Monday, February 16, 2009

Sakit Itu Penghapus Dosa

Minggu lepas aku diuji dengan sakit batuk2. Pakej lah senang cerita, cough with phlegm and sore throat.. Alhamdulillah x demam. Kalau x parah jugak sbb aku dah lama x kena demam yang kronik. Biasanya dalam setahun ada la sekali aku kena demam yang sampai x larat nak bangun.

Aku jarang2 minum air batu. Sbb aku boleh kena 1 penyakit misteri ttg pembuangan urine nih. So kalo makan2 masa rehat kat kantin mmg aku order air panas je. Lagipun its not like kat kantin tu aku leh order orange juice ke, apple or carrot susu ke hehe. Tapi hari Ahad lepas (cuti thaipussam) aku mmg x tahan sgt nak minum air berais lepas tgk team netball sekolah training. Mana taknya.. dekat 4 jam berjemur kat panas. Aku x sempat breakfast plak kat umah b4 tu. Ingat nak berlatih kejap2 je (heh biase lah aku) tapi adik sek men yang baik hati nak tolong latih bebudak tu sgt bersemangat hari tu. Aku pun x sampai ati nak blah mcm tu je kan. So sampai je umah tgh ari tu aku mmg belasah air coke dengan beberapa ketul ais.. Bangun je tido pagi keesokannya terus rasa tekak lain mcm. Dah la hari Jumaat sblm tu aku mmg dah menjerit-jerit secara over-dose kat year 4. Mana taknya tak faham2 benda yang dah jelas lagi terang dan bersuluh di depan mata.

Bermula dr detik bangun pagi tu keadaan tekak aku makin teruk. Bukak sekolah ari selasa tu mmg aku dah ilang suara. Ilang suara x pe lagi, yang x tahan nya batuk2 tu lah. Selama beberapa ari tu, sampai terasa sakit urat2 perut aku sebab asyik batuk je. Dada pun rasa sakit. Kalau la batuk tu boleh menguruskan badan, aku rasa mmg dah susut dah badan aku hehe.. Sampai 1 hari tu sampai terkeluar2 air mata aku bila batuk. Nak tido n makan pun payah..
Dah la aku payah nak kuar-kuar dr kg ni..Maklum lah org x de kenderaan nih. Housemate aku pn agaz bz minggu lepas. So bertahan aje lah dengan ubat batuk yang ada. Tu pun, dah abis sebotol batuk x surut2 gak.

Dalam kelas lagi la best. Nak mengajar suara pun x de. Aku gagah2 kan jugak la. Siap bagi warning.."Cikgu x de suara nak marah2 n tegur2 selalu..So bila cikgu tegur tolong dengar sbb kalau cikgu tegur x jalan, tangan cikgu yang jalan ye". Keadaan tambah buruk bila aku guna chalk n blackboard. Aisehh habuk lagi.. tp no choice la. Setiap kali bercakap 1 ayat ada selingan batuk2. Kronik betul kalau diingat saat itu. Kekadang arahan pun main tulis kat blackboard aje. Bengang gak bila ada budak year 6 yang mengajuk2 aku batuk tp aku buat x kisah. Malas nak melayan. Dah mmg tekak gatal nak batuk so buat apa nak tahan2..

Agak terharu bila aku sowang student tetiba dtg depan dan berbisik,
"teacher, bila suara nak baik?"
Aku:Apsal?
"Kitorang kat blkg x dengar la apa teacher cakap 2-3 ari ni."
Aku:Hang perli ka? ..tapi ayat ni aku cakap dlm hati je.

Sebab dalam kelas year 6 ni, biasa bebudak kat barisan depan akan tutup telinga awal2 kalau tau aku nak menjerit. Aku tau mmg annoying la aku menjerit2 ni tp kekadang no choice.

dan juga, budak yang tadi tu adalah budak yg pandai tp dlm kategori problematic dlm year 6. Budak yg cecikgu, termasuk aku, malas nak layan sgt karenahnya. Well Didi now you learn something!

4 comments:

  1. Woww, cikgu didi..sampai budak depan kene tutup telinga bila tau ko nk jerit?? eheh...

    Dulu, waktu aku smpat jadi cikgu sementara, aku kene ngajo budak darjah 3, kelas paling tercorot..punye la nakal, masa aku 1st masuk, satu hape diaorang tak nak dengar aku cakap pasal pelajaran..last2, aku bercerita kat diorang pasal naruto..habes semua senyap dengar aku cerita..aku cakap la aku ada episod dia dari 1st sampai yg latest..ada sorang budak tu, siap nk gi umah aku lagi nak tengok naruto...so lepas tu, diaorang dah leh terima aku ngajo...kira cam dngar la kata aku,..tp dengan syarat, pas abis belajar tu, aku kene cerita kat diaorang pasal naruto...pasal sasuke..pasal latest... heeee...masa tu leh arr berlagak yg aku tau...padahal klu banding ngn ko..ko lagi mantapp..eheh( sori tade kaitan ngn entry ko...saje teringat kenangan ngajo budak2 ni..seronok gak sbnarnye,heeee)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Salam Fida..Hawaw yuu.. Hehe tq 4 commenting,, Haha chomel je ko leh cerita2 pasal Naruto kat bebudak yer. Tp betul la kekadang kalo nk pancing bebudak ni mmg kena berpikir memacam cara. Tp aku lately x de pancing2 dah. Lagipun aku kena ajar thp 2 kan so by hook or crook kena gak belajar n wat keje umah/latihan..

    Aku juga tidak berkabor kpd bebudak akan kegilaanku terhadap Naruto sblm ni(skang pun on lg, Shippuuden). Tapi aku tau mereka dpt mengesannya. Ada frame kecik skali dgn kertas conteng atas meja aku dlm bilik guru..kat frame tu aku letak gambar team 7 (kakashi,naruto,sasuke n sakura).. Biasalah bebudak kalo lalu2 mesti nak panjang2 leher tgk apa yg ada ats meja cikgu.. Byk gak soklan cepu mas dulu2 yg dorang tanya,tp aku x lyn sgt.."Eh cikgu pun minat naruto?"
    Pastu aku ada tempah sticker nama kecik2 yang ada gambar character2 dlm naruto. Bila bebudak ternampak,biasalah adala yg akn berbunyik "Eh cikgu buat mcm mana ni..fuiyoo naruto tu.cikgu minat naruto cikgu??"

    Emm.. minat2..profession2 ye tak hehe (ayat bela diri)

    ReplyDelete