Monday, August 09, 2010

Leave me alone

Salam..
Setuju tak, ayat simple dengan tiga perkataan tu, lain2 maksudnya bila ditambah sedikit tanda baca..

Leave me alone! - sila lah tinggal kan saya sendiri dengan segera..

Leave me alone? - nak tinggalkan saya sorang2 ke?

Leave me alone - tinggalkan saya

Tettttt.. tamat sudah intro.
Sesi meraban bersama cik Dd bermula...

Aku pernah baca entri cik Fida.. pasal kesedihan berpisah dgn housemate.. Pernah juga baca entri my junior, Yus.. pun pasal kesedihan berpisah dgn housemate..

Tak sangka pula, very2 soon, I've got to experience the same case..
Apa lagi,, ditinggalkan housemate la..huhu

Rasanya standard lah kan.. Wanita berkerjaya (ewah!) dalam range umur 25 plus2 yang duduk di rumah sewa, pasti akan mengalami perkara2 sebegini.. Manakan mungkin boleh ditahan2 housemate untuk duduk bersama2 forever n ever.. Dalam meneruskan episod kehidupan ni..

Aku sendiri, awal2 dah mengingatkan minda dan hati supaya bersedia menerima kenyataan.. Tapi bila masanya sampai, rupanya2 minda dan hati aku ni tewas jugak ek. Laju je air mata aku turun.

Cuma, kes aku lain sikit lah kot dari kes Fida.. Housemate yang dah 2 tahun duduk sebumbung dengan aku, begitu tak sampai hati nak bagitahu aku yang dia nak pindah duduk sendiri, sampai mintak her parents yang bitau aku. Pindah dekat2 sini ajer..uhuk2

Kami bukan bergaduh ye, if any of u think that actually happened.
My housemate just get married for 6 months. Her husband works in KL and occasionally come to Mersing. Paham2 aje lah.

Dan bila datang Mersing ni dorang akan menyewa hotel.. Nak datang umah sewa ni, macam tak manis pulak sebab ada anak dara sorang ni.. huhu
Furthermore, considering our hostel-like-house, bukan setakat husbang dia, family / in-laws nak bertandang pun macam tak seswai.. Kenapa? Nanti lah entri yang bakal menyusul kemudian akan aku kisahkan,hehe.

Dipendekkan cerita, parents housemate aku ni tolong buatkan keputusan untuk dia berpindah keluar. Yelah, bila duduk 1 rumah lain sorang2, boleh la decorate macam rumah org yang dah berkahwin kan.. Ada perabot bagai & yg paling penting anytime husband/in-laws/family dia nak datang, no hal.

Aku paham tu.. aku cukup paham.. Cuma yang aku rasa terkilan sikit, (sebesar zarah kuman je,erk..) Kenapalah ko tak nak bagitau aku sendiri ek kak? Y? It's not like I'll do a petition to prevent u from moving out.

Aku baru sampai dari kampung halaman ni. Parents housemate aku called masa aku kat kampung. Nampaknya housemate aku tiada d rumah. Barang2 masih ada, tapi aku perasaan ada beberapa yang dah dibawa keluar.

Sedih.

P/S - Semenjak 2 menjak ni entri aku ni kisah sedih2 aje ek? I wonder y.. Nak kata PMS rasanya lambat lagi.. erk..

Thursday, July 22, 2010

Calar di hati

Salam..

Aku nak..
Meluah perasaan dalam blog sendiri.

Sedih. Itu yang aku rasa 2-3 jam tadi. Bila aku dengar ada complaint dari parents budak tahun 6 tentang "cikgu yang pilih pilih tuuuuuuuuuu." (cikgu dalam ayat tu merujuk kpd penulis blog ini,ok)

Pilih apa ye?
"Cikgu tu kan pilih-pilih budak yang dia nak ajar.. Kenapa cikgu tu pilih 5 orang je budak untuk ikut kelas tuisyen dia hari cuti baru ni?"

Skrip di atas mungkin terlebih terkurang TAPI YANG PASTI terkurang la.. Aku tak mendengar dari sumber asal.. Kalau macam kuih lapis, sumber tu dah pada lapisan yang ketiga. Aku juga malas untuk menyiasat dan mendengar edisi penuh nya! Aku tak nak aku sakit hati. Sebab aku tau apa yang aku buat.

dan yang paling aku takut kalau aku tau siapa gerangan yang berbunyi, I might not look them in the same way as before.

Kenapa aku buat kelas khusus untuk 5 orang, out of 26 pupils?

Boleh bayangkan, mengajar dalam 1 kelas; ada yang baru nak kenal-kenal huruf.. Ada yang boleh mengeja saja.. Ada yang dah boleh membaca tapi masih ada yang tersasul di sana sini. Ada juga yang boleh membaca dengan lancar, cuma salah menyebut sikit-sikit.
Then, sorang cikgu dalam kelas ni tadi, nak berlari-lari ke kumpulan sana..sini.. ke depan.. ke belakang.. campur dengan karenah mereka lagi..

Well, that's what that teacher did.. For the last 2 years.
Its OK..That's what a teacher is.

Tu semua analogi saja. Aku bukan la seorang cikgu BM. Mengajar bahasa juga.. tapi bahasa asing. Lepas tu menggalas beban di 1 badan (bukan di bahu saja~~) untuk pastikan at least 5 pupils will score A in this subject.

Memang lah, kepala 5 orang yang dah pihak pentadbir sekolah nobatkan sebagai calon straight a's ni tadi tak sama dengan kepala students yang lain. Selama ni aku mengajar saja.. Tutup sebelah mata walaupun aku tau,
bila ajar benda yang high level.. yang lain ternganga2..
bila ajar benda yang mudah atau pun ulang-ulang yang OK tadi bosan..

Tak puas hati, datang jumpa cikgu sendiri bertanya. Bukan bercerita di belakang begini.
Aku ni, sentiasa ikhlas mengajar 26 orang anak murid aku yang nak ambil periksa besarrr nih. Tak sorang pun terlepas dari doa sang cikgu yang serba kekurangan ni. Tapi, berdepan dengan situasi tak berapa nak best sebegini..

Menambah lagi calar di hati...

Thursday, July 15, 2010

Kesakitan yang tak terperi...

Salam.
Dah 2-3 bulan aku mengalami sakit2 kaki kat bahagian pergelangan. Tapi biasalah, berlagak macho dan tahan ajer sakit tu..

Cuma semenjak 2 menjak ni makin sakit pulak aku rasa.. and considering the current trend (huhu!!) kat sekolah aku skang, kena berkasut sepatu dan bertumit tinggi.. awwww.. maka bertambah2 la letih kaki ku nak menampung berat aku sebanyak xx kilo itu... Lepas tu, memang lah rasa tension sebab kena turun padang dalam keadaan kaki ko sakit begitu.. (Aku kan cikgu PJ tak bertauliah)

***bukan current trend, tapi our new headmistress encourage us to wear the heels..

Untuk mengurangkan sakit di kaki, maka petang tadi aku request sorang akak tukang urut dekat2 kawasan umah aku ni datang, untuk mengubat kaki..

Aku bagitau dia kaki aku terseliuh, kat area2 pergelangan kaki..

Sekali dia urut, tuuuu diaaaa.. bukan terseliuh ok? urat aku masuk angin.. ada biji2 angin dalam urat.. so menyebabkan darah dalam urat tak berjalan dengan lancar.. memang sakit oh!!... rasa nak terkencing2 aku tadi. Tapi tak la terkencing kan. Disebabkan akak ni bawak anak dara dia, so aku agak segan2 ayam la nak mengaduh2 sangat.. Daripada duduk penuh tertib, terus hilang kesopanan dan kesusilaan duduk aku tadi.. Aku rasa memang aku kaya facial expression tadi.

Daripada pengalaman petang tadi, I have to consider massaging my legs/body constantly. Last aku berurut bulan 3 hari tu. Now bulan 7 dah rasa sakit semula..

Is this what we call

AGEING?
...

Moral of the story: Cubalah berurut kawan2! while and after effect dia memang best!! hehehe. Ada berani???

Friday, July 02, 2010

Yang berduri..

Di luar berduri..
Di dalam berisi..

Musim durian datang lagi..

Walaupun tidaklah kata aku menanti-nanti..

Tapi rupanya sekali makan tak cukup pula sebiji..

Hehe.. Selalunya aku wat dono je bila tiba musim raja buah ni. Setakat jamah 1-2 ulas cukup. Tapi kali ni siap mengidam plak.

Sapa kata orang mengandung je boleh mengidam haaa...

Mana lah nak puas makan. Buah durian dari rumah nenek aku makin lama makin mengecil yooo saiz nya.. Kata nenek aku mungkin terlebey asid.. Lembu-lembu pakcik aku gemarrr menjadikan bawah pokok durian tu sebagai jamban..

So, bukan aku sorang je la yang mengidam.. family aku pun sama. Tak puas makan kununnya, hehehe.. Seminggu dua ni aku menjalankan misi merisik penjual durian kampung dalam felda tempat aku mengajar.. Habis rumah nenek student aku, aku redah huhu.. Adalah sikit aku dapat.. Mengaruk baunya tu ha dalam bonet kereta aku.. Mesti pening makcik tuan umah aku.. Tempat dia n familynya melepak adalah di tepi tempat parking kereta aku, OK.. Huhu nasiblah.. Dorang pun reti jugakkan beli-beli durian.. Dah namanya musim durian.. Memang lah berbau durian...

Esok awal-awal pagi, JLL 3092 bakal meredah kedinginan pagi dengan membawa aroma
...
.....
deghoyan!