Sunday, December 08, 2013

Produk Review: Prreti Pore Strips

Assalamualaikum.

Mood nak mengarang pasal cuti-cuti Korea takde. Kali ni nak buat review pasal pore strip.

Warning: Kalau korang jenis penggeli, tengok black head pun boleh geli-geli, better tutup kot page ni. Macam aku, aku takde perasaan kot. Niat aku taip entri ni nak berkongsi pengalaman guna produk yang baik dan berkesan untuk aku. OK?

Rasanya kebanyakan orang perempuan tau kan pasal bintik-bintik hitam kat hidung. Pffftt aku nak story panjang-panjang as intro pun rasa malas.. Macamlah orang tak tau kan apa itu black head.

Straight to the point. Aku nak puji 1 produk ni.
 

Sebelum ni, aku biasa beli jenama B***e. Memang ada juga black head yang 'tertangkap', tapi pada aku tak banyak mana.

Aku memang saja-saja nak try produk ni. 
Frankly speaking, penyebab utama aku capai lalu bayar di kaunter ialah lepas aku tengok kat belakang pek ni tulis 'made in Korea'.. Mehehe sesuatu sangat kan aku ni.. Haipp.. sukati la orang nak kata apa. Aku beli guna duit sendiri kan..hehehe

 

 
Dalam setiap pek ini ada 3 strip. Harga lebih kurang RM6.90 kalau tak silap. Agak mahal pada aku. Tapi tengok pada hasilnya memang berbaloi.



   
End up, lepas guna aku rasa sangat puas hati.
 





Oh ye. Yang aku blogkan ni pore untuk bahagian dahi dengan bawah mulut / dagu.
Ada lagi satu jenis, pek nya warna kuning, khas untuk hidung.
Aku cari-cari tak ada pulak gambarnya dalam lappy ni. Nak snap malas huhu.

Disebabkan aku memang puas hati dengan produk ni, memang aku beli lebih daripada sekali la.
Korang boleh cari dekat farmasi macam Watson ataupun Guardian. Tempat lain, aku tak pasti..

Sebenarnya, ada je cara lain nak hilangkan black head ni kan. Kawan-kawan aku pernah berkongsi testimonial;
  • Guna kapas dan putih telur. (Sila google)
  • Guna kain basah, gosok area hidung tu setiap kali mandi.
Diorang kata, memang berkesan.
Jadi, tepuk dada tanya kerajinan, usaha, kesungguhan dan bajet hehe.. Pada aku mana-mana cara pun OK..Ikut masing-masing iye dok?

Sekian saja, entri kali ini.
Selamat mencuba.

Saturday, December 07, 2013

Catatan Perjalanan Ke Korea Hari Kelima (Bukchon in Samcheong-Dong Wandering)

Assalamualaikum.

Hari ke 5 di Korea.
Ahad. 18 November 2012.

Hari ni kami bertukar tempat tinggal. Kononnya nak merasa duduk dalam hanok.
(Hanok: Rumah Tradisional Korea / Rumah kampung di Korea)
Bayaran untuk tinggal 1 malam boleh tahan mahal, tapi kami berdua memang nak nak nak jugak rasa, so, semalam pun jadiklah. Guesthouse ni namanya WWOOF Korea Guesthouse, bertempat di Bukchon Hanok Village. Kiranya, dalam kawasan kampung ni, memang dipenuhi dengan rumah-rumah tradisional Korea lah.
(Sejarahnya, masa zaman Dinasti Joseon dulu, kampung Bukchon ni dihuni oleh pegawai-pegawai kerajaan yang ranking atas-atas & juga orang-orang kenamaan)
Bukchon Village ni jugak terletak dalam area Samcheong-dong.

Lepas je check in, letak barang-barang, amik-amik gambar dan buat apa-apa yang patut, kami pun gerak lah merayau ke kawasan sekitar. Memang merayau kawasan Bukchon Hanok Village ni antara aktiviti yang menarik di Seoul. Samcheng-dong ni terkenal dengan kawasan berbukit (dan bergunung) yang cantik. Dekat juga dengan kawasan istana lama, Gyeongbok dan Changdeok. So, macam 2 dalam 1 lah. Dapat tengok rumah-rumah tradisional lepas tu dapat jugak melawat istana sekali harung.

Sambil tengok-tengok rumah lama yang cantik-cantik dan ekslusif, boleh jugak tengok pemandangan. Untuk peminat drama (mcm kami huhuh) boleh la jenguk-jenguk beberapa lokasi penggambaran kat sini sekali.

Dan ya, rumah-rumah kat Bukchon ni memang berpenghuni. Maknanya, kampung ni bukan la untuk tujuan pelancongan je. Ianya juga penempatan. Sebab tu, berjalan kat area ni tak boleh lah nak buat bising ke hapa.. Sebab, ada manusia yang tinggal dalam rumah tu. Bab senyap / bising ni, common sense la ye. Jangan buang sampah merata, jangan sesuka hati amik gambar kalau ada rumah yang pagarnya terbuka..
Of course, kita boleh tengok dari luar je. Takkan tiba-tiba nak masuk kawasan rumah diorang kan. (Sebab tu jugak la kami spend duit untuk tinggal dalam Hanok Guesthouse. Dapat juga tau dan rasa macam mana keadaan dalam rumah tu)

Dalam area Bukchon ni, ada 8 spot menarik untuk pelawat bergambar..Memang diorang dah kenalpasti kelapan-lapan spot tu kalau bergambar nampak va-va-vas dan cantik.Boleh search kat internet pasal 8 spot ni.

Mula-mula, kami sangat bersemangat, rasa macam nak pegi lapan lapan tempat.. Tapi, expectation VS reality lah ye. hehehe. Sila sedia maklum, kawasan tu kawasan berbukit. Pulak tu memang merayau guna kaki semata-mata.. Paham-paham sendiri lah..  Awal-awal kami cuba jugak berjalan ikut map. Tapi lama-lama akhirnya, kami berjalan mengikut langkah kaki. Lepas tu ikut tourist lain, hehehe. Don't worry, memang bersepah pelancong kat situ.. 

Isk dah banyak membebel ni. Meh le tengok gambar. (Bersedia untuk scroll gambar yang banyak)

 
Ni keluar-keluar dari WWOOF Guesthouse


 
Area kedai di Hanok Village.


Lokasi penggambaran drama Winter Sonata, Choongang High School.


Tengoklah main entrance sekolah ni.. Memang mendaki bukit! Dalam 45 darjah jugak.. Terasa la di kaki, huhu. Ni kalau ramai ponteng sekolah ni haku x heran, hehehe.




Tuan tanah blog, hehe








Oh ye, selain dari Winter Sonata, antara drama lain yang pernah shooting kat sini ialah
Personal Taste & Heartstring

Itu je yang aku tau dan ingat  di saat aku menaip entri ni.


Pelancong yang gembira, hehe;

Sebenarnya, memang ada hati jugak nak pegi tengok lokasi penggambaran tu, tapi bila dah kat sini, EXPECTATION VS REALITY sekali lagi.. Kitorang dah agak penat kot, heee...
So, asal dah sampai, tengok apa yang terbentang di depan mata pun dah cukup. Nak merayau mencari bersungguh-sungguh sangat, memang idok lerr. Lagipun, kami masih ada dalam 10 hari lagi nak berjalan kat Korea.. So tenaga harus disimpan juga.



 


Pada aku, pemandangan kawasan ni cantikkkk sangat.. Kat sini dah mula nampak rumah biasa, bukan lagi rumah tradisional..




Akhirnya kami sampai ke hujung kawasan Samcheong-dong. Tembok batu tu tembok istana Gyeongbok (Gyeongbok-goong).



Nampaknya catatan perjalanan hari kelima ni kena dipecahkan lagi kepada entri lain.
Huahuahua memang mencabar kot menaip entri holiday ni.. Tangan dah penat..tak nak amik risiko.. huhu..

Tapiii.. err... takpe takpe. Ini kerelaan sendiri. Aku memang nak abadikan supaya di masa akan datang aku sendiri boleh membacanya.

Hoihoii ini kalau hari sekolah memang takkan lah kot tertaip entri sebegini..
Percayalah..

Sehingga bertemu lagi..
Terima kasih kerana sudi membaca sampai habis.. ^^

Friday, December 06, 2013

Catatan Perjalanan Ke Korea Hari Keempat (Seoul Olympic Park)

Assalamualaikum..

Lepas kami tengok-tengok Sungai Cheonggye, perjalanan diteruskan ke Stadium Olimpik.
Sebenarnya pada asal nya, tak masuk dalam plan pun nak pergi stadium ni. Yelah, dah kenapa kan nak pergi stadium. Dah la dua-dua ni pun tak berapa minat sukan.
Tapi,  dua tiga bulan sebelum trip kami, Daff dapat info pasal 1 event ni.
Nama event tu, "A Walk with Hallyu Stars".. Ni kalau harapkan aku ni, memang tak ar kot.. hehe..
Tak ter search.. Dan tahap keberiyaan aku terhadap Kpop makin pudar ditelan usia. Cewah gitu.

Since Daff begitu rajin nak settle kan semua, aku just ikut je.. So layan kan aje lah. Lagipun, konsep backpacking kami adalah give and take.

Ada tempat yang Daff nak pegi, walaupun aku tak seberiya dia, aku layankan juga..
Sebab?
Aku pun ada tempat yang aku rasa harus pegi, dan Daff kena jugak ikut, hehe.
Win win situation, gitu? heheh

Tempat event tu kat Stadium Olimpik. Dikelolakan oleh Korea Tourism Organization (KTO).

Dan tak rugi pun sebenarnya pegi situ.. Sebab? Subhanallah cantik yang amat.
Gerbang Mercu Tanda

 
Kami..


Krew tengah dalam proses menyiapkan apa yang patut.. Event mula kul 12.30 tengah hari.


Sementara menunggu tu, kami (yang dah sudah selesai pendaftaran, amik goodies semua) boleh lah berpusing-pusing dekat area yang diorang dah pagar.
Kenapa berpagar?
Sebab event ni khas untuk foreigner sahaja. Semasa konsert berlangsung, memang ramai peminat korea berkumpul kat tepi-tepi tu (luar pagar). Kawasan depan stage eksklusif untuk foreigner yang dah mendaftar saja..

Meh layan gambo ye.
Keseksian yang abadi. Bukan aku (opkos...)



Meh bergambor dengan akak mehh!



Hah, yang ini kegemukan abadi.. Pfttt..
Eh takmo takmo. Next trip, aku nak nampak lebih slim dari ini.



Wakil dari G Market membahagi-bahagikan goodies bag..

Dalam tu ada buku, photo frame, gambar-gambar BigBang.. kalendar..
Sebelum tu, dorang juga bermurah hati beri kami bergambar dengan Insta Camera.. sorang sekeping..


Manusia semakin membanjiri..


Kami pun terus tuju ke seat kami. Ok jugakla.. takde la belakang sangat
Good job Daff, good job.
Charesso!

OK, aturcara majlis ni masa tu macam ni
  • Peserta (kami lah tu) mengambil tempat
  • Acara pembukaan (pertunjukan martial art)
  • Artis naik pentas, bagi ucapan
  • Artis turun pentas dan bersiap-siap
  • Peserta-peserta berkumpul di garisan permulaan untuk memulakan perjalanan.. (kan namanya pun A Walk with Stars)
  • Artis berjalan dalam 20 langkah sambil ditemuramah (yg ni sebijik mcm rancangan Guerilla Date kat KBS tu.. sapa yang tau dan suka tengok taulah kot); peserta mengerumuni di tepi dan belakang.
  • Artis masuk kereta/van masing-masing.
  • Peserta? Sila la teruskan berjalan mengelilingi stadium ye.
  • Dalam pukul 2.30 p.m. peserta ke tempat duduk masing-masing. Konsert bakal bermula. Bab konsert ni penyanyi jelah.. Pelakon memang dah chowchinchow.
  • Sambil-sambil tu ada gak cabutan bertuah.. Aku seram sejuk jugak tangan sebab dok mikir ni kalau dapat ni cuak nyaaaa  nak berjalan ke depan (kah3 imaginasi tinggi ok?). Tapi, nan ado la kan. Tangan aku sejuk sesaje sebab cuaca.. Walaupun ada cahaya matahari tapi memang sejukkk huhu.

Masa berjalan mengelilingi stadium tu, dengar ada peserta lain komen, patutnya nama event ni,
"5 minutes walk with the stars and 2 hours walk with buddies"

Ate,, sekejap sangat pun berjalan dengan star nya..
(Perbualan dorang dalam BI ye, bukan dalam BM, hehe.. ini aku translate.. Majoriti peserta masa tu bukan orang Melayu)

Aku terpikir gak masa penat-penat berjalan tu, tak leh ke kalau kita jalan sekejap, patah balik dan duduk kat seat kita. Tak payah susah-susah keliling taman dalam stadium ni.
Tapi dah alang-alang kan. Bukannya selalu nak sampai situ pun.  (Padahal takut nak propose dekat Daff, hehe)

Marilah berjalan, sambil menyaksikan keindahan semula jadi dalam musim luruh.
Marilah amik peluang ni untuk mengamalkan hidup secara sihat.
Ceaa tetiba kan hehe~

Memang sangat cantik! Subhanallah begini rupanya pemandangan di musim luruh.
So, terpujuk jugalah hati walaupun sebenarnya berjalan tahap menyeret kaki.. kah3.

Jom tengok gambar.

Ini masa interview tu. Aku sebenarnya kat belakang, tapi tertolak dan tertolak lalu ke depan.. hehehehe. Thanks lah yang menolak-nolak tu.
Sebab tu aku dapat snap gambar ni..

Ye, itu Kwanghee & Siwan from Zea.

Antara artis yang ada, ZEA, Sistar, Kim Soo Hyun (dream high, the moon that embrace the sun), Jang Hyuk (midas, chuno) .. 
Eh tu je yang aku kenal nampaknya hehe.


Dah jom tengok pemandangan cantik musim luruh!
Saya yang memegang nombor 0295!



Sungguh menggila aku snap gambar dedaunan ini



Nak aje aku duduk-duduk si kerusi ni.. Tapi tak mungkin sebab kami mengejar masa..


Maciammm duduk ataih karpet.... 


 



Perjalanan diteruskan..
Dekat 2 jam mengelilingi taman dalam stadium ni. Memang gila... Gila pun tak macam ni huahuah.
Mana ada sesaja kat Malaysia aku berpusing keliling stadium mcm ni?


Diceriakan dengan pom-pom girls. Terserlah ketinggian diorang okeh?

Cantiknya.. 3 warna dedaunan... Tak jemu-jemu aku snap gambar..


Akhirnya,, lepas 2 jam berjalan.


Kami pun kembali ke seat masing-masing.. Tak lama lepas tu memang acara pun bermula.
Yang aku hanginnya kan, orang lain dok bergerak membawa diri masing-masing ke depan. Lagi-lagi bila artis mula buat persembahan.
Aku dah macam,, "Dah kenapa tanak ikut seat memasing ni???? "

Pftttttt. Tensi OK?
Dah elok-elok patutnya aku boleh tengok sambil duduk dengan tenang, ini jadinya aku kena mengadap vuntut-vuntut orang. 

Ko tengok la ni.. huhu
Nak selca, harus senyum. Walau rasa macam nak tendang kerusi je masa ni kekeke.


Daff pun dah melarikan diri ke depan.. Aku dah tak tau dia di mana.. Dia memang tak berapa tinggi, so dok kat situ memang tak nampak apa.. Baiklah, biarku di sini menjaga barang-barang kami.

Aku sememangnya tak pernah pegi sebarang konsert... So tak tau jugaklah 'resmi' orang tengok konsert.. Jadi, keberiyaan begini membuatkan aku agak jelik, menyampah dan bosan. Sebab aku sukakan ketenangan. (eh ada ke konsert yang tenang? hehe)
Kan ke elok kalau tengok sambil duduk..
Tapi sebab inipun bukanlah konsert berbayar kan, so tak leh nak kata apa la.

Mungkin hikmahnya aku dapat duduk dengan tenang (erk, tak pasti pasal tenang tu sebab dok dengar orang menjerit). Tak pun, aku dapat merehatkan kaki yang mula menunjukkan protes. Hari keempat  dah sakit-sakit lenguh kekekeke.


Bagus. Sila hadang sunlight itu dari saya ok?


Kalau pasan di luar kawasan berpagar tali tu, yang kena kawal dengan lelaki-lelaki macam RELA tu, peminat tempatan..

Barisan aku duduk yang asalnya barisan tengah, memang dah jadi barisan terakhir..

Tak boleh blah tengok peminat dok berdiri sambil menyanyi sambil goyangkan badan sambil pegang place card.. Hehehe. Ahkak jakun ok. Takpelah, take it as pengalaman..

Aku memang duduk je sambil makan set burger yang di beli di Lotteria kat belakang tu. Haruslaa lapar lepas dua jam berjalan kan.. Aku beli shrimp burger. Itu jela pun yang boleh dimakan.


Akhirnya, saya juga sama bangun berdiri.. Sebab nak tengok ZEA ni perform. hehe.

Itu je la yang aku berdirinya pun. Kaki dah tak kuasa ok.. Dah la tadi berjalan jauh.
Dah la kita ni berat sebab gemuk.. huhuuu.


Lambaian terakhir seorang retis. huhu.

Event habis awal dari tentative.. OK gak la, sebab boleh kami proceed berjalan ke tempat lain.

Lepas dari event ni, kami gerak semula ke bangunan KTO dekat tepi sungai Cheonggye untuk solat jamak. Kat situ ada surau yang agak proper. Lepas tu nak tengok suasana sekitar sungai pada waktu malam.. Katanya malam lagi meriah.

Yelah kot..meriah dengan manusia.. Ramai yang amat..dah macam ada rusuhan.. Aku pun naik lemas. Sejuk-sejuk macam tu pun ramai orang huhu. Ramai dengan warga Korea saja ok?
Sungguh daku tak paham dan malas nak memahamkan..


Oh ye, yang berminat nak pergi sini. Kot-kot la kan..
Aku memang recommend, especially kalau korang pencinta alam semula jadi.. Dan kalau korang pegi masa musim luruh.. Kalau musim bunga pun aku rasa cantik, mesti banyak bunga.. Musim sejuk tak yah la kot, macam mendera diri pulak.

Kalau nak naik train, ada 2 cara..
Amik line 5 (kaler purple), berhenti dekat Olympic Park Station. Exit 3. Keluar dari exit tu terus nampak mercu tanda besar tu.
OR
Amik line 8 (kaler pink), berhenti dekat Mongchontoseong Station. Exit 1.

Itulah cerita hari keempat kami.
Esoknya, hari kelima, hari Ahad. 18 November 2012. Palace Trip. Sekali lagi, trip menyeksa kaki..hihii..
Dan sesungguhnya nak up satu-satu entri pun seksa juga..

Takpe,, aku dah kata nak up, aku akan up, walaupun begitu lambat.
Sekian dulu ya..

Thursday, December 05, 2013

Hiasan kelas - Label Papan Kenyataan

Assalamualaikum.

Aku rasa bersalah bila check keywords yang membuatkan orang masuk blog ni.
Mostly sebab hiasan kelas; dan aku rasa seperti tak menyumbang apa-apa..

Maka marilah, entri ini khas untuk rakan-rakan guru.
Aku nak share sesuatu yang mungkin boleh digunakan;
Label untuk papan kenyataan.

Ini pun sebenarnya aku download dari http://www.sparklebox.co.uk/
Silalah masuk ke situ ya.. Macam-macam ada untuk dimuat turun.
Tinggal rajin dengan tak je..

Jadi, ini label dalam bentuk rupa roket. Ada banyak fail sebab warnanya berbeza-beza.
Boleh diedit..
Jemputlah men download

Kat bawah ni rupa roket tu dalam words,
























Rocket 1
Rocket 2
Rocket 3
Rocket 4
Rocket 5
Rocket 6

Selamat memuat turun dan mengedit rakan-rakan guru  ^^