Tuesday, December 09, 2014

2014 Summer Escape - Day 3, 4 June 2014 (Naksan Park)

Entri hari kedua DDP , Pororo Theme Park, Gosami , Uncle's Toppoki & Ewha Woman Uni


*Entri banyak gambar..*

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Lama bebenau masa yang diambil nak sambung cerita summer escape ni. Nak bercerita tu boleh je. Yang memenatkan ialah nak resize gambar.

Hari ketiga ni dijangka panas sampai ke petang. Ye, memang betul-betul panas pun dan tiada hujan di tengah hari ye.

Awal kami bersiap pagi ni. Sebab plan hari ni agak tough. Penggunaan kaki heavy duty. Cuma harap-harap perasaan penat tu nanti boleh ditipu bila tengok pemandangan yang indah-indah.

Aku yang jakun dengan sistem door lock kat korea. Selalu tengok dalam drama je, hehe.
Tinggal di INSIDE 3 ni memang memanjang pintu berkunci. Sebab tak ada orang tunggu. Memang semata-mata guest sahaja. Gambar ni diambil jam 7.15 a.m. Gila awal pagi ni kami bersiap, hehe.

Kenangan.. jalan nak ke guesthouse INSIDE 3. Kawasan belakang aku berdiri, belok kiri, lalu lorong-lorong kecik, kat lorong tu lah INSIDE 3.


 Kedai ayam, cucurucu barbeque. Lorong sebelah kanan tu jalan masuk nak ke INSIDE 1.

Lorong Cucuruqu tadi..Kalau terus ke belakang tu, jumpa lah dengan Sungkyungkwan University ye.

Destinasi 1 - Naksan Park & Ihwa-dong mural village.
Sepatutnya kami pegi tahun 2012, tapi tak sempat. Padahal Naksan Park ni dah dekat dengan hostel Backpackers INSIDE. Jalan kaki je. Tapi honestly, nak kata dekat sangat tu tidok le juga. Memang terasa la di betis hehehe. Tapi, bila dah dekat Korea kan, aku sendiri hilang punca nak mengukur, jauh macam mana yang dikira jauh? 

Nak ke sini:
=-=-=-=-=-=
Hyehwa Station (Seoul Subway Line 4), Exit 2. Bila keluar dari exit 2, sebelah kanan korang ialah jalan besar.


Route 1:
Bila jumpa Dongsung-gil Street, belok kiri. Jalan terus dalam 200 m, nampak Lock Museum dan belok kiri. jalan lagi dalam 50 m,lepas tu belok kanan masuk ke  Naksan Gongwon-gil Street. Jalan terus mendaki bukit lebih kurang 300m lagi.

Route 2 (route yang kami ikut):
Keluar exit 2 tadi jalan je terus. Jauh la jugak. Keep on walking. Nampak bangunan ni kat sebelah kiri. Cafe rasanya.



Jalan lagi sampai nampak papan tanda menunjukkan naksan park, belok kiri. 
Jumpa ini:

 Jalan terus. Nama jalan ni ialah

Jalan, jalan dan jalan aje lah ye. So basically kat bawah ni aku tunjuk gambar je lah. Macam check point.


Sampai jumpa tangga ni. Memang keje mendaki aje la kat area ni huhu.

Di kiri kanan ialah rumah orang. Tapi dah mula la wall mural kat sini. Serious I'm in love!.


Tanaman orang..

Tak penat sangat sebab naik tangga sambil menikmati pemandangan kan. Cuaca pun baik.

Ok bila sampai sini kan, beware sikit. Bukan apa, untuk yang ke sini untuk cari jejak lokasi penggambaran  drama rooftop prince macam kami, sinilah point penting nya ya.
Pic credit to akuyangsengal.blogspot.com
Pic credit to hellenekoreanindo.blogspot.com

Pic credit to disainarsiteketur.info
Instead of jalan terus naik anak tangga ikan kat belakang tu, korang kena belok kiri. Ingat ya, kiri.. Jalan Naksan-4 (Naksan-4-Gil).
Ni diambil waktu kami nak balik.. dah ramai org..susah nak bergambar dengan background yang kosong

Kesilapan kami ialah jalan terus naik tangga ikan tu dan terus ke atas sampai fortress wall. Then menggagau nak cari Naksan Park. Sampai terpaksa mintak bantuan orang.. Sampai orang tu pun dengan suka rela sama-sama bantu kami cari tempat tu. Bila dah jumpa dan selamat nak balik, ler, rupanya kami sampai ke tempat tadi huhu.

Ok, pada aku adalah agak bijak untuk belek map ni dan rancang mana nak pegi sebelum memulakan eksplorasi. Map ni ada somewhere kat situ. 
 

Mukaku selebar dulang huahua
Lepas tangga ikan ni, tangga bunga ni. Gigih kan diorang tampal batu tu. Tapi cantik.Dan nampak boleh tahan lama. Perasaan aku tu turut sama berbunga-bunga, bahaha. (Sebenarnya penat dah)

Tangga yg aku gelar, tangga 2D1N/tangga Lee Seung Gi
Mission half accomplished!
Seterusnya adalah gambar yang mungkin bosan pada orang lain. Tapi tetaplah menjadi kenangan untuk aku. So. tuan punya blog dah memutuskan untuk letak di sini buat kenangan hehe. Sila skip kalau bosan.


Lepas dari sini, kami buat keputusan untuk berhenti duduk dan makan sarapan. Oh ya pagi tu masa masak sarapan memang siapkan bekal untuk trip ni. Sandwich aje punn.. hehe.

Singgah 1 kedai ahjumma ni. Beli air. Nampak pulak depan kedai dia ada macam kebun kecil, dia tanam salad (ssangchu). Ada pangkin kat bawah pokok blackberry (eh ke mulberi eh aku pun konpius) yang rendang.
Kedai ahjumma itu.. 508 Shop
 Ahjumma tu siap tanya kitorang,, cantik ke kampung dia ni? Ramai orang yang datang..
 Hehehe well..

Kedai dan kebun ni dah kira kat atas bukit dah. Belah kanan tu dah fortress wall nya
.Gerammm je aku tengok sayur ni hehe.

Tandas pun ada bagi yang nak terkucil. Kondisi aku tak pasti, coz tak menyinggah.

Duduk bersantai dengan angin yang bertiup nyaman, pemandangan yang lain dari yang lain..fuhh.

Tengah-tengah duduk makan memang banyak kali buah ni jatuh.
Dah makan, sambung jalan. So inilah Seoul Wall Fortress.

Lepas ni lah bermulanya pencarian lokasi rooftop.. kaki yang dah mula penat makin penat.
Kami approach sorang perempuan ni. Sebab nak approach ahjumma ahjusshi (yang memang banyak berkeliaran di situ, exercise,) takut misscommunication. Nasib ada dia ni.

Nama dia aku dah tak ingat dah, hehe.
Dia pun cikgu gak rupanya. Tak banyak kira, dia cari info thru henfon dia dan dia kata dia pun tak tau, hehehe. Dia pun baru duduk dekat area sini. Tapi dia willingly nak temankan kami mencari sampai jumpa. Reason? Dia pun tak tau tempat tu wujud (dan dia tak pernah tengok pun drama Rooftop Prince tu hehehe)

Aku sempat tanya apa dia buat kat sini hari sekolah ni.. Rupanya hari ni cuti sempena memperingati kejadian feri sewol tu.

Tada!! Jumpa pun. Sebagai kenangan, ajak agasshi ni bergambar sekali.
 

 Happy faces
 
Ni nama konsepnya sukati bergambar buat jalan sendiri hehehe. Dengan tripod bagai, aku berdoa kami tak kena langgar je.

Perjalanan diteruskan untuk mencari check point Rooftop Prince yang lain.

Ok. dari sini kami jumpa balik simpang nak naik ke tangga ikan dan bunga tadi. Kami teruskan lagi carik spot lain.


Ni dah on the way turun..
Masa nak balik ni jumpa lagi wall comel hehe.

Memang bateri flat dah masa  ni. Tapi tahan je... Bukan senang nak sampai katanya..

Gambar memang banyak lagi tapi aku dah tak kuasa nak resize dan letak watermark.. Bila tengok balik folder gambar kat sini, aku pun kagum dengan semangat bergambar yang aku ada. Biarlah nampak lemak terbonjol disana sini pun, tetap gigih acik bergambau tau hehe. Belum lagi dengan muka seme'eh sebab penat, wakakaka. Beza betul dengan stamina ke Korea tahun 2012. Sebab tu orang kata, masa muda dan bertenaga pegi la travel ye.

On the way turun tu, kami bincang-bincang. Kalau ikut plan asal, lepas ni nak kena gi Paju, which is luar Seoul. Sebab nak gi BCJ Garden. Memang boleh tahan jauh huhuhu. BCJ Garden ni pun tempat yang tertunggak dari tahun 2012. 

Mula-mula tu plan nak balik hostel dulu, rehat-rehat jap. Tapi aku terus terang dengan Daff, aku jenis kalau dah balik, berehat, baring pulak tu.. Memangggg liat nak bangun. So kami decide untuk pelan-pelan jalan teruskan ke sana. Masa ni dah pukul 11.30 pagi. Gerak keluar hostel tadi pukul 7.30 pagi pun belum! huhuhu. 4 jam meronda Ehwadong dan naksan park hokehh.

So, next entry ialah cerita hari yang sama, di BCJ Garden, Paju.
Thanks for reading ^^

Sunday, November 30, 2014

Jadual pembayaran gaji untuk kakitangan awam bagi tahun 2015



Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji tahun 2015
untuk Penjawat Awam atau Kakitangan Awam
seluruh negeri Di Malaysia

Bulan
Tarikh Gaji
Hari
Catatan
Januari
22.01.2015
Khamis

Februari
12.02.2015
Khamis
Tahun Baru Cina 19 dan 20 Februari
Mac
23.03.2015
Isnin

April
23.04.2015
Khamis

Mei
25.05.2015
Isnin
Pesta Keamatan 30 dan 31 Mei
Jun
25.06.2015
Khamis
Hari Gawai 1 dan 2 Jun
Julai
09.07.2015
Khamis
Hari Raya Aidilfitri 17 Dan 18 Julai
Ogos
24.08.2015
Isnin

September
17.09.2015
Khamis
Hari Raya Aidiladha 24 September
Oktober
22.10.2015
Khamis

November
23.11.2015
Isnin
Hari Deepavali 10 November
Disember
17.12.2015
Khamis
25 Disember


Boleh juga download di sini 

***Tarikh pembayaran gaji masih tertakluk kepada pindaan semasa oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM)

Gaji juga adalah satu bentuk motivasi, tak gitu? Hehe.
Boleh di print lalu di simpan di planner / buku catatan mahupun ditampal dan diletakkan di meja.