Wednesday, May 11, 2011

TV oh TV

Kekadang aku pun confuse dengan fungsi sebenar TV kat rumah aku ni.

Masa tak ada TV, begitu gediks mahukan TV cepat-cepat.
Bila dah ada, tidak lah aku beria menonton rancangan di TV.

Kadang-kadang TV ni aku jadikan tempat menyidai pakaian lembab (yang lembab lite-lite la..) sebab belakang TV kan selalu panas. Wuuhuu. Sukati je kan. Dah tu TV ni pulak betul-betul bawah kipas. So, memang strategik la untuk membantu pengeringan dengan berkesan.

Di satu masa lain (kadang-kadang) aku jadikan TV ni pendodoi aku untuk tidur. Looking at the moving objects really help me to sleep better. Tapi sakit la badan sebab tidur depan tv bermakna aku tidur atas lantai.

Bila dah berhari-hari tak bukak TV, kadang-kadang rindu juga.. Tapi itulah, rancangan yang dihidangkan tu alahaiiiii.. Sudahnya main tekan-tekan remote aje la..

Stesen TV ni pun penuh dengan strategi kan. Cerita-cerita yang best semua diorang longgok kat channel tertentu. Kalau berminat, cik boleh tambah. Tambah siaran=tambah ongkosnya!

Sekarang, aku bukak tv sambil online! Sekali fikir, macam membazir. Bukak tv, tapi mata ke lain. Tapi, kalau tak bukak pun rugi juga sebab dah bayar siaran tv tapi tak tengok!

*Kalau lah tempat aku tinggal ni macam setengah-setengah tempat yang boleh dapat siaran dengan jelas tanpa perlu melanggan...

2 comments:

  1. Didi, kita serupa.. cuma berbezanya rumah aku takdak astro..dan aku tak sidai baju belakang tv..hehe.

    Kalau aku bukak tv pun, setakat nak makan je. Lepas tu tutup. Bosan sangat dengan rancangan entah apa2. Yang aku boleh layan sket, kalau ada movie best kat tv2 hari sabtu malam. tu je la. masa lain, banyak ngadap lappy ni;)

    ReplyDelete
  2. aku kna pakai astro fida.. kata dok luar bandar... hehehe

    sidai baju kat tv tu yg tak tahan tu kan hehe

    aku pun sgt bosan! lagi la astro.keje nak mengulang2 je. ulang sikit2 tu paham la jugak. ni ulang dengan dasyat nya..

    ReplyDelete