Thursday, October 06, 2011

Mengenang kesusahan lalu

Bila aku imbas-imbas balik, aku pernah melalui 1 kehidupan yang agak menyedihkan.

Lepas je habis UIA, aku dan beberapa rakan pakat-pakat menyewa kat Taman Melati, Gombak.
Rumah-rumah flat kat tepi Terminal Putra Gombak tu.

Tak banyak sangat memori yang aku ingat, cuma:
  • rumah tu kat tingkat 5, atas sekali.
  • menyewa 5 orang masa tu
  • tangga nak naik rumah tu busuk dan kotor
  • sewa murah je, tapi as a jobless person terasa jugakla.. masa tu baru nak cari2 keje
  • perabot memang takde. sorang housemate tu bawak tv & dapur. dapat jugak la tengok tv.
  • paling sedehh, hari mula-mula masuk, tido ramai-ramai atas kain yang dibentang atas simen. daif betul =(
  • takde almari baju. baju dok berlipat dalam beg baju + beg plastik. huhuh sedehh lagi.
  • makanan pun masa tu ala-ala kadar je
  • bila sidai baju basah, selalu je terjatuh ke bawah.
tak best, tak best, tak best

********Pengalaman best pun ada.. Nanti kat lain entri =) ********

Apapun, itu pengalaman pertama menyewa. Cam naif + blur2 je masa tu.
Disebabkan pengalaman itu juga, aku jadi sangat selektif dalam memilih housemate.

Frasa 'Rumahku Syurgaku' tu,  memang betul kan? Untuk orang bekerja, lepas separuh hari berdepan dengan pelbagai karenah manusia+masalah+cabaran+pancaroba, rumah adalah tempat yang kita harap boleh berehat dengan baik, tenang & aman.

Sebab tu kita berusaha jadikan rumah kita 1 tempat yang best. Ikut selera masing-masing la, of course ^^

Wednesday, October 05, 2011

Kenapa mesti drama luar? Why? Why? (Edisi K Drama)

Aku suka tengok drama luar.
Korea, Jepun, Taiwan & Siam (kekadang).
Indon, dah lama aku tak tengok. Tapi dulu-dulu layan jugak la. Cuma aku pasan, citer Indon ni level of suspens dia cam overr sikit. Especially tang sound effect. Pastu suka je nak tunjuk iklan tengah-tengah saat yang genting. Lagi, time-time genting tu messsti nak tayang muka 2 watak berselang seli sambil keluar muzik yang suspens gitu. Padahal yang menengok kat umah ni rasa macam nak gigit-gigit je bantal sebab nak tau apa jadi selanjutnya. Ceh. Sebenarnya penonton ni yang tak reti bersabar.

Kenapa pilih drama korea (K drama)
-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-
#Mula-mula sekali,, sebab pelakonnya. Kalau pelakonnya memang pernah disukai b'coz of his/her previous projects, sangat besar kemungkinan untuk aku pilih & download..seterusnya.. tengok.

#Again, beautiful insert/ending/theme song
Memang melodinya indah-indah dan enak sekali didengar ya!

#Senang nak cari kat internet
er. Seriously, memang senang nak cari k drama kat internet.
Nak streaming?
Nak download? Saiz besar with High Density? Saiz besar with medium quality? or the medium size ones?

#Picturesque scenes
Memang nature drama korea kot, dorang suka menonjolkan keindahan negara dorang. Sambil menghiburkan penonton, sambil promote tempat-tempat pelancongan kan. & ianya memang 1 langkah yang sangat-sangat menarik. Sebab dah ramai yang tertarik & sedang ditarik..

*** Tapi nak cakap pasal drama korea ni, ada je yang tak bestnya. Muka yang hensem dan cantik tak semestinya melambangkan cerita itu best ye. Yang paling penting, chemistry antara pelakon-pelakon + jalan cerita yang tak stereotype, plus penghayatan watak yang baik. Ada je drama yang aku dah habis download tapi bila start tengok 1,2,3, episodes, last-last zzzzz... Duduk le diam-diam dalam hard disk nuu. Tak delete sebab tak sampai hati, so bila hati dah sampai kang, pasrah aje la men delete.

Ok, itu antara sebab kenapa drama korea menjadi pilihan.

Tuesday, October 04, 2011

Kenapa mesti drama luar? Why? Why? (Edisi J Dorama)

Aku suka tengok drama luar.
Korea, Jepun, Taiwan & Siam (kekadang).
Indon, dah lama aku tak tengok. Tapi dulu-dulu layan jugak la. Cuma aku pasan, citer Indon ni level of suspens dia cam overr sikit. Especially tang sound effect. Pastu suka je nak tunjuk iklan tengah-tengah saat yang genting. Lagi, time-time genting tu messsti nak tayang muka 2 watak berselang seli sambil keluar muzik yang suspens gitu. Padahal yang menengok kat umah ni rasa macam nak gigit-gigit je bantal sebab nak tau apa jadi selanjutnya. Ceh. Sebenarnya penonton ni yang tak reti bersabar.

Kenapa pilih drama jepun
-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.
#Masa tayangan yang tidak lama.
Paling pendek dlm setengah jam. paling lama dalam 45 minit (average)

#Very informative.
Biasa, sambil menonton  J Dorama ni secara tak langsung kita akan didedahkan dengan pelbagai info pasal isu utama dalam drama tu. Memang ada drama yang macam tahpape, macam tak ada motif je, rasa nak tengok sekali je, tapi masih boleh dicari apa nilai-nilai yang dorang nak sampaikan. Tapi jenis yang aku suka ni, yang menghiburkan sambil secara tak langsung bagi kita ilmu.
Cth:
Drama IS~ Onna Demo Otoko Demo 
IS=Intersexual=pondan/khunsa. Diorang mengupas permasalahan masyarakat setempat menerima golongan khunsa ni. Tapi takde pun sampai ada adegan x-rated / 18SX. Sweet-sweet aje. Watak utama adalah remaja & kisah berkisar antara diorang serta keluarga diorang.
Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah beberapa fakta tentang kejadian IS ni. Ada beberapa jenis IS. Berapa nisbah kejadian IS ni boleh terjadi dalam dunia ni. Info-info sebegini, kalau nak harap aku tiba-tiba google,, memang TIDAK la  kan. So, macam aku cakap tadi, sambil menonton, sambil menimba pengetahuan. Sambil mencuci mata juga (ye. sebab ada part sedih. aku kan kaya jiwa. mudah menangis.) 
P/s-Aku tak tengok lagi filem kita ... dalam botol, so tak boleh nak bagi review. Filem ni pun pasal pondan kan. Mind you, aku dah lama simpan movie tu, amik dari member, tapi sampai sekarang takde keinginan nak tengok.  pftt.. 


Drama Code Blue
Ala-ala drama omputeh E.R. Tengok drama ni agak ngeri sebab setiap episod mesti ada adegan berdarah tapi ada diselitkan penerangan perubatan yang mudah & boleh difahami. 
Tengok drama ni juga membuatkan aku psycho rasa sana sakit sini sakit. Padahal tak de apa pun huhuh.

& banyak lagi drama-drama lain. Penat pulak nak taip.

#Very realistic
Jarang-jarang aku jumpa drama yang satu keluarga adalah keluarga korporat. Bapak mewarisi syarikat dari datuk. Then anak sesama anak bertelingkah nak take over company. Pfftt. Buhsan ok.
Memang ada insan yang dilahiran dalam keluarga kaya raya dengan corporate lifestyle. Tapi mana lagi ramai. Orang biasa-biasa kan.

#Creative
Kalau memang jalan ceritanya berunsurkan ketidaklogikan, takpelah, we take it as being creative. Macam citer kita pun ada jugak tang ketidaklogikan kan? Buku bercakap la (Hikayat Putera Syazlan), drama-drama melayu petang-petang 4.30-5.30 yang folfolerr tak lama dulu tu pun banyak je,,, yang sekali fikir memang macam tak logik.
Tapi ketidaklogikan drama jepun ni disusun sebegitu rupa sampai kita boleh menerimanya.
Cth:
Drama Jin
Seorang doktor pakar bedah yang tension & selalu menyalahkan diri akibat kematian girlfend nya. Nak dijadikan cerita, dia terkembali ke zaman silam & bertemu semula gilfriend dia. Silam=purba. Zaman samurai-samurai dok pakai kimono dan perempuan jalan kepit-kepit tu. Sebab lelaki tadi ada pengetahuan sebagai doktor, so dia cuba membantu mengubati penyakit orang-orang zaman tu. Bayangkan, dia operate orang di zaman silam tu guna alat macam tukul, pemahat je.. (tak logik, tapi kreatif)  

#Beautiful  Insert / Ending / Theme Song (OST)
Setiap drama akan datang dengan beberapa lagu. Part lagu ni, pada aku, kalau nak minat tu dipengaruhi oleh beberapa sebab. Kalau dah 8 episod dok dengar lagu tu, dengan mood dah suka drama tu, ofkos la kita akan sukaaaa dengan lagu-lagu yang ada dalam drama. Lagi satu, lagu-lagu tu kalau kita cari translation nya, lirik tu memang ada kaitan dengan jalan cerita. Bukan la main hentam kromo semata amik lagu artis sana sini. Unik gitu.
P/s-Ada je drama kita yang amik soundtrack dari drama korea/jepun kan. Yang cedok dari Anime Naruto dari Jepun tu pun ada. Aku tak tau la nak kata itu salah atau betul. Tapi, first impression aku, 
bila dengar tu aku rasa macam something is not right. Please la. Amik OST Naruto tu.

OK itu adalah antara beberapa sebab kenapa aku jatuh tangga dan setia menonton drama jepun.

Fakta penting: Bukan la hari-hari mesti mau/wajib tonton drama jepun ye. Aku pun manusia biasa dan normal & bukan alien. Di hari-hari busy aku juga pandai tidak bernafsu pada sebarang hiburan, baik di tv mahupun komputer.
Di hari-hari biasa yang lain aku bukak juga pelbagai saluran TV yang awam & berbayar. Cuma aku perasan, susah untuk aku duduk statik / diam-diam tengok drama kita. Tapi bukan lah bermaksud tak ada.
Sekarang ni aku follow jugak drama Soffiya kat TV3. Jalan cerita menarik, tak meleret. Lakonan pun mantop. Tinggal lagi  waktu tayangan je spoil. Tak boleh ke tukar petang-petang. Sekarang maghrib dan isya' masuk awal. Kata citer best,, tapi waktu tayangan pulak macam tak sensitif.

Monday, October 03, 2011

Saya nak pergi Korea!

http://therotikacang.blogspot.com/
http://jomlawatkorea.blogspot.com/
http://ppmkonline.net/tnt/
http://jelajahkorea.blogspot.com/

Semua di atas adalah laman web yang dibangunkan oleh pelajar-pelajar Malaysia yang sedang belajar di Korea sekarang. Pelajar-pelajar ni buat part time dengan membantu rakyat M'sia yang nak travel ke sana. Kiranya, dah tak payah guna khidmat agensi pelancongan yang katanya..  agak mahal. Err,, aku tak pasti tentang itu sebab tak pernah tau/menyiasat. Berbalik pada kisah student tadi, diorang la yang akan amik pelancong dari airport, bawak ke tempat penginapan (yang diorang dah booked ahead), ajar pelancong macam mana nak travel guna public transport kat sana, membantu dalam proses tawar-menawar waktu membeli belah (dorang fasih berbahasa Korea),  & ofkos yang paling penting jadi tourist guide di sana. Menarik kan.

Ongkos. Mahal ke?
Yang pasti, bila aku calculate2, tambang pegi-balik, kos pakej berjalan di sana (yang students tu uruskan) & duit belanja, boleh tahan laa mahalnya huhuhu..

So, resolusi terkini aku ialah untuk menyimpan wang untuk ke sana.
Ye, kenapa tidak melancong. Buat umrah dan haji pun termasuk dalam my wish list juga.

Er,, siapa nak gi melancong, ajaklah aku sekali ye ^^

Jom kita jamu mata dengan gambar-gambar places of interest in Korea sana,,
Nami Island (tempat penggambaran Winter Sonata)


Seoul Tower


Cheonggyecheon Stream
(sungai bersih-jernih-crystal-clear-siap-ada-ikan-berenang yang mengalir di tengah-tengah kota Seoul) ..best nya..

National Folk Museum of Korea

Gyeongbok Palace

Everland Korea


 Korea Lotte World Theme Park


 Korea Blue House


Updated:
=-=-=-=-
24 May 2012, Thursday
We bought the tickets. Lepas huru hara sekejap sebab harga tiket untuk hari yang dah lamaaaaa kami aim, naik. Naik dengan banyak ye..