Monday, July 07, 2014

2014 Summer Escape - Day 2, 3 June 2014 (Ehwa Woman University)

Sambungan dari entri sebelumnya, Pororo Theme Park & Gosami Sinchon

Lepas selesai menapau toppoki kami gerak ke stesen subway semula.

Nak ke universiti ni;
By subway (Ehwa Woman Univ Station: Line 2 (Green) / Exit 2 or 3)


Keluar tu kena berjalan sikit. Tapi takpe sebab sepanjang jalan tu penuh kedai. Memang sesuai lah, wanita dan shopping kan sukar dipisahkan. Nama  kawasan kedai-kedai tu ialah Edae. You name it; kedai/gerai baju, kasut, beg, kosmetik dan macam-macam lagi. Pakkal lah masa tu kami rushing. Takut hari gelap atau hujan makin lebat, so langkah kaki dilajukan. Tapi walaupun kaki melangkah laju mata masih liar menjeling..

Dalam pada nak cepat tu, menyempat jugak singgah ke kedai bag. Saja nak survey harga hehe. Memang boleh tahan murah la.. Ini barulah tempat sesuai membeli belah untuk orang macam aku, huhu. Boleh pilih pelan-pelan sambil dok congak berapa duit dalam purse....

Jalan punya jalan akhirnya sampai lah ke universiti tersebut.

Subhanallah cantik!

Unik juga. Ramai sangat manusia. Tapi ada gak lelaki sesat hehehe. Ketara sangat awak tu boipren ok, menunggu di tepi pintu masuk univ dengan sejambak bunga di tangan.

So mari tengok gambar ye. Masa ni hujan dah berhenti.
 The post guard

Ada rupa pelajar? 
Hehe by the way, grammatical error spotted! Should be women instead of womans

Dengan payung korea Daff

Cantiknyaaaa kawasan universiti dorang ni!!
Smart kan? Kiri kanan tu ialah bangunan bawah tanah ok. Aku sempat mengintai nak tengok apakah yang ada disebalik cermin itu

Okay settle skodeng! Dalam bangunan belakang aku tu macam tempat student duduk-duduk berbincang. Ada kerusi dan meja.

Kawasan yang sentiasa sibuk dengan pelajar lalu lalang

Lebih kurang jam 7 petang, kami pun menapak semula untuk ke stesen subway. Jom pulang!
Oh ye, musim panas di Korea kan waktu siangnya panjang. Jadi, pukul 8.00 malam macam tu baru betul-betul gelap. Pukul 7 p.m. cerahnya macam pukul 6 p.m. di Malaysia.

Tamat sudah kisah hari kedua di Korea..

Entri seterusnya, hari ketiga. Hari yang penat, tapi gembira dan puas hati.
InsyaAllah akan disambung kemudian.

Untuk hari ketiga, kami merancang untuk ke
Naksan Park (Rooftop Prince filming location, Seoul Fortress, mural cantik-cantik)
BCJ Garden (Various dramas/films filming locations; i.e City Hunter, Boys Over Flower, Heartstring dll)
,,,,,, memandangkan menurut ramalan kaji cuaca, hari ketiga adalah hari yang cerah.

Till then, bye-bye.
Thanks for reading =)
Sambungan hari ketiga dalam Summer Escape: Naksan Park

2 comments:

  1. Besar nampak plastik hitam kat tangan tu ;) Shopping apakah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kay.. itu ialah toppokki hehehehe. Sebelum tu dah makan nasi n ikan bakar n sotong gosami. Singgah pulak ke restoran uncle's toppokki yg betul2 sblh gosami. Sbb pastu xde nak ke area sinchon dah, itu yg gigihkan jugak membeli n tapau. ;) trip kedua lebih tabah mengawal diri dr berbelanja hehehe. Trip pertama je mcm onggile n bajet kayap bila berbelanja hahaha nampak benda comel semua nak..

      Delete