Sunday, August 15, 2010

Berderak... ke Pekan

Salam..
Selamat menunaikan ibadah puasa untuk hari yang ke 5..

Weekend yang baru lepas ni, aku berjalan2 ke Pekan, Pahang. Tak tau angin apa yang melanda, sebab biasanya aku amat liat sekali bab2 bertandang ke rumah orang ni. Agaknya sebab teringin nak tengok2 tempat orang kot. Sementara ada kat Endau ni, panjang2 kan lah kaki mu itu untuk berjalan2 okeh.. itupun kalau kena dengan masanya lah.. Patutnya hari Sabtu ni aku ada tuisyen.. tapi aku suka suki cancel kan.. Cuti awal puasa bebaru ni aku dah buat apa.. Nak jugak release tension kan.. Eh, tension ke? hehehe

Aku stay kat umah x-coursemate (KPLI 2007-2008)@ SK Padang Rumbia, Pekan, Pahang.. Uiks.. tido sekolah? Yelah, member ni duduk dalam kuarters. Rindu plak feeling dok dalam kuarters macam dulu2.

Aku stay tak lama.. pegi petang Jumaat, petang Sabtu dah balik. Aku nak kena kemas rumah n buat pengurusan diri jugak kan.. Paling tidak pun kemas kain2 yang dah dibasuh tu.

So ini antara gambar2 yang sempat aku snap guna kamera handphone aku.. Kamera handphone je... Tak koser noks nak bawak digital kamera skang ni..muahahaha..

Pemandangan dari jauh. kuarters guru SK Pdg. Rumbia


Kompleks Kg. Budaya Pulau Keladi.. ingat ada lah apa2 yang menarik..tapi x de apapun.


Pusat Tenun Pulau Keladi.. tgk dr luar je..mcm x terima pengunjung aje pun.


Masjid apa ek.. carik2 nama tak perasan.. Yang pasti masjid ni betul2 sebelah simpang ke Pantai Timur..


Masjid Sultan Abu Bakar


Tepian Sungai Pahang




Dalam perjalanan pulang, singgah gerai2 ni.. Memang dah niat masa pergi semalamnya, nak singgah sini.. Cambest je tengok nanas terletak kat gerai2 tu..

Dan memang cambest jugak tengok sebijik nanas terletak (ke.. tersadai? uhuk2!) kat dapur aku.. Nak masak apa ek? Puas pikir tak jumpa lagi selera..

Wednesday, August 11, 2010

Jangan jadikan ia alasan...

Salam..
Selamat datang Ramadhan al mubarak..

Menunaikan ibadah ini, sudah melewati tahun ketiga di Endau & tahun ke-13 di perantauan. Hehe perantauan lah sangat..
Perantauan lah tu, luar dari daerah kampung halaman..

Walaupun belum officially bujang trang ting tong, tapi boleh lah dianggap begitu mulai 1 Ramadhan 1431 ni.. Takpe lah Dd, bukan kah selama ni pun, even ko ada housemate tapi ko memang bersahur sorang2.. x-osmet aku ni tak suka makan bersahur awal2 pagi.. Kalau ada dia ke dapur pun, just minum air & tengok aku makan sajork.. Aku? Definitely need to bersahur, hokeh?

(Kamus aku sendiri; bujang trang ting tong = bujang yang duduk sorang2..uhuk3)

Memandangkan ni hari pertama, maka keberiyaan aku agak terserlah, huhu.. Jangan jadikan alasan duduk bersendirian untuk tidak bersahur beriya, OK?? Muahahaha..
[Perlu menggembirakan hati & diri, hokeh? Duduk sorang2 ni ko ingat tak sedih ke? tsk..tsk..]

Ko tengok la nanti, masuk minggu ke-2, 3 & 4.. Macam mana tahap keberiyaan bersahur aku..

Ini lah lauk pauk orang bujang trang ting tong..

Monday, August 09, 2010

Leave me alone

Salam..
Setuju tak, ayat simple dengan tiga perkataan tu, lain2 maksudnya bila ditambah sedikit tanda baca..

Leave me alone! - sila lah tinggal kan saya sendiri dengan segera..

Leave me alone? - nak tinggalkan saya sorang2 ke?

Leave me alone - tinggalkan saya

Tettttt.. tamat sudah intro.
Sesi meraban bersama cik Dd bermula...

Aku pernah baca entri cik Fida.. pasal kesedihan berpisah dgn housemate.. Pernah juga baca entri my junior, Yus.. pun pasal kesedihan berpisah dgn housemate..

Tak sangka pula, very2 soon, I've got to experience the same case..
Apa lagi,, ditinggalkan housemate la..huhu

Rasanya standard lah kan.. Wanita berkerjaya (ewah!) dalam range umur 25 plus2 yang duduk di rumah sewa, pasti akan mengalami perkara2 sebegini.. Manakan mungkin boleh ditahan2 housemate untuk duduk bersama2 forever n ever.. Dalam meneruskan episod kehidupan ni..

Aku sendiri, awal2 dah mengingatkan minda dan hati supaya bersedia menerima kenyataan.. Tapi bila masanya sampai, rupanya2 minda dan hati aku ni tewas jugak ek. Laju je air mata aku turun.

Cuma, kes aku lain sikit lah kot dari kes Fida.. Housemate yang dah 2 tahun duduk sebumbung dengan aku, begitu tak sampai hati nak bagitahu aku yang dia nak pindah duduk sendiri, sampai mintak her parents yang bitau aku. Pindah dekat2 sini ajer..uhuk2

Kami bukan bergaduh ye, if any of u think that actually happened.
My housemate just get married for 6 months. Her husband works in KL and occasionally come to Mersing. Paham2 aje lah.

Dan bila datang Mersing ni dorang akan menyewa hotel.. Nak datang umah sewa ni, macam tak manis pulak sebab ada anak dara sorang ni.. huhu
Furthermore, considering our hostel-like-house, bukan setakat husbang dia, family / in-laws nak bertandang pun macam tak seswai.. Kenapa? Nanti lah entri yang bakal menyusul kemudian akan aku kisahkan,hehe.

Dipendekkan cerita, parents housemate aku ni tolong buatkan keputusan untuk dia berpindah keluar. Yelah, bila duduk 1 rumah lain sorang2, boleh la decorate macam rumah org yang dah berkahwin kan.. Ada perabot bagai & yg paling penting anytime husband/in-laws/family dia nak datang, no hal.

Aku paham tu.. aku cukup paham.. Cuma yang aku rasa terkilan sikit, (sebesar zarah kuman je,erk..) Kenapalah ko tak nak bagitau aku sendiri ek kak? Y? It's not like I'll do a petition to prevent u from moving out.

Aku baru sampai dari kampung halaman ni. Parents housemate aku called masa aku kat kampung. Nampaknya housemate aku tiada d rumah. Barang2 masih ada, tapi aku perasaan ada beberapa yang dah dibawa keluar.

Sedih.

P/S - Semenjak 2 menjak ni entri aku ni kisah sedih2 aje ek? I wonder y.. Nak kata PMS rasanya lambat lagi.. erk..

Thursday, July 22, 2010

Calar di hati

Salam..

Aku nak..
Meluah perasaan dalam blog sendiri.

Sedih. Itu yang aku rasa 2-3 jam tadi. Bila aku dengar ada complaint dari parents budak tahun 6 tentang "cikgu yang pilih pilih tuuuuuuuuuu." (cikgu dalam ayat tu merujuk kpd penulis blog ini,ok)

Pilih apa ye?
"Cikgu tu kan pilih-pilih budak yang dia nak ajar.. Kenapa cikgu tu pilih 5 orang je budak untuk ikut kelas tuisyen dia hari cuti baru ni?"

Skrip di atas mungkin terlebih terkurang TAPI YANG PASTI terkurang la.. Aku tak mendengar dari sumber asal.. Kalau macam kuih lapis, sumber tu dah pada lapisan yang ketiga. Aku juga malas untuk menyiasat dan mendengar edisi penuh nya! Aku tak nak aku sakit hati. Sebab aku tau apa yang aku buat.

dan yang paling aku takut kalau aku tau siapa gerangan yang berbunyi, I might not look them in the same way as before.

Kenapa aku buat kelas khusus untuk 5 orang, out of 26 pupils?

Boleh bayangkan, mengajar dalam 1 kelas; ada yang baru nak kenal-kenal huruf.. Ada yang boleh mengeja saja.. Ada yang dah boleh membaca tapi masih ada yang tersasul di sana sini. Ada juga yang boleh membaca dengan lancar, cuma salah menyebut sikit-sikit.
Then, sorang cikgu dalam kelas ni tadi, nak berlari-lari ke kumpulan sana..sini.. ke depan.. ke belakang.. campur dengan karenah mereka lagi..

Well, that's what that teacher did.. For the last 2 years.
Its OK..That's what a teacher is.

Tu semua analogi saja. Aku bukan la seorang cikgu BM. Mengajar bahasa juga.. tapi bahasa asing. Lepas tu menggalas beban di 1 badan (bukan di bahu saja~~) untuk pastikan at least 5 pupils will score A in this subject.

Memang lah, kepala 5 orang yang dah pihak pentadbir sekolah nobatkan sebagai calon straight a's ni tadi tak sama dengan kepala students yang lain. Selama ni aku mengajar saja.. Tutup sebelah mata walaupun aku tau,
bila ajar benda yang high level.. yang lain ternganga2..
bila ajar benda yang mudah atau pun ulang-ulang yang OK tadi bosan..

Tak puas hati, datang jumpa cikgu sendiri bertanya. Bukan bercerita di belakang begini.
Aku ni, sentiasa ikhlas mengajar 26 orang anak murid aku yang nak ambil periksa besarrr nih. Tak sorang pun terlepas dari doa sang cikgu yang serba kekurangan ni. Tapi, berdepan dengan situasi tak berapa nak best sebegini..

Menambah lagi calar di hati...