Ujian Akhir Kursus (UAK) Induksi kami tutup dengan satu majlis yang sederhana meriahnya.. dari segi juadah mahupun acaranya. Akhirnya berjaya juga kami sudahkan kursus wajib kepada semua bakal guru ataupun guru terlatih di M’sia, walaupun pelbagai rasa sarat di dada dan kepala lepas menjawab soalan UAK yang super duper mencabar tahap susahnya.
Upacara penutup yang serba ringkas dlm dewan kuliah A disempurnakan oleh Tuan Pengarah IPG Kampus Perlis, Tn. Hj. Md. Rusli. Yang pasti, pemilihan Abg. Sabri sbg wakil pelajar utk memberikan ucapan akhir aku kira sgt tepat sbb beliau rupanya sgt berbakat dlm menyampaikan ucapan. Hadirin dalam dewan memberi 101% tumpuan. Mungkin salah satu penyebabnya itulah detik2 terakhir kami untuk sama2 duduk dengan title sbg pelajar maktab. Isk3 sedih jugak sebenarnya.
Beberapa jam kemudian selepas jamuan aku sungguh bz mengemas apa yg patut.. mlm nanti aku dgn kak Has akan menghantar barang2 kami pulang dulu ke kampung, melalui bas ekspess kangar-bp. Sungguh serabut dan aku tak menang tangan mengemas. Padan dengan muka ku yang tak mahu mengemas awal2.. dah siap mengemas kena angkat ke bawah pula. Sekurang2nya ‘lemak’ yang terkumpul di badan aku gunakan dgn sebaiknya dgn 1 sesi ‘exercise’ mengangkat barang. Bersyukurlah aku tinggal di paras 2 bukannya paras 3 atau 4….
12 Jun 2008
Aku benci packing!! Itu 1 kelemahan aku yg aku cukup sedar dr dulu.. buktinya aku masih x siap2 mengemas beg utk ke BTN, even I got ample time to do it. Ulang-alik ulang-alik tapi tak siap2 jgk.. kesian jugak kat Sareen yang dah 3-4 kali menjengah muka pintu bilik aku. Hehehe bila dengar bunyi enjin bas bergema barulah aku kelam kabut capai beg2 dan turun mengejar Sareen. Sampai bawah memang 2 biji bas dan sebuah van dah tunggu.. rasanya cun2 dah tu..kami terus letak bagasi dan naik bas.. Well we’re among the earliest yg naik bas.. aku pun tak paham kenapa ada yang tak mau naik lagi dan akhirnya tak dapat tempat duduk. Tengok rupa masing2 buat aku tersenyum sendiri.. tak ubah macam budak sekolah. Yang perempuan dengan baju kurung putih dan kain hitam, serta tudung putih/hitam; OK lagi.. Yang lelaki dengan baju lengan pendek putih dan seluar hitam. Ada yang nampak macam budak sekolah betul2..ada jugak yang nampak mcm wakil rakyat, yang tak bleh tahan ada gak yang nampak mcm driver taxi hehehehe.. (sepanjang 12 minggu praktikum dulu aku n partner aku naik teksi n kami cukup hafal warna uniform pakcik2 teksi tu)
Perjalanan ke kem BTN Wang Kelian dari maktab tak selama mana…lebih kurang 30 minit. Cuaca muram dan tak lama lepas bas gerak awan gelap yang tadinya berarak sekali lagi menurunkan rintik2 yang sederhana lebat, tepat macam yang pakcik driver bas bagitau kami sebelum bas bergerak tadi. Sebenarnya apa yang pakcik tu lebih nak sampaikan ialah ‘penyambut tetamu’ yang bakal menyambut kami kat kem tu nanti – P.A.C.A.T…
Hujan masih renyai2 waktu kami sampai di pintu Gua Kelam. Kenapa Gua Kelam? Bagi yang ke kem menaiki bas, memang laluan masuknya melalui pintu gua kelam.. adalah tidak logik untuk memasuki gua menaiki bas..so kami kenalah berjalan.. Nasib baik disediakan perkhidmatan lori untuk mengangkut beg2 kami.. bawak badan je lah menyusuri laluan sempit dalam gua dan laluan ke BTN. Jauh jugak rupanya.. sempat lah berpeluh2. Lepas lebih kurang 20 minit berjalan akhirnya kami sampai di pintu belakang Kem BTN Wang Kelian. Rupanya2 kawasan kem ni di bina di lembah yang dikelilingi oleh bukit2. Di tengah2nya ada 1 tasik yang dikatakan bekas lombong bijih. Kami dibahagi2kan kepada beberapa kumpulan untuk pembahagian dorm sepanjang 5 hari kami tinggal di kem. Aku boleh dikatakan bernasib baik coz se dorm dengan most of my classmates. Yang takde cuma si Nalini & Shalani aje. Lokasi katil pun memuaskan hati, aku dapat ‘mengecop’ katil bawah di kedudukan tgh..hehehe aku ni sebenarnya penakut juga kalau dapat katil tepi.
Acara pendaftaran berjalan dengan lancar. Tak aku nafikan, rasa semacam aje. Tak tau macam mana bentuk xtvt yang akan kami jalani sepanjang 5 hari di sini. Mcm budak2 PLKN ke? Ataupun, ala2 ketenteraan ke? Rasa berat untuk menunggu 5 hari ni berjalan. Apapun aku cuba berfikiran positif dan anggap macam hari2 biasa sebagai pelajar maktab. Aku habiskan masa dengan Sareen untuk ke program2/rutin di sini kecuali yang melibatkan tanggungjawab agama, mcm kat maktab juga.. cuma tak sangka, pada malam nya pihak pengurusan dah menetapkan sesuatu yang ‘best’ – reshuffle kpd group2 yang mereka dah tetapkan. Aku sendiri tercampak dalam LDK 8.. nasib baik ada geng-Kak Ida yang sekelas dgn aku. Owh ada lagi sorang, Hassan. Yang lain ialah Jep(KH), Abg. Wan(Pemulihan C), Mazani(Pemulihan A), Syed(Pemulihan B), Zainies(PJ), Kak Hajar(Pemulihan B), Ina(Pemulihan A), Kak Hasny, Na(KS), Lim&Shakirah(cikgu luar). Arahan yang diberikan, we have to stick to our given group through all the xtvts n routine, commencing on that night. Termasuklah waktu makan.. mesti semeja.
***To be continue,
Didi, akhirnya kembali ke ruang maya ini..
ReplyDeleteOpss.. lupe, cikgu Didi.. hehehehe
Hai cikgu didi... halim di sini rajin2la lwati blog sy k?
ReplyDeletehttp://arelim8482.blogspot.com
Hi didi.. dah jadi cikgu!
ReplyDeletecongrats