Thursday, October 06, 2011

Mengenang kesusahan lalu

Bila aku imbas-imbas balik, aku pernah melalui 1 kehidupan yang agak menyedihkan.

Lepas je habis UIA, aku dan beberapa rakan pakat-pakat menyewa kat Taman Melati, Gombak.
Rumah-rumah flat kat tepi Terminal Putra Gombak tu.

Tak banyak sangat memori yang aku ingat, cuma:
  • rumah tu kat tingkat 5, atas sekali.
  • menyewa 5 orang masa tu
  • tangga nak naik rumah tu busuk dan kotor
  • sewa murah je, tapi as a jobless person terasa jugakla.. masa tu baru nak cari2 keje
  • perabot memang takde. sorang housemate tu bawak tv & dapur. dapat jugak la tengok tv.
  • paling sedehh, hari mula-mula masuk, tido ramai-ramai atas kain yang dibentang atas simen. daif betul =(
  • takde almari baju. baju dok berlipat dalam beg baju + beg plastik. huhuh sedehh lagi.
  • makanan pun masa tu ala-ala kadar je
  • bila sidai baju basah, selalu je terjatuh ke bawah.
tak best, tak best, tak best

********Pengalaman best pun ada.. Nanti kat lain entri =) ********

Apapun, itu pengalaman pertama menyewa. Cam naif + blur2 je masa tu.
Disebabkan pengalaman itu juga, aku jadi sangat selektif dalam memilih housemate.

Frasa 'Rumahku Syurgaku' tu,  memang betul kan? Untuk orang bekerja, lepas separuh hari berdepan dengan pelbagai karenah manusia+masalah+cabaran+pancaroba, rumah adalah tempat yang kita harap boleh berehat dengan baik, tenang & aman.

Sebab tu kita berusaha jadikan rumah kita 1 tempat yang best. Ikut selera masing-masing la, of course ^^

No comments:

Post a Comment