Sunday, September 14, 2014

Live update - Day 0

Assalamualaikum.

Catatan perjalanan untuk dikenang.

Petang tadi, ayah hantar aku ke tempat tunggu bas. Ye.. naik bas ajo ke JB. Dalam bas boleh tak aku rasa mabuk. Agaknya sebab bas tu dok bergoncang goncang semasa berjalan...walaupun dalam highway. Dah la tak sempat beli ubat mabuk. Bertahan ajelah. As usual kalau naik bas dari Parit Raja tempat duduk mesti kena kebas. Apa guna kasi seat number kan.huhu.

Lebih kurang 1 jam sampailah ke Stesen Bas Larkin. Aku terus menyiasat cemana nak ke Kulai dari sana. Lepas dah confirm, gerak cari farmasi. Tak boleh tidak, ubat mabuk mesti dibeli siap siap..aku baca semalam, perjalanan dalam bas ke mekong river memang adventure sebab banyak lubang.. no no no.. bahaya tu.

Lepas dapat ubat mabuk, nampak beberapa money changers dekat Larkin central ni. Aku teringat yang aku tak ada duit dong kecil untuk buat tambang bas esok. Taknak la nanti tanggung risiko driver tak pulangkan baki kan..
Katanya boleh tukar dengan beli air/barang kat airport.. tapi being typical me.. memang rasa tak sedap hati selagi tak dapat. So gatal gatal la tanya kat setiap money changer tu ada ke tidokk duit dong kecil.. jawapan dorang memang tak ada la kan.. semua ada duit sekeping nilai ratus ribu je ko. Padahal tambang bas sok dalam 5000 hingga 7000 je..

Sampai la aku di satu kedai ni..money changer jugak. Yang jaga 2 orang mamat berbangsa India. Diorang kata paling kecil ada 10000. Dengan rasa excited terus cakap nak tukar. Aku nak 10000 dong tu. Mamat tu kata aku kena bayar RM14.

Kau sudah kena tipu.
Aku memang rasa pelik.. rasa macan something wrong. Sebab baru semalam aku pulun buat conversion table. (Semangat nak shopping di vietnam..sampai buat table tukaran wang dan print jadikan handy size.)  Tapi sebab muka dorang yakin semacam..pastu aku pun memang tengah kelaparan (tak leh berpikir dengan waras gamaknya) aku proceed je la. Pastu aku pelik sebab dorang tak bagi resit.

Aku carik kedai makan yang berkenan di hati.. order dan sementara menunggu makanan tiba aku pun korek lah beg. Cari handout conversion table tu. Ya Allah.. boleh tak sebenarnya untuk 10000 dong tu..sepatutnya aku cuma perlu bayar dalam lingkungan RM1.50. Tapi dorang tadi mintak dari aku RM14.

Huhuhu dalam hati memang dah memadankan muka sendiri dah.. sebab careless. Masa makan tu aku dok pikir nak singgah balik ke money changer tu ke tidok.. akhirnya lepas makan aku singgah. Dah alang alang lalu kan. Lain lah kalau tempat tu dah jauh ditinggalkan.

Bila aku tanya, boleh tak mamat tu cakap, betul, 1 juta dong bersamaan dengan rm145. So.. 10000 dong sama dengan RM14. Yang tak tahan, dia siap cakap.. "ini duit tukar tukar memang ada pening..Selalu orang tak biasa memang ada pening. Kami yang kerja sini saja tau."

Hohoho. Aku agak mendidih dengan statement mamat tu tapi aku diam je.

Then aku cakap la kenapa tak ada resit eh?

Dia jawab lagi, "you mau resit kita boleh keluarkan no problem, bagi you punya ic. Kita boleh buat."

Dia tenung muka aku. Aku pun tenung muka dia.
Then sekali lagi dia cuba yakinkan aku pasal diorang memang di pihak yang betul.  Siap tunjuk kat aku harga jual dari company dia. Lepas tu tanya lagi, "you mau resit bagi ic".

Haha aku tau dia cuba pressure aku. Ok why not. Bagi ic je pun kan. Bila aku kata, "ok saya nak resit".
Baru aku tengok kawan dia menggelabah klik sana sini dalam komputer. Lama gila pulak tu. Sesambil tu mamat yang pressure aku ni tadi dok cakap benda yang sama. Pastu siap mintak aku duit dong yang aku tukar tadi. Motip? Ntah. Tapi aku tarik keluar dan bagi je. Aku diamkan aje. Dalam hati, apa lama bebenor nak keluarkan resit nyaaa.

Dekat 7 8 minit aku tercongok dekat kaunter then aku teringat aku ada simpan semua resit tukaran duit aku. Banyak gak la resit yang ada. Aku tukar kat 2 tempat. Lepas tu sampai 3 kali tukar.
Aku tarik satu, yang berkaitan dengan duit dong. Aku tunjuk kat mamat tu dan bagi analogi suruh dia pikir, untuk 200,000 dong aku beli dengan harga Rm31. Kalau 100,000 dong patutnya dalam rm15. Camana pulak 10000 aku kena bayar RM14?????
Then dia tunjuk resit tu kat kawan dia. Pastu tanya aku kat mana money changer ni.. huhu.

Tunggu punya tunggu, tiba tiba kan aku nampak kawan dia tarik duit RM depan dia. Tapi aku diam je. Aku malas nak pressure mamat tu. Kang sama level plak aku dengan dia kan.

Akhirnya dia kata, yes, kami silap.

Wuhhhuuuuu. Perasaan? Gembira  sangat dan bersyukur. Akhirnya. Diorang pulangkan baki duit aku.

Pasal RM1.50 je pun kan? Tapi geram tau?  Nak berniaga tapi macam main main. Macam meniaga tangkap muat. Pastu yakin kau je betul. Orang lain takde ilmu dan salah. Kalau yang kena tipu tadi makcik pakcik yang innocent dan berdiam diri..omg sangat sedih dan unfair....

Aku perasan kan..memang kedai ni jenis berurus niaga tak bagi resit. Very unprofessional ok. Kalau aku jenis tak amik kisah..main hulur je duit tukar..memang saja saja la kena tipu..berapa kali ganda tu?

Mungkin diorang tersilap.. ye manusia melakukan kesilapan. Tapi you call yourselves pekerja kat money changer kot???

Arghh stress bila ingat. Tapi ianya juga pengajaran bermakna untuk aku. Sebab geram punya pasal..tengok lah tahap kepanjangan entri ni ye..

Ok la. Aku nak bersiap solat dan turun makan. Sebelah hotel ni ada restoran steamboat nanpaknya tadi... mehehehe.

ok.. daaa.. insyaAllah aku sambung lagi nanti.. Happy holidays to you readers.
Thank you for reading. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment