Thursday, April 07, 2011

Kini sesiapa jua boleh memuatnaik ^^

Hi!

Entri kali ni pasal 1 aplikasi yang aku baru tampal dalam blog ni.

Kalau adalah yang tertanya-tanya, macam mana ek nak kongsi sesuatu dokumen/lagu/video/gambar dengan kawan-kawan tanpa perlu menghantar melalui email atau menghulur pendrive (..erk).

Jawapannya ialah dengan memuatnaik fail tersebut pada 1 server & berkongsi link fail tesebut yang sudah tersimpan kemasss di dalam server.

Ada banyak hosting site yang menawarkan servis sebegini. Antara yang fofulerr ialah Mediafire, Megaupload, Fileserve, Hotfile, Rapidshare & macam-macam lagi. Tapi biasalah, kena ikut prosedur, kena mendaftar sebagai ahli.

Memang tak susah pun tapi kadang-kadang ada sesetengah orang rasa,. "owh! annoying nya nak kena daftar sana sini pastu nak kena bukak email verify lagi.."

So, dengan filebox Megaupload ni, boleh je terus nak muatnaik apa-apa fail.
Cuma 3 langkah mudah perlu dibuat!

Klik pada butang 'BROWSE' kat filebox Megaupload tu
Lepas tu, pilih fail yang nak dimuatnaik, dari komputer korang.



Pada ruangan File Desciption tu, boleh la taip sikit keterangan/info pasal fail tu.
Lepas tu, tekan butang "Send"



Tunggu..... sampai nampak Filebox jadi macam kat bawah ni:


Bila nampak frasa "UPLOAD COMPLETE"
maksudnya your mission is also completed! hehe
link kat bawah tu (http://www.megaupload.com/?d*********) adalah link yang mengandungi fail yang korang dah muatnaik.

OK. Itu aje. Sekian ^^

Monday, April 04, 2011

Dessert Pisang


Puding Pisang Berkuah

Sekali lagi resepi dari blog Potret Kasih

Sedapppp, simple dan mudah.
Sesuai untuk di makan petang-petang



Jom cuba~~~

Sunday, April 03, 2011

Meriahnyaaa baju,,,

Bukak aje laa tv.

Walaupun aku tak bertunggu tangga depan tv betul-betul.

Nanti kang esok orang cerita-cerita aku terpinga-pinga pulak.

1 je fokus aku malam ni bila tengok ABP ni.

Baju artis, hehehe

Macam-macam fesyen..yang ketat yang cantik yang liplap.. yang sesuai.. yang tak sesuai..

Kalau tengok atis-artis korea menyeksi dalam Korean Daesang Award, pada aku biasa je, sebab diorang bukan Islam pun. Tapi.....

Analogi Lauk Hari Ahad~

Minggu ni straight 5 hari dapur aku tak berasap sebab masak lauk.

Asap dari cerek air hari-hari ler.. hehe

Dalam kepala tengah kumpul-kumpul-kumpul,,, apa eh makanan yang aku teringin. Lagi-lagi bila blogwalking kat blog resepi..

Jadi, menu hari ini adalah,,


Ayam masak gulai limau purut

&&


Tumis kacang panjang dengan sotong.



Menu asal dari sini , penulisnya Kak Wana.


Plan asal ada 1 lagi lauk, Sambal ikan bilis goreng. (Ikan bilis goreng yg ditumbuk dengan bawang dan cili padi)

Tapi dah tak larat nak masak huhu. Penat jugak berdiri walaupun cuma dua lauk.

Lagipun, perut aku kenyang lagi sebab makan roti sardin tadi.

**1 lagi sebab aku malas nak masak ialah, lepas masak aku rasa kenyanggg je walaupun belum makan. Mungkin masa memasak bau-bauan itu telah menyumbat-nyumbat hidung aku, menghantar isyarat ke otak lalu aku rasa kenyang. Ataupun otak aku mentafsir masakan aku tak sedap, so selera terus hilang.

Sebut ayat Penat jugak berdiri walaupun cuma dua lauk, teringat luahan sorang cikgu senior kat satu sekolah di utara tanah air masa zaman aku kat Maktab dulu.

Dia umpamakan cikgu, anak murid & keputusan periksa dengan suami, isteri & lauk.

Seorang isteri sibuk memasak lauk untuk suami. Kerana kekangan waktu, isteri tersebut cuma masak sejenis lauk saja, gulai ayam. Lauk diletak di bawah tudung saji beserta dengan nasi. Suami yang lapar terus membuka tudung saji & setelah melihat lauk yang terhidang, lantas berkata,,,

"Ini ajeee????"

Walhal untuk menyediakan 1 jenis lauk itu, macam-macam persiapan yang dibuat isteri.

Betul jugakkan? Lain la kalau hidang ikan masin goreng saja, boleh la kasik komen "Ini ajeee????"

Cikgu tu kaitkan pulak dengan cikgu, anak murid & keputusan periksa.

Pelajar yang mengambil keputusan periksa, & mendapat keputusan yang baik, namun bukan yang tebaik. Contoh, dapat 4A1B instead of 5A. 8A1B instead of 9A.

Datang pula individu lain tiba-tiba mengeluarkan komen,,
"Hai, dapat begini ajeeee??? "

Walhal untuk mendapatkan keputusan sebegitu, siapa yang tahu jerit perih yang cikgu & pelajar tersebut dah lalui...

Tepuk dada, tanya selera. Nak makan apa hari ni? hehehe

Sekian entri meraban hari Ahad.