Showing posts with label tak tuk tang kuali. Show all posts
Showing posts with label tak tuk tang kuali. Show all posts

Monday, February 13, 2012

Sayur campur masak lemak & tempe-tahu-goreng

Masih lagi dalam mode makan makanan berwaspada.. Sampai alahan ni betul-betul baik.

Ini lauk semalam (hari Ahad). Bakal juga jadi lauk hari ni.
Memang standard aku la kot sekali masak 1 lauk boleh makan 2 hari..
Kadang-kadang sampai 3 hari...
Lebih sadis kalau jejak 4-5 hari... Biasa aku buang dah kot lepas tu. Wat ngabeskan gas je panaskan lauk tapi tak makan..

Lauk 1-Sayur campur masak lemak cili padi
[Mula-mula plan nak buat sayur cendawan masak lemak cili padi. Sekali masa kelebet-kelebet isi dalam peti ais. Eh, ada ini. Eh yang itu pulak bila nak masak. Tssskk, yang ni mana tahan lama selalu kan lepas 2-3 hari je dah rosak.. So pilih-pilih-pilih, end up lauk ni jadi sayur campur masak lemak cili padi.]

Bahan-bahan
1 paket cendawan
Sedikit kobis & kobis bunga
1 keping tahu
Sedikit tauge
2-3 biji cili padi, seulas bawang putih & merah, sedikit kunyit hidup &  sedikit ikan bilis (ditumbuk bersama) 
1 paket santan segera. Kalau guna santan sebenar lagi baik. Tak pun, santan kotak pun boleh saja (santan paket kena bancuh sikit dengan air)


Cara-cara memasak:
Masukkan santan dan bahan tumbuk ke dalam periuk. 
Tenggekkan atas api.
Kacau sentiasa sampai mendidih. 
Perasakan dengan garam. 
Bila dah mendidih masukkan sayur yang keras-keras dulu, macam karot & kobis bunga.
Lepas 2-3 minit masukkan pula sayur-sayur lain.
Tutup api bila nampak sayur layu sikit. Sikit je. Sayur layu-layu karang khasiat kurang.


Lauk 2-Tahu dan Tempe goreng KFC
[Dapat nama KFC sebab pakai tepung goreng ayam KFC tu je, hehehe. Padahal takde cap KFC pun tapi dah biasa sebut nama tepung tu cenggitu]

Bahan-bahan:
Tempe (potong saiz segi empat sama comel-comel muat masuk mulut)
Tahu (aku potong 2 je)
Tepung goreng ayam KFC,, agak-agak la dengan banyak mana tahu & tempe (dibancuh dengan sedikit air, biar pekat-pekat)
Sedikit ketumbar, jinta halus dan kasar (ditumbuk, lumat atau tidak tak pe, janji tumbuk)


Cara-cara memasak:
Ambil tempe & tahu yang dah siap dipotong itu, celup dalam bancuhan tepung tadi.
Deep fry sampai masak kekuningan.


Lastly, 













Sebiji tomato yang dihiris.... Muka lepas kena alergi ni memang agak sedehh. Dah la memang tak berapa nak licin kan maka kena lah makan suplemen semulajadi macam tomato..

Saturday, February 11, 2012

Tofu Telur & Salad Cincai


Lauk orang allergik.


Aku dah lebih seminggu kena alahan makanan, efek pada bahagian atas dan bawah bibir. Sampai sekarang, tak tau apa punca sebenar. Aku saspek asalnya sebab makan mi bandung. Yang perencah segera tu. Aku tinggal bancuh je dan campak segala yang berkaitan dalam periuk. Sedap memang sedap T______T tapi...
 
Mungkin jugak sebab sotong. Aku ada beli sotong sikit masa tu. Nak kata segar memang tak lah. Nak kata busuk pun tak. Sedang-sedang je.



So, kat sekolah pun aku takut nak makan kat kantin. Takut ada bahan yang digunakan boleh trigger atau membuatkan alahan ni lebih teruk. Dah la tak baik-baik.. Huuhuhu. Dah 2 klinik aku gi. Masih lagi begitu. Lepas mandi/cuci muka aku rasa ok. Tapi masa kat sekolah, atau keluar jalan-jalan ke aku rasa merenyam. Kadang tu lepas makan terus rasa merenyam. Agaknya tu efek habuk kot. Dan efek serta merta bahan dalam makanan.

Masuk kelas mengajar pun, budak-budak pelik semacam tengok aku. (Awal-awal tu la).. Yang berani tanya, tanya la. Yang tak berapa nak berani tu, dok jeling-jeling pandang-pandang je.. huhu padahal nak tau (aku tau!)..

So ini antara lauk minggu ni. Tak pasal-pasal berasap selalu dapur aku sekarang ye,, 


 Salad cincai (potong, susun & curah)
Well ini memang tak membuat kan dapur berasap ok,, huuhuu

Tofu Telur Ala-Cina
Seploh minit siapppppppp

Bahan-bahan:
Tofu telur (dipotong silinder)
2 Ulas bawang putih (dicincang halus)
Sedikit halia (dicincang halus)
2 biji cili padi (dihiris halus)
2 Sudu tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Sedikit daun bawang (dipotong untuk tabur)
Sedikit lada sulah / perasa
Sedikit sos tiram


Cara memasak:
Deep fry dulu tofu telur sampai kekuningan.
Angkat, ketepikan. Susun siap-siap dalam piring/mangkuk.
Dengan sedikit minyak, tumis bahan dicincang sampai naik bau.
Masukkan sos tiram sikit.
Lepas tu masukkan bancuhan tepung jagung tadi, cepat-cepat kacau. Mula-mula memang berketul.
Perasakan dengan sedikit lada sulah atau garam.
Kemudian masukkan cili padi tadi.
Kacau-kacau, boleh tambah air untuk adjust kuah. Agak-agak kuah tu nampak likat dan rasa pun dah ok, sila tutup api.
Curah kuah ke atas tofu telur yang dah bersusun tadi.
Hiaskan dengan sedikit daun bawang.

Nom nom nom..

Thursday, November 24, 2011

Masakan ke laut

Main masak-masak ni kadang-kadang seronok....
Kalau masakan tu jadi / hampirrr jadi. Ada rasa, rupa huduh sikit pun boleh diterima lagi.

Yang tak seronoknya kalau tak menjadi.
Tsk.
Rugi dah tentu-tentu lah.

Terasa sangatlah pembazirannya...
Mula-mula cuba pujuk diri sendiri makan pelan-pelan..
(nak hulur ke jiran mmg outtt la kan)

Kalau dah tahap mulut sendiri pun tak larat nak kunyah...

Selamat tinggal wahai cornflakes...
Huuu penat ahkak berdiri siang ikan bilis.

Ini dia.. cornflake lemauuuuuuu

Cita-cita asal nak buat cornflakes pedas bermadu. Tapi silap teknik kottt. lemauu ya ampun~ lenguh mulut dan rahang mengunyah.

Saturday, October 01, 2011

Bergedel kentang

Entri hujung minggu ^^


Bergedel Kentang (untuk 2 orang makan)
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=--=-=-
Bahan-bahan:
  • 2 biji kentang (saiz besar)
  • sedikit daging cincang
  • sedikit bawang goreng (aku pakai 4 biji bawang merah & 4 biji bawang putih)
  • sedikit lada sulah
  • sebiji telur
Cara-cara:
  1. Bawang dikupas dan dihiris halus - goreng.
  2. Kentang dikupas dan kemudian dipotong (ikut la nak potong macam mana, aku potong 8) - goreng sekejap
  3. Kentang ditumbuk menggunakan lesung batu (ada orang guna pelenyek, tapi believe me, pakai lesung batu sangat best ok. Sekejap je lah lenyek)
  4. Satukan kentang lenyek, bawang goreng dan daging kisar di dalam 1 bekas. Gaul rata. Perasakan dengan sedikit lada sulah.
  5. Bulat-bulatkan adunan tadi.
  6. Celupkan dalam telur yang sudah dipukul sedikit.
  7. Goreng sampai masak.
Boleh dimakan begitu saja.
Tapi lebih best kalau dimakan dengan mi sup / soto...

Selamat Berhujung Minggu ya =)

Saturday, July 16, 2011

Bintik bintik warna warni

My first attempt~~
Ada yang merekah, ada yang bantat, ada yang booolat!

A'ah! Janji boleh makan.

Resepi aku ikut sini.

Asalnya nak buat apam lady bid. Tapi  buruk benau rupa 2-3 ekor lady bird hasil kerja tangan keras aku, huhu. Sudahnya main dot dot aje lah.

Monday, July 04, 2011

Jealous

Sesungguhnya aku cemburu, dengan blog rakan-rakan yang boleh hapdet tiap-tiap hari dengan entri masakan.

Ada tu sehari sampai 2 entri.

Aku? Nak try 1 masakan pun mengambil masa 2-3 hari.
Lepas tu bila buat belum tentu jadi.

Apapun, bersyukur juga sebab adanya blog mereka membuatkan aku yang newbie in cooking ni ada rasa nak masak / mencuba yang membuak-buak.

Cuma perasaan membuak-buak tu bukan la macam buih yang membuak-buak kalau kita masak nasi dan tutup periuk bila sudah mendidih (erk.. perumpamaan apakah,,,).

Sebab tu, nak masak 1 jenis masakan, survey resepinya 2 - 3 - 4 hari lebih awal. Lebih extreme,,, kadang-kadang seminggu/sebulan/berbulan-bulan. Survey je lebih. Buatnya tidak jugak..Lepas tu bila dah buat siap tayang-tayang kat blog huhuhuhu..


Ala.. aku kan duduk sorang. So kalau tak bercerita kat blog nak bercerita kat sapa lagi. Takkan nak kol family aku dan cerita apa yang aku dah masak. Macam tak de motif je, huhuhu..

So hari ini punya resepi yang dicuba dengan semangat membuak-buak ialah baked macaroni cheese.

Well.....

* updated with pix

Sunday, June 19, 2011

Sarapan pagi Ahad

Assalamualaikum..

Lama tak update, sekali update cerita pasal makanan, hihihi.


  kari sardin



lempeng

 Makan kedua-duanya bersama-sama



Jemput,,


Resepi kari sardin dari sini.

Saturday, April 16, 2011

When Side dish becomes main dish

Ni kes malas ok.
Aku bila malas datang. Memang super duper.

Kelmarin, buat roti jala, tapi malas nak buat kuah. So makan aje la roti jala kosong cenggitu.

Hari ni ingat nak perap ayam ala2 BBQ (nak bako, aku mana ada tempat bako) n buat side dishes nya, coslow (ejaan hentam saja) & mashed potato.
Tapi yang selamat cuma mashed potato & kuah black pepper aje.
So, makan itu aje la ye.

Choiiii betul si pemalas ni.

Gambar?
Aku rajin kang aku taruk huhuhu

Monday, April 04, 2011

Dessert Pisang


Puding Pisang Berkuah

Sekali lagi resepi dari blog Potret Kasih

Sedapppp, simple dan mudah.
Sesuai untuk di makan petang-petang



Jom cuba~~~

Sunday, April 03, 2011

Analogi Lauk Hari Ahad~

Minggu ni straight 5 hari dapur aku tak berasap sebab masak lauk.

Asap dari cerek air hari-hari ler.. hehe

Dalam kepala tengah kumpul-kumpul-kumpul,,, apa eh makanan yang aku teringin. Lagi-lagi bila blogwalking kat blog resepi..

Jadi, menu hari ini adalah,,


Ayam masak gulai limau purut

&&


Tumis kacang panjang dengan sotong.



Menu asal dari sini , penulisnya Kak Wana.


Plan asal ada 1 lagi lauk, Sambal ikan bilis goreng. (Ikan bilis goreng yg ditumbuk dengan bawang dan cili padi)

Tapi dah tak larat nak masak huhu. Penat jugak berdiri walaupun cuma dua lauk.

Lagipun, perut aku kenyang lagi sebab makan roti sardin tadi.

**1 lagi sebab aku malas nak masak ialah, lepas masak aku rasa kenyanggg je walaupun belum makan. Mungkin masa memasak bau-bauan itu telah menyumbat-nyumbat hidung aku, menghantar isyarat ke otak lalu aku rasa kenyang. Ataupun otak aku mentafsir masakan aku tak sedap, so selera terus hilang.

Sebut ayat Penat jugak berdiri walaupun cuma dua lauk, teringat luahan sorang cikgu senior kat satu sekolah di utara tanah air masa zaman aku kat Maktab dulu.

Dia umpamakan cikgu, anak murid & keputusan periksa dengan suami, isteri & lauk.

Seorang isteri sibuk memasak lauk untuk suami. Kerana kekangan waktu, isteri tersebut cuma masak sejenis lauk saja, gulai ayam. Lauk diletak di bawah tudung saji beserta dengan nasi. Suami yang lapar terus membuka tudung saji & setelah melihat lauk yang terhidang, lantas berkata,,,

"Ini ajeee????"

Walhal untuk menyediakan 1 jenis lauk itu, macam-macam persiapan yang dibuat isteri.

Betul jugakkan? Lain la kalau hidang ikan masin goreng saja, boleh la kasik komen "Ini ajeee????"

Cikgu tu kaitkan pulak dengan cikgu, anak murid & keputusan periksa.

Pelajar yang mengambil keputusan periksa, & mendapat keputusan yang baik, namun bukan yang tebaik. Contoh, dapat 4A1B instead of 5A. 8A1B instead of 9A.

Datang pula individu lain tiba-tiba mengeluarkan komen,,
"Hai, dapat begini ajeeee??? "

Walhal untuk mendapatkan keputusan sebegitu, siapa yang tahu jerit perih yang cikgu & pelajar tersebut dah lalui...

Tepuk dada, tanya selera. Nak makan apa hari ni? hehehe

Sekian entri meraban hari Ahad.

Friday, February 04, 2011

Pinggan mangkuk kaca VS Pinggan mangkuk polisterin

Salam.

Aku pernah berkisah pasal jiran tetangga aku yang ada masanya sangat aktifff menghantar makanan kan. hehe.

Skarang dah lama ok tak hantar.

Huishh. Bukan menunggu-nunggu apatahlagi mengharap-harap. Cuma rasa lega sikit. Kenapa? Ye. Mood & semangat memasak jarang-jarang menyerap dalam diri. 'Memasak' yang aku maksudkan di sini adalah memasak makanan yang senonoh & cantik persembahannya.

Well, aku masih lagi masak hari-hari. Tidak-tidak pun, 2-3 hari sekali. Bergantung pada tahap kesibukkan jugalah. Kalau santapan aku cuma telur dadar & sayur tauge tumis air. Takpun roti telur. Atau sambal sardin. Kadang-kadang sambal kentang. Takpun ikan masin goreng. Macam tak caraaaa aje nak hantar kat orang.

Sebab tu acara 'masak-memasak' ni aku spesifikkan pada hujung minggu. Lepas aku keluar bawak bakul pegi pasar. Tu pun bukan la acara wajib.

Semenjak dua menjak ni, kalau diorang menghantar, biasanya makanan tu datang dalam persembahan begini,
.
..
...
....
.....
.......
.........



Kan senang lepas tu terus buang... (agaknya la, ini yang dorang fikir huhu)
Sebab dah banyak kali pinggan mangkuk dorang aku peram buat jeruk dekat dapur..

Maaf makcik, atok.. saya memang tak rajin 'memasak'...

Monday, November 01, 2010

Kerabu Mangga Oh!

Dah lamaaaaaa teringin..

Dulu dulu...zaman kat UIA duluuuu.. kalau teringin nak makan kerabu mangga, ajak saja kawan-kawan ke Kedai Pak Chu Tomyam. Aku dah tak ingat kat mana. Tapi naik Putra LRT turun kat stesen Dato' Keramat.. kot! (Sila tegur kalau salah, nanti aku betulkan, huhu)

Pernah pegi dengan Fida & geng2 ICT..
Pernah pegi dengan geng2 orang kampung: Aishah, Kama, Zatt, Nisah, Za & KB..

Tapi sejak aku balik Johor, tahun 2006, sangat susah nak cari menu ni kat kedai. Ada tak de pun muncul la dalam bulan Ramadhan kat param.

Aku pun tak tau kenapa. Aku yang tak reti cari port kot. Even kat Endau ni pun, macam takde. Malas dah nak explore kedai-kedai makan.
Apakata... kita buat sendiri?? Then eat all you want,,
(Gara-gara my colleague aka jiran hantar kerabu mangga kat aku lastweek.. Oh aku sangat teringin nak makan kerabu mangga dalam kuantiti yang 'banyak' lepas tu..)

Baiklah. Seterusnya biar saja gambar yang bercerita...





Aku lupa nak beli kacang.. Malas nak keluar banyak2 kali, so terfikir why not aku kuis-kuis saja kacang dari tempeyak ni, hehehe.. Lagipun aku suka tepung dan ikan bilis je kalau makan tempeyek..


Hiriskan bawang besar, rendam kan udang kering.


Tumbukkan udang kering tadi.


Campur gaulkan kesemua bahan.

.
Perasakan dengan sos ikan sikit.


Tambahkan gula pasir secukupnya.


Perahkan limau kasturi.


Gaul rata.


Sedia untuk dimakan. =)

Amacam? Ada rasa nak meleleh tak saliva? hehehehe..