Saturday, 30 August 2014

Kisah penyakit gatal-gatal / Eczema

Aku tak ingat sejak bila,.. Tapi once in a while aku akan kena penyakit gatal-gatal di badan.
(Ni bukan gatal yang dizahirkan melalui perbuatan tu ye)


Mana-mana tempat pun, logiknya memang akan sentiasa berhabuk kan. Kadang tu perasan ada habuk tapi aku main kibas-kibas je dengan kain dan lepas tu terus baring / tidur atas katil. Kemudian muncul lah bintat pada anggota badan. Bintat tu besar la sikit dari kesan gigitan nyamuk. Gatal dan merenyam. Kalau diusik/digaru ianya boleh membesar dan berair. Seriously, menakutkan.
Pengajaran untuk aku, pastikan cadar dan sarung bantal ditukar secara berkala..
dan, jaga kebersihan. hee.

Biasanya aku takdelah memberi perhatian sangat, sebab aku dah tau apa ubatnya. Bila kena je, aku sapu dengan salap gelenggang ni.
Memang berkesan untuk aku, dengan izin Allah. Lagi cepat di sapu lagi cepat baik. Salap tu aku akan pastikan sentiasa ada stok dengan aku.

Ada sekali tu kena dekat bahagian bawah bibir. Sabo je la kan. Oh ye itu terjadi tahun lepas (2013). Asalnya bintat kecil, tapi sebab aku usik-usik dengan tangan, akibatnya, ianya merebak dan makin besar. Biasalah dekat bibir, kadang-kadang tak sedar aku macam usik dengan gigi (ketap bibir).
Memang horror la. Dalam kerisauan dan takut-takut, aku sapu salap gelenggang tu. Makin teruk.. Tskk.
Nasib baik masa tu dah nak hujung minggu. Sempat la recuperate over weekend. By the time pegi sekolah tak berapa bengkak lagi. Tapi yang itu kata doktor, kayap.
Imagine, kena kayap, dekat muka, bahagian bibir. Terasa diri ini pengotor huhu. Doktor bagi ubat makan dan sapu dan alhamdulillah sihat.
Pengajaran penting buat aku masa tu ialah salap tu mungkin berkesan tapi mungkin juga tak sesuai digunakan pada bahagian muka. Dan jangan lupa, jaga kebersihan.

Dua kali dah ulang ayat jaga kebersihan ni. Aku ni bukan lah pengotor sangat (haha ayat bela diri!) tapi bukan juga spesis clean freak. Cuma bila dah tau aku ni mudah alah pada habuk makanya  perlu lah lebih berhati-hati.

Minggu lepas, sekali lagi aku dikunjungi penyakit gatal ni.. Huahua. Yang merunsingkan aku ialah salap gelenggang tu dah tinggal sikit. Lepas tu aku tak tau kat  mana nak cari dan beli. Kadang-kadang bila aku singgah farmasi dan teringat, bertanya juga. Tapi memang tak ada jual. Sampai aku cari info online. Ada jugak yang jual, tapi macam tak sanggup nak beli, mahal sangat. Harga sebekas tu kalau tak silap aku paling mahal pun dalam RM5 atau RM6. Yang kecil biasanya RM3 hingga RM4. Tapi harga bila dijual online, untuk satu set sabun dan krim dah jadi sampai RM30. omg...
(Aku tau kewujudan sabun gelenggang tu, dan harganya pun cuma dalam RM6 - 7 je. Kegunaannya pun sama, untuk merawat penyakit gatal-gatal/panau)


Ye, sabun tu pun aku beli. Risau punya pasal.. Tapi bau dia, masyaAllah..
Bukan wangi ya. Paham-paham la sendiri. Tapi aku tau ianya berkhasiat. Bak kata sales assistant kat kedai jamu aku aku pegi tu, sabun ni ada daun gelenggang yang berfungsi merawat masalah gatal-gatal dan ada juga gamat yang berfungsi merawat luka.

Oh ye, sabun ni mudah lembik. Rasanya semua pun tau sabun kalau berendam dengan air memang lah akan lembik/kembang. Tapi sabun ni, letak dalam bekas tak berapa berair pun boleh jadi lembik. (The pharmacist warned me before, pasal sabun ni)

Tips:Pastikan simpan dalam bekas bertutup supaya baunya tak memenuhi 1 bilik air. Kalau ikut hidung aku, baunya tu dah ala-ala bau orang melabur pastu tak flush, huhu. Ye, ye,, busuk yang berkhasiat..
Dan jangan lupa pastikan bekas tu sentiasa kering, sebab ianya mudah lembik.

Sebab aku terlalu  risau, masa aku masih dalam pencarian salap gelenggang dan tak berjumpa tu, aku beli krim ni dari farmasi. Namanya 60 cream. Untuk merawat fungus. Pharmacist tu la yang recommend. Aku pakai, tapi macam tak berapa nak berkesan je.

Then, aku berusaha cari lagi di kedai jamu lain, yang jauh sikit. Kebetulan masa tu kena berkursus di bandar so terus plan nak cari kedai  jamu di area bandar sana. Alhamdulillah berjumpa. Walaupun tak sama macam yang aku ada, tapi as long as namanya salap gelenggang, boleh la....

So kat sini nak share, kalau ada sesiapa yang mengalami sakit gatal-gatal macam aku dan berasa risau/runsing, cubalah pakai salap gelenggang ni. Boleh cuba cari di kedai-kedai yang jual jamu ataupun orang yang jual ubat/jamu di pasar malam. Dekat farmasi jarang jumpa. Untuk panau pun insyaAllah berkesan, sebab daun gelenggang memang boleh menghilangkan panau. Kira dah mudahlah kan, tak perlu bersusah payah cari daun gelenggang untuk ditonyoh. Dengan krim/salap ni, tinggal sapu je. Aku ingat masa kecik-kecik dulu adik aku berpanau mukanya, so nenek dan parents sibuk carikan daun gelenggang ni. Masa tu orang tak terfikir lagi kot nak jadikan krim.

Tapi kalau rasa nak adventure sikit pun boleh, tonyoh dengan daun sebenar, hehehe.
Ini lah rupa daun tu.
Sumber gambar dari maswafi.blogspot.com
Kalau nak menebas / membersihkan belukar tu tengok-tengok dan belek-belek lah sikit, jangan lah ditebas sama pokok berkhasiat ni ye.

Sekian terima kasih ^^

6 comments:

  1. Salam ramadan mubarak cikgu. Mck nk beli krim salap daun gelangang kelapa dara untuk anak mck. Boleh share nama kedainya. Mck tinggal di petaling jaya. Mck dh berusaha cari di kiosk2 jamu tapi krim ni tak dijual bukan habis stok. Boleh wsup mck pd 0192802588. Trima kasih. Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam makcik..

    Salap gelenggang dgn kelapa dara tu saya sendiri pun tak tau mana nak cari makcik.. mmg saya pun tak jumpa. Yg saya jumpa salap gelenggang biasa je. Ada jual di 1kedai ubat tradisional di stesen bas batu pahat

    ReplyDelete
  3. Antara cara nk selesai alergi pd kulit...

    ReplyDelete
  4. Sy baru try guna sbb kurap dh teruk tp pakai mkin meradang gatal sgt2 sampai menangis nk teruskn ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya tak sesuai kot. apakata pegi jumpa doktor.

      Delete
  5. kalau x nak busuk , try guna Glow Gelenggang. Sabun tu tak cair, tak busuk dan tak pedih

    ReplyDelete