Wednesday, December 04, 2013

Jadual dan Tarikh Gaji Kakitangan Kerajaan bagi tahun 2014

Assalamualaikum  & Hai..

Sekian lama menghilang, kerana diri ini adalah begitu femalasss.
Short update ini hanya untuk berkongsi jadual gaji untuk kakitangan kerajaan bagi tahun 2014.
Dan lama jugak keluar tak silap aku.

Boleh print sebab aku dah taip lawa-lawa dan elok-elok..
Nak edit pun boleh, silakanlah.
Tapi download lah dulu ye?

Kenapa jadual gaji?
Tak kisah la apa pun reason nak simpan dan print elok-elok jadual gaji ni kan..
Kalau aku, aku perlu tau jadual gaji sebab senang nak merancang perbelanjaan.


*Nak display cantik-cantik kat sini, aku malas nak belajar balik how to draw table guna HTML.. begitu ALIEN sekali rupa coding2 itu pada pandangan mata aku sekarang. Pakai Word senang. Habis cerita. Dah jangan banyak bunyi tinggal download je kann~

Aku hanya mampu screen caps je.



Dan ye, ucapkan lah terima kasih kalau rajin nak tinggalkan komen di bawah..
Kalau malas, takpe. Sedekahkan al-Fatihah untuk aku pun dah cukup.
Semoga aku jadi seorang yang lebih rajin, baik & lembut hatinya.. Gitu.. ^^

Download:
Tekan SINI ye....

Sehingga jemari ku rajin untuk mengetuk-ngetuk semula papan kekunci yaaaa..
Assalamualaikum.

Saturday, August 17, 2013

Cuti Raya~Entri rojak dan merapu

Assalamualaikum..

Lamanyaaa tinggalkan blog. Eh, macam tak biasa kan hehehe.
Tak tau lah aku busy dengan apa. Tapi rasanya bukan lah busy sepanjang masa.
Cuma... malas.. huhu  #apapuntakboleh

Walaupun aku tau aku cuma membebel sorang-sorang kat sini, tapi nak jugak ucapkan
Selamat Hari Raya pada pembaca blog yang kemungkinan besar tersesat ke sini lalu membaca entri ini, hehe.

Entri Korea pun dah lama gila terbengkalai. Entahlah, macam malas nak sambung. Tengoklah macam mana.
Jangan-jangan sampai aku repeat trip ke Korea next year, pun masih terbengkalai.

Ye, a plan has been made. Just a rough one, je pun. Tapi most probably jadi kot.
Now bila dah merasa sekali travel, tak tau lah kenapa rasa nak travel lagi. I guess sebab aku memang suka berjalan kot sebenarnya. Walaupun tak terbukti dengan kata-kata.. Well If you know me, aku spesis yang macam malassss gila nak berjalan. Percaya tak, sejak balik dari Korea bulan November 2012, aku memang tak pernah lagi tinggalkan Batu Pahat. Dah dekat 9 bulan. Setia bertapa. Hanya di satu daerah. Hidup aku pergi dan balik kerja je. 
@__@

Oklah. Rasa macam nak berhenti menaip sebab nak sambung tengok drama.. Ni pun lagi satu. Kalau dah mula bekerja nanti, rasa OFF sangat dengan drama-drama ni. Malas & tak sempat pun sebenarnya.

Maafkan daku kerana entri cap recycle bin ini.

Thursday, June 06, 2013

Dia saja yang betul

Ada antara kita..
Selalu fikir dia saja yang betul

Nak post apa-apa status di FB
Apa-apa cetusan fikiran di FB
Apa-apa yang hati sendiri rasakan di FB

Macam tu juga dengan segala komen
Terus post tanpa berfikir yang komen sendiri mungkin boleh menyinggung hati orang lain

Ah! Ada juga jenis yang dari dulu sampai kini tak sedar pun, caranya memberi komen mungkin boleh menyakitkan hari rakan yang membaca.
Dan rakannya ini membaca lalu terpaksa memujuk diri sendiri - dia memang jenis begitu, usahlah ambil hati~

Tapi rakan ini juga manusia biasa
Ada masa rasa geram dan marah serta terkilan menguasai diri
Lalu lupa memujuk hati

...

Monday, May 27, 2013

Hari Cikgu Tahun Ini

Dah dekat 3 minggu berlalu.. Baru nak update..

Hahha. Ala. Tahun lepas aku tak buat terus entri hari guru.

Tahun ni buat lah. Sebab kat sekolah baru katanya.
Ye, Tahun ke 5 menyambutnya sebagai guru terlatih. Tapi kali ni di tempat baru.

Jujurnya, aku sedikit bersedih masa hari guru hari tu. Entah kenapa, teringat kawan-kawan dan anak murid di sekolah lama.. Dari pagi kepala aku asyikla membayangkan kalau kat Lembaga waktu ni sedang buat ni, buat tu dan buat ni.

Teringat juga, tahun lepas, aku keluar je dari kereta anak-anak murid dari kelas aku dah sedia menunggu.. Dari yang selembut-lembut pelajar kepada yang sebrutal-brutal pelajar. Menunggu dengan hadiah dan senyuman. Masa tu, Kak Linda (salah sorang kawan baik di sekolah lama) pun kalah, hehe.

Tahun ni? Tak ada pun keadaan begitu. Hehe.
Rasa macam nak lempang diri sendiri pun ada sebab kenapa pulak nak berfikiran dan berperasaan macam tu.

Tapi,, entah, sebab dah memang macam tu kebiasaannya di sekolah lama.. Bila pergi sekolah baru rasa suasana yang sedikit berbeza.. terus nak rasa sedih.

Aku syak, ini sebab aku garang sangat kot, hehe. Habis, nak tak garang macam mana.. Aku menjaga sekelas yang memang brutal. Dari awal tahun aku datang aku memang dah dinasihatkan jangan bagi muka pada kelas ni. Dan memang bila aku sendiri melaluinya, aku pun rasa tak boleh nak bagi muka sangat. Kalau tak tegas dan garang entah apa jadinya kot. Aku lah akhirnya yang kena buli.

Kawan aku kat sekolah baru ni cakap, cikgu kelas memang banyak dapat hadiah kot. Hee. Ye statement tu memang betul. Aku pun dulunya, macam tu jugak. Tapi, entahlah.

Apapun, kena pujuk hati dan buang fikiran keanak-anakan macam tu jauh-jauh. Penghargaan dari pelajar tak semestinya diukur dari hadiah je kan? Mungkin jugak pelajar-pelajar ni tak ada duit nak beli apa-apa. Yang paling bermakna sebenarnya bila pelajar ni dapat keluarkan balik apa yang diajar dalam periksa. Tak pun, bila pelajar ni sekurang-kurangnya dapat praktikkan benda baik yang diajar.

Nampaknya, hari guru tahun ni..aku yang kena belajar sesuatu~~

Last but not least, mari lihat gambar sekitar hari guru tahun ni.

 Disebabkan keadaan sekolah yang kelam-kabut sebab tak de padang, dah tu tengah ada pembinaan.. Maka kami cuma adakan acara indoor.

Tetiba aku involve dengan acara Berbalas Pantun kan? Sabor je la.. Diorang main pick macam tu je.
Tapi, Hari Guru katanya.. kena la sporting kan. 

Hakikatnya aku berpantun dengan pantun yang akak-akak tu karangkan. Aku tinggal baca je.. Kepala aku blank terus nak membalas pantun, hehehe. Kalau dah berlatih tak apa la jugak. Spontan macam  ni, memang tidak la kot. Aku sendiri manalah pernah mengajar BM..

Team cikgu lelaki

Lepas acara berbalas pantun, ada permainan kotak beracun.



Beberapa hari sebelum tu, memang dah kecoh-kecoh dalam bilik guru pasal permainan ni antara AJK-AJK permainan dan sukaneka. Aku walaupun bukan AJK sukaneka tapi turut sama menyibuk. Sebab ni antara permainan yang aku paling tak suka, dari kecik. Sebab aku tak suka dengan the randomness of the tasks. Berdebar kot. Dan selalunya task tu bukanlah benda yang best pun. Jadi, aku kenalah menyibuk sama so that aku tau denda apakah yang bakal dorang ni tetapkan untuk permainan ni..hehe

Dannnn. Benda yang aku tak suka.. itulah yang aku dapat.  Walaupun soalan tu kira dah 'bocor' tapi tetap awkward masa nak buat tu..

"Bayangkan anda adalah seekor rama-rama yang sedang terbang. Sapa rakan anda dan nyatakan bahawa anda adalah rama-rama tercantik/terkacak sekali"

pfttt... depan satu sekolah, hari itu aku berlakon menjadi rama-rama senget..
huahuahua.. bukan senang ye nak tengok aku jadi macam tu.


Sebahagian guru-guru perempuan sekolah kami..


Yay! Selamat Hari Guru untuk semua warga pendidik.. di semua peringkat..^^