Ada rindu yang bertandang..
Chewahh. Ayat nak novel je kan..
Terlalu 'selesa' dan 'biasa' di sekolah lama menyebabkan aku sedikit kekok di sekolah baru ni.. Tapi aku cuba berlagak biasa dan tak de apa-apa.. Tapi perasaan liang selibu dalam hati, hanya Tuhan yang tahu.
Betapa di sebalik wajah selamba ini, sebenarnya aku rindu..
Rindu pada tempat duduk dalam bilik guru..
Rindu pada air cond dalam bilik guru..
Rindu mahu berceloteh dengan kawan-kawan; Kak Farah, Kak Linda, Kak Alina, Kak Ikin dan lain-lain..
Rindu nak buat 'kerja-kerja awal tahun' sambil duduk bersembang sebelah Kak Farah
Rindu untuk duduk makan di kantin sambil mengusik akak-akak pekerja kantin..
Rindulah weyh,,
Semoga rindu ni akan berlalu ditelan masa..
Hadapilah realiti ini..
Lagipun,, aku kan yang nak sangat minta tukar dulu, mihmihmihmih...
Inilah agaknya yang dikatakan dalam tak suka ada rindu.
*tetiba*
p/s-kak farah, in case ko baca post ni,, ada la sorang tu kan bila aku kata aku nak tampal nama budak pada buku, dia kata "buat apa u nak tampal biar mereka tulis sendiri laaaaa, aiyooo"
Heyyyyy i'm not even asking u to do it for me ok.... ~dalam hati je lah...huhu
Kak.. syok nya zaman itu.. buat keje-keje tak perlu guna otak ni sesama dan dengan gembira.. kan,,
Aa.... dd... kt sini takde pun budaya cam tu.. akak nk buat pun senarai nama budak pun x ade huhu.... so nampak gaya x buat la kerja yg x yah pk tu.. i miss that time too dd... rindu sesgt..uwaa...
ReplyDeleteKak F