Assalamualaikum
Sambungan kisah di Saigon. Baca kisah hari
pertama.
Oh ye. Aku sempat bersembang-sembang dengan sorang receptionist kat hotel ni. Nama dia Lotus. Nama vietnam dia aku dah tak ingat. Aku kan sorang-sorang, so bila aku cuba beramah mesra dengan orang dan orang tu bagi respon baik,, maka kemungkinan untuk kami bersembang lagi adalah tinggi.. gitu.
Lotus ni receptionist shif malam. Student U, buat part time. Ramah orang nya, tak macam receptionist shift siang. Maybe yang keje siang tu banyak keje compare dengan yang keje malam. Diorang ok je kalau kita tegur, tapi perbualan tu macam terhad la. Ko tanya, aku jawab, dah. Ada apa-apa soalan lain? Gitu,, konsepnya. Kalau si Lotus ni, dia rajin soal aku balik.
Eh melalut sudah. Aku cuma nak cakap, menurut si Lotus ni tadi, diorang rakyat Vietnam prefer nama Saigon dari Ho Chi Minh. Oklah so dalam semua entri aku guna nama Saigon instead of HCM.
Hari kedua, aku plan untuk pegi Mekong Tour. Lepas survey semalam, aku decide untuk tempah tour dari Restoran Basiroh, sebab fikir diorang provide halal food. Mekong Tour ni kira sehari. Dari pagi sampai ke petang. Nak memudahkan urusan makan, aku pilih tour dari diorang je. Harga 20 USD. Kalau yang ditawarkan hotel lain, harga 18USD (tapi no halal food).Pick up point adalah di Restoran Basiroh.
Pukul 7 pagi, aku kena gi restoran untuk sarapan. Janjinya pukul 7.30 pagi bas akan datang ambil.
Masa bersarapan, jumpa lagi dengan family dari JB semalam. Makan-makan dan sembang-sembang lebih kurang, kemudian tak lama tu anak pemilik restoran tu (Aziz nama dia) bagitau bas dah sampai. Oh ye. Sarapan pagi tu ialah sebiji karipap dan murtabak vietnam. Aku order kopi panas juga.
Rezeki aku, dalam bas jumpa 1 family melayu. Mak, bapak dan anak lelaki dari KL. So ada la teman bercakap dan makan.
Bas yang digunakan kecik je. Memang full house la. Ada 26 orang. Pelbagai nasionaliti. Omputeh dan japanese juga. Nak cukupkan ahli-ahli rombongan, dekat sejam jugak ye. Bas berhenti di beberapa hotel untuk ambil pelancong lain.
Oh ye masa kami mula-mula naik bas tu dibekalkan sekali dengan bungkusan makanan. Hanya kami berempat. Sebab non muslim lelain tu makan di restoran kat Mekong sana.
Dalam perjalanan, bas ada singgah kat 1 perhentian untuk yang nak terkucil ke apa. Nampaknya bukan hentian yang biasa aku tengok dalam blog orang lain.. Frust jugak, sebab aku dah aim perhentian tu sebagai cantik. Aku kan suka taman dan deko. Nak lama snap snap foto. Perhentian yang kami singgah tu biasa-biasa je. Aku takde amik apa-apa gambar pun.
Perjalanan ke Sungai Mekong lebih kurang 1 jam setengah macam tu. Aktiviti dalam bas ialah bersembang, tidur, dan mendengar celoteh/info dari tour guide kami. Philip nama dia. Mamat ni suka buat lawak tak kelakar (pada aku).. Tapi lama-lama aku rasa aku paham kenapa dia keep on buat lawak tak kelakar. Mesti sebab dia nak hilangkan rasa nervous dia, hehe. Lagipun kelakar itu adalah subjektif kan. Tak kelakar bagi aku mungkin kelakar bagi orang lain. Lama-lama dengar lawak ni, boleh laaaa. Memang tak kelakar, tapi layankan jew. Senyum kan aje, sudeh. Sempat aku bayangkan, kalau aku ada kat tempat dia, mungkin lebih nervous lagi, huhu. Takpelah, baik jadi cikgu je hehe.
Sampai je di jeti, sekali lagi diberi masa nak ke tandas. Lepas tu bot dah sedia menunggu. Apa lagi jom le naik. Kali terakhir aku naik bot 2 tahun lepas kot, kat Melaka.
Inilah Sungai Mekong yang ku pelajari dari buku teks geografi 1 ketika dulu.. Hehe. Sungai ni merentasi beberapa negara. Vietnam, Laos, Kemboja dan China (Kot. Kalau tak salah).
Bau airnya hamis, hehe.
Dalam perjalanan, hujan gerimis.
Perhentian pertama bot ialah di satu pulau Aku dah tak ingat namanya apa. Philip ada bitau. Tapi since aku duduk bahagian belakang, bot pulak ala-ala open air gitu.. dengan bunyi angin dengan bunyi enjin bot bagai, aku tak berapa nak mendengor sangat apa yang dia cakap, huhu. So, kalau nak penerangan yang jelas, duduk la depan ye..
Aktiviti pertama lepas turun not, melawat kilang memproses produk dari kelapa. Gula-gula kelapa, minyak kelapa dara dan sabun. Buruk je kilangnya. Bukan kilang la kot, aku tengok macam bangsal je. Macam industri kampung kecil-kecilan.
Kat sini, aku beli minyak kelapa dara.
Lepas tu melawat pula sangkar ular sawa. Aku skip part ni sebab aku geli dan takut. Kang termimpi-mimpi kang.
Next is melawat cara pembuatan produk dari beras. Kulit popia dan pelbagai kerepek. Again, tempat pembuatannya macam ala kadar je. Produknya ok. Tapi tang tempat penghasilan tu.. emm.. macam tempat kita main pondok-pondok masa kecik dulu.. gitu.
Kemudian kami dibawa ke restoran untuk makan. Selain kami berempat, orang lain duduk makan berhidang. Aku cam jeles jugak la tengok makanan dorang. Antara lauk yang dihidang ialah ikan besar yang digoreng. Elok je ikan tu berdiri dalam pinggan bila dihidang.
Yang aku confuse sekarang, aku pernah nampak Malaysian lain (dalam instagram) makan duduk berhidang, semeja dengan pelancong lain. Sejibik sejibon ikan tu.. Means, boleh je la kan kalau kami yang muslim pun makan sekali? Sebab lauk kami yang dibekalkan ialah ayam masak sambal dan kacang bonces goreng.
Tapi marilah bersangka baik.. Benda dah lepas pun. Mungkin mereka lebih mengetahuinya. Kenapa kami perlu makan makanan bungkus, bukan makanan yang dihidang tu.
Apapun, syukur sangat sebab ada kak Rin sekeluarga. Kalau tak, aku akan duduk makan sorang-sorang kat 1 meja bulat tu. Wuuuuu. Walaupun aku macam macho gi Saigon sensorang tapi kalau masa makan kat situ bersendirian, entah macam mana rasanya. It's a new level of loneliness for me.
Memang beberapa hari di Saigon, waktu makan aku bersendirian. Makan sorang-sorang tapi di meja lain penuh je orang Malaysia lain. Tapi berseorangan makan di restoran Muslim dengan sorang-sorang makan di surroundings non muslim lain kot. Apapun, syukur pada aturan Allah ini.
Dah makan, ada masa untuk rehat-rehat duduk-duduk kejap, then diberi pilihan jalan-jalan dalam kampung kat situ.. Kampungnya ala-ala di Malaysia jugak.. Nak ikutkan hati aku malas nak meronda.. Tapi sebab family melayu yang aku ikut nak pegi jugak, so marilah ikut.. Betul jugak. Dah sampai kan. Alang kepalang namanya.
Then, kami naik bot semula untuk ke pulau lain. Sorry, nama pulau memang tak ingat (sebenarnya tak amik tau hahaha). Aktiviti seterusnya ialah minum teh dicampur limau kasturi, debunga (pollen) dan madu. Tak lama pun di situ. Duduk, dihidangkan teh, minum. Kalau nak lagi sila lah bancuh. Kemudian diorang promote la madu dan pollen tu. Aku mula-mula macam beminat nak beli madu dan pollen tu. Rasa macam elok sebagai ubat sakit tekak. Tapi pikir pikir pikir iskk tak ke nyusahkan nak hangkut botol madu tu nanti. Ok fine tak yah. Macam kan kat Malaysia tak ada madu ye? (Kataku memujuk diri supaya kensel je niat nak beli).
Selain tu dihidangkan juga produk lain yang dijual di situ seperi kerepek pisang sira, bepang halwa, dan gula-gula.
Kat situ juga diorang tunjuk lebah yang dibela untuk diambil madunya.
Kemudian, dari situ kami dibawa naik sampan menyusuri anak sungai. Empat orang dalam satu sampan. Pendayungnya ada dua orang. Majoriti sudah agak berumur.
|
Pendayung-pendayung sampan |
Antara rumah yang dibina sepanjang anak sungai
Rumah acik yang mendayung sampan yang aku naik
Wajah acik itu
Kasihan pada yang mendayung sampan yang aku naiki. Ibarat sampan terlebih muatan. Aku, dah sememangnya gemuk. Kak Rin dan suaminya pun berbadan besar. Anak diorang pun, boleh tahan besar. Pulak tu semua baru lepas lunch. Erk. Apa nak buat.. hehehe. Lepas tu kami bagi tips untuk acik-acik tu. Kesian.
Aku dengar cerita Kak Rina dan suaminya (kami berempat orang last naik sampan,, sebab diorang tunggu aku yang lewat membeli halwa halia..), ada antara pendayung-pendayung sebelum tu awal-awal give up dan taknak amik diorang sebagai penumpang.. hahahaha. Diorang tak tengok lagi penumpang keempat yang tertinggal kat belakang tu (aku ler!)..
Paling mencabar masa nak turun dari jeti ke dalam sampan. Terpaksa aku duduk dulu untuk menstabilkan diri sebelum hulur kaki ke dalam sampan.. Walaupun hati meronta sebab terpaksa mengotorkan seluar.. Arghhh I don't like ok.
Best jugak naik sampan ni. Walapun macam gayat. Aku merasa jugak mendayung, sebab ada 1 pendayung lebih. Lagipun kesian kat makcik dua orang tu. Confirm, penat bawa kami, huhuhu.Jadi kalau rasa kesian silalah bagi tips kepada mereka ye, seikhlasnya.
Bergilir lah aku dan suami kak Rin mendayung. Entah betul entah tidak. Hentam sajalah labu.
Menurut acik pendayung tu, jarak yang kami lalui adalah dalam 2 kilometer.
Tak banyak gambar selfie di sini. Jangan buat pasal. Kalau jatuh kamera/fon ke Mekong river ni kangggg..
Muka cuak takut henpon / kamera masuk sungai
Sampan berhenti, kami turun, dan dibawa pula duduk di satu tempat. Kat sini aktivitinya ialah minum teh dan makan buah-buahan tempatan sambil mendengar nyanyian wanita-wanita Vietnam yang berpakaian baju tradisional mereka.
Buah-buahan yang dihidangkan ialah ciku, batik, naga, mangga dan rambutan. Pergh dah macam karangan yang budak-budak sekolah rendah buat, bila explain pasal buah-buahan ni kan hehehe. Orang dah hidang, kita makan.. Semua buah-buahan yang kita rakyat Malaysia familiar kan. Jangan, silap-silap buah yang kita makan di sini lebih rare, hehe..Macam bebaru ni tetiba ada cikgu yang bawak buah keranji ke bilik guru, huhuhu.. Merepek sudah.. Konsepnya di sini nak merperkenalkan buah-buahan tropika pada pelancong; agaknya la..
Mamat jepun kat belah kiri tu sebenarnya hensem. Dah macam photobomb plak aku rasa dia dalam pic atas ni wakaka..
Memasing khusyuk mendengan nyanyian yang tak difahami.. bahahahaha. ada satu lagu tu, lagu "Kalau rasa gembira tepuk tangan"
Lepas tu, kami naik semula bot tadi dan kembali ke jeti. Tamatlah sudah Full Day Mekong Tour bernilai 20 USD. Di jeti, sempat aku membeli belah; souvenir berupa keychain, beg dan fridge magnet untuk diri dan kawan-kawan. Kemudian, naik semula bas tadi balik ke hotel.
Dalam perjalanan balik dah takde berhenti, sebelum tu dah diingatkan kalau nak ke tandas sila lah berbuat demikian masa di jeti.
Sungai Mekong dalam kenangan...
Kami sampai di hotel lebih kurang jam 5.30 petang. Aku singgah restoran Basiroh untuk beli murtabak vietnam lagi. Tak puas pulak makan, hehe. Juga secawan kopi ais, yang dibeli dari penjual bermotor. Asik kena tegur je suh beli, so meh secawan. Harga RM3.00 atau 1 USD. Penjual kopi ni merata-rata depan hotel-hotel dekat jalan Nguyen Ahn Ninh ni. Bertenggek je memasing atas moto dengan ayat fofuler, "Kak, kopi kak?"
Tinggal lagi ko larat dengan tak je nak menyedut kopi super pekat ni.
|
Murtabak Vietnam |
|
Kopi Ais Tiga Hengget |
Malamnya, cam biasa.. Lepas solat, gi dinner dan lepas tu ke pasar malam.
Again, di hari kedua aku tak masuk lagi Ben Thanh.
Di malam kedua aku terpedaya lalu membeli bag laptop cantik (pada pandangan aku laaa)
Okay.. Nanti sambung coretan hari ketiga.. Half Day Chu Chi Tunnel.