Thursday, June 08, 2017

2016 Winter Solo Trip - Takayama Day 2; Shirakawago Part 1

Assalamualaikum.

Bersambung kembali cerita trip solo aku di Takayama. Baca cerita hari sebelumnya di sini.

Setelah berfikir berpuluh kali, akhirnya inilah keputusan aku tentang trip ke Shirakawago.
Pegi sendiri. Tak nak follow mana-mana tour.
Naik bas, tiket beli siap-siap dari Malaysia.
Harga tiket bas sehala ialah 2470 Yen. So pegi balik dah jadi 4940 Yen.

Tiket ni aku beli kat sini. Memang kena beli 2 kali sebab 2 perjalanan kan, pergi dan balik.
Kalau nak beli tiket ataupun check tiket yang korang beli dari laman web ni, make sure masuk laman web ni di siang hari. Biasa tengah malam sampai subuh website ni ditutup/under maintenance. Transaksi pakai kredit kad ye.

Sebenarnya, ada option lain. Aku juga boleh follow English Tour yang disediakan oleh J-Hoppers. Aku layak dapat 500 Yen diskaun sebab aku tinggal dekat hostel diorang. Harga untuk half day tour kalau ikut J-Hoppers ialah 4400 Yen round trip. Tu belum tolak diskaun 500 Yen. Maklumat lanjut pasal tour syarikat ni korang boleh baca kat sini.

Perjalanan pergi, aku amik bas pertama pukul 7.50 a.m. Semangat tak? Hahahaha.
Baliknya aku amik bas pukul 2.35 p.m.    
Seperti biasa, tiket print siap-siap dari Malaysia. Print sesiap 2 copies. On top of that, simpan juga tiket tu dalam phone. Aku memang complicated dan paranoid begini. Lagipun, aku sorang-sorang kan.

Seawal 7.30 pagi aku dah duduk dalam stesen bas ni.




Perjalanan adalah selama 50 minit sehala.

Dan aku spend masa kat kampung shirakawago ni lebih kurang 6 jam ye. Hahahaha. Lama tak? Apa je aku buat lama-lama dekat situ?

Sebab aku paham diri aku macam mana lah, aku amik keputusan ni. Ye, aku jenis membelek kalau aku dah suka. Segenap pelusuk kampung ni kot aku terjah. Penat jalan laju-laju, aku jalan slow-slow. Nak bergambar elok-elok saja dah satu hal. Ni jenis amik gambar sampai rasa puas hati (walaupun takde la cantik mana hasil petikan lensa aku, wakakaka).  Selagi tak ok, aku takkan berganjak.

Asalnya kan, masa pergi tu, aku jumpa semula dengan awek Thai yang naik bas sama-sama dengan aku dalam perjalanan Kyoto ke Takayama tu. Awal-awal tu, kami jalan sama-sama berempat (ada sorang lelaki Thai pun join sekali). Seronok juga jalan berkawan-kawan lagi-lagi masa nak cari bas nak ke Shiroyama view point kat atas bukit nun. Tapi lepas tu aku mula rasa rimas sebab macam terikat. Aku dah kata aku ni jenis membelek. So aku lambat nun jauh di belakang, sibuk memotografi entahapahapa. While those Siamese nun jauh dekat depan, bak keretapi ekspres rakyat, sambil tertoleh-toleh mencari aku dekat belakang. Sampai 1 masa, aku menggunakan teknik menghilangkan diri dan akhirnya aku bebas, hehe. Lagipun, budak-budak tu plan nak cari tempat untuk makan sarapan. Apa ajelah makanan yang ada untuk aku kat situ, ye tak? Aku dah siap-siap bawak biskut dan onigiri dalam beg sebenarnya. Sebab dah tau dari awal susah nak cari halal food kat situ. Akhirnya kan, aku tak sentuh langsung bekalan makanan yang aku bawak, dek kerana terlalu excited explore kampung tu.

Tiada bayaran dikenakan untuk masuk kampung ni. Melainkan korang berniat nak masuk open air museum ataupun mana-mana temple / museum.. ada lah bayaran dan tiket masuk. Tapi itu pun optional kan.

Sampai! Cuaca suram. Tapi hatiku berbunga riang.



Biasanya, sampai je orang akan terus cari Shiroyama lookout view untuk tengok pemandangan keseluruhan kampung dari atas bukit.

Yang nak naik ke atas guna bas boleh tunggu dekat sini.
Tempat menunggu bas ni tak jauh dari stesen bas aku diturunkan tadi...

Aku masa ni tertanya-tanya jugak, mana bus stop nya? Sebab tak nampak signboard mesra alam. Kena ringan-ringankan mulut lah bertanya tourist lain. Biasanya tourist yang baru sampai sini akan terpusing-pusing mencari tempat menunggu bas ni.. hehe.

Aku dah tak ingat berapa yen tambang naik mini bas ni. Sorry.. Tapi tak sampai la 1000 yen. Option lain ialah hiking untuk naik ke tempat tu. Ada laluan nya. Aku difahamkan laluan hiking tu akan ditutup kalau salji tebal atau cuaca buruk. Harusss...

View from Shiroyama Lookout point.
Kalau masa autumn dan summer mesti cantik ni.. Masa winter ni pun cantik jugak..

Awek siam itu..

Ni camera woman yang buat bisnes amik gambar (photo express) kat atas ni. Boleh je kalau tak nak beli lepas dia amik dan cuci gambar.. tiada paksaan..Kalau tak nak terlibat terus pun boleh. Cakap ajelah sorry, no thank you =)
Aku terjebak juga membeli hehehehe. Kenangan weh. Belum tau dapat sampai lagi ke tidak..

Adalah dalam setengah jam kami melepak kat atas tu. Agak-agak dah puas hati, kami patah balik dekat tempat menunggu bas mini tadi.

Seterusnya ialah aktiviti explore kawasan kampung ni.
Rumah-rumah di sepanjang jalan utama ialah rumah berpenghuni. Kena senyap dan jangan kepoh sangat, untuk menghormati kawasan kejiranan dorang. Aku ni nak bergambar pun segan-segan. Amik gambar tu okay lagi. Kang buat nya tengah aku berposing tepi pintu/tingkap, tiba-tiba owner buka pintu, kan ke bakal mencetuskan suasana awkward. Dah la dengan tripod bagai huhu. Nak suruh orang amik kan gambar, emm..





Setelah aku memisahkan diri dari  warga Thai tadi, aku jumpa suspension bridge ni. Ye, memang jambatan ini yang aku cari.
Suspension bridge yang merentangi Shokawa River. Seberang sana ialah pintu masuk utama.

Nak tunggu jambatan ni kosong memang idok le. Kalau nampak tourist berjalan dalam group lepas tu ada leader bawa bendera kecil dekat depan sekali, besar kemungkinan itu pelancong dari prc. Nasihat aku, pepandai la adjust bila nak bergambar ye hehe. 

Tak berapa nak ada air.. Aku duduk melepak sekejap kat sini menikmati pemandangan sebelum hari tiba-tiba gerimis. Dah jangan cari pasal nak berhujan, baru hari kedua kat sini.. kesihatan kena jaga! Sebenarnya view dekat sini sangat ohsem.. especially kalau air sungai tu banyak.. aku tengok gambar orang lain waktu summer, autumn atau spring especially.. cantik sesangat!

Ohye, melintasi jambatan ni, akan sampai ke pintu masuk utama kampung Shirakawago ni sebenarnya. Aku ni masuk ikut jalan belakang, sebab bas yang aku naik tu bas ekspress biasa. Aku rasa kalau yang ikut tour agency memang akan sampai ke kawasan ni dulu.. sebab ada banyak tempat parkir untuk bas kat situ. Bas tak boleh masuk ke jalan utama dalam kampung ni tadi.

Lebih banyak rumah dekat side sebelum aku menyeberang ke pintu masuk utama ni. Tapi, aku menyeberang sebab nak pergi open air museum / heritage museum yang ada di seberang sana.

Cerita pasal open air museum ni aku sambung dekat Shirakawago Part 2 ye..

Wassalam. Thanks for reading.

6 comments:

  1. Cik Didi,
    Saya nak tanya. Laluan bas apa yang Cik pilih untuk tiket dari Shirakawago ke Takayama?

    Bulan depan saya akan ke Shirakawago dengan naik bas dari Kanazawa. Tiket yang ini dah setel.

    Yang belum setel, cuma dari Shirakawago saya nak balik ke Takayama pula. Bila tengok laluan bas di web JapanBusOnline tu agak keliru sikit. Tidak ada tiket yang tepat-tepat dari Shirakawago ke Takayama. Jadi adakah saya perlu book tiket dari Shirakawago yang laluannya ke Kanazawa? Adakah sebelum sampai ke Kanazawa bas itu akan singgah berhenti di Takayama? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sangat sebab lewat... Tapi mungkin boleh jadi panduan orang lain.

      Dari Shirakawago nak ke Takayama kena ambil route Kanazawa-Shirakawago-Takayama.

      Anggapkan mcm Shirakawago ni BN pit stop dekat tengah-tengah. Macam tu juga kalau dari Takayama nak ke Shirakawago. Sebenarnya bas tu nak ke Kanazawa tapi berhenti sekejap dekat Shirakawago.

      Well I don't know if they changed the route now, in 2018.. Tapi begitulah yang saya faham bila beli tiket pada 2016 dulu..

      Sekali lagi, maaf ya sebab lewat reply.. saya memang tak aktif ber blog hampit setahun. Ni baru buat comeback. (Ceh!comeback kunun..huhu)

      Delete
  2. Mana part 2 nya awak...Baru nak excited ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai.. INshaAllah akan disambung bila ada kesempatan..

      Delete
  3. kawasan perkampungan yang kecil dan terpencil....tidak rasa kecoh seperti tempat perlancongan lain...rasa dan nampak tenang ajer....terima kasih tolong kongsikan info!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama.. Recommended sangat tempat ni.. Memang tenang-tenang ajaaa..

      Delete