Wednesday, March 18, 2015

Impian yang tertangguh

Tiba-tiba malam-malam ni bila belek-belek folder album jalan-jalan, aku rasa nak tekadkan hati untuk merealisasikan impian yang dah lama tertunda.. ye. Duduk di Jeju selama seminggu.

I was there in 2012 for 3 days and 2 nights. Dalam masa tiga hari tu memang banyak tempat yang kami pergi, tapi tempat yang tak sempat dikunjungi pun boleh tahan banyak juga..

Sepatutnya tahun lepas kami terbang juga ke Jeju, tapi disebabkan masalah cuaca maka plan itu terpaksa dibatalkan.. walaupun flight tickets n accommodation semua dah selamat kami book. Bukan rezeki aku lah tu. Maknanya, akan ada lah trip seterusnya ke sana untuk aku kan? hehe.

Tahun 2015 ni dah tak boleh nak mencelah dah. Dari segi masa dan duit memang dah tiada peruntukan.

Rancangannya, kalau boleh the next trip to Jeju ni nak tinggal di sana untuk seminggu, jalan-jalan dengan bertenang, tak payah nak rushing-rushing. Tak payah nak pakai mana-mana agensi (2012 kami guna khidmat yeha tour sbb nak jimat masa). Cuba bergerak naik bas awam. Tinggal di beberapa hostel demi memudahkan pergerakan. Kalau berani nak sewa scooter (kalau berani lah huhu)

Dan yang pasti pergi bercuti dengan travel partner yang boleh ngam dengan aku, ataupun bercuti secara solo je huhu..

Penutup tirai, gambar kenang-kenangan..
 
 Hallim Park

 Manjanggul Cave

Sangumburi Crater


Seongeup Folk Village

Seongsan Ilchulbung (my fav! teringin nak panjat sampai atas.. tak tercapai lagi)

Dongmun Market

Jeju International Airport. eh eh elok pula tudung bawal yang dipakai. masa ni takde angin bertiup kot, hehe


I miss u Jeju..

P/s-tips. Di jeju adalah best kalau pakai tudung awning. Atau shawl yg melekat pada muka dan kepala.

Kenapa? Ye sebab jeju kawasan berangin.. tensi sangat bila pakai tudung bawal di sana kemudian nak bergambar pula.. tiba tiba rupa paras dah ala ala pakai tudung lepas balik bersenam. Oh I bet orang balik beriadah mahupun lepas berkebun pun masih elok dan senonoh rupa tudungnya..

Semua pun bila bergambar kat tempat cantik nak kan rupa diri sendiri dalam gambar pun nampak cantik kannnn hehehe. Ingat ya bawal is no no no.

Tuesday, March 17, 2015

Selamat bersara Kak Sal

12.03.2015, Khamis

Dalam keributan minggu ujian sebelum cuti sekolah, berjaya juga kami jalankan majlis persaraan sorang senior di sekolah. Hari Khamis, sekolah dan warganya menyaksikan satu majlis yang sederhana tapi tetap meriah, khas untuk seorang pendidik yang akan menamatkan zaman perkhidmatannya.

Terasa seperti menulis karangan pulak ye, hmmm lantok.

Ada rasa sayu. Sebab aku kira aku dengan kak sal ni agak rapat juga. Dia dah baya-baya mak aku, in fact lebih tua dari mak aku sendiri. Tapi dah rakan sekerja kan,, takkan nak panggil mak pulak.

Kak Sal memang baik orangnya. Boleh bercampur dengan orang muda. Bila bagi nasihat, takdelah sampai buat kita rasa kecik ati atau terdetik rasa "eleh cam baguss!" . Huhu aku ni bukanlah baik sangat orangnya. Aku mengaku kekadang ada juga masanya bila orang bagi nasihat tapi di sudut hati kecik ni ala-ala memberontak.

Dengan kak sal, aku boleh cerita hampir semua benda. Aku bukan jenis yang terbuka orangnya. Aku bukan senang-senang nak bercerita pasal diri sendiri dan keluarga. Ini adalah fakta. Sejak bila aku jadi macam ni, aku pun tak tau. Macam tu jugak aku dengan keluarga, aku bukan senang-senang nak bercerita pasal itu ini, kawan dan sebagainya. Ye, aku tau aku memang pelik. =)

Eh ni tadi nak cerita pasal kak Sal tapi dah melalut cerita pasal diri sendiri. Lantokkan juga dah taip malas nak tekan backspace.

Alhamdulillah majlis yang dirancang berjalan dengan baik.
Persiapan tempat, ok. Pelamin cantik.
Makanan, sedap. Tapi takde satu pun gambar makan yang aku ambil. Huhu malas sebab nanti teringat-ingat.
Hadiah, ok. Ajk hadiah rajin, tak banyak songeh kena pegi membeli itu ini.
Persembahan murid dan guru pun ok. Masing-masing tahu kerja masing-masing.



Ni kira photobomb ke tidok ni. Tetiba ada cikgu lelaki ye.




Posing kat pelamin.
Alang-alang dah sewa kan, hiks.


Selamat bersara, kak sal...
Takde dah kak sal nak ajak borak-borak dalam bilik guru lepas ni..
Takde dah kak sal yang suka cuit-cuit aku bila lalu nak pegi pejabat (sebab aku selalu berwajah serius buat keje dendiam gamaknya)
Takde dah kak sal yang suka tanya datang kat tempat aku nak tanya pasal setting henfon (aku selalu bergurau dgn dia, masuklah kak,, ini kan kedai henfon hehe)
Takde dah kak sal yang suka offer aku dengan makanan bila sesekali aku datang menyinggah kat tempat duduk dia..
Takde dah kak sal yang rajin bertanya lepas ni nak melancong ke mana pula didiiiii..

Selamat bersara, kak sal..
You will be missed.