Showing posts with label Gamcheon Cultural Village. Show all posts
Showing posts with label Gamcheon Cultural Village. Show all posts

Sunday, June 29, 2014

2014 Summer Escape - Day 1, 2 June 2014 (Gamcheon Cultural Village)

Baca cerita sehari sebelum ke Korea

Ok.. Sambung cerita hari pertama. On 2nd  of June, we landed in Busan, and planned to spend only a few hours here. Sebab in 2012 kami dah sampai Busan dan bermalam di sini 2 malam. Memang tak dapat cover 1 Busan. Masa tu kami cuma dapat cover area Haeundae. Taejongdae tak dapat. Yang paling frust sekali, tak dapat ke Gamcheon Village ok! Kami lalu kawasan tu tapi hanya mampu memandang (dari dalam teksi).

Jadi, dalam masa beberapa jam ni, misi kami ialah meng eksplore perkampungan kotak-kotak ini!

Sebelum tu, kami yang sudah bersiap-siap salin seluar dan apa-apa yang patut, juga telah sarapan. Selfie dulu! Monopod baru katanya.. hee

Kat belakang tu lah nursery room nya..

Kenangan di Gimhae International Airport katanya.. hehe. Tak tau sampai lagi ke tidak ke sini..

Sebenarnya, kami ni agak berlengah-lengah masa ni.. Masing-masing take it easy and gerak pun slow. Bila keluar dari airport baru realize jam dah pukul 11.00 am. Nak kena kembali ke airport ni dalam pukul 2++, sebab flight pukul 4 pm. Nak solat jamak, nak amik luggage dan berjalan ke  domestic airport lagi. Domestik dan antarabangsa bangunannya sebelah menyebelah.

Sambil berjalan ke stesen subway tu, otak mula mencongak. Masing-masing baru sedar kesilapan berlengah-lengah tapi what to do. Kalau nak naik subway pun boleh tahan jauhnya. Akhirnya bila lalu tepi deretan teksi kami sama-sama sepakat nak amik cab je ke Gamcheon. Mahal sikit pun tak apa lah kan.

As expected, memang agak jauh pun Gamcheon Village dari Gimhae airport. Naik teksi pun makan masa lebih kurang 20 minit. Kami serah alamat information centre siap-siap dekat driver ahjusshi. Sebab kami tengok dia agak berusia dan risau kot-kot dia tak paham apa yang kami cakap & tak tau direction ke sana.  Hehe memandang rendah sangat ni. Well, baik bersedia dengan apa jua kemungkinan kan? Siap bagi nombor telefon centre tu lagi. Sebab aku tau sistem GPS dalam kereta diorang ni, kalau tak masukkan alamat, boleh juga masukkan nombor telefon tempat yang ingin dituju.

Alhamdulillah, sampai lah kami. Driver ahjusshi siap  hantar sampai depan pintu masuk information centre tu, which is located dekat tengah-tengah kawasan tu, dan atas bukit! Maksudnya, kami tak perlu berpenat panjat bukit dari bawah. Tau-tau dah sampai tengah, hehehe. Bayaran kami dalam 15000won gitu la. Tapi tak kisah dah masa ni sebab masa lebih berharga.

Sungguh cantik pemandangannya, dari jauh terutamanya. Nampak susunan rumah padat warna hijau, biru dan kuning. Semua bentuk kotak dan saiznya kecil-kecil, dan rapat antara satu sama lain. Pulak tu terbina atas bukit. So nampak macam hirarki, dari bawah naik ke atas, semua rumah.Bak kata kak kiah, kalau kena marah dengan parents conform jiran boleh dengar..

Gamcheon Village ni popular dengan beberapa nama.
Lego Village.
Korea's Santorini.
Korea' Maccu Piccu.
Juga dikenali dengan nama Taegukdo Village.

Bila baca sejarah Gamcheon Village ni, ianya asalnya 1 perkampungan miskin. Asalnya, ada sikit je rumah. Kemudian bila Korea dilanda perang pada 1950-an, makin lama makin ramai orang korea yang lari ke selatan, iaitu Busan sebab masa tu Busan adalah kawasan yang dikatakan selamat. Tebusan-tebusan dan rakyat yang nak selamatkan diri tu lari ke kawasan ni dah buat rumah setinggan guna batu, besi buruk dan papan. So it makes sense, kalau tengok binaan rumah kat sini, walaupun sekarang nampak kemas dan bersih, tapi ianya terlalu kecil. Kira macam kampung ni asalnya perkampungan setinggan la.
Memang kampung ni terus menjadi perkampungan setinggan hinggalah pada 2009, Kementerian Pelancongan diorang lancarkan 1 projek, namanya Dreaming of Machu Pichu. Diorang baiki rumah-rumah yang ada, upah artis untuk lukis mural pada dinding luar rumah dan letak arca-arca seni dalam kampung ni. Lama kelamaan kampung ni jadi satu kawasan pelancongan penting di Busan / Korea Selatan.

Sampai je kat sini, aku adalah excited, especially bila diturunkan depan information centre ni! Sebab kat information centre ni ada beberapa check point yang aku memang nak sangat pegi.
Yang pertama,
Patung pakcik sedang bersauna, hehe. I've seen these too many times in others' pictures. I want to be in one, too!

Seterusnya,

Patung acik bosan jaga kaunter ni!

Oh ya, semua ni dalam 1 bangunan, di information centre tu. Ini kaunternya, selepas patung achik bosan di kaunter dan sebelum patung atuk bersauna.
Kaunter belah kiri tu.

Sesampainya di kaunter ni, kita boleh lah beli map dengan harga 2000won. Map ni ada maklumat lengkap pasal kampung ni. Selain tu, ada juga stamp tour. Dalam peta yang berharga 2000 won tu ada ruangan untuk kita mengecop. Maksudnya, pelawat yang berminat kena berjalan dan cari 8 spot yang ada sediakan stamp pad & rubber stamp. Kemudian bila dah dapat semua cop, tunjukkan pada orang yang jaga kaunter ni, dan dia akan hadiahkan sekeping poskad (kita boleh pilih rupanya, ada beberapa design).

Tapi dalam kes kami, aku sedar kami tak layak dapat poskad lagi sebab baru sampai kan. Orang lain yang naik bas dan mulakan dari pintu masuk dekat bawah mungkin dah dapat sekurang-kurangnya separuh daripada semua cop kan. Tapi kami ilek pocik.
Tetiba kan, akak kaunter tu suruh aku dan Daff pilih, nak poskad yang mana satu. Well tidakkah gembira di situ. Kami terus pilih dan bila dah dapat tu kami teruskan eksplorasi dengan gembira tanpa perlu menjelaskan situasi sebenar kami.. hehehe.

Thanks to blogger sempoi dan kelako, Kak Kiah, sebab entri dia berkenaan Gamcheon Village ni banyak bagi informasi pada aku. Sebab dia, maka aku tau dekat tingkat atas information centre ni ada checkpoint penting, iaitu kawasan rooftop tempat Running Man pernah wat filming (episod yang ada Choi Ji Woo. Aku tak tengok lagi...hihu!)

Walaupun rooftop tu kat tingkat 5, tapi takde hal lah. Sejak turun flight pagi tu, baru ni jumpa tangga kan.. So boleh layan lagi, hehehehe. Tunggulah esok lusa..

Bergambar dengan bantuan tripod.

Kat atas ni memang sentiasa ada orang, huhu. Pelawat tak putus berkunjung ke sini.. eh skema kan ayat hahaha lantak.

Meh layan gambar.

Ini pula diluar information centre tu ye.

Mari teruskan pendakian.
Pening juga nak membaca peta ni ye.
Memandangkan kami berdua juga dah mula pening lalat, kes tak cukup tidur malam sebelumnya dalam flight. Kini baru ku rasakan kesannya, muahahaha rasain!

Tapi, jujurnya aku katakan kat sini bahawasanya muka aku dalam gambar-gambar di Gamcheon Village ini adalah paling ceria, nak dibandingkan dengan 10 hari lain kami bercuti di sini. Serious ni.
Mungkin sebab ianya hari pertama.
Masih segar, bertenaga, ceria dan bersemangat...
Ataupun sebab pencahayaan di sini ke? Kampung ni dikatakan menerima cahaya matahari direct dari pagi ke petang.. 

Ok, keluar dari tempat ni kami decided untuk jalan ke belakang, panjat bukit tu.
Penat mula terasa. Sampai berkata di dalam hati, dah kenapaaaa buat rumah kat kawasan macam ni??
Serious, the slopes are almost 30-45 degree.
Ngeri tau bila berpapasan dengan motor, especially yang turun bukit tu.

Jalan, jalan dan jalan.. Kadang-kadang jalan tegak kadang-kadang jadi tonggek! Ahaks.
Oh ye, pastikan bila ke sini, pakai lah kasut yang sesuai ye. Heels is a big no. Kasut tinggi-tinggi memang tak sesuai langsung.
Kemudian, kalau ada sakit kaki / lutut adalah tidak digalakkan ke mari. Sebab bukit dan tangga sesajer kat sini. Melainkan anda memang kuat semangat orangnya. Tapi kalau dah sakit dan jalan berdingkut-dingkut karang, anda bakal menyusahkan travelmate juga, especially kalau masa untuk jalan-jalan di sini adalah terhad. So, tepuk dada tanya hati.. Ehhe.

Muka maintain? Sebenarnya dah mula semput!

Baru melepasi 1 kawasan pendakian yang agak 'killer'. Tak de pilihan. Takkan nak patah balik. Kemudian jumpa pondok ni.. Mari duduk dan minum air. Senyuman manis (manis keww?) berjaya cover kepenatan.



So artsy!

Jalan dan jalan sambil selfie guna monopod, tetiba diberhentikan oleh korean couple ni.. Aku ingat dah kenapa la kan, rupanya dia nak amik gambar sekali dengan aku, guna kamera dan batang monopod ni. Layan aje lah, hehehe. Boleh test berbahasa korea seposen dua, ye dok?
(Pakcik apsal kaler baju kita samaaa  T_T)

Sebenarnya masa ni mood aku sedikit demi sedikit ke laut sebab tak jumpa pasu seluar &  ikan-ikan kayu, mercu tanda kampung ni (bagi aku laaa). Masa pun dah tak banyak, so once turun bukit ni macam dah nak kena balik ke airport.

These pant pots! Akhirnya berjumpa juga!
Kalau kami naik bas , sepatutnya kami jumpa seluar pasu ni dulu. Dari sini aku dah nampak ikan-ikan itu! Weee!

Daff siap cakap mood aku berubah terus 180 darjah bila jumpa ikan ni. Tiba-tiba jadi bersemangat berjalan.
Haruslah!! Macam tak sah dah jejak kaki ke sini tanpa bergambar dengan ikan ni tau..

Rupanya sepanjang jalan ni memang ada banyak artworks dan murals. Patut laaa dicadangkan datang naik bas ok. So, anda, anda, dan anda, ye anda la siapa lagi hehe. Kalau nak gi sini, pastikan ada masa yang banyak, dalam 4 hingga 5 jam.. Lepas tu naik bas. Ianya jimat kos dan boleh jumpa banyak artwork dan mural secara tersusun!


Ni adalah pemandangan di luar kedai souvenir. Aku tak beli apa-apa di sini. Sebab takde jual keychain mahupun fridge magnet.


 


Kami bertolak balik ke airport dengan teksi juga. Waktu nak balik ni, hujan mula turun. Masa bergambar kat atas ni, sebenarnya dah mula rasa rintik-rintik. Dari gerimis menjadi sedikit lebat.

Alhamdulillah, berjaya jejak kaki ke sini walaupun ada tempat yang kami tak dapat pergi.
Kami tak sempat pun nak menyusuri lorong-lorong kecil kat situ. Memang nak kejar masa jadi hanya berjalan melalui jalan besar.
Dari jauh nampak la 'Stairs to see the stars' yang tinggi gila dan sempit itu.
Mula-mula aku ingatkan naik tangga tu untuk tengok pemandangan langit/bintang, tapi rupanya apa yang dimaksudkan dengan nampak bintang itu ialah, tangga tu terlalu tinggi dan biasanya bila dah naik sampai atas rasa letih dan pening sampai nampak bintang. Hahhaha sabo je lah.

Dalam teksi, pakcik driver agak peramah dan sibuk nak bercerita. Cerita dalam bahasa korea pulak tu isk3. Nasib ada Daff yang leh paham korea, at least better than me.

So walaupun merangkak-rangkak tapi masih ada 2 way conversation, walaupun tergagap-gagap.

Dalam perjalanan balik ni, sangat mengantuk.. Daff dah tidur. Aku ngantuk gak tapi kena tahan. Takkan dua-dua nak tidur. Lagipun aku risau, seterusnya ialah misi aku. Once sampai ke Jeju, the responsibility to make sure both of us arrive at Yeowolmook Guesthouse is upon me. Aku yang berurusan dengan Yeowolmook & study cara nak ke sana.. Plus aku excited.. Berbulan aku berangankan nak ke Yeowolmook Guesthouse tu tau... Sejak aku tengok tempat tu dalam drama.. Macam dah terbayang-bayang depan mata.

Sampai Airport, jalan-jalan kejap luar airport tu sebab ada banyak masa lagi kot. Kami sampai airport dalam pukul 2++. Layan minum susu pisang yang dibeli di kedai runcit masa kat gamcheon tadi.




Masuk airport, ambil luggage kami, Daff solat jamak dulu (aku ma'zuroh) dan kemudian kami gerak ke bangunan sebelah, domestic airport.

Jeju!! We are coming again!

Aku tak sangka gambar ni cerah. Masa tu nampak gelap, sebab tu aku malas nak teruskan amik gambar aku..

Then, kami ke kaunter untuk check in, tetiba dapat info, flight kami delay. Sampai bila, tak pasti so kena duduk dulu.

Maka duduk la kami di kawasan bangku bersama-sama korean yang lain. Tapi kan, masa tu mula sense sesuatu yang pelik. Sebab bila tengok dekat electronic announcement board tu, semua flight ke Jeju delayed atau cancelled. Memang rasa tak sedap hati. Kami pun tengok sekeliling, nak tanya Korean macam malas sebab dah leh bayangkan situasi ayam itik tu nanti. Tetiba nampak ada Malaysian. Kami pun approach. Rupanya dorang sekeluarga punya flight ke jeju lebih awal dari kami, dan masih delay.

Tau tak apa yang sebenarnya berlaku?
(Sila ramai-ramai cakap tak tau!! erk.)

Sebenarnya untuk hari tu, 2 June 2014, semua flight dari dan ke jeju delayed! Sebab cuaca buruk.
Something like kabus tebal, berangin & storm macam tu.
Memang dari pagi tak ada penerbangan keluar masuk ke Jeju.

A.p.a.k.a.h.?

Kami terus tuju ke kaunter, dan bukan senang nak lepas bercakap dengan pegawai-pegawai tu ye. Ramai yang queue. Takkan nak potong line mcm tu aje kan. Tapi dalam hati ni dah liang selibu dah ni.

Then, sampai giliran kami bercakap, diorang masih cakap benda yang sama. Tak sure ada flight ke tak. Flight terakhir ke Jeju kul 6 p.m. Masalahnya bile delayed ni, banyak lagi flight lain sebelum waktu flight aku ada kat situ.. So mestilah diorang akan didulukan.

Aku try tanya, ada tak flight esoknya.
Bad news, all sold out. Itu adalah peak period utk korean bercuti.
Kalau ada pun, sehari sebelum aku sepatutnya check out dari Yeowolmook dan pulang ke Seoul.

Disaster apakah ini.
Kami dah booked dan bayar depo untuk 3 malam di Yeowolmook.
Aku dah janji dengan Mr.Kim nak guna khidmat teksi dia sepanjang 3 hari di Jeju. Nasib tak bayar apa-apa lagi. But still, it's my hard-work-and-research for the past 6 months.

Kami diminta tunggu hingga jam 6 petang untuk confirmation.
Masa ni aku dah macam nak pitam. Lapar. Pagi tu makan roti sekeping je kan dengan milo se tumbler kongsi dengan Daff.

Kami naik atas, cari food court. Kena makan weh. Lapar-lapar ni nak berfikir pun tak leh.
Order 2 set Jeonju Bibim (Vege)
 
Sambil makan, sambil cuba carik option. Dah la kat domestic airport ni wifi tak berapa nak ada macam kat International airport tadi. Masa makan, somehow dapat jugak connect internet & dapat emel dari Joona, the owner of Yeowolmoook GH. Dia risau kan kami sebab dia pun tau pasal bad weather dan flights semua delayed. Aku bagitau current situation. Then cuba whatsapp Mr.Kim, the taxi driver. Then line kejap ada kejap takde. Nice..

Akhirnya, kami hampir boleh terima kenyataan, trip Jeju ni memang takkan terjadi.
Antara option yang kami fikirkan;
1-Bermalam kat airport - tapi airport ni tak macam Incheon, bkn 24 jam. No.
2-Cari guesthouse kat Busan - without internet, how?
3-Naik bas ekspress ke Seoul malam tu. So, tidur dlm bas, takyah pikir pasal tempat tidur dah.
4-Naik KTX ke Seoul. Laju sikit sampai.
5-Naik katerbang ke Seoul. Lagi laju woih.
6-Nak gi Seoul, kalau sampai awal nak tido mana? Kami booked kat INSIDE untuk malam ke-4.
Aghhhhhhhhhh

Akhirnya kami teringat nak call Min, owner INSIDE.
So carik public phone. Korek coins yang ada. Carik-carik nombor Min sekali jumpa pulak tu.
Aku lah kan yang kena bercakap. Dapat dengar suara Min, terus nak keluar air mata aku tau.
Bagitau dia apa masalah kami, mintak dia check kan kot-kot ada bilik kosong untuk malam tu dan malam seterusnya. Paling tidak pun untuk malam tu je, malam lepas tu pandai-pandai lah kami carik nanti.

Bila Min kata OK je, terus tarik nafas lega dan terus tuju kaunter, untuk urusan refund tickets. 2 kali tiket, pegi ke Jeju dan balik dari Jeju. Lepas settle, beli tiket ke Gimpo jam 7 pm.

Lepas settle beli tiket, bila petugas tu cakap thank you & sorry, terkeluar air mata aku yang tertahan dari tadi lagi. Tak tau aku nak cakap macam mana, tapi sedih dan kecewa. Sampai masa menunggu kat departure hall pun tetiba je mengalir air mata. Ni pengaruh PMS pun ye ni.
Nasib baik Daff jenis bertenang dan rasional. Dia pujuk aku, siapa tau, mungkin kalau diteruskan flight ke Jeju, nyawa kami dalam bahaya.
Ada musibah ke.
Boleh masuk Jeju tapi tak boleh keluar Jeju ke.
Boleh sampai Jeju tapi hujan hari-hari so no point nak jalan-jalan.
Dan lepas kejadian Sewol maybe Kerajaan dorang jadi lebih strict. Melibatkan foreigners plak tu.

Ok. Dah boleh bertenang.
Ada rupa sedih ke tidokkk?
Masih sedih sebenarnya masa ni. I'm such a gembeng woman.

 Walapun sedih, tetap nak minum air dalam flight. Warm tea for me, please..

Awan ke arah Gimpo, Seoul kelihatan cantik berkepul-kepul... Selamat tinggal Busan.. Chalgayo Jeju-si

Sampai! Alhamdulillah. Gimpo Airport. Lengang.

Bermula lah perjalanan yang jauh kami. Dari Gimpo airport ke Incheon Airport naik AREX. Lama jugak. Then, Dari Incheon naik Airport Limousine Bus ke are Hyehwa dong.

Kami bercadang  nak naik bas ke area Hyehwa. Sebab dah tau ianya menyeksa diri cuba menaiki subway ke sana, dengan 3 beg (Daff 2 beg), turun naik tangga subway (kena bertukar subway, opkos).. Oh memang kami tak sanggup. Nak naik bas dari Gimpo Airport, tak tau. Aku search juga tapi tak jumpa bas apa yang patut kami naik. Yang aku tau (dan Min ada ajar dalam confirmation email dia) naik bas airport limo dari incheon straight ke sungkyungkwanro gil (read:gil = jalan).

Itupun sebenarnya dah mencabar, naik AREX ke Incheon dengan keadaan berdiri sebab tak ada seat kosong.

Dalam bas epot limo.

Macam biasa, duduk depan sekali, senang nak nampak kawasan sekitar.
Pakai tali pinggang ye naik bas ni, karang pakcik driver nampak ko tak pakai, ada yang dia datang dan pakaikan.

Depan aku duduk ni barang-barang kami. Agaknya sebab hujan, maka driver tak letakkan beg kami di bahagian compartment bawah bas.

Sedikit info/tip:
  • Kalau naik Airport Limousine Bus, lepas bayar tiket pada driver di tepi bas tu, diorang akan tampalkan tag pada beg kita, dan bagi kupon untuk kita simpan. Dekat kupon tu tertera nombor. Nanti bila nak turun, serahkan kupon tu pada driver. Dia jugak la yang akan bukakan compartment dan serahkan luggage.
  • Tips lain, dorang ni bekerja sorang-sorang dan sangat tangkas dan laju. So jangan lambat-lambat ye.. Cergas sikit bergerak tu   <^^,
  • Dalam bas ada modem.. kemain lagi berkelip-kelip dengan lajunya. Means free wifi (kata hati kecilku lah)... Free lah sangat! Tak boleh access pun ye. Nak guna, nak kena register dan bayar dulu. 
  • Again, cuba untuk duduk depan (better view). Atau, salah sorang dari ahli rombongan duduk depan, dekat dengan driver. Lagi elok kalau print siap-siap kertas bertaip arahan nak turun di mana.
  • Jangan lepa, lalai dan alpa sampai terlepas tempat nak turun.. dengar pengumuman dalam bas betul-betul...walaupun pengumumannya dalam bahasa korea. Boleh lagi nak tangkap sikit-sikit apa suara tu sebut. Yang penting, study dulu route tu (kata backpackers kan?). Paling-paling busuk pun, sebelum naik bas tu amik gambar route laluan bas korang tu, kan memasing ada smart phone/compact camera/dslr?? Saje je la kan kalau ke sana tanpa salah satu/semua gajet tersebut. Route tu ada dekat tempat menunggu tu. Kira laa sebelum naks sampai stop yang korang nak turun, ada berapa stop yang mesti bas tu lalu. Then masa naik bas kena la alert.
Naik bas ni dari Incheon ke Hyehwa ambil masa dalam 1 jam 20 minit. Memang lama.... Malam pun makin larut. Kami memasing melayan perasaan. Masa naik bas ni dah pukul 10 lebih macam tu.. Sampai INSIDE dah pukul 11 lebih..

Selamat juga sampai ke INSIDE.
Berakhirnya cerita hari pertama di Busan dan Seoul yang panjang.
Ada macam-macam perasaan dalam sehari ni. All in 1, gitu.

Pengajaran paling bermakna ialah,,kita manusia hanya mampu merancang dan Tuhan jua yang menentukan.
Sila bersedia dengan apa-apa kemungkinan bila travel ya.

OK, entri seterusnya ialah hari kedua yang mencabar jugak.. hehehe.

Till then, Assalamualaikum.

Baca pengalaman hari ke dua, kami ke Dongdaemun Design Plaza (DDP)
Punn sekali lagi perubahan jadual.. Hujan dari pagi sampai ke petang. ^^