Showing posts with label kyoto. Show all posts
Showing posts with label kyoto. Show all posts

Saturday, September 05, 2015

2015 May Japan Summer Trip - Part 6 (Nishiki Market)

Antara tempat yang aku suka masa ada di Kyoto ialah Nishiki Market.

Kalau tak silap aku, sampai 3 kali kot kami ke pasar ni.
Macam-macam produk tempatan ada dijual di sini. Tempat yang sesuai kalau nak cari green tea, seaweed & macam-macam lah lagi. Pakkal je kami ni tak tau baca tulisan jepun & tak reti cakap jepun.. kalau tak, macam-macam kot yang dibeli (cewah,, macam kan berduit sangat hahahaha).

Selain dari window shopping, kat sini juga boleh jalankan kegiatan food testing. Ada sehari tu, kami ni memang dah lapar gila. Dalam pada mencari kedai makan yang muslim friendly dekat kawasan ni, kami tersinggah lagi Nishiki Market ni dan sambil-sambil tu dok berenti dekat kedai yang jual makanan yang kami yakini halal. Belinya tidak.. Tapi sibuk merasa, hahahaha. So, sempatlah alas perut yang berdondang sayang sebelum jumpa kedai makan..

Baiklah, mari layan gambar yang banyak ini,

Aku ada sedikit menyesal tak beli jus limau godang ni...
Takpe. Next time. InsyaAllah.

Variety of pickles. Terbau masam jeruknya bila lalu kat tepi..
Adakah ini serupa banchan di korea?

Masa tengok benda ni aku berazam nak buat jugak bila dah balik Malaysia nanti (tak sampai hati nak beli sebab rasa macam boleh sangat kalau nak buat ni!). Tapi nan hado ye, aku tak teringat pun, sampailah bila tengok drama jepun 37.5° No Namida bebaru ni, & nampak pelakon tu makan timun ni huhu.   


Nukazuke pickles.
Again, I learnt the name from that drama. Katanya ada mix of wine/beer ye.





Tamago ni baby octopus kan?
Aku teringin.. tapi tak tau status..
Lalu aku simpan je niat nak beli & berazam makan yang dekat Sushi King.


Buah berangan..
Kami try sample yang dah direbus.
Cam biasa, lemak manis rasanya.


Bonito Flakes (kot)

Seaweed.
Beli.
Cepat je habis bila dah dimakan.

Bagi aku, beli strawberry ni nasib-nasib.
Ada sekali tu beli, manis.
Di masa lain, masam pulak.
Tapi tak semasam strawberry yang aku beli kat Pt. Raja ni laa huhu.
Eh tak jumpa pun strawberi putih..



Pelbagai makanan laut.

Pelbagai jenis produk green tea (teh/coklat/jem), seaweed & crackers ada dijual kat sini.

Sebab owner dia good looking & peramah serta tabah menjawab soalan aku yang macam-macam, maka aku memborong beli teh & seaweed dari kedai dia.
Sebenarnya kalau kena cara penjual maka aku dengan rela hati membeli macam-macam. Bahaya sebenarnya orang macam aku ni huhu. Paling aku kalah bila dengan sales girl dalam kedai kosmetik kat Korea.

Punyalah tamak, beli green tea macam nak buat mandi ok. Last-last bila balik sini tak terbancuh & tak terminum. Tu pun lepas bagi-bagi orang as souvenir. T__T

Pelbagai rice crackers

Mochi.
Ada juga beli. Tapi bukan yang dekat sini.

Walaupun ianya hanya replika tapi tetaplah menggiurkan.

Mampu tengok dan telan ailio saja.

Apapun, sesuatu yang aku kagum dengan pasar ni ialah tahap kebersihannya.
Walapun bercampur dalam satu pasar ada kedai ikan, makanan kering & basah, teh dan macam macam lagi, dalam keadaan sebelah menyebelah pulak tu, tapi pasar tu tak busuk ok. Lantai tu elok je kering.

Selain tu, nampak sangat diorang ni menjaga kebersihan.. Masa kami cuba makan sample buah berangan tu, pakcik yang menjual tu siap perhatikan kami & lepas kami selesai makan dia hulur bekas untuk letakkan kulit buah berangan tu.

Selain dari kami, budak-budak sekolah yang pergi rombongan tu pun ramai berkeliaran kat sini. Gembira je diorang boleh membeli macam-macam produk makanan kat sini. Aku je yang telan ailio tengok diorang makan, huhu.

So, jangan lupa masukkan pasar ni dalam itinerary kalau berhajat ke Kyoto ye~

Tata.

Friday, August 07, 2015

2015 May Japan Summer Trip - Part 5.1 (Arashiyama, Sagano Romantic Train, Fushimi Inari, Kyoto Station)

Sambung lagi cerita hari kelima.

Baca cerita sebelum;
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4.1
Part 4.2
Part 4.3

Kami berjaya cari guesthouse dengan mudah.
Sampai je, guesthouse masih berkunci. Masih awal kan. Baru pukul 6 pagi masa tu.
Duduk la kami bersila kat tepi guesthouse tu.

Akhirnya dalam pukul 7.30 ada staff suruh kami masuk. Belum boleh boleh check in, jadi kami tumpang letak barang dulu dalam stor, dan minta izin untuk tumpang mandi dan bersiap.
Kami pegi ke kitchen kat tingkat atas. Mandi, bersiap, tukar baju dan sarapan. Phew. Segar rasanya.

Pukul 9 kami keluar.

Destinasi pertama ialah Arashiyama.

Dari Khaosan GH, kami menapak ke stesen subway terdekat which is Kawaramachi Station (Hankyu Line) menuju Katsura Station. Then tuka naik Hankyu Arashiyama Line pegi ke Hankyu Arashiyama Station.
Perjalanan dalam 20 minit.

Tren di sini yang unik..



Staff. Aku tak tau apa nama jawatan ni. Train driver?


Pemandangan luar semasa dalam perjalanan.
Suka tengok rumah-rumah kat sini.
Macam rumah dalam katun doraemon.

Sampai Hankyu Arashiyama Station. Keluar tu, kalau ada pelancong lain just follow the crowd. Biasanya ramai je.
Kami masa tu terpisah dengan pelancong lain sebab sibuk bergambar kan hehe. Sebab baliknya nanti kami dah tak ikut stesen ni.
Model berkepala teleng

Akhirnya terpaksa tanya sorang pakcik ni.
Bersungguh dia menerangkan macam mana nak ke Arashiyama Bamboo Forest.

Basically nak kesitu, ini lah peta nya;
Kami dari Hankyu Arashiyama St kat bawah tu.
Map credit to http://www.japan-guide.com/e/e3912.html

Kena berjalan sikit. Tapi sumpah ini adalah trip berjalan kaki yang mendamaikan hati. Aku dah cakap dalam ujung entri sebelum ni yang aku jatuh cinta dengan Kyoto kan? Well, kat sini aku jatuh cinta berkali kali. (sila jangan muntoh).

Tak jauh dari pakcik tadi, nampak jambatan tu. Sila la melintas. Katsura River & Togetsukyo Bridge are right after that bridge.




Pemandangan dari atas jambatan tadi. Sungai kecil sebelum bersambung ke Sungai Katsuro/Katsuragawa.

Katsuro / Katsuragawa River

Hozugawa River


Togetsukyo Bridge dari kejauhan;


I wonder why nama sungai ni lain-lain antara Togetsukyo Bridge. One side is Hozugawa River and the other one is Katsuragawa.


Atas Togetsukyo Bridge. Zoom in - aktiviti dekat Hozugawa River. Menarik ni!

Ni pemandangan summer kan. Aku tengok gambar pemandangan dari atas Togetsukyo Bridge ni masa autumn sangatlah meruntun hati, huhu.. Bayangkan pepokok hijau kat belakang tu dalam autumn..

Seberang sungai nampak sibuk dengan memacam aktiviti.


Boleh naik kalau mampu. Nanti diorang akan bawak ke best photo spots untuk bergambar. Sambil berehat dok atas carrier ni fefeeling princess boleh menikmati pemandangan hutan buluh/kyoto

 
 Tebal dan nipis. Eh hahahaha

Posse istimewa. Pakcik ni jual jeruk strawberry manis & kacang wasabi. Sedap, hehe.
Amik mood Kyoto, makan local food sambil tengok-tengok sekeliling... fefeeling tourist sangat hehe.


Ohye. Dekat area ni nak ke Bambooo Forest ada je signboard nya.
Tak pun just follow the crowd.
Free entrance.
Hmmm tapi ramainya manusia ya ampunnn.

Ramai atau tidak, sesi fotografi haruslah diteruskan.
Bersabar je lah tengok ye, kasik chance, hahaha.

With Kenji San, pakcik yang jual poscard with hand painting. Aku memang aim nak cari pakcik ni sebab tengok sorang member pomot pakcik ni masa dia ke sini. So aku settle kan beli poskad kat sini je. 100 yen sekeping.



Disebabkan tak mampu nak naik, kami dok peratiiii je kat mana dorang bawak customer dorang bergambar. Lepas diorang blah, cepat-cepat kami bergambar kat situ juga.. Mehehehe..

Dah puas bergambar, destinasi seterusnya ialah naik Sagano Romantic Train. Untuk naik train ni kena pegi Saga Torokko Station. Keluar dari main entrance, belok kiri. Ada signboard kat situ kena panjang-panjangkan leher ye.
Kami masa tu boleh plak ter bypass that signboard dan terus mara ke dapan lalu dah sesat ke mana-mana. Bila patah balik ke area pintu masuk Bamboo Forest tu baru lah perasan signboard tu.

Meh nak share peta kawasan ni.
Aku tak reti nak terangkan cemana nak mencari Saga Torokko Station. Boleh refer peta ni ok. Sebab masa tu kami pun tengok peta ni je.

[The thing is, dalam trip Jepun aritu aku cuma study pasal Tokyo. Tu pun bahagi dua dengan Daff. Pasal Kyoto, travelmate sorang lagi (Zura) yang study. Aku main ikut je masa tu, huhu.. Tapi cam tak sedap pulak cerita ceriti kat sini tanpa kasi guide. Honestly, menyiapkan entri Kyoto ni rasa macam aku study nak pergi sana semula. Banyak benda yang menarik pasal Kyoto yang aku baru tau. Tapi sebab aku dah pernah sampai, maka aku boleh relate apa yang aku baca dengan apa yang aku dah lalui ----- serius macam nak pegi Kyoto lagi huhuhu]


Memang kena menapak tapi serious tak penat sebab kiri kanan ada memacam benda like jualan-jualan, kedai-kedai souvenir, tourists/locals dengan yukata. Cuaca pun elok elok sedap je redup berangin sikit-sikit.

Untuk trip Sagano Romantic Train ni, boleh naik dari 2 tempat. Stesen pertama, Saga Torokko Station atau  the next station,Torokko Arashiyama. Tapi pada aku baik naik dari Saga Torokko Station. Kenapa?
Biasanya orang ke sini untuk pergi dua tempat ni kan (Bamboo Groove & Sagano Romantic Train). Lepas tu, takde la jauh mana nak berjalan dari Bamboo Groove Forest ke stesen ni. Plus, dapat la berlama-lama sikit naik tren ni.

Kemudian, stesen terakhir untuk trip ni ialah Torokko Kameoka Station. Dari stesen ni korang ada 3 pilihan:
1- Naik semula tren ni patah balik ke Saga Torokko Station.
2- Try naik Hozugawa River Cruise untuk patah balik ke Arashiyama. (Kalau ada next time untuk aku, aku nak cuba yang ini ok! Aku tak tau adanya option ni masa tu --- kan aku cuma membontoti travelmate je di Kyoto huhu)
3-Jalan dalam 10-15 minit ke Umahori Station,  naik tren ke Arashiyama atau Kyoto. Kami masa tu naik tren ke Kyoto Station, dari Umahori Station ni.



Beli tiket dulu.
Aku dah tak ingat berapa yen, sorryyyy

 Rupa train yang bakal dinaiki.


Lepas keluar dari terowong tu bermulalah pemandangan yang cantik.



 Hozugawa River Cruise yang aku cakap tadi.. Menarik kan?

Basically, kebanyakan masa dalam Sagano Romantic Train Trip ni kita akan lalu ditepi sungai Hozugawa ni.
Alhamdulillah masa kami pegi, cuaca baik. Air sungai nampak cantik dengan warna emerald green.

Untuk keadilan kepada penumpang, kedua-dua belah side tingkap akan merasa tengok pemandangan sungai kat sebelah tingkap masing-masing. Katakan awal-awal tu pemandangan sungai muncul kat orang yang duduk tingkap sebelah sana, tak lama lepas tu pemandangan tu akan ada kat belah korang pulak ye.

Ataupun boleh je buat muka tak malu macam aku, masa pemandangan tu muncul kat tingkap orang sebelah sana pun, aku bangun je dan berdiri sebelah dorang untuk amik gambar.. Hohoho. 

Ok. Ni dah sampai kat Torokko Kameoka Station.
Boleh la nak pegi toilet ke, beli air ke, souvenir ke kat sini.
Ada beberapa kedai souvenir kat stesen ni.
The only key chain that I bought from Japan Trip is from here, berupa wisel dengan logo & perkataan 'Sagano Romantic Train'. Nak snap gambar n tunjuk kat sini tak boleh pulak sebab aku letak keychain tu kat pencil case. Pencil case aku pulak aku tinggalkan kat sekolah, huhu.



Ni on the way to Umahori Station.
Kalau korang jumpa kawasan sawah padi ni, maknanya korang berada di jalan yang benarrr. Memang rasa macam in the middle of nowhere, dengan signboard nya tak ada. Untuk kepastian, ringankan lah mulut bertanya.  Kat internet kata 5 minit je berjalan. Takde maknanya,, untuk aku laa, hehe.

So, dari Umahori Station tadi kami naik train ke Kyoto Station.


Tetiba kat sebelah tu macam ada travelmate baru pulak join kami snap gambar huhu.

Tengok-tengok dan amik-amik gambar buat syarat kat sini, kami naik train untuk pegi ke Fushimi Inari Shrine pulak.
The route is Kyoto Station to JR Inari Station by JR Nara Line. Tak jauh, 2 stesen je.

Keluar je dari JR Inari Station terus nampak pintu gerbang nya.
Tapi tu baru pintu gerbang lah.
Nak jumpa kawasan yang ada banyak-banyak torii/gate tu haruslah menapak lagi ye.


The site map.

Aku masa ni dah pancit dah hahahaha.
Aim aku memang nak jalan sampai  torii gates yang bersusun rapat-rapat macam tunnel tu je.

Kat sini takde entrance fee.



Punya la pemalas dan tak larat, aku tak nak lalu pun laluan tu. Cuma nak bergambar kat tengah tu je, boleh? Hehehe.
Tengok-tengok balik sini gambar nya parkinson  & mata tengok lain, hwaaaa Zuraaaaaaaa. Gambar ko elok je akak snap,,

Kat sini pun ada jual souvenir.


Sailormoons.. Ehheh.

Dah sudah dan puas ati, kami gerak semula balik ke Kawaramachi Station.
Dari situ, kami jalan-jalan pulak kat kawasan sekitar tu.. aku tak ingat nama jalan, tapi memang semua jalan kat situ pun banyak kedai-kedai.

Sebenarnya ada sesuatu berlaku masa kami nak gerak dari Fushimi Inari ni. Nanti lah aku sambung dalam next entri ye, hehe.

Daaa.