Monday, December 14, 2015

Corat coret pasal travel

Assalamualaikum & good day..

Aku masih di JB hari ni. Sepatutnya nak balik semalam.. tapi aku tunda ke hari ini. Sebab rasa masih tak puas bersembang dengan campervan mate masa di North Island.. Ya, lepas selamat masuk ke Johor Bahru hari Sabtu lepas, aku buat keputusan untuk terima pelawaan kawan aku ni untuk tumpang bermalam di rumahnya. Asalnya aku nak check in kat 1 hotel bajet di area Larkin. Bersungguh sungguh aku call hotel tu dari Auckland huhu.. Tapi lepas dipelawa, dan difikir fikirkan... kalau tak jumpa sekarang, bila lagi.. Nanti bila masing masing dah kembali ke rutin asal, lagilah susah nak berjumpa.. Especially aku lah hehe. Aku kan ratu memerap di rumah.

Dapat juga jumpa sorang lagi campervan mate masa di sana.. diorang berdua travel sama-sama. So, lagi meriah lah kan mini gathering semalam. Indeed, the most suitable friends to talk about travelling are those who share the same interest. Apatah lagi kami yang baru je menempuh pengalaman suka duka duduk dalam van untuk 6 hari 5 malam.. memang tak habis habis ceritanya!

By the way, adakah orang lain pun berfikir benda yang sama macam aku?Aku dah lama rasa macam tu.. aku sebenarnya tak ada sesiapa dalam kalangan kawan sekerja untuk berkongsi cerita pasal travel.. hatta dalam family sekalipun.
Bila bercerita, aku suka reaksi orang yang mendengar. Macam satu motivasi untuk aku teruskan cerita.. tapi kalau yang mendengar tu bagi respon mcm "oh, ye ke..".. "ohh"... Respon macam tu seolah olah macam 1 signal untuk aku berhenti bercerita. Dia bukan orangnya..berhentilah bercerita. Usah syok sendiri dan membuang masa ye huhu.

Sebab tu jugaklah aku bercerita di blog ni. Kurang kurang,  kalau tak ada orang baca atau kisahkan penulisan aku, ianya kekal sebagai satu coretan untuk bacaan sendiri di masa hadapan. Paham paham lah..makin meningkat usia kadang kadang memori nya makin berkurangan hehe.

Macam orang lain juga, lepas travel oversea dan balik ke Malaysia,  dalam kepala dah bersusun susun makanan yang nak dimakan. Hari mula mula sampai, kawan aku ni hidangkan kuey tiaw goreng, pizza dan satay. Kebetulan dia baru balik dari makan makan sempena hari kelahiran bapanya. Rezeki aku lah kan hehe. Esok paginya, kami bersarapan nasi ambang. Tengah hari (erk dah petang pun sebenarnya masa kami keluar) aku request nak makan kacang pool yang popular tu.

Hehe. Dan malamnya, husband kawan aku belikan nasi lemak.. yang bestnya, aku gi makan nasi lemak tu pukul 2 pagi ye.

Aku masih jet lag. Terikut waktu tidur di bumi kiwi. Pukul 7 lebih pm macam tu (di nz pukul 12 am) aku dah tak boleh tahan mata..terlelap lah depan tv. Kawan aku kejut pukul 9 pm suruh tidur di bilik.. then pukul 2 am (pukul 7 am di nz) aku dah terjaga. Kelaparan. Dan teringat masa mamai mamai tu kawan aku ada cakap pasal makanan di dapur (hahaha gila alert bab makanan). Maka turunlah aku ke bawah buat macam rumah sendiri.

Oklah. Aku nak bersiap dan seterusnya ke bas stand Larkin untuk naik bas ke Batu Pahat.  Till fingers meet keyboard again.


Saturday, December 12, 2015

Penutup trip 2015

Assalamualaikum.

Lama sangat nih tak update. Alasan standard aku ialah sibuk, dan kurang rajin juga sebenarnya hehe.

Alhamdulillah. Dah selamat sampai Singapura jam 6.05 petang tadi. Now tunggu masa nak masuk JB.. Bas jalan pukul 9.15 malam kejap lagi. Sementara tu update la kejap, sbb sayang pulak data yg aku beli khas untuk roaming tadi. Karang dah masuk JB dah lain pulak pelan nya.

Jadi, inilah penutup trip aku untuk 2015. Trip Melbourne & Auckland. Panjang cerita nya. Harap boleh bertabah la meng update. Walaupun cerita ke Jepun setengah tahun hari tu tak habis habis. Cerita ke Krabi bulan 9 pun macam tak ada gaya nak up je.

Pening nak pilih gambar yang mana satu.. Last last aku pilih gambar ni. Muka aku pada hari bertolak, 27 November..& muka hari ni masa baru naik flight di Auckland tadi.


Cak! Hehe. Inilah souvenir termahal untuk trip ini.. 

Tuesday, October 06, 2015

New hobby - Colouring

Hobi baru.


Terasa agak kanak-kanak hobi baru aku ni.

Tapi dari dulu aku memang suka kerja-kerja ralit tak berapa nak guna otak ni. Contoh, menampal label nama pada buku-buku tulis anak-anak murid (while they can always write their own names and details, obviously). Ikat reben kecik untuk tampal pada sijil-sijil (Majlis Anugerah Kecemerlangan). Gulung-gulung kertas untuk quilling. Contoh lain di luar bidang kerja - menganyam kelongsong ketupat dari daun kelapa. Haha aku define perkerjaan-pekerjaan sebegini sebagai pekerjaan yang tak berapa nak kena berfikir banyak. Bukanlah kata tak guna otak langsung, huhu. Guna juga, tapi penggunaan yang tak berapa kritikal lah kot orang kata.

Anyway, once dah terjebak macam dah tak boleh stop.
Asalnya aku donlot je sehelai-sehelai dari google image.
Lepas tu terjumpa pulak 1 buku ni di sebuah kedai alat tulis.

Alatan mewarna pulak, ada yang lama dan ada yang baru (and some are on the way - bahana teknologi di hujung jari namanya ni)

Waterbrush pen - aku beli dari eBay. Takde brand, made in China, so harga very affordable. Sedar kewujudannya sebab tengok OnStyle SNSD Channel.  Nway pada aku ini adalah ciptaan yang sangat best. Kini mewarna dengan watercolour tak perlu nak kena ada bekas nak celup-celup untuk brsihkan mata berus! Kat bahagian belakang tu kita boleh isi air siap-siap.



Pensel warna 8 tahun dulu, masa masih bergelar guru pelatih di IPGM. Bagus jugak digunakan semula sebab banyak yang dah macam berkulat-kulat di mata nya (kes dah lama gilaaa tak guna).. Belum lagi kes asyik nak patah je (kena selalu diasah)

Poster colour

New toy - Pastel. Baru tau kewujudannya lepas join Adult Colouring Page in Facebook. Great for colouring the background.  Ianya sejenis crayon tapi tekstur tak berminyak macam crayon biasa. Ini ala-ala kapur tulis.


Aku punya style ialah warna sikit-sikit.
My own rules:
Tak perlu rushing nak siapkan satu-satu muka surat.
Warnalah ikut mood. Nak warna semua muka surat dalam sehari pun boleh. Tapi jangan banyak.
Sebab aku cukup paham fitrah diri aku yang cepat bosan.
Biasanya aku pilih untuk warna 1 atau 2 benda dalam 1 muka surat. Bosan, aku tukar gambar lain pada muka surat lain. Hahaha peraturan yang tak boleh diguna pakai kalau aku dalam kelas dengan budak-budak.
Boleh campur-campur guna material mewarna, ikut mood jugak.

Entah, pada aku, aku akan rasa sedih kalau page tu dah siap (means dah tak perlukan perhatian aku lagi)







Semoga aku tabah & sentiasa enjoy dengan hobi baru ni.
Ohye aku tak bawak gi sekolah.. This is my fav pastime so buat kat rumah aje lah..

Dengan adanya hobi baru ni maka berkurang sudah masa yang aku habiskan tengok kdrama hasil donlotan..

Saturday, October 03, 2015

2015 May Japan Summer Trip - Part 7 (Nara City/Sreets/Park)

Baca cerita sebelum:
===============
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4.1
Part 4.2
Part 4.3
Part 5.1
Japan - The Students
Part 6- Nishiki Market, Kyoto

Hari ke enam kami di Jepun, 3 Jun 2015.  Rabu.
Kami plan nak ke Nara untuk tengok rusa. Kemudian nak tengok Nijo Castle.

Cuaca mendung. Dan lepas tu hujan gerimis.
Ini tak mematahkan semangat kami. Chewah.

Dari Kyoto kami naik tren dengan perjalanan lebih kurang 45 minit. Boleh la sambung tidur ye.
Sampai je, tengok-tengok Nara pun hujan.


Aku tau ini amaran..tapi lukisan tu comel sangat ok..

Nampak dah.. dari jauh.


Dan akhirnya kami bertentang empat mata.. kekekeke.

Tidak memberi kerjasama untuk selfie



Sedap bau perfume akak ni. Bahahaha. Erk.

Acara suap-suapan keropok segera Terengganu (Boleh Dimakan Selalu) . Kelas kau rusa. 

So basically tempat ini memang banyak rusa.. Di sana sini rusa. 
Tidak berpandukan sebarang peta, kami sekadar merayau-rayau disekeliling taman ni. 
Di sekitar taman ni ada beberapa temple..Kofukuji, Gangoji & Todaiji.. Tapi sebab semalamnya dah beberapa temple kami lawati maka hari ni tiada sesiapa pun teruja dengan temple di sini. Huhu. (Esok ke temple lagi hoii - temple emas la tapi)

Oh yeah rombongan kami sentiasa diserikan dengan rombongan pelajar sekolah juga..

Bila dah puas bergambar dan mengambil gambar rusa, kami cuba mencari arah  ke Naramachi, sebuah bandar lama di Nara. Agak berpusing-pusing juga nak mencarinya. Bila rasa confused, kami berhenti & tanya pada locals. (termasuk rombongan budak-budak sekolah tu)

Awan berarak mendung

Berarak tak berarak la,, dah sampai kenalah juga redah sampai puas.

I was a like a giant standing between these two. Pftt..


Bila sampai kawasan ni, mengertilah kami bahawa telah dijumpai apa yang dicari.

Oh ye, sedikit info. Naramachi ni macam aku cakap tadi sebuah kawasan kejiranan lama di Nara dimana kebanyakan bangunannya masih bercirikan bangunan semasa Edo Period. Ada property yang dijadikan kedai, cafe, muzium & restoran.. dalam masa yang sama, pemiliknya juga tinggal di tempat yang sama, (i.e bahagian bawah ialah kedai, manakala bahagian atas pula rumah pemilik kedai).

Berjalan kat sini feelingnya macam jalan kat Bukchon Hanok Village la kot pada aku.

Marilah layan gambar ye.





Jalan jalan dan jumpa ini. Another temple. Gangoji.




Banyak nampak patung ni tergantung di luar rumah, kat kawasan ni. Mungkinlah sejenis charm?
Nampak comel dan masa tu aku siap cakap dengan Daff, kalau ada jual rasa nak beli sebab nampak comel. (Sebagai kenangan/perhiasan). Tapi takde jumpa pun yang dijual.






Tak jemu-jemu aku amik gambar. Konsepnya, biar miskin souvenir jangan miskin gambar! Ehhe!
Nampak macam sama.. tapi tak sama sebenarnya.

Akhirnya kami keluar dari kawasan Naramachi & mula masuk kawasan bandar moden..



 Zura singgah membeli strawberry. Manis strawberry nya.


Blend in with locals katanya, hehe.
Suka aku tengok kedai runcit ni. Jepun sangat.

Antara makanan yang aku menyesal tak beli - Dango. 

Kebetulan terserempak dengan post office - Naratakabatake Post Office.
Memang bercita-cita nak singgah sebuah post office di Jepun; beli setem & pos poskad untuk diri sendiri. Haha sapa lagi nak buat semua tu kan kalau bukan diri sendiri.. erm.. Lagipun aku memang pengumpul setem.

Customer service officer tu memang terbaik. Tabah dia melayan aku yang macam-macam ni hehehe.
Dah la kami siap bergambar-gambar kat sini bagaikan ini sebuah pusat pameran, hehe.

Poskad aku sampai ke destinasi cepat juga. Tak sampai seminggu. Tapi kesian Zura, poskad dia tak sampai-sampai.  

Last-last semua pun terjebak hantar poskad pada diri sendiri.


Sebelum meninggalkan Nara, the last glimpse of calm Nara City,



Kami naik tren untuk kembali ke Kyoto. 
InsyaAllah aku sambung lagi lepas ni cerita kami ke Nijo-jo.

Till then, Assalamualaikum =)