Friday, April 22, 2011

Nooomu apppa!

Nomu appa=sangat sakit (Korean language)

Tetiba fefeeling Korea ye.


Gini lah gamaknya muka aku tadi.

Aku berurut petang tadi.
Dah agak lama tak berurut. Tak silap aku, start 2009, aku mula pegi berurut. Masa tu, tiba-tiba kaki kiri aku bengkak. Tak jatuh tak apa. Masih boleh berjalan, cuma time nak menyangkung / bila regangkan otot kaki rasa sakit. Lepas 3 kali berurut oleh 2 tukang urut, alhamdulillah dah tak bengkak.

Lepas-lepas tu aku memang berurut jugak la, sekali sekala, if rasa kaki tak selesa.

Bukan senang OK nak cari tukang urut. Yang ada ni pun selalu je sibuk. Kalau tak dia sibuk, aku sibuk.

Ni telah mula nak jadi sakit semula gara-gara memakai high heel baru-baru ni. Demi mematuhi arahan bos.

Mula-mula akak tu urut, rasa rileks je. Tak sakit langsung. Sampai aku leh terfikir, eh adakah kaki aku dah sembuh, tak sakit pun bila diurut.

Kenapa?
Senang je. Sebab masa tu akak tu tak tekan kuat. Lepas 5 minit. Huhuhuhu. Memang tebaikkk sakitnya. Siapa pernah berurut sebab urat bersimpul tahu la kot cemana rasanya. Dari meniarap last-last aku boleh terduduk depan akak tu, sambil pegang kaki aku.

Since ini dah kali ke 4-5 dia mengurut aku, so aku dah tak de feeling segan-segan nak mengaduh. Masa pertama kali berurut dulu siap nangis woo.. :::sakit ko tauuu::: sekarang aku dah agak kool la tapi masih admit sakit.. especially bila pengurut tu tekan-tekan/gonyoh-gonyoh/sental-sental bahagian urat bermasaalah itu.

Apapun, selari dengan usia yang makin meningkat, mengurut itu adalah perlu.

P/S- Menunggu harinya untuk berurut satu badan. Selama ni urut kaki aje, huhu. Aku nak try berurut dengan orang lain pulak. Bukan sebab akak yang baru mengurut aku ni tak best, tapi nak cuba jugak kan dengan orang lain. Biar apa-apa urat di badan yang 'lari' boleh dipulihkan. Kalau dah sampai tahap kaki aku ni, time kritikal baru nak berurut, memang payah la nak baik. Urut sekali,,, lepas 7-8 bulan sakit balik. Takpelah. Redha.

Saturday, April 16, 2011

When Side dish becomes main dish

Ni kes malas ok.
Aku bila malas datang. Memang super duper.

Kelmarin, buat roti jala, tapi malas nak buat kuah. So makan aje la roti jala kosong cenggitu.

Hari ni ingat nak perap ayam ala2 BBQ (nak bako, aku mana ada tempat bako) n buat side dishes nya, coslow (ejaan hentam saja) & mashed potato.
Tapi yang selamat cuma mashed potato & kuah black pepper aje.
So, makan itu aje la ye.

Choiiii betul si pemalas ni.

Gambar?
Aku rajin kang aku taruk huhuhu

Sunday, April 10, 2011

Rumaja & Restoran Makanan Segera

Aku rasa teenagers zaman sekarang kaya-kaya. Buktinya, setiap kali aku menyinggah KFC Rompin kebiasaannya hari Ahad) mesti ramai budak-budak asrama makan-makan kat situ.
Makan-makan sambil bersantai dengan kawan-kawan dengan pakai baju batik.
Makan-makan sambil duduk rapat-rapat dengan kekasih. erk..
Makan-makan sambil gelak kuat-kuat kah-kah-kah macam KFC tu dorm dorang.
Whatever,..
Adik aku yang form 2 tu pun sama. Aku tau dari adik bongsu aku yang dia ada pegi KFC bila kuar bandar.

Aku dulu duduk asrama jugak. Tapi paling-paling kuat pun pegi makan mi goreng basah dekat bus stand Kuala Terengganu. Takpun, makan nasi air dekat warung Wakaf Tengah.
Pakai baju batik.

Masa duduk asrama dekat Batu Pahat aku tak pernah outing! Sepanjang tahun masa Form 1 (1995), aku sentiasa balik umah pada hari outing (Sabtu) sebab nak pegi darjah khas agama.

Sebenarnya,warden aku tau aku tunggu bas setiap pagi Sabtu.(Padahal tunggu ayah aku lalu, dia amik ikan dari pasar Batu Pahat awal-awal pagi & akan lalu depan hostel aku; aku ikut ayah aku balik rumah pagi-pagi)

Dan warden aku ingat aku balik asrama terus lepas kelas darjah khas habis pukul 1 p.m. (Padahal tak pernah langsung aku terus balik hostel. Memang aku akan balik rumah aku dulu, lepak-lepak, petang karang baru tehegeh-hegeh balik asrama. Kadang-kadang lebih ekstrem, suka-suka balik petang Ahad..muahahaha. mak ayah aku kata kalau jadi apa-apa dorang tak tau.
........
.....
..
Selamat je setahun aku menjalankan kegiatan gelapku itu, kahhhh2.)

Lepas tu, masa Form 2 & 3, lepas aku memang kena duduk asrama betul-betul, no more cabut-cabut macam Form 1, tiba-tiba pihak pengurusan asrama buat peraturan baru. Budak hostel tak boleh outing langsung melainkan dengan ibu bapa yang datang mengambil.Nak beli barang, beli aje kat koop asrama.

Jakunkan? hehe.... Tapi masa tu tak kisah pun. Sebab nak keluar bandar pun, macam lah ada duit sangat..
Memang tak merasa la aku gi keluar outing suka-suka dengan kawan-kawan.
Mak ayah bukan jenis nak melayan bawak anak-anak keluar bandar sangat. Ada la, sekali je kot. Mak aku amik aku dan bawak gi bandar.

Eh. Tadi nak cerita pasal teenagers dan restoran makanan segera kan. Termelalut pulak, hehe. Maaf. Aku memang selalu begini, hehe.

Tak lama dulu, aku pernah pegi makan kat McD Carrefour Batu Pahat. Serious aku agak terkujat. (Sekejap je!) McD penuh dengan student-student IPT dengan memacam aktiviti. Yang paling aku kagum, ada yang boleh study kat situ. Study, OK!! Baca buku gemuk tu sambil pegang highlighter & buat notes. Kagum tak kagum pulak aku. Di tengah kebisingan McD tu, ada insan yang boleh fokuuusss study. Yang lelain tu, ramai yang buat discussion, berdating & tengok bola. Tak kurang jugak yang online guna WIFI McD.

Cayalah dik. Memang ahkak kagum. Ahkak dulu study dalam bilik je. Takpun sekali sekala dekat library. Tapi kebanyakan masa akak habis dekat General Lab la, hehehehe.

Seingat-ingat aku, aku mula pandai meng order makanan kat restoran makanan segera bila aku dah 18 tahun ke atas. Tu pun sebab aku dah masuk matrik & mula memegang duit sendiri.
Mula-mula KFC. Kemudian cuba-cuba masuk Mc Donald pulak. Lepas tu Burger King.

Sekarang ni, nasib baik jugaklah aku tercampak di daerah yang ala-ala Pekan Koboi ni. KFC ada la. Yang lain, ilek. Kot kalau ada Pizza Hut, McD bagai, mau aku selalu keluar mentekedarah, huhuhu.

Ni cara-cara pegi fastfood restaurant bila dah 18 ++.
Cer aku start pegi masa aku remaja-remaja macam budak-budak ni.
Konfem aku menjadi gemuk dengan lebih awal.

Tsk3.. Aku memang gemuk sekarang.

Friday, April 08, 2011

Laser

Assalamualaikum.

Pagi tadi ada perjumpaan Ibubapa & guru pelajar Tahun 6.

1 of my colleague beriya-iya nak present, siap mencari laser bagai, nak point kat slides kat depan..
Baguslah, kata kerjasama. Ada team yang prepare bahan. Ada yang lain pulak present.

Aku pun laser jugak hari ni. Bukan laser kaler merah untuk tunjuk-tunjuk tu, tapi laser mulut.

"Daripada markah periksa anak Encik kali ni, saya rasa dia tidak bersedia langsung & memang nampak macam tak belajar untuk subjek ni. Kerja rumah selalu tak buat. BUku pun kerap tak bawa."
Ateee, asalnya dari lulus ko boleh dapat karipap, 28.

"Sama yang macam akak cakap tadi, dia suka menjawab bila akak bercakap. Macam tu jugaklah dekat sekolah, dengan cikgu-cikgu ni. Contoh, kalau saya pesan 'Jangan lupa siapkan kerja saya di rumah,,' maka jawab dia tanpa rasa bersalah 'tengoklah kalau rajin cikgu ,,' "
,,,begitu........

"Anak akak kata, 'Memang tak sempat nak buat kerja rumah pun cikgu,,,'
Walaupun kerja rumah itu saya beri untuk cuti sekolah selama SEMINGGU.
Dia siapkan kerja tu hari Isnin, lepas naik sekolah.
Buat depan saya, dan hantar lewat sikit dari kawan yang lain."
So memang nampak la dia tak buat masa cuti (dan memang budak tu terang-terangan mengaku punnnnn...)


Laser ke aku?
Biorlahhh. Aku cuma dah malas nak selindung-selindung.
Sori bebeh.
Laser pun laser lahh

Tapi aku rasa ini bukan laser.