Saturday, October 09, 2010

Ini macam pun ada kaaaa?

Salam.

Jumaat lepas, bersempena dengan hari bertambah umur yang baru 1-2 hari berlalu, aku dan seorang rakan guru berpakat-pakat nak jamu our colleagues makan kek. (dia bertambah umur sehari sebelum aku,)

Kek biasa-biasa je. Kek birthday yang berspan dan berkrim bagai tu. Niat dihati ingin menjamu rakan-rakan.

Alkisah.
Kejadian dalam kantin pada waktu rehat.
Aku dah selamat balik bilik guru. Sebab turun rehat awal, no class, maka baliklah dari kantin awal.

Rakan perkongsian kek tadi berkongsi cerita sedih (sedih la, pada aku)

[Perbualan di kantin]
A: Jumaat ni nanti semua orang turun lah makan kat kantin ye.
V,W, X,Y,Z: Kenapa? Ada potong-potong kek ke?
A: Ala, ada la makan-makan sikit. Kek? Ada la jugak kot.
X: Kek apa ek? Jangan la bagi kek span, kek krim... Saya tak makan la kek-kek murah macam tu.. Hidang la kek secret recipe ke...........

For a couple of days kan, I was like;
Kat pekan aku duduk ni nak ada Secret Recipe?
Kat JB/BP nun ada la..
Lagipun, kek-kek special dr Secret Recipe tu kalau mahu dikongsi dengan keluarga tersayang, sahabat-sahabat baik ke, berbaloi la juga.

Lagipun, terpulang lah pada niat orang yang nak menjamu kan.
Kalau anda, seorang yang sangat baik hati & sopan santun berbudi pekerti,
Mungkin juga saya akan consider carikan kek yang lebih baik,
Kerana mengenangkan diri anda yang mungkin memang betul-betul tak boleh makan kek sebegitu,
Tapinya...
alahaiiiiiiii~~~
(ini suma cuma bermain dalam fikiran dan hati saja ye..)
=============================================================

Hari kejadian.

Aku tengok X makan jugak kek tu..
Hmphh.
Jangan begini ya, rakan-rakan.
Jangan ditiru perangai begini.
Hmm..
Ada lagi ayat menusuk kalbu dari dia..
Tapi aku malassss mahu bercerita..
(Baiklah, lebih baik berhenti di sini kerana sekiranya saya terus mengetuk-ngetuk papan kekunci ini dikhuatiri ayat-ayat mula berselang seli panahan laser!)

Istighfar, Didi.

P/S - X adalah insan yang ada kaitan dengan isu rehat lambat itu.......

4 comments:

  1. X tu saper?mengada-ngada betul..lenkali tampal gambar org kebulur kat afrika kat muka dia..baru tau rasa bersyukur makan makanan free..

    ReplyDelete
  2. Hehe, X itu insan yg sama dlm entri sblm ni.
    Mmg selalu bengkek dgn statement2 tak menahan dia.. tp ini paling x menahan..jd meluah perasaan d sini..

    ReplyDelete
  3. haha...
    "sy tak makan kek span, sy makan kek batu dan kayu je"
    agaknya itu kot maksud dier...

    ReplyDelete
  4. wahaha..
    padahal boleh je makan.. macam2 ek.. pelik tp benar..

    ReplyDelete