Bila?
Aku tak macam kebanyakan kawan-kawan yang lain, tahu memandu pada usia yang sudah agakkk tuhek kalau nak compare dengan rakan-rakan sebaya + adik beradik. Tahun 2008. 26 tahun.
Sebelum tu, memang aku pengguna setia bas awam/ekspress, teksi, LRT dsb. Kalau sekali sekala balik kampung boleh la pinjam motor parents (bawa dengan tak berlesen), tu pun dekat-dekat je. Aku penakut.
Sebenarnya ada sedikit ceritadi sini, hehe. Adik beradik aku semua amik lesen ditaja oleh mak aku. Aku pun tak paham sampai sekarang kenapa aku tak di offer untuk belajar memandu macam diorang (dan malas nak tanya). Dari cuti lepas SPM, sampai la 5-6 tahun di UIA, aku masih tak berlesen. Nak bayar pakai duit sendiri rasa macam sayang duit (sebenarnya kedekut).
Sampailah masa aku dapat tawaran ambil diploma pendidikan kat maktab (IPGM Perlis). Masa tu sudah agak insaf sebab memikirkan tak tau posting nanti di mana & pasti sukar kalau tak ada lesen memandu yang sah & berkenderaan sendiri. So, mendaftar la kelas memandu di Perlis sana. Tapi tak sempat habis. Dapat lesen L je. Actually masa praktikum aku dah rasa kesukaran takde lesen memandu ni. Serius. Menyesal jugak masa tu.
Alhamdulillah bila posting, dapat duduk di kuarters guru. Lega sekejap masalah tak ada lesen & kenderaan. Pergi sekolah jalan kaki dalam 10 langkah dah sampai. Tapi masalah juga bila melibatkan hal-hal nak balik kampung/keluar bandar, pekan/ke mesyuarat, bengkel dsb. Tinggal dalam Felda, nak keluar ke jalan besar pun agak jauh. Dah tu kawasan ni public tansport agak hampeh. Maaf la cakap, kalau ada orang Endau yang terasa. Tapi betul ni, bas awam datang lebih kuang 45min-1 jam sekali. Tak banyak pilihan, 1 syarikat je. Teksi pulak style nak kena charted. Those times zaman tak ada lesen/kereta, banyak jugak la aku berhabis sebab naik teksi. Sekali jalan diorang ambil RM24++.RM30 pun pernah. Sebab kira tambang pergi balik diorang. Padahal tambang bas cuma lebih kurang RM3 je..
Semua tu aku lalui dalam masa lebih kurang 6 bulan.
Cuti sekolah hujung tahun 2008, gigih aku sambung belajar memandu, sampai dapat lesen. Aku yang berhati kecil & sedikit penakut ni kena test sampai 3 kali. Memang pelajar pemulihan kan, hehe. Stresssssss OK masa tu. Dalam fikiran aku, dah set yang aku MESTI LULUS dan DAPAT LESEN dalam masa 1.5 bulan bercuti. Macam-macam la kenangan masa belajar memandu.
Akhinya, 01.01.2009 aku lulus. Lepas lulus, mula la berangan nak beli kereta, hehe. Tapi ingat nak bersabar dulu, kumpul lagi duit. Tapi, disebabkan 1 kali tu, aku nekad nak jalan kaki dari main road ke kuarters, yang akhirnya membuatkan malam tu aku tidur dengan posisi kaki tinggi (sebab lenguh gila berjalan, dengan kendong beg), dalam bulan Januari aku tak tertahan-tahan terus ajak housemate masa tu, Kak B, untuk teman aku survey kereta.
Akhirnya, terbeli jugak la kereta tin kecik, VIVA Manual, hehehe. Dari Mersing nak balik ke kuarters, kawan yang tolong drive kan. Aku? No no no la. Bila disuruh bawak dari depan felda ke kuarters pun,, hazab.. Berapa kali mati enjin.
Bila dah ada kereta, masih lagi penakut OK. Kawan tu ajar jugak, bawak pusing-pusing dalam Felda. Ada sekali tu, enjin kereta mati kat kawasan berbukit, macam bentuk U. Aku yang sorang-sorang ni tersadai kat tengah-tengah antara 2 bukit tu, kat kawasan yang landai. Mula-mula ingat nak cuba dulu sebelum call housemate. Macam segan je nak call dia. Tetiba ada 1 van datang dan berhenti. Aku dah tak ingat muka orang tu. Tanya nama pun tak. Yang pasti, aku mintak tolong dia naikkan kereta aku dari kawasan tu ke atas bukit.Coiiiii betul masa tu. Tapi itulah namanya kenangan belajar kan..
Kalau nak kira dalam Endau ni, ada la, 1-2 tempat yang jadi kenangan untuk aku. Enjin mati sebelum naik jambatan sebab jalan jammed. Siap berlakon kunun-kunun kereta rosak. Padahal tak reti balance gear, dari laju tiba-tiba terberhenti. Pastu nak kena naik jambatan. Itulah gunanya pelajaran di bukit dulu ye, huhuhu.
Pernah juga termati enjin masa kat traffic light. Kawan kat sebelah siap bersembang dengan pemandu kereta sebelah, kata aku pemandu baru belajar, hehehe. Coiii lagi.
Dalam 3-4 bulan lepas ada kereta aku masih balik kampung (Batu Pahat) naik bas. Kereta dok diam-diam kat kuarters. Akhirnya, cuti sekolah bila ntah, family aku datang dan masa nak balik kampung tu, aku drive sendiri dengan mak aku kat sebelah. Kemudian, habis cuti, ayah aku teman kat sebelah masa aku memandu pulang ke Mersing...
Panjangnya entri ni.. Tapi somehow, aku nak coretkan kat sini sebelum aku sendiri terlupa nanti.
No comments:
Post a Comment