Tuesday, October 04, 2011

Kenapa mesti drama luar? Why? Why? (Edisi J Dorama)

Aku suka tengok drama luar.
Korea, Jepun, Taiwan & Siam (kekadang).
Indon, dah lama aku tak tengok. Tapi dulu-dulu layan jugak la. Cuma aku pasan, citer Indon ni level of suspens dia cam overr sikit. Especially tang sound effect. Pastu suka je nak tunjuk iklan tengah-tengah saat yang genting. Lagi, time-time genting tu messsti nak tayang muka 2 watak berselang seli sambil keluar muzik yang suspens gitu. Padahal yang menengok kat umah ni rasa macam nak gigit-gigit je bantal sebab nak tau apa jadi selanjutnya. Ceh. Sebenarnya penonton ni yang tak reti bersabar.

Kenapa pilih drama jepun
-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.
#Masa tayangan yang tidak lama.
Paling pendek dlm setengah jam. paling lama dalam 45 minit (average)

#Very informative.
Biasa, sambil menonton  J Dorama ni secara tak langsung kita akan didedahkan dengan pelbagai info pasal isu utama dalam drama tu. Memang ada drama yang macam tahpape, macam tak ada motif je, rasa nak tengok sekali je, tapi masih boleh dicari apa nilai-nilai yang dorang nak sampaikan. Tapi jenis yang aku suka ni, yang menghiburkan sambil secara tak langsung bagi kita ilmu.
Cth:
Drama IS~ Onna Demo Otoko Demo 
IS=Intersexual=pondan/khunsa. Diorang mengupas permasalahan masyarakat setempat menerima golongan khunsa ni. Tapi takde pun sampai ada adegan x-rated / 18SX. Sweet-sweet aje. Watak utama adalah remaja & kisah berkisar antara diorang serta keluarga diorang.
Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah beberapa fakta tentang kejadian IS ni. Ada beberapa jenis IS. Berapa nisbah kejadian IS ni boleh terjadi dalam dunia ni. Info-info sebegini, kalau nak harap aku tiba-tiba google,, memang TIDAK la  kan. So, macam aku cakap tadi, sambil menonton, sambil menimba pengetahuan. Sambil mencuci mata juga (ye. sebab ada part sedih. aku kan kaya jiwa. mudah menangis.) 
P/s-Aku tak tengok lagi filem kita ... dalam botol, so tak boleh nak bagi review. Filem ni pun pasal pondan kan. Mind you, aku dah lama simpan movie tu, amik dari member, tapi sampai sekarang takde keinginan nak tengok.  pftt.. 


Drama Code Blue
Ala-ala drama omputeh E.R. Tengok drama ni agak ngeri sebab setiap episod mesti ada adegan berdarah tapi ada diselitkan penerangan perubatan yang mudah & boleh difahami. 
Tengok drama ni juga membuatkan aku psycho rasa sana sakit sini sakit. Padahal tak de apa pun huhuh.

& banyak lagi drama-drama lain. Penat pulak nak taip.

#Very realistic
Jarang-jarang aku jumpa drama yang satu keluarga adalah keluarga korporat. Bapak mewarisi syarikat dari datuk. Then anak sesama anak bertelingkah nak take over company. Pfftt. Buhsan ok.
Memang ada insan yang dilahiran dalam keluarga kaya raya dengan corporate lifestyle. Tapi mana lagi ramai. Orang biasa-biasa kan.

#Creative
Kalau memang jalan ceritanya berunsurkan ketidaklogikan, takpelah, we take it as being creative. Macam citer kita pun ada jugak tang ketidaklogikan kan? Buku bercakap la (Hikayat Putera Syazlan), drama-drama melayu petang-petang 4.30-5.30 yang folfolerr tak lama dulu tu pun banyak je,,, yang sekali fikir memang macam tak logik.
Tapi ketidaklogikan drama jepun ni disusun sebegitu rupa sampai kita boleh menerimanya.
Cth:
Drama Jin
Seorang doktor pakar bedah yang tension & selalu menyalahkan diri akibat kematian girlfend nya. Nak dijadikan cerita, dia terkembali ke zaman silam & bertemu semula gilfriend dia. Silam=purba. Zaman samurai-samurai dok pakai kimono dan perempuan jalan kepit-kepit tu. Sebab lelaki tadi ada pengetahuan sebagai doktor, so dia cuba membantu mengubati penyakit orang-orang zaman tu. Bayangkan, dia operate orang di zaman silam tu guna alat macam tukul, pemahat je.. (tak logik, tapi kreatif)  

#Beautiful  Insert / Ending / Theme Song (OST)
Setiap drama akan datang dengan beberapa lagu. Part lagu ni, pada aku, kalau nak minat tu dipengaruhi oleh beberapa sebab. Kalau dah 8 episod dok dengar lagu tu, dengan mood dah suka drama tu, ofkos la kita akan sukaaaa dengan lagu-lagu yang ada dalam drama. Lagi satu, lagu-lagu tu kalau kita cari translation nya, lirik tu memang ada kaitan dengan jalan cerita. Bukan la main hentam kromo semata amik lagu artis sana sini. Unik gitu.
P/s-Ada je drama kita yang amik soundtrack dari drama korea/jepun kan. Yang cedok dari Anime Naruto dari Jepun tu pun ada. Aku tak tau la nak kata itu salah atau betul. Tapi, first impression aku, 
bila dengar tu aku rasa macam something is not right. Please la. Amik OST Naruto tu.

OK itu adalah antara beberapa sebab kenapa aku jatuh tangga dan setia menonton drama jepun.

Fakta penting: Bukan la hari-hari mesti mau/wajib tonton drama jepun ye. Aku pun manusia biasa dan normal & bukan alien. Di hari-hari busy aku juga pandai tidak bernafsu pada sebarang hiburan, baik di tv mahupun komputer.
Di hari-hari biasa yang lain aku bukak juga pelbagai saluran TV yang awam & berbayar. Cuma aku perasan, susah untuk aku duduk statik / diam-diam tengok drama kita. Tapi bukan lah bermaksud tak ada.
Sekarang ni aku follow jugak drama Soffiya kat TV3. Jalan cerita menarik, tak meleret. Lakonan pun mantop. Tinggal lagi  waktu tayangan je spoil. Tak boleh ke tukar petang-petang. Sekarang maghrib dan isya' masuk awal. Kata citer best,, tapi waktu tayangan pulak macam tak sensitif.

No comments:

Post a Comment