Saturday, August 08, 2015

Kenapa miss belum kawin?

This is very unsual for me, to talk on something like this.
Tapi aku rasa sedikit bosan mengarang pasal travelog yang tak habis-habis hehe.

Kawin.
Sebolehnya, aku akan mengelak untuk bersembang pasal topik kawin ni. Aku bukan seorang yang 'open'. Aku tak berapa gemar kongsi perasaan, dan apa yang aku fikir pasal topik kawin ni. Even dalam family. Di kalangan kawan pun, aku takkan suka-suka cerita atau kongsi pengalaman / perasaan / pendapat.

Tapi aku tetap tak boleh elak dari ditanya tentang topik ni. Di kalangan family. Rakan sekerja. Orang-orang sekitar tempat kerja. Kawan lama. Walaupun akhirnya aku berjaya buat orang berhenti bertanya; atau kurang bertanya (jangan ditanya macam mana aku buat) tapi aku tak sangka akan ada satu masa, aku akan disoal oleh 'pelanggan' aku sendiri. Pelanggan kat sini merujuk kepada anak-anak murid aku sendiri. Ye. Aku tak pernah terfikir diorang akan bertanya, sebab anak murid aku budak sekolah rendah. Langsung tak terlintas dalam kepala, budak kecik umur 7 tahun dan 11 tahun boleh berminat dengan topik macam ni. *sigh*
Lepas tu, bukan setakat berminat ye, can you believe these small kids even dared to ask me straight to my face? *double sigh*
Ye, budak-budak sekarang memang dah tak sama macam budak di zaman aku masih budak-budak dulu. Seriously.

Ada satu masa, waktu aku dalam kelas tahun 1. Masa tu dah nak akhir waktu, sementara diorang siapkan latihan, aku mula menanda buku murid yang dah siap kan kerja. Jimat kan masa selagi boleh. Out of the blue, sorang budak yang tengah berdiri tunggu aku menanda buku dia ni bertanya,
"Miss , Miss belum kawin kan? Ayah kita cakap Miss belum kawin~"
sambil dua tiga orang lagi budak perempuan sengih-sengih,  tengok aku dan tengok kawan diorang, silih berganti. Sambil tepuk-tepuk bahu kawan yang bertanya tu (Tepukan tu, seolah-olah macam kata, "Heyy, kau betul-betul tanyaaa!")
Memang joyah sangat gaya budak-budak tu masa tu, hehe.
Aku hanya mampu senyum. Takde idea nak jawab apa.
Sebab pernah dulu, aku dapat soalan macam ni & aku saja-saja tanya balik kat budak tu (aku bergurau), so, dengan siapa saya patut kawin? Budak tu bagi nama sorang cikgu kat sekolah tu jugak huhu. Seram ok sebab cikgu tu ialah suami orang. Pftt.

Ohhh and now I know the parents also gossiping behind me.

Di masa yang lain pulak. Aku dalam kelas tahun 5. Ingat lagi, masa tu tengah bincang pasal satu sajak pasal gigi. Aku kongsi cerita pasal gigi susu & gigi geraham bongsu. Aku cakap, gigi geraham bongsu aku masih dalam proses nak tumbuh dan keluar dengan sempurna walaupun umur aku dah nak masuk 33 tahun (ye, aku tau ini pelik, sebab biasanya geraham bongsu tumbuh antara umur 17-25 tahun kan)

The funny thing was, the kids seemed more interested to the fact that I am 33 and still single.
Right after, I was bombarded with questions like
"Miss dah nak masuk 33 tahun?"
"Tapi Miss belum kawin?"
"Kenapa Miss belum kawin?"
"Miss memang tak nak kawin?"
"Miss garang sangat kott?"  SOALAN/STATEMENT NI PALING TAK BOLEH BLAH ok.

Haha boleh bayangkan tak. Sebenarnya ada banyak lagi soalan. Tapi lepas dengar soalan bertalu-talu tu, especially komen kata aku garang tu, aku rasa pening. I was startled. Aku terdiam. Takde jawapan. Honestly I was never imagined to be asked by the kids about marriage.
Critical thinking sangat nih huhu.

No one actually paid attention to the fact that I gained my wisdom teeth in my 30-s.
*sigh*sigh*sigh*deeeeeppp sigh*

Akhirnya, dengan tak cool nya aku tutup press conference diorang dengan ayat,
"Okayyyy we are not talking about my marriage. We are in the middle of a discussion about teeth. Amboi awak semua kalau cakap pasal kawin semuanya segar dan ceria ye??? After this I'm going to ask you about the poem & you better get ready!"

Hahaha diktator sangat jawapan kan.

Lepas kejadian tu, aku tak boleh stop fikir pasal soalan budak-budak tu. Sebenarnya aku siap fikir jawapan/skrip lagi. Aku plan nak jawab soalan budak-budak tu plus bagitau diorang, yang soalan macam tu korang tak boleh suka-suka tanya ok. Bla bla bla, panjang jugak jawapan yang aku karang..

Tapi akhirnya jawapan tu terkubur begitu saja. Banyak pulak masa aku nak saja-saja bersembang macam tu kan? Hakikatnya, setiap kali masuk kelas, aku (dan semua cikgu-cikgu lain juga secara umumnya) struggled nak habiskan syllabus.

Cuma, next time kalau aku tiba-tiba dihujani soalan cepu cemas begitu, aku dah ada jawapan dalam kepala. Aku harap, mak pak di luar sana pun dapat didik anak diorang supaya tak tanya soalan-soalan macam ni suka suki huhu. Ke takpe ye bertanya soalan macam ni? Adakah ini part of high order thinking? Aku rasa ianya pelik sebab masa aku sekolah dulu takde jumpa kawan macam ni.

Lepas kejadian tu jugak, aku terfikir, betapa lah agaknya budak-budak ni membuak-buak rasa nak bertanya pasal benda ni. Tak mustahil kalau diorang pernah bergosip sesama diorang pasal topik miss tak kawin lagi ni di luar pengetahuan aku.

Dan kalau nak amik the positive side, budak-budak ni sebenarnya amik berat pasal aku. Berminat juga nak tahu pasal social life aku.. eh sesuai ke fikir macam ni huhu.

I always have this straight face mode on. Senyum dan ketawa bila perlu (especially dalam kelas budak besar----tahap 2). However, despite this poker face, they still dare to ask me. Maksudnya aku punya plan untuk nampak macam cikgu yang garang failed ke macam mana? Eh tapi kan antara soalan diorang tu, "Miss garang sangat kot?"
Tskkkk  *_____*

Kesimpulan yang aku dapat buat, topik kawin ni, bukan saja diminati oleh golongan dewasa tapi juga budak-budak.
Golongan dewasa ni maksud aku, cikgu-cikgu kat sekolah, especially dulu lah masa mula-mula masuk sekolah ni. Now dah slow sebab aku selalu jawab main-main (kalau aku mood baik) & bolayan (kalau mood tak berapa nak baik).

Aku takkan lupa question of the year,,, "Kenapa Miss belum kawin?"
I think this is the beauty of being a teacher &  this,, will definitely become a good old memory, one day  =)
Sebab tu walaupun aku kurang gemar cakap pasal kawin, aku rasa nak blog kan cerita ni kat sini.

Soalan pasal kawin ni, pernah pada satu masa jadi macam soalan yang sensitif untuk aku. Tapi as time goes by, slowly I can understand why people have interest about this.
Aku tak boleh ubah cara orang berfikir & minat orang. Tapi aku boleh ubah cara aku berfikir & cara aku terima kenyataan. Walaupun sebenarnya susahhh huhu. Aku masih lagi sensitif, huhhu tapi dalam skala yang sudah berkurangan. Kalau dulu skala sensitifnya di paras 12/10, sekarang turunlah dalam 6/10.

Sekian. Cerita selingan antara travelog ke Jepun yang tak habis-habis itu...

3 comments:

  1. Ada juga di tanya, tapi saya dah jumpa satu jawapan yang sangat bernas.
    "tengah cari sponsor, awak nak sponsor?"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Boleh tiru ni jawapan ni.
      Selalunya saya jawab, cuti sekolah nanti. Tp x tau thn bila jgn tanya hehe.

      Kdg tu siap kena brainwash lagi, "alaaaahh biasalah tu cikgu soalan standard raya2 niii~~"

      Gituh. Kita yg kena memahami mereka yew

      Delete
  2. banyakkan bersabar yer, semoga di permudahkan.

    ReplyDelete