Ada peminat yang tecedera lalu hilang keupayaan penglihatan sebelah mata kerana serpihan mercun yang dilemparkan peminat lain. Hilang upaya secara kekal.
Dan rupa-rupanya mangsa tu adalah kawan 1 sekolah masa kat MRSM KT (98-99) dulu. :(
Ahmad Jazimin aka Mat G, sewaktu dirawat di PPUM
(Gambar diambil dari laman sosial FB isteri beliau)
Malang tak berbau,kan?
Pergi ke stadium dalam keadaan sempuna, tapi baliknya membawa khabar duka.
Besar sungguh dugaan yang harus beliau & isteri serta keluarga hadapi. Isteri beliau pada waktu itu sedang sarat menunggu masa melahirkan anak pertama (mungkin sekarang sudah melahirkan anak). Dan katanya mata kiri beliau yang tidak terjejas itu mengalami masalah silau.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Aku doakan Mat G cepat pulih & diberikan kesabaran, dikuatkan semangat & ditetapkan imannya.
Berita ni buat aku risau pada 2 adik lelaki kat kampung tu. Di bulan puasa ni, dah macam tabiat budak-budak bermain mercun. Ngeri betul kalau memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang buruk macam ni. Daripada kena mercun lebih baik rasa cubitan/pelepuk aku dulu. Sebagai warning gitu. Tsk tsk..
No comments:
Post a Comment