnya gelap, bergaris di bawah % isi gel tu tiada buih2 yg banyak sblm buka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu alam bissawab..

      Saya pun tak pasti Cik Hanna Hafizzah sama ada gel yang saya beli ni, original atau fake. Yang pasti, saya beli gel ini di outlet Nature Republic nun di Seoul sana.. (kalau cik baca entri saya word by word, insyaAllah cik perasan)..

      Kalau yang beli di negara asal pun dikatakan fake..tak tau lah saya huhu..

      Delete
  19. apa beza peratusan tu ada 92% ada 98% beza apa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena Google sendiri puan.. Boleh cari di website Nature Republic, mungkin. Saya tak pasti sama ada puan cakna atau tidak.. Ataupun puan baca keseluruhan isi nya atau tidak.. Post ni saya taip pada 2013.. Berdasarkan produk yang saya beli sendiri semasa melancong di Korea pada 2012.. Harap dapat lebih rajin dan prihatin dalam pencarian maklumat. Terima kasih.

      Delete