Monday, May 16, 2011

Meraikan sifu

Tahun yang ketiga, secara rasminya!






"Hak guru lebih agung dari hak ibu bapa, sebab orang tua penyebab adanya kita sekarang & kehidupan yang fana, sementara guru penyebab kehidupan yang kekal. Sekiranya tidak ada guru, nescaya apa yang dihasilkan & diarahkan oleh orang tua akan celaka selamanya."
-Imam Al-Ghazali-

Untuk semua yang pernah bergelar guruku, juga untuk ibuku yang juga seorang guru, ayahku-selain ibu yang ku anggap guru terawal dalam kehidupan, diri sendiri yang baru bertatih sebagai guru & rakan-rakan guru diluar sana..

Semoga redha & rahmat Allah bersama kita selalu.
Amin.

Sunday, May 15, 2011

Menang menang menang

Aku bukan dalam kategori yang rajin masuk pertandingan. Keinginan tu ada.. Tapi sekadar hangat-hangat taik ayam je kot hehe. Memula je beria. Lepas tu bila fikir prosedur nya macam nak kena cari poskad, pegi pejabat pos, terus macam, "alaaa malas la pulakk".

Dan selalunya PIHAK MALAS memenangi PIHAK MENANG, ;p

Baru-baru ni aku yang bosan-bosan pergi google nama sendiri.. Boleh eh? hehe & best jugak sebab kita akan discover beberapa perkara menarik. 1 dapatan menarik lepas menggugel nama sendiri:

Teringat aku pernah jadi pemenang jugak back in 2006. Pertandingan dalam surat khabar Klik DBP.

Artikel asal dari sini.

Saturday, May 14, 2011

Berkira-kira nak membeli






Aku cilok gambar ni dari FB kawan.
Tak tau kat mana lokasinya.
Tapi harga kat situ membuatkan aku rasa, erk..ini mahal, itu mahal, semua mahal!!

Mungkin aku akan kurus kalau makanan yang dijual kat tempat keje aku harganya macam ni! Tak pun aku bawak bekal je pergi keje.

Lontong 1 pinggan=RM4.90. Biasa kalau aku makan lontong kat sini RM4.90 tu dah temasuk dengan air. Itu pun tak sampai RM4.90 kalau tak silap sebab paling-paling kuat pun harga lontong semangkuk=RM3.50. Air panas secawan RM1.00

Lagi gerun tengok harga petai 1 sudu tu. Agaknya sambal petai kot.

Memang buat duit!!

Thursday, May 12, 2011

A quote a day--- 1

Aku rasa ianya sangat betul!

Treat people well- life has a way of making sure that later you need the help of the people you have treated poorly in the past.

Kalau tak, akan segan-segan ayam nak mintak tolong orang bekenaan lepas tu, kan.

Hmmm...