Monday, June 29, 2015

7 Tahun

Salam ramadan.

Aku nak memesongkan diri kejap dari update pasal travel hehe. Ni namanya bunga bunga kemalasan dah semakin berkembang. Nak update blog tapi malas nak on pc, cemana tu huhu. So update la pakai fon sambil baring baring dengan harapan tertidur lepas ni. Plus, aku dah tau penyakit aku. Bila on je pc karang merepek meraban; kejap nak main game, kejap nak dengar lagu, nak tengok drama, download drama, teringat nak search itu ini, cuit la sikit buat report atau apa apa keje yang berkaitan dengan sekolah dan sudahnya. InsyaAllah aku akan tidur lewat nanti. So tak payah la on pc huhu.

Tengok,,, mukadimah pun dah meleret huhu.

Diam tak diam rupanya dah nak masuk tahun ke tujuh aku jadi cikgu. Aku baru perasan hari ni, sebab ada colleague yang tanya tanya; kes nak kena apply untuk naik pangkat dari 41 je 44. Jenuh aku dok bertekak dan mengira dengan diorang masa assembly pagi tadi. Ada lagi setahun daa. Bulan depan iaitu Julai, baru nak masuk tahun ke tujuh mengajar..

Rasa macam cepat je masa berlalu, huhu. Aku posting pada pada hari Jumaat, 1 Ogos 2008, sebulan  lepas habis course di Maktab Perguruan Perlis. Masa tu, aku tercampak ke daerah Mersing. Memang mintak untuk bertugas dalam Johor, sebab dah memang orang Johor kan. Actually memang dah terasa rasa akan ditugaskan di daerah yang aku tak familiar, macam Kota Tinggi, Mersing, Pasir Gudang.. sekali memang betul pun. On top of that di hujung Mersing pulak tu. Nun di Endau, sempadan Johor-Pahang sana. Seumur hidup tak pernah sampai. Terima kasih Kementerian Pelajaran Msia kerana beri peluang. Hehehehe. Masih bersyukur sebab sekurang kurangnya Endau masih dalam Johor. Walaupun, masa yang diambil dari BP nak ke Endau kalau menaiki bas boleh mencecah sampai 6 hingga 7 jam (kes naik bas bersambung sambung), tapi itu semua jadi kenangan kot untuk aku. Kalau drive sendiri naik kereta adalah dalam 3 hingga 3.5 jam. Sebut pasal perjalanan dari BP ke Endau Mersing ni, macam macam kot kenangan aku. Yang naik bas berjam jam tu satu (masa tu tak ada kereta lagi, sobs). Tunggu bas ting tong tak sampai sampai lalu gamble terima pelawaan strangers untuk tumpang kereta ke Mersing. Naik teksi kena caj RM50 dari Mersing ke Endau. Drive sorang diri melalui hutan dan felda dikala maghrib dan malam (ni kes malas nak bersiap dan malas nak balik.tu yg jadi lewat). Tapi yang paling win ialah tersekat dalam banjir on the way nak balik BP lalu terpaksa bermalam di tepi jalan. Na honja! Tapi ada ramai lagi la mangsa banjir yang sama sama terperangkap. Wah macam boleh buat modal tulis novel je, huhu. (Melalut lagi..tsk)

5 tahun aku mengajar di Endau, akhirnya pada 2013 aku berjaya berpindah balik ke Batu Pahat.

So far, pengalaman di Endau banyak bantu aku untuk jadi seorang guru. Sangat berterima kasih pada pensyarah pensyarah di maktab perguruan dulu. Pesan mereka, bila sampai di sekolah nanti jangan sesekali menolak bila diberi sebarang tugas. Terima dengan rela. Buat dengan sepenuh hati. Sebab... awak semua perlu sedar diri.. tak semua orang suka guru KPLI (ye, aku produk KPLI). Tunjukkan dan buktikan yang awak semua guru berkualiti. Bukan guru terdesak yang pilih untuk jadi cikgu sebab tak dapat cari kerja lain.

Hehe menusuk kan? Aku la, yang tertusuk di hatinya.

So atas pesanan keramat tu, aku memang langsung tak tolak semua tugas yang aku dapat. Tak tau, belajar. Tak reti, cuba juga. Tak puas hati, bebel lah dalam hati lepas tu simpan kemas kemas, dalam hati juga. Buang yang negatif. Serap yang positif. Jangan merajuk. Melawan! Hehehe tapi melawan dengan cara yang sopan lah.

Walaupun aku rasa penat gilaaaaaa. Especially tahun pertama dan kedua. Akhirnya sikit sikit aku kumpul ilmu kot. Dari cikgu yang tak tau apa apa pasal mengajar tahun 6, zero knowledge in handling the panel as a head of panel  (baru datang terus dilantik jadi ketua panitia huhu) dan bermacam macam lagi lah tugas (sebab aku punya moto terimaaaa saja, jgn bantah, kan?) Akhirnya aku jadi sorang cikgu seperti aku hari ini hehe.

Rasa pelik pulak nak describe diri ini seorang yang bagaimana. Aku bukan lah bagus sangat. Tapi aku pun ada pegangan dan aku tau apa yang perlu dibuat. Lebih daripada tu, aku rasa terhutang budi pada interviewers yang luluskan aku dalam temuduga dan ujian untuk jadi cikgu, hampir 10 tahun yang lalu.

Memang, guru bukanlah cita cita aku dari zaman kanak kanak. Jujurnya, aku tak terfikir langsung untuk jadi cikgu sebelum aku mohon KPLI dulu. Sekadar mencuba nasib. Tapi moto aku, kalau buat sesuatu pekerjaan, biarlah bersungguh sungguh dan cuba sebaik mungkin. I don't really have the passion in teaching but I try my best in whatever I should do.

With that, I end my speech now. Hahaha. Awkward je ending. Apapun, selamat ulang tahun mengajar yang ketujuh , Didi.  Buat kerja lillahita'ala..

No comments:

Post a Comment