Akhirnya. Hari terakhir percutian solo di Saigon.
Flight pukul 8.50 am waktu tempatan.
Sebenarnya, benda palingggg merunsingkan aku dalam trip ni ialah hari terakhir ni.
Sebab flight pukul 8 lebih, makanya aku kena ada kat airport 3 jam sebelum tu.
Risau ok..risau sangat-sangat.
Ikutkan hati, nak naik bas aje ke airport, macam hari aku datang ke sini. Tambang baru 80sen. Tapi, seawal itu (pukul 5 pagi) walaupun hari dah mula cerah tapi bas pun belum beroperasi.
Nak naik teksi.. Aku macam risau. Risau kena tipu diorang caj tambang mahal.
Risau kena bawak lari. Heee. Ingat aku tak takut ke jalan sorang-sorang? Berani aku pun ada limit ok..
2 malam sebelum tu, aku ada bersembang dengan sorang akak ni (aku ada cerita dalam entri hari pertama, jumpa sekumpulan cikgu). Aku cakap aku risau pasal kena naik teksi sorang. Kemudian dia cadangkan aku cuba kontek sorang ustaz ni. Group akak tu sepanjang di Saigon, memang diuruskan oleh ustaz tu suami isteri. Aku amik gambar name card ustaz tu. Ustaz Azim namanya.
So, hari keempat tu, sebelum aku keluar berjalan aku settle kan dulu hal macam mana nak pegi airport hari terakhir nanti. Aku cuba call. Ustaz tu kata dia nak datang hotel aku menginap. OK, lagi bagus kan. So jumpalah kami.. Nasib aku duduk ground floor. Senang nak keluar, senang dia nak cari.
Ustaz tu datang berdua dengan isteri dia. Kami pun berbincang dan janji-janji nak jumpa semula pagi esok, lebih kurang pukul 6.00 a.m. Barulah lega lepas semuanya selesai.
So pagi hari Jumaat tu, aku bangun agak awal untuk bersiap. Tu pun masih kelam kabut.. Tengah kelam kabut tu lah pintu bilik aku diketuk, rupanya mereka dah sampai. Diorang risau sebab try call aku tak dapat. Hehe memang pun, sebab aku dah tukar sim card Vietnam kepada simcard Maxis.
Diorang datang naik teksi. Kiranya diorang escort aku naik teksi ke airport. Caj sebanyak 150000 dong. Aku bayar. Lepas tu, isteri ustaz tu cakap kat aku, boleh tak kalau aku bayarkan teksi diorang balik ke Saigon. Ok yang itu memang aku tak expect tapi takkan aku nak cakap tak boleh kan? The not so good thing is duit dong aku tinggal sikit sangat-sangat.. Sebab aku tak bajet tambang balik jadi 2 kali ganda.. So dalam kekalutan aku bagi semua baki dong yang aku ada dan duit RM25. Aku rasa lebih dari cukup kot untuk buat tambang.
Well, aku tak boleh kata apa la kan.. Since aku takut dan risau nak naik teksi sorang-sorang. Aku anggap itu 'kekurangan' aku travel secara solo.. Mungkin next time, kalau aku nak travel solo lagi, kena consider waktu penerbangan balik tu.. Jangan sampai jadi macam ni lagi.
Airport memang lengang selengang-lengangnya pagi tu. Merayau lah aku kat dalam tu. Dalam kelaparan, huhu.. Takpe aku dah pre book makanan dalam flight.
Beg yang telah beranak.. Beg oren tu RM75. Beg laptop warna hijau tu RM50
Sikit-sikit manusia mula menbanjiri airport. Makin lama juga rakyat Malaysia dalam airport tu pun semakin ramai. Ada la satu group budak-budak perempuan ni, dalam 5-6 orang, begitu gembira dan kecoh sekali.. Huhu.. Aku terasa macam,, ohh jauhnya gap kita.. Style berjalan-jalan dan membuat kekecohan sesama sendiri begitu, sangat sangattt lah tak in dengan aku. Entah lah ek.. adakah aku di zaman seusia itu pun macam tu dulu.. Tak ingat dah. Tapi aku yang sekarang memang bukan macam tu.. Kalau ada ahli rombongan aku yang excited terlebih macam tu haruslah kena sound (believe me kalau tak aku yang sound, maybe my travel partner yang akan sound).
Pegawai dorang pun tak masuk keje lagi weh..
Oh ya, lagi satu ramai yang bercerita pasal pegawai imigresen kat Airport sana yang tak mesra alam.. Well, pada aku biasa-biasa aja. Diorang memang tak senyum. Tapi masih jalankan tugas dengan baik (sekiranya ko tak buat masalah). Masa beratur tu geng terlebih gembira beratur belakang aku dan sibuklaaa bersembang pasal ni. Hadoi dik. Dah ko ingat pegawai tu nak ucap selamat jalan terima kasih sila datang lagi ke hapa.. Nasib baik tak kena sound sebab dok bising-bising dan terlebih kecoh masa beratur..
Pagi tu, ada 2 flights ke Malaysia. Satu ke JB dan satu lagi ke KL. Geng kecoh tu ke KL. Tak ramai Melayu dalam flight yang sama dengan aku.
Tepat jam 8.50 a.m. waktu Vietnam, selamatlah aku terbang meninggalkan Than Son Nhat Airport dengan 101 kenangan.. Eh 101 bukan 1001? Aku memang rasa 101 je sebab tak banyak kenangan sangat la di Saigon ni. Maksud aku, tak banyak tempat menarik yang dikunjungi.
Repeat Saigon? Hehe tak kot.. Saigon sesuai untuk yang datang dengan tujuan nak bershopping. Aku boleh je bab shopping ni. Suka bukan tak suka. Tapi bile berjalan tu, aku expect untuk tengok pemandangan yang cantik-cantik, atau cuba sesuatu yang tak pernah aku cuba sebelum ni. Shopping patut jatuh pada nombor dua. Selagi boleh tahan nafsu shopping tu, tahan la dulu..
Akhirnya dapat jugak merasa nasi ayam Mr. Chin ni.. Selalu memang bukan menjadi pilihan..
Rasanya so-so aje!
Ada satu lagi cerita bila dah sampai Senai Airport.. Aku kena tahan dengan abang dan cik kastam.. Diorang suruh aku bukak kedua-dua beg aku. Sabo jelaaaa dah la beg penuh. Cik kastam tu tanya berapa aku spend untuk beli semua souvenir tu.. Aku cakap la dalam RM500 (sebenarnya lebih). Dia kata untuk yang keluar negara dalam 4 - 5 hari macam aku limit nak membeli souvenir hanya dalam RM200-300 je. Erk.. dumbfounded sekejap ok. Aku tak tau apa-apa pasal ni. Last time ke Korea pun macam-macam gak yang aku beli.. Tak pernah pun kena macam ni.
Maybe sebab aku sorang?
Entah la.
Tapi sebab aku pun terer gak berlakon dan memainkan air muka... hehe you don't underestimate a teacher ok? Cikgu dengan anak murid pun selalu berdrama dalam kelas.
Aku cakap aku tak tau pun pasal ni semua.. Ni first time aku aku keluar negara secara solo. First time juga ke Vietnam. Atas alasan tak tau itu, maka aku dilepaskan. Kata cik kastam tu lagi, nak ikutkan dia boleh rampas barang-barang aku. Dia kata sepatutnya kalau nak beli banyak-banyak kena pos barang tu through kargo.. eii entah aku pun tak paham. Aku tak study pasal tu dan tak pernah pulak baca pengalaman orang lain pasal ni.
Entah la ek, aku ingat kan bila aku beli kuota luggage dan masa check in tu barang aku tak melebih berat, semuanya ok je. Manalah aku terfikir pasal benda macam ni. Sungguh unsangkarable. Nak ikutkan ramaiiiii lagi yang shopping lebih banyak dari aku. Aku ni pun tertahan-tahan je membeli. Tak de langsung beli untuk berniaga ke apa.. Semua sovenir untuk family, kawan-kawan dan diri sendiri je.
Tak boleh aku lupa ada 1 ayat cik kastam tu
Kastam: Akak jalan sorang? Boleh ek akak berjalan sorang? Kalau saya tak boleh.
Aku: (masa ni dah mula pissed off sikit sebab bengang kena bukak beg) Entah la dik. Boleh je. Ni akak dah balik pun..
Apapun, semua berakhir dengan baik.. Syukur alhamdulillah. Tak ada barang yang tak lepas.
Oh ye entri seterusnya aku akan share tip beli makanan halal yang murah dan peta untuk explore bandar Saigon secara solo..
Till then, assalamualaikum.
tumpang baca.. nk study utk gi Saigon nnt.. tq ek
ReplyDeleteSila, sila. Mudahan-mudahan boleh dijadikan panduan ^^
Delete