Saturday, May 16, 2015

April dan Mei

Lamanyaaaa tak update.

Seperi biasa sebelum terlupa.. nak blog kan di sini.

30-4-2015
Hari keusahawanan
===============
2 tahun lepas, sekolah kami buat hari keusahawanan juga. Sepatutnya tahun lepas pun ada. Tapi, atas beberapa sebab, terpaksa dibatalkan. Tahun ni nampaknya penyelarasnya berdegil untuk buat awal, walaupun ada bantahan, kenapa tak buat dalam sem 2 aje, yakni selepas UPSR.  Sementelah pula memang tengah dalam mingu-minggu sibuk ni. Tapi, keputusan yang dicapai ialah tetap juga nak dibuat di bulan April. Maka kita layankan jugaklah. Saya yang menurut perintah katanya kan.

2 tahun lepas, aku bertugas jaga gerai kupon, & gerai cabutan bertuah. Agak bosan sebab aku sorang-sorang handle gerai tu. So tahun ni aku try lah mencuba nasib melarikan diri dari pekerjaan yang sama. Ok, berhasil. Dapat lari masuk ke gerai barangan runcit. Kebetulan ada sorang cikgu peknen, so macam tak sesuai je dia menjaga kedai runcit. Tukar suka sama suka, gitu.

Tapi masuk ke gerai barangan runcit juga bukanlah 1 pekerjaan yang senang, ok? Sebab banyak sesangat barangan yang perlu dijual. Kami berdua dah mula sibuk sebelum hari keusahawanan berlangsung; sibuk mengumpul barangan yang didermakan. Repacking, kemudian jual pada cikgu-cikgu lain, sama ada untuk kegunaan sendiri atau untuk kegunaan gerai diorang. Masa hari kejadian, sibuk berjual.. dapat sponsor telur ayam saja dah dekat RM900. Tetiba aku jadi expert membungkus telur. Chewah perasan. & Selepas hari keusahawanan selesai.. sibuk mengira kupon hasil jualan pulak, huhu. Keuntungan dari gerai kami saja lebih kurang RM1800. Itu paling top lah tu.

Sebab terlalu sibuk, tak ada 1 gambar pun yang aku sempat snap. Hanya mengharapkan gambar dari kamera orang. Lepas tu tak banyak pula gambar aku yang diambil rupanya..tehee. Geng selfie a.k.a Unenisa sibuk menjaga panggung wayang dia. So takde lah nak selfie selfie ye. Aku pun cuma sempat curi-curi lari ke gerai orang lain untuk beli barang. Mostly makanan lah. Kalau tak curi masa macam tu memang tak terbelanja la kot kupon-kupon aku.


14-5-2015
Karnival BI
========
Yang ini memang acara tahunan.
Hmm sebut pasal karnival ni perasaan aku bercampur baur sebenarnya.
Kalau peringkat sekolah, rasanya boleh tahan lagi. Tapi bila jadi peringkat zon, kerjanyanya bertambah-tambah.
Aku kan, honestly, lepas masuk tahun ketiga posting di sekolah ni aku rasa akhirnya aku dapat terima kenyataan aku kena hadap dan uruskan karnival zon ni. Tu pun, bila aku ingatkan aku dah ok, tup tup sampai masa rasa KO. Huhu

Masuk tahun ketiga, dari segi persediaan paper work dll dah tak berapa payah sangat. Sebab benda dah ada kan, semuanya aku tinggal edit. Lepas tu, aku belajar dari pengalaman. Aku edit sikit-sikit dari awal. Seriously dari awal.

Tapi yang buat aku jadi bengong ialah bila menguruskan dan melayan karenah sekolah-sekolah lain yang memacam pesen. Aku tak kira lah kalau tiba-tiba ada cikgu yang berkaitan baca post ni.. Ketahuilah sesungguhnya aku tensionnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!


Sampai satu tahap, sehari sebelum karnival aku burst into tears. Aku sebenarnya ok lagi part  buat kerja sorang-sorang, dibantu sikit-sikit oleh kwn-kwn, sebab aku rasa buat sendiri macam tu lebih senang. Kadang-kadang kalau terlalu banyak campur tangan boleh jadi lebih memeningkan.

Tapi bila tiba-tiba aku kena sound dengan sorang cikgu sekolah lain ni, aku rasa sedih sangat. Sedih ok? Aku penat kot uruskan macam-macam. Kalau ye pun tak puas hati, nak tukar apa-apa, tak boleh ke cakap baik-baik.. Huhu. Ok mungkin pada dia ayat tu biasa-biasa je. Tapi untuk aku yang dah bermingu-minggu tensen dan berpenat uruskan karnival ni dari A to Z, tiba-tiba kena sound macam tu. Rasa remuk redam hati aku ni. Dah la 4 hari sebelum karnival tu minggu periksa. Mana nak fikirkan budak-budak ni boleh jawab ke tidak. Kemudian memikirkan kertas yang banyak nak ditanda. Pasal karnival. Dah tu walaupun uruskan karnival, kena juga latih budak-budak yang masuk dalam pelbagai acara. Aku sedihhh sengat. Sangat. Sangat. SANGAT!!!!!

Kalau diingat-ingat balik saat tu, mesti budak tahun 5 masa tu fikir macam-macam. Tetiba cikgu kat depan menangis senyap-senyap. Aku tau banyak mata yang memandang tapi aku buat tak tau. Bila dah tak boleh nak control sangat, aku keluar, layan perasaan kat koridor. Kena tegur pulak dengan makcik cleaner. Mesti dia pun terkejut tengok aku.

Kemudian masalah aku bila dah mula menangis ialah tak boleh nak berhenti. Bila aku terfikir je, rasa nak mengalir je air mata. Ada la satu hari kot aku macam tu. Sampai dah balik rumah. Berehat. Tidur. Bangun nak mandi, pun boleh menangis lagi bile tefikir. Hergh. Aku sedih dan kecewa. Memang dah macam penyu kot muka.

Cuma 1 yang aku rasa agak kelakar. Dalam aku menangis tak boleh berhenti tu, kena la jugak masuk ke kelas kan. Tapi aku tak berapa heran sebab budak-budak tengah periksa. Bila tak mengajar tak de la pelik nak kena bercakap cakap dalam keadaan aku yang tak berapa stabil (kejap ok kejap kang mengalir air mata huhu). Tapi, bila masuk kelas tahun 1, budak-budak tu dah habis periksa. Aku suruh diorang jalankan aktiviti NILAM (baca buku, pindahkan maklumat dalam buku NILAM). Walaupun ketara muka aku pelik, plus sekejap-sekejap aku termenangis, diorang bolayan je.. Maksud aku, diorang tak pedulikan pun keadaan aku yang macam tu dan terus bertanya apa-apa yang diorang nak tanya. Hehehe. Bila aku layan pelbagai karenah budak-budak tu, terlupa lah sekejap dengan masalah.

Eh tadi nak bercerita pasal karnival kan, tapi nampaknya aku dah terlebih bercerita pasal diri sendiri yang emo sehari sebelum karnival.
Ye aku perlu blog kan, supaya tak lupa.

Kesimpulan dan peringatan untuk diri sendiri, ingat lah.. satu hari nanti kalau aku pulak jadi peserta karnival jangan sesekali menyusahkan sekolah/pihak pengelola ok.


Akhirnya, masa karnival berlangsung, semua berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah.
Muka aku tetaplah bloating. Dah aku menangis macam apa sehari sebelum tu. Tu lah akibatnya kan..

Seterusnya gambar-gambar dari official photog;



Peserta action song sekolah kami







 



Our school's rep for choral speaking competition.
Kecik-kecik kan?
29 orang ialah budak tahun 4. 6 orang budak tahun 5. Sengaja amik diorang sebab attitude bagus. Plus, sebagai pelapis.
Aku dah tak boleh nak amik budak tahun 6 yang dah ada 2 tahun pengalaman, sebab takut mengganggu pelajaran diorang. 



Peserta public speaking kami dapat naib johan. Good job Ying Xin, your first time and already recognized as the best 3.


Wakil Poetry Recitation dari sekolah kami. Tahun lepas pun diorang jugak wakilnya, dapat tempat kedua. Tahun ni johan, weeehooo. Tapi next year masak la mencari pengganti sebab diorang ni Tahun 6   T____T.



Syazwinna, the new conductor.
Selalu kena marah dengan aku, sebab malas buat research. Ngahaha. Aku busy dengan memacam benda, so aku suruh dia belajar sendiri dari Youtube macam mana nak gerakkan tangan & bagi arahan dekat kawan-kawan..

Semoga tahun depan Syazwinna  dapat jadi conductor lagi & mana tahu ada rezeki boleh menang the best conductor..

Secara keseluruhan, aku puas hati walaupun penatttt sangat nak menyelesaikan karnival ni.
Aku ni masa awal-awal posting di Mersing dulu memang tak pernah terlibat langsung dengan karnival ni. Aku pun tak tau kenapa. Sentiasa terselamat orang kata. So, aku memang zero knowledge pasal semua pertandingan-pertandingan ni, apatah lagi dengan pengurusan karnival.

Masuk sekolah ni, hambik selepuk.. Sekolah ni memang tuan rumah tetap dan berpencen untuk karnival zon ni. So sikit-sikit la kan belajar. Tahun pertama, aku banyak dibantu bekas ketua panitia merangkap gkp koko sekolah aku. Aku pun seriously masih blur blur lagi masa tu. Tahun lepas aku ingat, aku  kelam kabut siapkan dokumen-dokumen. Itu aku salahkan diri sendiri yang tak nak buat kerja awal-awal. Lepas tu salah aku tak check laptop awal-awal. So bermasalah dengan sound system, maka acara bermula lambat, huhu.
Tahun ni cabaran aku cabaran emosi nampaknya, huhu. Kertas kerja & benda-benda bertaip aku dah siapkan awal-awal.. Laptop, sound system semua perfect.. Tapi.. Tapi.. Err.

So next year kena kentalkan lagi hati kot.. huhu. Ataupun mana tau ada rezeki dapat  pindah kan, so boleh la ku tinggalkan semua ini jadi kenangan.. chewah.

Ok, that's all for this entry. Aku nak mengarang entri Hari Guru pulak.. Daaa..

No comments:

Post a Comment