Tuesday, May 24, 2011

Bersembang lebat

Dah lama tak buat.
Dengan seorang housemate. Maklumlah, orang duduk sorang.

Eh kat tempat keje memang bersembang. Tapi tak la selebat mana kerana tuntutan kerja. Kejap kang teberhenti, eh saya ada kelas la tak pelah nanti sambung.

Aku baru balik dari jumpa ex housemate aku. Pertama kali dalam sejarah! Duduk kedai makan lebih 3 jam. Selesai sepinggan nasi ayam goreng ++ 2 gelas air.

Dah lama tak jumpa of course macam-macam report dan pelaporan yang nak dibuat,,, kan.

Rindu pulak zaman duduk dengan dia, dulu! Bukan senang, mahu mencari housemate yang serasi sejiwa, kan???

Bila dah meningkat umur ni. I rather live alone than risking myself living with anybody. Sebab pengalaman mengajar kita kan.

Rumah ni pada aku tempat beristirehat yang aku suka. Kalau di rumah itu ada unsur-unsur tak best, macam orang-orang yang tak berapa nak 'masuk' so macam mana kita nak duduk rehat-rehat dengan tenang hati. Nak balik rumah pun rasa liatttt je.

Hmm.. Apapun, aku selalu gak ingat ex housemate aku ni sebab kerana dialah aku tidur atas katil! Katil aku sekarang adalah ihsan dari dia. Tilam pun. Kebetulan dia ada 2 set so dia dengan murah hatinya bagi aku satu. Masa nak pindah pun, keduanya masih dengan aku.. Sebab dia yang baik hati sedekahkan kat aku.. buat kenang-kenangan!

Sunday, May 22, 2011

Midas Contest

Aku tak teruja langsung nak baca emel ni, so aku biarkan selama beberapa hari..

















Sekali baca, eh biar betul ? Aku memang pernah join contest ni.
Moh check laman web pula.


















Di manakah nama ku?

























Ding dong!! Its there! hehe. Consolation prize rupanya. Tak dapat la camera sony yang cun melecun tu ye.. Beg laptop pun..

Its kinda surprise. Apa hadiah saguhatinya ye?
Jgn kata hadiahnya ialah poster! tsk3.

The truth is aku tak ikut pun cite ni kat TV / intenet lepas tengok episod 1 sebab jalan ceritanya tak berapa nak kena dengan selera. Biarpun bersusun pelakon hebat-hebat, anggun & kacak.

Tq, ONE HD =) I still lap yu heheh

P/s- tak de ke contest 49 days ke,,, Giant ke,,, 

Monday, May 16, 2011

Meraikan sifu

Tahun yang ketiga, secara rasminya!






"Hak guru lebih agung dari hak ibu bapa, sebab orang tua penyebab adanya kita sekarang & kehidupan yang fana, sementara guru penyebab kehidupan yang kekal. Sekiranya tidak ada guru, nescaya apa yang dihasilkan & diarahkan oleh orang tua akan celaka selamanya."
-Imam Al-Ghazali-

Untuk semua yang pernah bergelar guruku, juga untuk ibuku yang juga seorang guru, ayahku-selain ibu yang ku anggap guru terawal dalam kehidupan, diri sendiri yang baru bertatih sebagai guru & rakan-rakan guru diluar sana..

Semoga redha & rahmat Allah bersama kita selalu.
Amin.

Sunday, May 15, 2011

Menang menang menang

Aku bukan dalam kategori yang rajin masuk pertandingan. Keinginan tu ada.. Tapi sekadar hangat-hangat taik ayam je kot hehe. Memula je beria. Lepas tu bila fikir prosedur nya macam nak kena cari poskad, pegi pejabat pos, terus macam, "alaaa malas la pulakk".

Dan selalunya PIHAK MALAS memenangi PIHAK MENANG, ;p

Baru-baru ni aku yang bosan-bosan pergi google nama sendiri.. Boleh eh? hehe & best jugak sebab kita akan discover beberapa perkara menarik. 1 dapatan menarik lepas menggugel nama sendiri:

Teringat aku pernah jadi pemenang jugak back in 2006. Pertandingan dalam surat khabar Klik DBP.

Artikel asal dari sini.