Assalamualaikum..
Setelah sekian lama. The first entry in 2017, ahhahahaa.
Better late than never katanyaa..
Supaya aku sendiri tak terlupa, itu sebenarnya tujuan aku bercerita di sini
So, flight ke Jepun ialah pada hari
Rabu, 7 Disember 2016 jam 8 pagi. Total harga tiket aku akhirnya ialah RM1686.08 termasuk baggage 20 kg pegi balik, inflight meals pegi balik, insurans, seat fee (flight pegi aku pilih quiet zone) & change fee (sbb aku extend tiket balik). Boleh tahan mahal pada aku. Tapi duit boleh dicari. Aku dah tak kuasa nak serabut-serabut fikir pasal penyusunan barang (kalau tak beli checked baggage), kerisauan tentang insurans, kelaparan dan lain-lain. Aku bukanlah banyak sangat pengalaman travel, tapi at least sekarang aku jelas dengan apa yang aku mau & apa yang buat aku rasa selesa. Senang cerita, aku mula paham travel style aku sendiri.
So pagi Rabu tu pukul 5 am macam tu aku check out dari Capsule Hotel. Dalam 5.20 a.m. dah ramai sangat orang kat Departure Hall. Urusan check in baggage berjalan lancar, macam tu jugak dengan security & immigration check. Sebelum sampai security check point tu aku singgah solat subuh dulu dekat surau yang tak jauh dengan kedai-kedai tu. Macam dah boleh bayangkan surau yang dekat dengan pintu perlepasan tu akan penuh (biasanya). Jam 7 pagi, aku dah tercongok tepi gate hehe. Lapar, jadi aku pegi The Baker's Cottage kat tepi gate tu untuk beli kopi & roti. Ada lah dalam 70% penyesalan sebab tak siap-siap beli Mexican Bread dari Parit Raja, sebab jauh benar beza harga roti ni hehe. Takpelah bukan selalu pun kan.. Sesekali bajet macam orang kaya ikut suka nak beli apa hihi.
Capsule by Container. Tempat tidur wajib kalau naik flight awal pagi.
Dalam pukul 8 macam tu aku dah selamat duduk dekat seat aku. Ingatkan duduk sorang tapi rupanya tidok hehehe... ada japanese couple sebelah aku. Sebenarnya teringin sangat nak amik video masa take off, tapi aku ni kan dah booked aisle seat (kes malas nak bergesel kaki kalau nak ke toilet). Perjalanan lancar.. Aku banyak termenung dari tidur demi menjaga waktu tidur aku. Nak mewarna, tak bawak sebarang colouring tools (kes beg penuh dgn winter clothes). Dalam 2, 3 jam terakhir sebelum sampai aku bukak balik nota-nota / kertas-kertas jepun yang caca marba tu huhu. Pilih semula, mana aku nak pegi masa dekat Takayama nanti.
Bibimbap, pilihan kali ini. Sayuran tu agak overcooked lalu memberikan perasaan sedikit aneh ketika makan. Tapi tetaplah habis tanpa sebutir nasi pun ditinggalkan.
Alhamdulillah selamat mendarat dekat KIX jam 3.25 p.m. Lama jugak aku menunggu beg aku keluar. Mungkin sebab aku check in beg awal? Entoh. Sampai seluar aku kena hidu dek anjing polis huhuhu. Memang polis tu bawak anjing dia pusing-pusing kawasan orang tunggu beg tu. Ngeri je aku tau. So, malam tu aku sibuk la menjalankan proses sertu seluar yang terkena najis mughallazoh. Kenangan sungguh.
Keluar dari arrival hall, cari toilet, membuang apa yang patut, keluarkan winter coat dan bergegas cari kaunter tiket bas kat luar. Aku ingatkan kaunter tiket tu macam kaunter tiket bas di Malaysia, ada orang yang jaga. Rupanya cuma mesin tiket. Aku macam termanggu-manggu seketika hehe tapi dont worry kat tepi tu ada je staff menunggu untuk beri sebarang bantuan. Dapat naik bas pukul 4.40 pm.
Tambang dari KIX ke Kyoto ialah 2550Y. Berdepan dengan kaunter tiket tu ialah tempat menunggu bas. Ingat ya,
bas ke Kyoto tunggu di bus stop nombor 8.
Beli tiket pun dekat kaunter nombor 8. Kemudian, kalau dah ada pekerja diorang menunggu kat situ, serahkan tiket bas, diorang akan amik beg kita dan bagi 1 slip untuk baggage. Nombor dekat slip tu sama dengan nombor pada tag baggage. Karang masa turun bas serahkan semula slip tu untuk ambil beg. Sangat sistematik dan teratur.
Map ni ada di dinding sebelum pintu keluar airport.
Kaunter membeli tiket. Beli dekat mesin je pun huhu
Bus stop no.8, depan mesin jual tiket tadi
Staff tengah uruskan luggage penumpang. Diorang pasangkan tag, susunkan dekat tepi ni, masukkan dalam compartment bas dan keluarkan dari compartment upon arrival
Perjalanan ke Kyoto lebih kurang 1 jam 15 minit. Hari dah mula gelap, winter kan. Aku berdebar juga, sebab membayangkan perlu menempuh perjalanan dan pencarian bila hari dah malam. Aku punya sistem navigasi ni kalau di malam hari agak mengong huhu. Bila dah sampai Kyoto, kami diturunkan di tepi bangunan nama Avanti, berdepan dengan Hachijo-guchi exit (bahagian selatan stesen Kyoto). Ko ingat, bila dah malam-malam macam tu aku perasan lagi mana bangunan Avanti? hehehe takde maknanya. Cuma yang membuatkan aku sedikit lega, masa dalam bas, dekat skrin monitor sebelah driver tu ada tulis perkataan Hachijo-guchi exit. Lepas tu aku fikir, stesen Kyoto ni kan besar. Mustahil aku tak boleh jumpa. So turun bas, aku ikut je arah orang ramai dan jalan perlahan lahan ikut aku punya rentak. Rushing pun tak guna, buat penat, lagipun takde nak kejar apa. Jalan punya jalan akhirnya aku jumpa pun pemandangan yang aku familiar.
Nampak je pemandangan ni aku mula rasa lega, hehe. Dari sini aku dah rasa yakin ke mana nak tuju dan apa nak buat
Then, terus cari bas ting tong untuk ke Kawaramachi. Ohye untuk malam pertama di Jepun, aku booked female dorm di Khaosan Kyoto. Sebab pernah duduk sini tahun lepas, dan aku suka tempat ni. Kat depan Kyoto Station tu ada papan maklumat lengkap untuk semua city bus. Kebetulan masa tu ada bas #205 dah nak jalan, so aku cepat-cepat beratur dekat bus stop nombor. Tambang ke Kawaramachi cuma 240Y.
Information board ni ada berdepan dengan pintu masuk utama Kyoto Station. Boleh check info pasal bas di sini. Bas nombor berapa, tambangnya berapa yen.
Bas yang penuh. Berdiri dekat depan sekali. Takpe, senang nak turun nanti hehe.
Turun bas, aku macam pening-pening lalat sekali lagi sebab tak ingat arah mana nak tuju. Agak merepek-repek juga la aku malam tu hahaha. Tanya orang & buka google maps (nasib baik ada internet!). Akhirnya jumpa. Alhamdulillah. Singgah Family Mart untuk beli onigiri dan terus check in. Dapat dorm yang sama macam tahun lepas. Lega sangat dah sampai.
So malam tu aku sibuk menyertu seluar, lepas tu terus pegi me laundry. Tak pasal-pasal aku membasuh kain di hari dan malam pertama. Takpelah, apa nak buat huhu. Sesuatu yang tak disangka, aku jumpa ex schoolmate dekat toilet depan dorm aku. Sekali pandang, aku terus cam beliau. Tapi beliau tak cam aku hehe. Nampak nau aku berubah (dari keding menjadi obese). Malam tu kami borak-borak sekejap dekat kitchen, sambil aku melipat kain yang dah kering tadi hehe. Terpaksa la menyambil.. sebab aku ni kan kejar masa. Sepatutnya malam tu aku tak payah selongkar sangat aku punya beg. Tapi disebabkan aku terpaksa membasuh tu, maka jadi banyak pulak kerja aku malam tu. Tapi semuanya baik-baik saja malam tu, dan pagi tu pun aku dapat bangun awal untuk bersiap awal.
Ohye, di pagi hari kedua, aku naik bas jam 8.20 am dari Kyoto Station ke Takayama. Plan asal aku ialah pegi naik boat ride (Hozugawakudari) dulu, kemudian baru ke Takayama. Tapi masalahnya, dalam sehari cuma ada 3 bus trip je dari Kyoto ke Takayama. Pagi, tengah hari dan petang. Kalau aku cuba boat ride pagi tu, aku memang kena amik bas petang pukul 5. Which is tak petang pun, dah gelap, sebab winter kan. Beberapa minggu sebelum pegi Jepun, aku tergerak hati nak ubah plan aku sebab risau. Kalau sampai ke Takayama jam 9 malam, boleh ke aku manage, cari hostel. Aku pun sangsi dengan diri aku sebenarnya. Dan aku bersyukur aku tukar plan awal itu.
Orait, sekian sahaja cerita hari pertama di Jepun. Semoga diberi kekuatan dan kerajinan untuk menyambung cerita. Thanks for reading ^^
Assalamualaikum..