Sebelum aku menulis dengan lebih detail, haruslah memberitahu ini adalah pendapat peribadi ye? Jika bercanggah dengan apa yang ko fikir, aku bukan bermaksud yang aku menyangkal dan menidakkan apa yang ko pikir.. hehe. Its just my 2 cent..
Untuk pertama kali aku sudah sangat jarang pergi param.Atau lebih dikenali dengan Pasar Ramadhan. Ada jugak yang sebut Bazar Ramadhan.
Why? Why? Why?
*Kesedaran untuk menjaga pemakanan (kahhh.. walaupun cam tak berapa nak betul sebab kekadang aku taram je nugget), aku rasa makanan yang dijual kat pasar banyak dicampur MSG. Dan agak masin-masin..
*Harga yang agak mahal. Kuantiti yang sedikit. (heee aku nak makan banyak ke??)
*Rasa yang &*^%$%$#%$#%%@ (hehe)
Pengalaman lalu: Aku suka air soya panas pasar malam. Rasanya lain dari air soya kotak dalam supermarket kan. Tapi tahun lepas kot, fantasi air soya sedap aku telah dimusnahkan gara-gara terbeli air soya yang mengandungi 8% hampas soya. Walaupun cuma 8% tapi bila disedut dan lalu kat tekak ni sangat terasa okehhhh serdak itu.
*Kena masak sebab alang-alang nak pulangkan pinggan mangkuk piring jiran tetangga yang selalu bermurah hati hantar makanan kat orang bujang ni huhuhuh.
*Strategi 2 dalam 1; mengurangkan beban memasak 2-3 kali. Masak untuk berbuka sekaligus untuk bersahur esoknya & mengelakkan makan macam-macam makanan sangat waktu berbuka (tapi ada sedikit sukar bila ada juadah dari rumah-rumah sebelah, total juadah sudah jadi 2-3 macam & siapa lagi yang nak makan??)
*Dikhuatiri overspent gara-gara gagal mengawal nafsu makan. Ah-ha yang ini pun bahaya jugak untuk aku.
*Malas nak salin baju & drive kereta.. Nasib baik lah takde bazaar dekat-dekat dengan rumah tahap boleh jalan kaki....
Ye, seminggu lebih berpuasa, rekod setakat ni pernah berkunjung ke Bazaar Ramadhan sebanyak 2 kali. Dengan belian paling minima.
Lepas-lepas ni, tak tau la huhuh..
Tuesday, August 09, 2011
Bazaar Setahun Sekali
Labels:
Meraban
Monday, August 08, 2011
Mengasapkan dapur ^^
Nak tengok aku memasak hari-hari. Bulan Puasa lah kot.
Dah macam assignment memasak. Gara-gara nak pulangkan pinggan mangkuk jiran-jiran aku ni, hehe. Pulang 2 piring, datang 2 mangkuk lain. Memang never ending story youu..
Think positive ye. Bila lagi nak belajar masak kan?? hehehehe. Lagipun memberi makan pada orang yang berpuasa adalah besar pahalanya.
Agak-agak kalau aku buat list apa yang aku masak aku pun akan kagum sendiri.
puding roti berkaramel
pengat pisang
karipap
dadar gulung (inti recycle, inti karipap banyak lebih)
Ye, mari memasak!

Saturday, August 06, 2011
Insiden Tengok Bola
Disebalik kemeriahan rakyat M'sia menonton perlawanan bola antara M'sia-S'pura minggu lalu, rupanya ada 1 tragedi.
Ada peminat yang tecedera lalu hilang keupayaan penglihatan sebelah mata kerana serpihan mercun yang dilemparkan peminat lain. Hilang upaya secara kekal.
Dan rupa-rupanya mangsa tu adalah kawan 1 sekolah masa kat MRSM KT (98-99) dulu. :(

Ahmad Jazimin aka Mat G, sewaktu dirawat di PPUM
(Gambar diambil dari laman sosial FB isteri beliau)
Malang tak berbau,kan?
Pergi ke stadium dalam keadaan sempuna, tapi baliknya membawa khabar duka.
Besar sungguh dugaan yang harus beliau & isteri serta keluarga hadapi. Isteri beliau pada waktu itu sedang sarat menunggu masa melahirkan anak pertama (mungkin sekarang sudah melahirkan anak). Dan katanya mata kiri beliau yang tidak terjejas itu mengalami masalah silau.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Aku doakan Mat G cepat pulih & diberikan kesabaran, dikuatkan semangat & ditetapkan imannya.
Berita ni buat aku risau pada 2 adik lelaki kat kampung tu. Di bulan puasa ni, dah macam tabiat budak-budak bermain mercun. Ngeri betul kalau memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang buruk macam ni. Daripada kena mercun lebih baik rasa cubitan/pelepuk aku dulu. Sebagai warning gitu. Tsk tsk..
Labels:
Pengajaran hidup
Thursday, August 04, 2011
Selamat Bepuasa!
Walaupun dah nak masuk 5 Ramadhan, mahu juga ucapkan Salam Ramadhan untuk sesiapa yang sudi baca blog ni ^^
Semoga ibadah kita di bulan yang mulia ini diterima Allah SWT dan sentiasa mendapat keredhaan dari Nya.
Amin.
Semoga ibadah kita di bulan yang mulia ini diterima Allah SWT dan sentiasa mendapat keredhaan dari Nya.
Amin.
Labels:
ramadhan
Subscribe to:
Posts (Atom)